Friday, January 30, 2009

Kejutan di Davos


Salam...
Forum Ekonomi Sedunia di Davos Swiss telah meninggalkan satu kesan mendalam buat Presiden Israel, Shimon Peres. Dengan berani dan lantang Tayyip Erdogan menyelar serangan Israel ke atas Gaza dan mengakibatkan kanak-kanak yang tak berdosa terbunuh.
Menariknya, Shimon Peres duduk di sebelah Erdogan sahaja. Erdogan telah pulang ke Turki dan disambut sebagai wira oleh rakyat Turki.

Alhamdulillah. Tayyip Erdogan telah menunjukkan sikap beraninya seterusnya menunjukkan bahawa tak semua pemimpin Arab/Islam hanya mampu berdiam diri tanpa apa-apa komen mengenai serangan kejam rejim zionis.

Kepada sesiapa yang nak tengok clip menarik tu, boleh masuk youtube. Aku sertakan sekali link dia.

http://www.youtube.com/watch?v=ZdPk4apuhK8

Saturday, January 24, 2009

Laskar Pelangi...


Salam...

Laskar Pelangi. Apa maksud tajuk lagu Band Nidji ni ye? Sekarang slalu betul main kat radio. memandangkan banyak jugak masa aku dihabiskan dalam kereta, so slalu la dengar lagu ni. Sebab layan je dengar lagu ni buat aku search video dia kat Youtube.

Baru aku tau yg lagu ni sountrack filem Laskar Pelangi yang release kat pawagam Indonesia 25 Sept 2008. Khabarnya filem ni meletup mengalahkan Ayat-Ayat Cinta. Kira-kira 4.5 juta penonton dalam masa kurang sebulan tayangan. Hebat juga.

Sama macam Ayat-Ayat Cinta, filem Laskar Pelangi ni based on novel Laskar Pelangi karya sulung Andrea Hirata (2005). Filem ni mengisahkan 10 orang pelajar di Pulau Belitung, timur Sumatera. Menariknya, masa aku tengok trailer dia kat Youtube dialek dia ada sama macam Melayu. Then baru aku tau yang dekat Pulau Belitung tu memang orang Melayu. Kira Melayu Riau la.

Memandangkan filem ni mengisahkan pelajar-pelajar, guru-guru dan suasana persekolahan (based on apa yang ditulis pada sinopsis dia) aku rasa kawan-kawan aku kat UPSI ni patut cari n' tonton movie ni. tak tau la bila nak release kat M'sia. Arahan Riri Riza dan produsernya Mira Lesmana. 2 orang yang bertanggungjawab naikkan movie Ada Apa Dengan Cinta. Filem yang berjaya menaikkan semula industri perfileman Indonesia yang sebelum tu asyik disogok dengan filem berbaur seks. Malah, bertambahnya minat students kat sana hayati puisi2 terutama puisi yang dimuatkan dalam filem tu.

Well, looking forward to watch this movie. Khabarnya ramai yang menitiskan air mata. Kena cari la nampak gayanya. Hehehe

Thursday, January 22, 2009

O' Palestine...

Alhamdulillah....

Alhamdulillah, thank you Allah.
Coz I'm here. In this peace country.
Far away from war... bombs... suffer...
N' hopefully they won't come here.

Can't imagine of our brothers and sisters,
everyday will be a scary day.
As those evil Israelis hunt for their lives.
How cruel they are... so cruel!!!

What else i can do?
I did pray to Allah.
I'm boycotting those evil's products...
or anything link to them.
I send out messages to publics.
I try my best...
Will Allah hear me?
Will Allah help me?

Sure!!!

And i'll be always waiting for the day disaster come to Israel...
Insya Allah... Amin...

Al-Fatihah to all Palestinian who syahid in Gaza and West Bank...

Tuesday, January 20, 2009

PRK Kuala Terengganu

Salam semua!!!

Hujung minggu lepas adalah hari yang agak mengejutkan bagi masyarakat M’sia yang mengikuti scenario politik dalam negara. Debaran sejak hari pencalonan sampailah keputusan penuh diumumkan telah berakhir dengan kemenangan di pihak PAS. Agak mengejutkan kerana di dada-dada akhbar arus perdana mengatakan PRK Kuala Terengganu bakal menjanjikan satu kelainan berbanding PRK Permatang pauh tempoh hari.

Apapun, telahan itu nampaknya meleset. Majority 2600++ undi agak besar juga. Ada yang mengatakan bahawa kesilapan meletakkan calon menjadi punca kekalahan. Tidak kurang pula yang mengatakan pengundi yang merantau tidak pulang membuang undi antara sebab lain.

Walaubagaimanapun, demokrasi telah dibuktikan. Rakyat Kuala Terengganu telah bersuara. Beberapa hari sebelum pembuangan undi, kelihatan stesen-stesen televisyen menyiarkan tinjauan yang dibuat dalam kalangan masyarakat setempat. Kesemuanya mengatakan mahukan perubahan dan tidak sanggup hidup dalam pemerintahan Pakatan Rakyat yang tidak membawa apa-apa keuntungan.

Tentu ada silapnya kekalahan BN di Kuala Terengganu. Ada yang mengatakan bahawa BN sudah tidak relevan. Ada yang mengatakan jentera Bn di KT tidak bekerja pada tahap maksimum. Ada juga yang mengatakan perubahan drastik perlu dilakukan dalam parti.
Mendengar seorang pemerhati politik mengutarakan pendapatnya, beliau mengatakan antara punca kekalahan BN adalah disebabkan media yang mengampu kerajaan sehinggakan rakyat muak.

Walau apapun yang berlaku, Alhamdulillah. Malaysia masih aman harmoni. Walaupun keadaan ekonomi dunia masih tidak menentu diharapkan agar keamanan dan keharmonian tidak tergugat. Amin...

Al-Fatihah buat rakyat Palestin yang terkorban dalam mempertahankan kesucian Islam.

Preview Sifu & Tongga

Assalamualaikum.

Sekadar berkongsi pengalaman menonton satu filem baru hasil tangan Prof Razak, Filem komedi yang menampilkan Nabil & Saiful Apek. Filem pertama Nabil yang sekarang tengah meletup. “Sifu & Tongga”. Pelik juga tajuk dia. Tengok preview iklan dia kat TV agak kelakar juga. Mungkin sebab penampilan sulung Nabil Raja Lawak.

Satu tiket RM5. Atas nama charity. Kata diorang hasil kutipan akan masuk dalam tabung penyayang mangsa banjir. Insya Allah sampai ke tangan orang yang sepatutnya.
Ok, kita straight to the point. Aku sendiri agak teruja nak tengok filem ni sebab Nabil. Support orang kampong beb. Hehe. Harap2nya, filem pertama Nabil biarla bagi satu tanggapan yang baik dan ada good impact. Biar filem seterusnya orang tunggu2.
Auditorium Jumaat malam (16/1/09) agak sesak. Berpusu-pusu student UPSI nak tonton filem Sifu & Tongga. Sampai kena buat 2 sesi tayangan. Sesi 1 mula pukul 8.00 dan sesi 2 mula pukul 10.00. Satu factor lainnya mungkin sebab Tg. Malim ni tak ada panggung wayang. So, memasing ambil kesempatan ni.

Permulaan filem agak baik. Boleh buat aku ketawa berdekah-dekah. Dapat pulak keluar muka Pie yang sememangnya kelakar. Tak payah buat lawak pun dah tergelak tengok muka dia. Pertengahan filem pulak mula bosan. Lawak slapstik yang spastik. Adegan mat rempit tengak ‘wheel kang’ dgn ‘wheelie’ dekat Dataran Shah Alam. Tanpa ada notis amaran utk tidak meniru aksi tu. Mungkin nak tarik mat-mat rempit masuk panggung.
Adegan seterusnya, Azwan Ali jadi pondan. Mungkin pengarah-pengarah sekarang rasa watak pondan boleh buat filem tu laris. Tapi adegan pondan tu macam tak ada point. Tiba-tiba aje muncul. Maka berdekah-dekah ketawa mak-mak ayam dengan anak-anak ayam UPSI dalam auditorium. Suka benar diorg.

Satu lagi yang agak mengejutkan aku. Satu shot kamera dekat Balai Polis Seksyen 6. Kamera focus kat papan tanda balai polis tapi tak shot seluruh papan tanda. Cuma setengah. So, perkataannya jadi ‘Balai Polis Seks’. Wah, berani betul pengarah buat macam tu. Bole jadi isu juga rasanya. Sebab aku masih ingat lagi zaman aku skolah rendah dulu. Masa tengah hot filem animasi Lion King. Masa adegan Simba main kat padang pasir. Pasir yang berterbangan dikatakan bentuk huruf-huruf yang jadi perkataan ‘sex’. Masa tu jadi isu satu dunia sebab tak sesuai ditonton kanak2.

Secara keseluruhannya, aku rasa filem Prof Razak kali ni tak ada bezanya dengan hasil2 dia sebelum ni. Tak ada yang elemen boleh buat ‘kick’. Ibarat sebuah drama yang dinaiktaraf jadi filem. Aku masih berharap Prof Razak dapat hasilkan satu filem yang ada X-factor. Sebab sebenarnya sebelum tengok movie ni aku dah dapat agak. Ia mesti sebuah filem stereotype hasil Prof Razak.

Apapun, semua orang enjoy malam tu. Ada yang dapat hamper cabutan bertuah lagi. Hehehe. Well, aku bagi 2 bintang setengah untuk ‘Sifu & Tongga’.
Selamat menonton semua!

Tuesday, January 13, 2009

Back to position!!!

Assalamualaikum... hye all! i think that i havn't write anything for quite sumtimes. huhuhu. Just got back to campus from semester break. +-1 month...

okay. Nak start macam mana ye..... well, i'll write something later. just to let ya'll know that this blog still breathing. hehehe.

Okay, slamat!!! ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...