Showing posts with label kisah hidup. Show all posts
Showing posts with label kisah hidup. Show all posts

Wednesday, January 7, 2015

Derma Darah di Miri


Assalamualaikum & hi semua!

Entri pertama tahun 2015. Sudah hampir seminggu berada di Miri sejak kembali dari cuti akhir tahun. Apapun, kita masih bersedih atas bencana banjir yang melanda Pantai Timur penghujung 2014 yang lalu. Semoga para mangsa kuat dalam menghadapi detik2 sukar ini.

Cuti dipanjangkan seminggu. Taklah terisi mana sangatpun (bonus belum masuk, kehkeh), sekadar cuci mata di Bintang Mall dan Permaisuri Mall sahaja.

Cuma malam semalam terfikir untuk menderma darah. Kali terakhir bulan 5 tahun lepas. Kesibukan kat sekolah memang buat lupa nak buat banyak perkara!

Pagi tadi aku Google website Hospital Miri. Telefon sana tanya pasal derma darah. Staff tu kata datang sebelum 12.15 tengah hari  dan tutup pada 4.15 petang.

Sampai hospital sekitar 11.30 pagi. Parking dekat tempat parking biasa sebelah kiri tu. Masuk ikut pintu depan tengok pelan hospital. Mudah saja. Cari tabung darah, pasti dekat2 kat situlah. Malas nak bertanya, hehe.

Satu yang menarik sebenarnya, penderma darah boleh terus pandu ke arah kanan hospital. Ada tempat letak kereta yang dah dikhaskan untuk para penderma. Alihkan saja kon-kon yang ditulis untuk penderma tu.

Ruang derma darah juga sangat selesa, staff yang ramah2 belaka. Hari ni laju saja darah aku keluar. Mungkin sebab rasa selesa tu lah.

Selesai derma, diorg bagi sekotak air  dan satu kupon makan yang boleh dituntut kat kafeteria hospital. Hehehe. Bagusnya, sebab kalau di Hospital Seremban, diorang bagi roti + milo saja.

Apapun, aku nak ajak korang kat Miri ni derma darah, sebab bukan semua orang boleh derma darah. Sementara badan sehat takda penyakit, sumbanglah darah tu untuk orang yang memerlukan. Tak payah tunggu ada program derma darah kat shopping mall. Ramai org, beratur panjang lagi. Baik ke hospital kalau ada waktu terluang.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Tabung Darah Hospital Miri: 085-416657

Aku sertakan beberapa gambar menarik yang sempat aku snap tadi:

Tempat letak kereta khas untuk penderma

Waktu operasi. Sabtu, Ahad dan cuti umum tak buka okay!

Kerusi yang sangat selesa

Show off sikit haha

Sekejap aje dah kembung 

Kita bagi darah, diorg bagi kupon. Stiker juga macam biasa! ;)


Saturday, November 22, 2014

Penghujung 2014


Assalamualaikum &  hi semua!

Rasa banyak sangat benda yang aku tak share kat blog ni sepanjang 2014. Kesibukan di tempat kerja memang buat aku hampir lupa kat blog ni. Aku hanya mampu kongsi warna-warni hidup kat fb saja. Cuti sekolah yang dah bermula membolehkan aku ambil sikit masa tampal barang sedikit kenangan sepanjang tahun 2014.

Kawan-kawan sekerja kebanyakannya dah kembali ke kampung halaman masing-masing. Kami yang mengawas SPM ni sedang tabah mengharungi hujung2 SPM dalam keadaan kepala dan minda dah berada di kampung.

Apapun, tak lama dah, 5 hari lagi terbanglah aku ke KLIA2. Kembali bersama keluarga tercinta, dan pastinya cuti kali ni akan bertambah lagi kenangan dalam hidup. Berada jauh dari kampung halaman semestinya membuatkan cuti panjang itu satu nikmat hidup!

Beberapa kenangan sepanjang penggal kedua tahun ini.

Pasukan Kawad Kaki Pengakap Sempena Minggu Ko-k


Eksplorasi Gua Niah Pengakap Kelana SMK Lutong

 Berjaya Menamatkan Eksplorasi 


Pengakap yang Cool! #selfie

Johan keseluruhan Kem Badan Beruniform SMKL 2014

Jamuan Pengawas Sesi 2013/2014

Jamuan Pengawas

Pengawas Sekolah Sesi 2013/2014

Makan-makan Raya Haji 2014

Graduasi Tingkatan 6 2014

Sambutan Maal Hijrah bersama Imam Muda Faris

Anak-anak Asrama 2014

Makan Malam Tahunan 2014

Semoga blog ni tak mati. hahaha :D



Sunday, November 17, 2013

Balik semenanjung...

Salam & hye all

Nak share pengalaman balik semenanjung kelmarin. Okay, entri lepas aku ada sembang pasal nak bawa buah hutan Sarawak balik PD kan? Sampai kat rumah sewa dari E-Mart, aku dah bole bau haruman buah terap + embang tu keluar walaupun dah dibungkus kemas siap 2
layer plastik dengan tape seluruh kotak. Risau dah mula rasa, tapi ikutlah kan. Ada rezeki sampailah buah kat semenanjung.

Sampai waktu check in luggage, petugas tu tanya apa kat dlm kotak. Aku bgatau la dgn jujur. Trus dia kata tak boleh. Sebab bau.
Boleh bau kat luar. Aku dgn muka rileks lagi bersahaja kata lah yg aku ni bawak pesan org mengidam. Trus dia berubah muka tunjuk simpati. Hahaha.

Dia kata takut nanti nama aku kna announce barang kena tinggal. Lupus. Aku kata la. Nak buat mcm mana, org mngidam. Usaha la mcm mana pun. :D

Dia pun bagi cadangan suruh aku wrap lagi. RM8 upah wrap. Mmg tak keluar bau dah. Dia cium2 lg. Haha. Sambil saya tak jamin ye encik. Ikotlahhh. Ada rezeki adalah. :D

Okay. Alhamdulillah. Takda announcement. Kapal terbang berlepas dalam 6.20. Transit Kuching dalam 7.15. Sambung penerbangan ke KL setengah jam kemudian. Malam tu makanan shiok! Nasi tomato + ayam merah + kek lapis sarawak. Sedap! Sampai KLIA sekitar 9.45 malam.

Ketibaan kali ni lain daripada yang lain. Rupanya jemaah haji pun baru sampai. Kat
balai ketibaan sanak sedara memenuhi ruang yang dah dipalang siap2. Semua mata tertumpu kat kita yang keluar dari ruang tuntut bagasi. Macam sambutan wira negara! Hahaha.

Okay, yang printing barang seludup berjaya sampai Rumah! Kahkahkah. ;)

Selamat bercuti sekolah~~~


Sebelum berlepas

Miri dari udara

Nasi tomato


Sambutan wira negara :D

Barang seludup :D







Friday, November 15, 2013

Terubok Masin Miri, Sarawak

Salam & hi all~

Baru siap kemas + packing barang nak nak balik kampung. Semenanjung here we go!!! Yeahha~

Ok, aku nak share pengalaman beli ikan terubuk masin untuk dibawa pulang nanti.

Pagi tadi, aku dan kawan ke E-Mart Miri untuk ambil terubuk masin yang ditempah hari selasa lepas. Bawa balik sepuluh ekor sebab ada yang kirim.

Buat yang nak tahu mcm mana bentuk E-Mart:

Ok, ni lah E-Mart. Gambar ni aku ambik kat encik Google.

Macam-macam ada kat E-Mart ni. Sayur, ikan, ayam, pakaian, makanan. Datang sendiri baru tau aaa!

Okay, ringkaskan cerita, aku teringin nak bawa balik buah-buah hutan kat Sarawak ni yang rasanya tak ada di semenanjung. Buah embang dan buah terap tengah musim sekarang. Tahun lepas mama tercinta teringin nak rasa buah-buahan hutan Sarawak. Aku je malas nak bawak takut tak lepas. Hahaha. Kali ni, aku usahakan la bawak balik. The best part ialah aunty tu dengan murah hati offer bungkus buah-buah tu dalam kotak. balut cantik-cantik. Bubuh tape banyak2 lagi tu! Wahhhha. Padahal bukan beli kat dia pun. Aku bagi 5 bintang kat customer service diorg! Dah lah tolong bungkus cantik-cantik, dapat free sekor terubuk lagi! Hohoho. Sebab tu aku cakap kat dia aku akan promote kedai dia kat blog aku. Hahaha. 

So, kepada sesiapa yang datang Miri, silalah singgah kat E-Mart untuk bawa balik terubuk masin. Kata aunty ni, untuk cuti sekolah ni saja dia order 13 tan bekalan terubuk masin dari Kuching untuk penuhi permintaan orang ramai sekitar Miri-Brunei. Very good business right?

Nanti kalau korang nak beli, silalah tawar menawar. Diorang akan bagi best price punya! Tak pun korang petik kata tahu kedai ni daripada Cikgu. Dia promote kat internet. Boleh jamin dapat diskaun punya! Hahahaha,

Okay, aku nak siap2 balik. Kampung halaman dah melambai-lambai tu.

Jumpa lagi di lain kesempatan okay~ 

Tatata!


Aunty + Uncle tokey terubuk masin :D

Boleh contact untuk sebarang kemusykilan.

Thursday, October 3, 2013

Ada tamu bertandang ke Miri

Assalamualaikum & hi all!

Bersawang lagi!

Alasan tipikal aku sebab lama tak beri kabar berita kat sini. Sibuk dengan kerjaya!

Ya, sepanjang sambutan Jubli Emas 50 tahun di tempat kami, memang tak menang tangan melayan bermacam-macam acara dan aktiviti. tolak tepi tugas-tugas yang sememangnya diberi. Penasihat pengawas, Pemimpin Pengakap, Penasihat bola lisut... Tambah lagi dengan Jurulatih sepanjang kem badan beruniform. Uruskan bahan pameran untuk pameran sempena bulan ko-kurikulum. Seterusnya majlis anugerah apresiasi ko-kurikulum. Urus Makan Malam Jubli Emas di Mega Hotel.  Disambung dengan Anugerah Sri Citra. Lusa pulak kena ke sekolah pagi sampai petang. Kursus kepimpinan pengawas sekolah. :D Phew~

Walaupun sangatlah busy dan tambah tak lama lagi peperiksaan STPM nak sampai dah, Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah.

Okay, kembali kepada tajuk di atas. Semalam sorang sahabat lama di UPSI datang Miri. Sosok yang dibenci, dikagumi, digilai, dihormati dan diminati oleh masyarakat di luar sana. Adam Adli. Haha. Teringat aku kisah kat sekolah aku yang dulu. Ada satu abang ni nak tampar dia kalau dapat peluang jumpa dia. Tu belum lagi yang pasang impian nak ludah kat dia. HAHA.

Sempat sembang dgn dia + Isham Tukar Tiub / Jemapoh Ke Manchestee dalam sejam mcm tu. Kelihatannya dia sudah nampak laluan, jalan dan arah tujuannya. Semoga sukses sahabat. Siapa Adam Adli dengan aku? Panjang kisahnya. Ajaklah aku minum teh. Boleh aku sembang panjang lebar dan buat pencerahan siapa sebenarnya budak nakal yang korang kata pengkhianat ni. ;)

Jumpa lagi next entri!


Friday, August 2, 2013

Ramadhan 1434H





Assalamualaikum & hi all~

Ramadhan 1434H/2013 hampir melabuhkan tirainya. Esok dah nak balik ke PD. Seriesly tak sabar nak balik. Ramadhan tahun ni sangatlah mencabar dengan setiap sabtu kena datang sekolah. Rehat haya pada Ahad. Apapun, di sebalik kepayahan tu, aku yakin Ramadhan kali ni besar hikmahnya. :) Dapat rasa satu demi satu.

Salah satu yang manis sepanjang Ramadhan di rantau kali ni ialah kesempatan jadi imam solat terawih di surau sekolah. Takda sapa nak harap, aku dan kawan tunaikan tanggungjawab kat sana.

Ambil mood balik dulu. Barang pun tak kemas lagi. Tatata!!!




Monday, July 1, 2013

Sukan Sekolah ke-47



Assalamualaikum & hi all~

Berbulan tak kongsi apa2, malam ni aku nak share pasal sukan sekolah kami yang baru aje selesai.

Sukan sekolah. Sama aje mana-mana pun kan. Tapi lainnya sukan sekolah kat Miri ni, boleh kata semua sekolah akan buat di Stadium Miri. Jadi lebih gilang gemilang lah. Tapi, apa yang lebih menarik untuk aku kongsi dalam post kali ni ialah perkara yang tak dijangka yang dilepas kat bahu aku secara tiba-tiba.

Walaupun senarai nama ketua untuk setiap jawatankuasa dah naik sebelum cuti lagi, tiba-tiba balik dari percutian yang indah aku diberitahu supaya galas tanggungjawab ketua peralatan. Manusia yang patut pegang jawatan tu beri alasan yang sangat kukuh untuk buat ketua ditukar kepada orang lain. Dan orang lain itu adalah aku. Dapat tahu lagi seminggu ++ acara nak berlangsung. Memang terbakar lah. Tapi apakan daya, kita ni dalam kumpulan hijau. Terimalah dengan hati terbuka penuh positif...

Alhamdulillah, semua benda berjalan lancar walaupun setiap org mintak dipuaskan hati masing-masing. Ada jugaklah yang kurang shiok berlaku, tapi biarlah aku dengan anak-anak buah aku kelas 6 Atas PP + pelajar asrama 5-6 orang aje yang telan sendiri. Pengalaman semua tu.

Sukan sekolah juga bagi aku pengalaman puasa dalam keadaan kekurangan air yang amat sangat. Dapatlah aku merasai payahnya orang kerja berat berpuasa. Memang tersangat mencabar! Berbuka pulak dalam keadaan bergelap di sebuah restoran di bandaraya Miri. Seluruh Sarawak bergelap lebih kurang 6 jam.

Satu lagi yang best, pasukan kawad perbarisan Pengakap dapat nombor 4! berlatih sekitar 5 kali aje, tapi semangat pelajar tingkatan 1 & 2 yang paling ramai sertai perbarisan memang kuat. Selesai pengumuman pemenang, ada lah sekitar 5 orang menangis teresak-esak. Nampak diorg harap sangat untuk menang. Takpa, cuba lagi nanti. Tahun lepas paling corot. Tahun ni dapat nombor 4. Tak ke bagus sangat dah tu??? :D

Hari terakhir tu, semua kerja kemas peralatan berjalan lancar. Kalau tahun lepas dikhabarkan jam 9 malam baru selesai simpan barang, kali ni azan maghrib je dah selesai. Yang penting, tak ada sesiapa yang pengsan, meroyan atau sawan. Benda yang ditakuti sangat oleh manusia yang patut pikul amanah ni pada awalnya. Haha!

Enjoy gambar2 menarik!


Bergambar di belakang stor peralatan

Geng peralatan in da house!

Gambar kenangan dengan Pengakap sebelum Perbarisan

Perasmian: Lagu Negaraku

Pancaragam sekolah yang segak bergaya!

Pengawas Sekolah yang tak kurang segaknya

Anak serigala! :D

Usaha lagi tahun depan!

Budak2 form 1 yang comel2! :D

Diorang ni form 5, tapi tengoklah apa yang diorg main! :D

Penutup

Ganjaran hari sukan. Yeahha!





Monday, February 4, 2013

Goodbye to you my trusted friend

Salam & hi!

Khamis lepas satu musibah berlaku. Cermin mata yang aku pakai sejak hampir 2 tahun pecah. Secara tak sengaja aku terpijak lepas solat subuh. Banyak kali dah aku letak spek atas sejadah bila solat. Tak sangka pulak kali ni boleh tak sedar, terus bangun dan.... Krakkkk. Hohoho

inilah damage dia. kesiannnn


Maka untuk hari tu aku ke sekolah pakai spek lama yang aku beli tahun 2006. hohoho. terpaksa la. dengan pandangan yang kurang jelas, kepala pening2 sebab tak cukup power melihat dan mood yang terus spoil, hari di sekolah tidakla mencapai tahap yang sepatutnya.

Malam tu terus ke Imperial Mall untuk tengok2 spek baru. Memandangkan aku pernah berurusan dengan kedai kat situ (D-Optics) dan aku puas hati dengan perkhidmatan diorang, memang dah buat keputusan untuk beli dari situ aje. tak payah nak survey2 nak beli kat mana.

Untuk beberapa hari, aku terpaksa menahan rasa tak selesa. Kepala pun pening sebab spek yang dipakai tak cukup untuk bantu pulih tahap penglihatan aku. hari Jumaat + Sabtu aku pakai spek itam Evisu sebab 'power' yang sama. Tapi bila malam, nak tak nak kena la pakai spek lama juga. Takkan pakai shades malam2. Gila. ;p

Akhirnya siap juga 'teman pengganti' hari ni. Alhamdulillah. Ringan. Jelas. Puas hati! Aku rekomen sesiapa yang nak buat spek kat kedai ni. :D

nice! :D

D-Optics @ Imperial Mall Miri



Okay, selamat malam... :)


Monday, January 28, 2013

Minggu Tamat - Weekend

Assalamualaikum & hi~

Untuk kali keempat dalam bulan Januari, hujung minggu masih memerlukan aku ke sekolah. hohoho. Aku masih menanti hujung minggu manakah bakal beri peluang aku duduk kat rumah tanpa dipanggil bekerja kat sekolah. :p 

Untuk hujung minggu yang baru melabuhkan tirai semalam, aku perlu jadi fasilitator untuk kursus Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah. Kursus bermula pukul 8 malam hari Jumaat dan berakhir jam 5 petang hari Sabtu. Perlu bermalam di sekolah. :)

Kursus ni taklah stress. Pengisian pun menarik dengan beberapa sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan ceramah. Malam tu para peserta dibawa ke belakang asrama perempuan dan sekitar tepi padang. Matlamatnya supaya diorang rasa saat keseorangan. Nampak la majoriti muka ketakutan. Macam2 ayat aku dengar dari mulut masing2, Tapi alhamdulillah, tiada kejadian yang tak diingini berlaku walaupun memang aku akui tempat itu ada 'penghuni' nya. 

Ngantuk sebab persiapan Maulidur Rasul tak hilang lagi. Tambah dengan jadi fasilitator. Kesan dia, lepas solat Zuhur, aku baringlah kejap kononnya. Sekali terlena sampai jam 3.00. Adoi. Cuci muka, pergi ke dewan kaunselor sekolah kata tak sampai ati nak kejut aku. hehe. Terima kasihlah, sebab dapat recharge tido, :p

Kami balik rumah sekitar 3.30 tapi majlis belum selesai. Majlis penutup tak perlukan fasilitator, jadi lebih baik balik. Dapat rehat!

Rupanya hari Sabtu tu ada Karnival Kejiranan di kawasan rumah aku. Siangnya ada sukaneka. Malamnya ada pertandingan karaoke. Rupanya Arafat kawan aku dijemput jadi juri malam tu. Dia pulak ajak aku join jadi juri. Pucuk dicita ulam mendatang! Hahaha. Pasti shiok!

Malam tu ramai juga lah yang datang memeriahkan majlis. Tetamu VIP mcm biasa, Dato' Sebastian Ting. Ada sekitar 8-10 orang peserta rasanya. Yang menang malam tu adik beradik. Rupanya jiran Arafat. Tapi jangan risau, tak berat sebelah okay! :D

Untung jadi juri, dihidangkan makanan, nak balik diberi sikit saguhati. Alhamdulillah.  Rezeki kan? 

Hujung minggu yang padat. Ahadnya aku ke Taman Bulatan, berjoging. Lepas tu rehat puas2 sambil siapkan kerja yang berlambak2. :D

Pelajar di belakang asrama

aktiviti dalam kumpulan

membina menara

bergambar kenang-kenangan

Petandingan Karaoke Rukun Tetangga RPR Bt. 6

Juri! :D





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...