Thursday, January 28, 2010

The tribe has spoken~

Salam n' hye all!!!

Alhamdulillah, Pilihan Raya Kampus UPSI pada kali ini sudah selesai. Kemenangan telah diumumkan. Blog yang terkenal di UPSI, UPSIkini kelihatan pantas membuat liputan berkenaan keputusan pilihan raya kali ini.

Alhamdulillah, dapat juga aku merasai bahang pilihan raya kali ni. Seronok juga melihat para calon membentangkan manifesto, merayu undi dan menunjukkan kekuatan dengan membawa para pengikut masing-masing.

Mungkin ramai juga yang terkejut dengan kecenderungan aku menyokong barisan Mahasiswa Pendidik. Tak perlu aku beri penjelasan. Ini politik kampus. Bukan Pilihan Raya Umum. Aku ingin menikmati kemeriahan minggu yang dirancang khusus buat MAHAsiswa.

Aku dan kawan-kawan turun padang melihat kempen-kempen. Macam-macam ragam. macam-macam manifesto. Macam-macam retorik. Ada yang menjengkelkan, ada yang menggelikan hati, ada yang memeningkan juga. :)

Rapat umum memang jadi medan MAHAsiswa berkumpul dan memperlihatkan kecenderungan sokongan masing-masing. Aku ditegur kerana bawa kawan-kawan dengan seragam hitam. Kami tak cari pasal. Kami hanya mahu menikmati acara istimewa buat MAHAsiswa!

Ringkasnya, tahniah buat yang menang. Usah berhenti berjuang buat yang tewas. Memang benar terdapat dua aliran yang jelas kelihatan. Namun, anda telah dipilih oleh kami. Sekarang bukan masa bersengketa. Sekarang masa untuk menunaikan janji. Tak perlu dibawa-bawa provokasi-provokasi minggu berkempen. cukup-cukuplah. Cuma buat yang sudah mendapatkan kemenangan yang diimpikan, usah mendabik dada ya. Aku sedar, ada yang jelas kelihatan ceteknya ilmu politik dalam diri calon sehinggakan terlalu emosi. jadilah seorang yang profesional. Ini politik. Orang tidak menyokong kamu. Bukan membenci dan memutuskan ukhwah. Cuba berubah ya!

Apapun, Pilihan raya kali ini keseluruhannya sederhana. Tiada kejutan mahupun strategi politik yang 'bombastic'. Bersedia juga nak hadapinya. Tapi tak ada nampaknya.

Ok, masa untuk bekerja wahai rakan-rakan yang diberi mandat~ :) semoga berjaya!!!
Insya Allah, Amin~

antara yang sempat dirakam:















Wednesday, January 27, 2010

RETORIK!!!

"Undilah saya kerana jika saya menang, saya akan pastikan keselesaan anda sekalian. Bukan hanya untuk pelajar Fakulti Bahasa, tetapi untuk semua Pelajar UPSI. Jika sesiapa ingin meminjam duit, datang ke Fakulti Bahasa." -lebih kurang begini bunyinya.

-DUIT

"undilah saya dan andainya saya menang, saya akan pastikan persatuan2 dapat peruntukan kerana selama ini persatuan tak aktif sebab tak dapat peruntukan."

-DUIT

"Undilah saya kerana saya akan pastikan semua pelajar dapat posting"

Manifesto-manifesto di atas kedengaran di Kolej Kediaman Harun Aminurrashid malam tadi. Aku respek kat memana calon untuk sampaikan apa2 pun manifesto cuma yang agak menggelikan hati aku ialah realistik setiap manifesto tu.

Cukup-cukuplah dengan manifesto berunsur duit. Memancing undi dengan harapan pelajar yang selalu berdepan dengan masalah kewangan akan tertarik. Cuma timbul tanda tanya di sini, siapa yang akan bagi dana untuk itu semua??? Sedangkan peruntukan kementerian untuk universiti pun telah dipotong, dan mereka sanggup berjanji nak beri duit. Rasanya budak tadika mungkin boleh kena tarik dengan manifesto macam ni. Tp sini tempat MAHAsiswa... tempat para penuntut ilmu... berilah manifesto yang mampu menunjukkan kematangan diri kamu wahai calon...

Cakap berapi-api. saling tak tumpah macam politikus yang sedang marak api2 politik dalam dirinya. Bagus. sekurang-kurangnya mungkin satu hari nanti bakal ada pelapis dalam kabinet negara atau setidak-tidaknya ahli DUN dalam kalangan alumni UPSI. Tapi harapnya ketika itu tiada lagi manifesto retorik seperti ini.

Mungkin kebanyakannya cuba menjadi jaguh. Menjanjikan itu ini untuk kebajikan para MAHAsiswa. Namu perlu mereka sedar. Tak semua orang di sini berfikiran singkat. ada juga yang berfikir melangkaui sempadan. Dan orang-orang ini pasti tergelak mendengar RETORIK anda.

:)

Tuesday, January 26, 2010

PRK UPSI. Pertimbangan sebelum memilih...

Tak kesah, tak penting, tak perlu ambil tahu, tak nak, tak tahu... bermacam-macam 'TAK'. 'TAK' apa yang setiap dari kita nak kata kalau ditanya berkenaan Pilihan Raya Kampus UPSI '10??? Sendiri yang tahu.

Sebelum memilih, elok buat sedikit pertimbangan. Buka mata, buka minda, anjakkan paradigma.

1. siapa calon yang kita rasakan mampu jadi teraju Majlis PerWAKILan PELAJAR???
Istilah itu nampaknya tinggal istilah. Badan yang sepatutnya menjadi suara lantang MAHASISWA nampaknya semakin sejuk. Adakah benar2 menjadi wakil pelajar? Atau wakil jabatan hal ehwal PELAJAR???

2. berapa peratus MPP akan membawa suara rakan2 MAHASISWA??? 10%???? 30%??? 77%???
Yang pastinya, kalau MPP itu bebas daripada anasir luar selain MAHASISWA, ia pasti akan memperjuangkan hak MAHASISWA 100%. tiada rasa "ditelan mati emak, diluah mati bapak". jadi, pilihlah calon yang tak dipengaruhi oleh sebarang kuasa melainkan MAHASISWA.

3. calon boleh buat kerja
"kami pilih yang buat kerja aje" ayat ini sungguh signifikan pada masa sekarang. Tapi ingat!!! buat kerja dan menjadi pemimpin adalah 2 keadaan yang berbeza! seorang yang cekap bekerja tak semestinya mampu memimpin, tapi semestinya seorang PENGIKUT yang sungguh baik. Situasi ini sungguh bahaya kerana seorang PENGIKUT sepatutnya bukan calon yang layak mengisi tampuk kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar. Kita mencari pemimpin! bukan seorang PEKERJA!!!

4. Pembangkang oh pembangkang....
Mengapa perlu ada istilah pembangkang sedangkan label itu ditujukan kepada pihak yang cuba menegakkan hak MAHASISWA. Kehadiran istilah ini dilihat cuba menyamakan PRK dengan PRU. Tolong jangan samakannya kerana ia adalah 2 situasi berbeza. Kalau kita berfikir diluar sempadan, kumpulan pro-universiti itulah sepatutnya menjadi PEMBANGKANG kerana sering tidak sehaluan dengan MAHASISWA! Ingat, kita bukan mencari STAF JABATAN HAL EHWAL PELAJAR, kita mencari WAKIL PELAJAR!!!

5. Duit pelajar... ke mana???
Kita mengharapkan yuran MPP yang disumbangkan oleh setiap daripada kita dapat kembali kepada kita dalam bentuk yang bermanfaat. tetapi, berdasarkan pengalaman lalu pelajar sekadar menerima imbuhan yang tak seberapa. 'pendrive' gula2 MPP buat MAHASISWA, memang bermanfaat tapi pendrive rosak apa fungsinya???

6. Pemimpin yang angkuh???
Duduk di atas singgahsana, menjadi wakil MAHASISWA... adakah dalam kelas yang berbeza??? Wahai sahabat, kamu dipilih sebagai wakil kami. Kamu dipilih menjadi kuli kami. bekerja untuk kami. Tapi kenapa setelah dapat jawatan itu kamu besar kepala? Harapnya calon yang bakal mengisi tempat itu nanti tidak BESAR kepala. Sekadar berkongsi pengalaman bermesyuarat dengan mantan YDP. Katanya mereka tak perlu risau 'posting' kerana kenal menteri itu menteri ini. Kita yang biasa2 ni ppatut risau. PERGHHH angkuhnya!!!

7. Mampu menjadi pendesak
Ahli MPP yang berjuang atas semangat MAHASISWA tidak akan berhenti berjuang walaupun cuba dihentikan perjuangannya oleh orang2 di atas. Walaupun matlamat tidak tercapai, sekurang-kurangnya ada keputusan menang-menang dicapai. Itulah bagusnya mempunyai peluang mendesak. Tapi, bagi yang dipengaruhi kuasa selain MAHASISWA, baru nak desak dah kena cantas. Tak berani. Nanti kena ungkit jasa org2 yang meletakkannya sehingga sampai ke seinggahsana.

Politik. politik. politik. takkan habis. Tapi sayang. bakal pendidik kebanyakannya masih belum mampu berfikir di luar kotak. "duduk diam-diam. ikut arahan. jangan melawan!" inilah budaya yang dipupuk pada masa sekarang dan ternyata ianya berjaya! Kesannya... Ketakutan untuk menyuarakan pendapat akan menghasilkan insan yang lemah!

Adakah anda tahu siapa yang anda patut pilih sekarang??? Laksanakan tanggungjawab ini. MAHASISWA untuk MAHASISWA.

Friday, January 22, 2010

Jumaat~ Misteri bakal tersingkap!


Salam n hye all~

Hari ini hari Jumaat. Hari ini bakal menyaksikan barisan calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) 2010 UPSI. Aku sejak awal lagi tak sabar menanti siapa yang akan bertanding. Walaupun beberapa nama yang pada mulanya cuba berselindung, tetapi setakat ni aku yakin 99.9% bertanding. Ada yang bertanya, aku tak bertanding ke? Hahaha. Aku tak terlibat dengan kem kepimpinan yang HEP anjurkan. Jadi, Aku takkan bertanding.

Khabarnya, masing2 akan ada 'tagline' baru. RAHSIA! seorang kawan beritahu dan minta aku tunggu sampai jumaat. KAHKAHKAH. Apa la yang rahsia sangat tu ye??? Kalah PRU Malaysia.

Setiap kali PRK, maka akan ada isu hangat, kejadian hangat dan macam-macam perkara yang hangat berlaku. Itu pun aku akan nantikan. Muahahahaha.

Baru2 ni, aku terlibat dengan pengucapan awam (speaker corner). Ye la, katanya speaker corner ni akan dihidupkan semula. Yang berucap boleh dikatakan ada yang dari aliran kanan, kiri dan bebas. Apapun aku tertarik kepada beberapa speaker yang cuba menghentam rakan2 MAHAsiswa yang hanya tahu berkata2 sedangkan tidak merasai kesusahan bekerja. Jadi, katanya rasakan dahulu bagaimana mengetuai sesuatu projek baru boleh kata itu ini. KAHKAHKAH. Well, mungkin dia pandai buat kerja. Tapi, hebatkah dia memimpin???

Kita kena sedar, MPP ni satu badan kepimpinan pelajar. Kewujudannya adalah untuk memimpin pelajar. Bukan buat kerja ikut arahan satu pihak (tak payah disebut namanya) dan prioriti ke atas rakan2 MAHAsiswa letak pada kedudukan paling bawah. Dia cuba sampaikan yang dia boleh buat kerja. So, jadilah pekerja/orang suruhan yang baik nanti ok! KAHKAHKAH.

Ada juga yang macam terdesak sampai nak cari wakil calon pun susah. Huh~ takkan tangkap muat kot??? Jangan nanti kemudian hari menyesal dah la. Wakil calon tu kena kuat. Lemah wakil calon, lemah la semuanya.

Waaaaah~ Tak sabar sungguh menanti fajar menyinsing. Aku akan cuba ulas berkenaan PRK kali ni. Baik aliran kanan mahupun aliran kiri, bersedialah untuk dikritik! :)

p/s: teringat juga satu speaker yang terpekik2 berucap sampai pedih telinga aku. Gaya tak tumpah macam Ibrahim Ali. KAHKAHKAH~

Wednesday, January 13, 2010

Two days after my day~


Two days after my day...

I'm one year older than myself 367 days ago...

Changes... not much. But i realized that there are changes.

They said that i'm older. Yeah i know. I hope the older i am, the better i will be.


Two days after my day...

I keep on thinking what i have done for the past few years. Regret??? Maybe on few stuff. But i still believe that i'm on the right track. Everyone made mistakes...

The time moves so fast. People come and go. U heard few sad news yesterday. U will hear another few maybe tomorrow, day after tomorrow, next week, or next year?

Two days after my day...

Still receiving wishes from few pals. THANKS! really appreciate them! I know that there are many people remembering me. Friends, good friends and best friends!

Maybe many of them don't really know me, but still they send their wishes. Love you guys!

Two days after my day...

I'm still in the middle of the journey. I know that there will be the end of the path, but no one know where and when it will be except Him.

Well, so much works to be done. Met so many people along the path. Wonder who will accompany me later when i make another pit stop. One best buddy said that i'll meet a best mate to help me along my journey. I hope so~

Whatever it will be, only one knows the answer... Allah!

Thank you Allah~ :)

Thursday, January 7, 2010

Si Lumba-Lumba~

Salam n' Hye all~

Mari lihat keagungan ciptaan Allah.

Si lumba-lumba melahirkan anaknya di dasar lautan. ;)









Tuesday, January 5, 2010

Tribute to Minang People~

Salam n' hye all!

Waiting for this new movie from Indonesia: "Merantau".

Uplifting Silat Harimau as the Minang Culture, the making of the movie also took place in West Sumatra (Bukittinggi) where my late great-grandparents were born.

well, lets enjoy the trailer guys!

;)

Da jia hao!!!

Salam n' hye all!

Hari ni adalah hari pertama dalam minggu kedua aku memulakan semester 5 kat UPSI ni. hm... cepat je rasa masa berlalu. Hari ni juga, buat pertama kali jugak akhirnya aku dapat belajar bahasa mandarin komunikasi. Alhamdulillah. Boleh tahan jugak penatnya nak masukkan subjek ni dalam list subjek semester ni. Masalahnya, ramai yang nak ambil subjek ni. so, masa minggu daftar kursus sem lepas aku tak sempat masuk dalam list. Bukak semester baru aje, dah tak dapat nak tambah online. jumpa penyelaras, pergi kat bhg. akademik... tengok jadual yang tak bertindan... phew~ akhirnya... dapat jugak!!! yay~

So, aku tak berkesempatan pergi kelas pertama. tertinggal sikit lah. tapi insya Allah mampu utk ikut pelajar2 yang dah advance seminggu. masuk2 kelas tadi, kena perkenalkan diri. Pastu, salah sorg antara aku dgn syah kena jadi banzhang. hahaha. banzhang (sebutan dia panchang) maksudnya ketua kelas. Sebab mggu lepas banzhang yang dah dilantik gugurkan subjek ni, jadi kena lantik yang baru. Mungkin kena lantik banzhang dalam kalangan lelaki, maka student lelaki hanya aku dengan syah td. hahaha. Diorang lantik aku. Layan sudah...

So, belajar Bahasa Mandarin Komunikasi ni memang menarik! Untuk yang lidah jeras tu, ni la masanya melembut kan lidah... hehehe.

"Da jia hao! wo shi zulfadli. wo er shi liu sui. wo lai zi Negeri Sembilan."

;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...