Thursday, April 30, 2009

Phew... Alhamdulillah~


Alhamdulillah...

Selesai semua papers final utk semester 3. Semester yang banyak bagi pengajaran utk aku.

Cuti dah bermula!!! time to make munny!!! Hope rezeki ada cuti sem ni. so tht dapat la ganti color ACC aku tu. :) Insya Allah...

ROS!!! Hope dapat hadapi ROS dengan baik juga~ lama tak jejak Skolah Tinggi P.D. Sure dah berubah kaw2. last jejak sana... 2000 rasanya. huhuhu

HINEX Camp kat Kemaman bulan Jun. Yay~ Sure akan jadi camp yang penuh dgn kenangan nnt.
Rugi lor tak join scouts. scouts di hatiku... ;p

Nak rehatkan otak jap... yang penting, rasa lega yang amat sangat!

Alhamdulillah...

Tuesday, April 28, 2009

LCCT-SHAH ALAM-ONE UTAMA


Salam n' Hye evrybuddy~~~

SO tired... but very Happy today!!!

3.00 a.m.

Woke up... refresh n get ready. Called Syah. "BANGONNNNNN". hehehe.

3.40 a.m.

Call in. -Bapak Hery-
"Salam. tgh start kete. jap lg sampai"

Picked up Syah at his homey at Tmn. Pertama.

3.50 a.m. -KUO-
Evryone's ready!!! LCCT, here we go!!!

Tolong hantar Pak Hery n' Ibu Neng (FSM)+ anak mereka g LCCT. Nak ke Jakarta katanya.

So, awal pagi tu kami menikmati suasana pagi di LCCT.

"org lain tgh tido, bepusu-pusu org g LCCT" ayat Syah masa mula2 sampai. Parking pun susah. haha

Pas jalan2 tgk kedai2 baru kat LCCT, kitorg g layan aeroplane landing kat jln Pekeliling. huhuhu. kewl~~~~




Pastu... Shah Alam!!! here we go...!

1st spot in Shah Alam: Kompleks Tmn. Seni Islam Selangor kat Sec. 10. Akhirnya settle juga n dapat apa yg aku mau kat sana. ;)



Then... Tmn. Tasik Shah Alam. Huhuhu. lama tak jejak taman tasik ni. Peringatan! kepada sesapa yg plan nak bedua2an di tasik ni, baik pk 2 kali. anda mungkin kena saman. tp kalo aku n' Syah tak la kena saman... ;p

"Alang2 dah sampai sini... tgk movie jom!" Waaaaaaaaaaa!!! hahaha. tetiba idea dtg dr Syah.

"rerasa movie pe???"

"Fast n' Furious 4!"

Cun~

Before g movie, isi perot kat Rest. Azira (sec. 10). Lama tak jejak sana. Roti Telur n' Teh o ais limau. yum yum~

Heading to OU!!!

11.15 a.m.

-Fast n' Furious 4: 11.00 a.m.-
Aiyokkk. telewat sket for the 1st show. huhuhu. jalan2 dulu, nanti tgk 2nd show.
Papehal, beli tiket dulu. ;)

Jalan-jalan...
window shoppin... tgk baju... tgk perfume... (i'll grab satu perfume CK masa cuti nnt!)

Suddenly...

"erk... mcm kenal la awek tu... comelnya!!!"
"tu yang join bintang pantene tu kan???"
"Ampang Medik!"
"Whoa!!!"
"Diana Rusdi!"
hahahaha. memang comel dia. ;p

1.15 p.m.

get ready for movie!!! seats are ready!!!
Great movie!!! great actions!!! Great Carsssssssss!!!

movie settle around 3.30.
balik!!!

lapar sungguh. huhu. singgah kat R&R Rawang. kejap jek nasi+ayam gulai+sayur kacang settle. huhuhu.

Back in Tg Malim!!!

What a wonderful day today~ ;)

Monday, April 27, 2009

Swine Flu aka Selsema Khinzir

Salam semua~

"Flu Alert". front page paper The Star hari ni.

Sebelum ni, dunia dah digegarkan dengan wabak Selsema Burung aka Avian Flu dan tak lupa juga wabak SARS di China. Now Swine Flu pulak bakal menakotkan dunia. huhuhu

The fact is... Khinzir tu memang haiwan yang kotor. Sistem pencernaan yang lemah dan tak menyeluruh dan makan semua benda even bangkai anak dia sendiri. Sifat khinzir... tak payah cakap la. seburuk-buruk sifat haiwan khinzir ni. Cuma, ada hikmahnya Allah menciptakan makhluk haram ni.

Setakat entri ni ditulis 86 menemui ajal di Mexico, negara yang dikenal pasti bermulanya wabak ni. +-1400 orang disyaki telah dijangkiti.

Malaysia mula mengetatkan kawalan pintu sempadan terutama bagi penumpang-penumpang dari US walaupun tak ada direct flight dari Mexico.

Semoga kita semua dilindungi-Nya! esp kawan-kawan kat US/Amerika Latin. Amin...

Sedikit info pasal Swine Flu. Sumber dari The Star Online.


Thursday, April 23, 2009

3 down... 3 more to go!!!

Salam semua!

Ambil kesempatan masa rehat beberapa minit ni utk menulis sikit... :)

Paper Pengguna & Kepenggunaan... settle!
Paper Sosiologi... settle!
Paper Kaedah Kuantitatif... oso settle!

3 papers lagi sebelum selesai semester 3. Yay~

Cuma... ralat dekat carry marks. :( Tp aku tetap bersyukur. carry marks yg tak memberansangkan tak bermaksud kena surrender. NO WAY!!!

3 papers yg selesai... optimis! harap2 keputusan yang bagus nanti. Insya Allah... Amin!

Selesai paper Kaedah Kuantitatif td agak melegakan. aku memang tak bole blah dgn subjek ni. mungkin otak aku bukan otak math, cuma pengajaran math dalam dewan kuliah yang ramai student memang tak sesuai sungguh. papepun, thanks to kawan2 yang bantu aku paham last2 minute esp Syah. hahahaha. thanks to my brain oso. mampu catch up dgn pantas!!! :)

Tak bole lupa si Zaidee seblom paper start petang td. bole lupa bawak calculator. huhuhu. nasib Mat bagi pinjam LC. ;p mesti jadi kenangan. barang penting tak bawak. hahaha. ;p

3 more to go...
Mohon kepada Allah supaya otak aku berfungsi dengan baik. no stress. tenang. relax~
Banyak space lagi utk simpanan data. hahahaha. kena make sure processor mantap jap g!

All the best~ to me... n my frens. may success be with us!!! ;) Insya Allah.

Tuesday, April 21, 2009

Teacher...


"A teacher teaches... A good teacher explains... A great teacher inspires!!!"

Nice intro from En. Nizamuddin when he replied to a question from one of his mentee.

I agree that its difficult to find a great teacher nowadays. A teacher that has ability to control the class. A teacher that can make all the students listen carefully on what he or she explaining about.

I ask myself... whether i can be a great teacher one day? Insya Allah. Its not an easy job actually. This kinda job really-really need guts! All of us can talk. But can we control? Can we show to them our strengths only... And hide all of our weaknesses?

Last year i crawled... Six months ago i stood... now i walk... next three months i have to walk faster... and next year will be the running time for me. on the path that i already choose.

Pray for me. and also for all those teachers-in-the-making so that we can be the great teachers that will inspire everyone. Amin...

Musica Moderna Show - 18/4/2009

Salam n' Hye!!!

18/4/2009. Show for studnts yang amik Ko-K Muzik Moden. 7 bands telah dibentuk dan menjalani latihan pada setiap hari Sabtu.

Band-band yang terbabit:

1.Survivors
2.Dedaun Masa (band aku!!!)
3.The Stone (nama asal- Al Bayan tp ditolak keras oleh lect kami. hahaha)
4.Ezy
5.The Colours
6.The Little Wing
7.Rolland

Masing2 bawak 2 lagu.

Di sebalik Show tu:

- Band Survivors punya vokalis sket ada masalah. tak boleh folow tempo. bengang je drummer dia. huhuhu

- Pesembahan lambat start dalam 10 minit. 2 orang ahli band aku paling lewat. takde disiplin punya mangkuk

- Anas (The Stone) tak puas ati sound lead guitar dia tak brapa clear. huhuhu

- Bunk Face (mamat pengacara) telah merosakkan satu percussion masa sound check. nasib dapat dibaiki. huhuhu.

- Baju punya design cun. tp kain tipis. huhuhu. rm20!!! not worthit~ damn

- Makanan punya duit rm7. tapi mihun botak dgn sambal dgn teh o. Rip Off!!!

- Masa makan, penyanyi lagu pertama (suatu masa) band aku sound aku. main drum hancur. terkejut aku. anas sound dia. "nak sound orang. awak nyanyi tak bernafsu." pelik aku. benda for fun. dia regret. dia punya lagu tak best. watch lagu kedua (hati emas) memang all out!!! hahaahaha.

- tu la serba sedikit. enjoyyyyyy~

Friday, April 17, 2009

Thank you very much... Puan Kalsum Umar

3.00 petang

kelas terakhir subjek 'Masyarakat Malaysia'.

awal2 lagi aku rasa cemas. cuak. risau. mcm mana kelas last ni? setelah apa yang terjadi masa perjumpaan pelajar AT58 dgn fakulti n' bhg. akademik.

Puan masuk lambat sket. tanya brapa ramai lagi yg belum settle public speaking.
-angkat tangan- huhuhu. ramai lagi!!!! nasib baik aku da settle. Alhamdulillah~

So, org pertama ke depan- sukarela.
few topics yang dibicarakan tadi- PPSMI, Filem Malaysia, Isteri 'Makan Luar', Buang bayi, dan mcm2 lagi.

6.00 petang

yang terakhir bagi speech berenti. puan bagitau topik apa yang tak perlu dibaca. pastu bagi sket kata2 akhir. antaranya,puan tekankan perkataan 'RASIONAL'-sindir beb!
kena basuh skett time ujung-ujung tu.

then last skali puan kata...

"saya halalkan segala ilmu saya pada awak semua"

"saya halalkan umpat, caci, maki awak kat saya"

"saya harap awak semua berjaya dalam peperiksaan"

terkedu aku mendengarnya.

rasa nak bangun... n cakap kat puan, saya nak mewakili rakan-rakan bahawa kami mengharapkan puan menganggap semua soalan yang sungguh tak matang adalah pandangan peribadi dan bukan menunjukkan pandangan keseluruhan at58. tapi, sebab ada dak-dak sejarah... pendidikan Islam... n Kemahiran hidup. aku takkan tunjukkan kelemahan AT58 kat diorg!

then... most of girls turun. salam n peluk puan. saat yg agak sedih la.

lepas semua kawan2 pompuan salam n peluk puan, aku pun cuba explain. mintak puan lihat semua soalan yg tak bijak sebagai pendapat peribadi. trus terang, aku takut sangat2 pe yang jadi bagi kesan kat kawan2 lain. termasuk aku! dah la exam nak dekat... tp Alhamdulilah. puan faham pe yg aku nak sampaikan. Puan puji the whole team yang prepare utk majlis jugak. :)

Hm, mungkin puan tak ajar kami lagi... papepun, aku doakan puan sukses sentiasa.

Thank you very much Puan!!! ;)

Thursday, April 16, 2009

Perjumpaan Pelajar AT58 dgn Bhg. Akademik

Petang tadi (pukul 2) diadakan satu perjumpaan antara para pelajar AT58 (peng. M'sia dgn Pendidikan) bersama2 fakulti dan bahagian akademik.

Majlis dimulakan dengan tarian pembukaan oleh Mad Nor, Yat, n' the geng. great intro!

Then nyanyian koir gabunagn seniors n juniors. semua serba hitam. hehehe. dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku dan selepas tu lagi ibu kandung suluh budiman.

KJ Pengajian M'sia, Dr. Ahmad Sohaimi memulakan ucapan, diikuti Dr. Ibrahim sebagai Dekan baru FSSK yang seterusnya merasmikan majlis petang tadi.

Kemudian, Dr. Suhaily sambung bagi sedikit penerangan. termasuklah menyebut perkataan DG 48 yang disambut tepukan gemuruh hadirin.(dont be sooooo cnfident bout tht).

Staf bahagian akademik pun bercakap sekejap. then, sesi soal jawab.

Aku rasa agak malu dgn beberapa soalan yang ditanya. (kebanyakan soalan actualy).

"saya mintak tugasan tidak membebankan bla.bla.bla. tak cukup tido, bla.bla.bla"

aiyokkk!!! tak cukup tido pun mau story ka?

"saya mintak kita asingkan buku2 pengajian M'sia di perpustakaan."
huhuhu... sedap ati dia aje nak asing2. cheh~

Dr Suhaily pun siap tegur pasal soalan yang diajukan

Paling aku terkejut, sorg student yang berani tegur n kritik lecturer secara terbuka.
Wow!!! bagi aku, dia cuba bunuh diri sendiri. ye la, kalau tak puas ati slow talk 4 mata sudah la. kawan2 pun da tau, lect mana dia target. silap besar la dia. huhuhu

aku kuar dari auditorium sebelum majlis selesai. ada pembentangan untuk Rancangan Perniagaan.

bagi aku, banyak yang perlu diperbaiki. terutama cara berfikir... dan cara bertanya.

:)

Tuesday, April 14, 2009

Pizza Hut! Now in Tanjong Malim.


7.30 pm...
Aku drive ke pekan Tg. Malim lepas settle buat rakaman short movie untuk present rancangan perniagaan 'Bard's One Stop Frozen Food Centre' petang esok.

Lepas withdraw munny kat CIMB Tg. Malim aku terus ke satu kedai plastik sebelah stesyen bas Tg. Malim. Beli barang utk presentation.

Agak terkejut ada satu trak Pizza Hut berenti tepi jalan. huhu. hebat! Pizza Hut dah masuk pekan koboi ni. satu strategi pemasaran yang baik sebab tak ada competitor kat sini.

Aku grab cam, trus snap few pics. hehehe. nak beli pizza, rasa tak bebaloi. aku prefer Domino's. Spicy Bilis. perghhhh. terangkattt~

Aku meninggalkan pekan menuju ke Petronas... ;)

Monday, April 13, 2009

Progress Persatuan Pengajian Malaysia

Salam n hye!!!

Nak share pasal pertemuan aku n' Suraya dgn en. Zaiham (HEP) tadi. Sumanya pasal progress kelulusan Persatuan Pengajian Malaysia (AT58).

Kami sampai lebih kurang jam 12.30. tercari-cari bilik dia kat mana. aku call Gem. Tingkat 3 katanya. (but.. actualy tkt 2).

Sampai2 je, aku mintak Sue ketuk n bagi salam. Tak berkunci. Alhamdulillah. cuma masa kami sampai, dia ada call. so, wait for few minutes... takpe. asal dapat jumpa!

Aku perkenalkan diri... as well as Sue.

"awak ni join Kelana Siswa jugak kan zulfadli?"

"ye saya encik..." ingat lagi dia kat aku. pembentang utk Kelana Siswa masa Sidang Dewan Pendidik yang lepas.

"sebenarnya semua dah lengkap, cuma kita kena tunggu mesyuarat eksekutif... bla. bla. bla..."

Aku highlite pasal kepentingan n keperluan persatuan sah untuk kami kat dia. dia angguk faham. (aku harap dia faham sangat2 sebab aku dah di push oleh para lecturers). waaaa~

So, dia kata shud be no prob. tinggal nak dapat kelulusan aje.

Aku tak lupa mintak no contact dia. and mintak dia update. ye la, kalo nak gegar dia slalu semak pulak kepala dia nnt.

yang penting, aku harap2 sgt sem dpn akan bermula program secara sah di bawah nama Persatuan Pengajian Malaysia yang sah~ amin....

Can't wait for this becoming wednesday's event tht will gather whole AT 58 studnts discussing bout academic n studts affair. hope we will get somthing important on that day.

C ya~

Sunday, April 12, 2009

Dinner @ Dapor Siam


Salam~

Just got back from Dapor Siam. One of can-do-makan-place in Tanjung Malim. Serving authentic thai food. yummy~

four of us; Syah, Anas, Epul n I had our dinner there. i recommend this place for anyone who wanna taste real-thai food. i've been to Bangkok n the green curry at Dapor Siam taste exactly the same.

I ordered ayam masak merah n telur mata, syah asked for green curry, epul had his pok tek ayam (a type of tomyam) n anas ordered fried rice. evryone satisfied~

~before~


~after~

Well, for those who wanna taste authentic Thai food at affordable price, i recommend this place for ya'll. i remember when i had my green chicken curry at Planter Jim's Bangsar. Company Lunch with Jardine Lloyd Thompson 3 years ago. The taste is just the same but the price... huhuhu.

Okay guys. never compromise on good food. yum. yum. yum.

;)

Kuala Lumpur International Book Fair 2009


Salam n' Hye evryone!!!

KL Book Fair is back!!!

Mari beramai-ramai ke PWTC.

p/s: End of semester. munny da makin sikit. waaaaaaaa~

Friday, April 10, 2009

It's Friday~

Started my day with Sociology Class. Have jokes with Khairul. you r really2 a joker mann... ;p

Ayam balado + gulai cancang + ulam kacang botol. Minang dishes for lunch at my fav. lunch-place (ocu ami-Ketoyong). oso got ikan keli bakar, masak lemak pucuk paku, sambal sotong, ikan patin... yum. yum. value for ya tummy n oso munny. ;p

Friday prayers at Masjid Tg. Malim.

Masyarakat M'sia class at Auditorium 1. i'm the 1st person called out by Pn. Kalsum for public speaking. my issue: "Remaja & Permainan Komputer". hahaha. My fav. Dota oso included. ;) satisfied with my speech.

A hot day in class with the a/c not working. huhuhu.

few groups presented their acts. "adat berendoi/cukur jambul", "kematian orang Islam", "perkahwinan org Iban" & "adab makan".

early dinner at new mapley opposite Riamoda (textile shop). Nasi goreng tekur mata & Teh o' ais.

Now... prepare for another class at 8 pm.

A lucky day today?

I got myself a book. "The Malay Sultanate of Malacca". Hard cover. for only RM6.00
Thanks to En. Nizamuddin. :)

Wednesday, April 8, 2009

Remember those days


Driving along Jalan Sg. Besi... Looking at beautiful KL-at-nite scenery in front of me.
just behind the old airport. if i could drive to Jalan Ampang. stop for a moment. n enjoying myself the view of KLCC at nite. but... kinda late oledy. have to continue my journey to Tanjung Malim...

I remember those days... when i live at the heart of KL. with 1001 stories of me there. ride my scooter alone at nite. finding the best food at Kampung Baru. Have some 'fresh air' at Tasik Titiwangsa. or maybe having a cup of tea with a cinnamon cake plus enjoying looking at people's behavior.

I remember those days... living on top of the hill at Ukay Perdana. cool n fresh esp. in the morning. miss the cool-morning breeze blowing to my face as i'm riding down the hill every morning. but then... facing massive traffic jam along MRR2. Thank God! coz i'm on my scooter. ;)

I remember those days... moving to a new place. meet a mad man. how is he now ya? a new place at the heart of KL. not cool n fresh anymore. hot at nite. hotter in the morning. hottest when i'm facing that mad man. huhuhu.

I remember those days... going for a movie at KLCC. fun even tho watching alone. then filling my empty stomach at Chee Meng nasi ayam at BB. enjoying myself the true colors of KL...

I remember those days... enjoying the best burgers at Hard Rock Cafe. n continue the night with live band show from 'T-Rex'. Keep rockin' myself. let off all bad stuff inside me. but still, keep the music clean. no drink.no drugs.no free sex. just music~

I do really-really miss my days there...

huh~ TANJUNG MALIM EXIT -2km-

Reach Tanjung oledy... phew.

I'll think for a nite in KL. so that i can feel those days tht i miss so much!

Wednesday, April 1, 2009

Kursus Manik Kayu Peringkat 1 KLKM UPSI



Pada 27-29 Mac lepas, telah berlangsung Kursus Manik Kayu Peringkat 1 KLKM UPSI
bertempat di Kem Desa Selesa, Sg. Samak. Kursus ini disertai oleh pelajar Ko-K 1 Kelana Siswa.

Aku tiba di Kem Desa Selesa kira2 jam 5 petang++. Para urusetia sedang tekun mempraktikkan istiadat bendera kerana selepas itu kami perlu memberi tunjuk ajar dalam bentuk base-system.

Akitiviti hari pertama pada petang itu bermula dengan istiadat bendera. kemudian, 14 patrol dipecahkan kepada 4 kumpulan besar dan masing2 mempraktikkan istiadat bendera.

langit mendung tiba-tiba. hujan turun mencurah-curah. khemah peserta dinaiki air. habis semua basah. nampak gaya tak dapat masak untuk makan malam. Urusetia kemudiannya membantu memasak sardin dalam tin yang dibekalkan bagi tiap-tiap kumpulan.





malam tu bermula slot pertama.



hari kedua bermula dengan senaman pagi, istiadat bendera dan kemudiannya slot dalam dewan. kemudian rehat untuk makan tengah hari. aku dgn pok jat jalan-jalan tgk aktiviti memasak. kumpulan favret yang aku suka lawat: kumpulan 6. hehehe. kumpulan lain dah berasap dapur diorg. kumpulan ni masih tak start idupkan api. tanya ketua, katanya anak buah tah kemana. jumpa anak buah... mencari ketua. hahahaha. aku dgn pok jat tolong idupkan api. tp... huhuhu. tak menjadi. mcm kena sumpahan.

"makan roti aje la..." sayu jek memasing kata. sian... tapi tu la tugas diorg

Petang tu sambung aktiviti 4-base-system. ikatan,kawad tongkat, backwood cooking & pandu arah. aku dgn pok jat jaga backwood cooking. memasak masakan rimba la diorg. ;)
again... patrol 6. waaaaa~ tak dapat idupkan api. huhuhu. muka sedih masing-masing. sempat aku gurau dgn diorg. muka ketat aje memasing.



slot ni abis lambat. muka en. amir dah ketat. tak ikut masa. tp, dengan kebijaksanaan para urusetia, aktiviti seterusnya iaitu pertolongan cemas dimulakan lambat sejam. alhamdulillah, memasing dah ada ilmu pertolongan cemas. so, benda jadi lebih mudah. arahan: sekumpulan pengakap daki gunung. sorang ahli jatuh, kepala tertusuk kayu, kaki patah & tangan pun patah. kena buat stretcher. mcm2 bentuk pesakit dia. hehehe



malam tu, yang ditunggu-tunggu. malam pengakap. pok jat jd MC. tema: alam rimba. ada lakonan jenaka, ada nyanyian dan ada tarian. memang menghiburkan. malam pengakap diakhiri dengan penyakit berjangkit. hahaha. ketakutan peserta perempuan.

malam tu semua tidur lambat. sebab belajar buat woggle dari tali mesin. ada gak yang nak belajar dgn aku. hehe. ajar teknik paling mudah. ada gak yang masam mencuka tak dapat2 teknik. ;p hahaha tp akhirnya berjaya gak. yay~



last day...
again, senaman pagi dan istiadat bendera. slot kat dewan selepas tu. kemudian persiapan untuk majlis penutup. istiadat turunkan bendera mengakhiri majlis sambil nyanyian lagu sayonara dan bertemu & berpisah.

kem kali ni membuktikan bahawa tahap kerja urusetia makin meningkat. tak ada majlis tanpa masalah namun masalah bijak ditangani. alhamdulillah~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...