Friday, September 24, 2010

Bersyukurlah...

Salam n' hye all~

Hari ini aku menempuh perjalanan agak jauh. Tanjung Malim ke kuala Lumpur. KL je pun... Tp, KL pun, mula-mula ke Kepong, lepas tu ke Bkt Jalil. Kemudian baru ke Maju Junction, Jalan TAR. Dalam kereta tertanya-tanya juga, kemana nak bersolat Jumaat nanti. Pukul 3 perlu menduduki peperiksaan. Takut tidak sempat. Dalam benak aku fikirkan Masjid di Balai Polis Dang Wangi yang dah tiada. Itulah masjid paling dekat. Masjid lain, Masjid Jamek. Kena naik LRT. "Solat Zuhur" aje lah~ huhuhu

Sampai di Medan Tunku, terus ke tempat letak kereta. RM5.50 sekali masuk. "kak, tak boleh diskaun 50 sen ka?" Aku gurau2 dengan akak jaga parking. Akak tu senyum. "Tak boleh dik..." "Faham kak... ;p" Matlamat seterusnya ialah Maju Junction dengan harapan mengisi perut yang lapar. Jam menunjukkan 12.45. Pagi tadi hanya jamah seketul roti sambal bilis dan sepaket milo kotak. Sampai sahaja di seberang jalan betul-betul di hadapan Maju Junction, aku minta Paie tolong tanyakan 2 lelaki yang sedang berjalan arah masjid. Kelihatannya mereka berjalan kaki, pasti lokasi masjid agak dekat.

"Masjid kat sana" kata mamat berbaju melayu ungu sambil tunjuk arah Jalan Masjid India. "masjid mana bang?" Aku tanya. "Masjid India" dia jawab. Hohohohoho. Dapat merasa dgr khutbah dalam bahasa Tamil hari ni. Sebelum ni dengar dari kawan je. Duduk KL agak lama, tapi tak pernah ke sana untuk Solat Jumaat. Sampai di Masjid India, kawasan depan Wisma Yakin dah dihampar tikar plastik panjang. Aku suruh Paie dan fazli ambil wudhu' dahulu. Aku jaga kasut di luar. Sambil-sambil berdiri di situ, aku melihat gelagat beberapa manusia yang agak selekeh, ada yang kelihatannya seperti bekas pondan. Ada yang tidak terurus dan ada yang nampak 'lalok'. Penagih barangkali.





Salah seorang liar memerhati tempat orang meletak kasut di tepi dinding tembok masjid. Aku perhati dengan teliti. Mana tahu kalau-kalau kasut kawan-kawan aku jadi mangsa. Alhamdulillah, perkara yang tak diingini tidak terjadi. Apa yang buat aku sayu, sedih, hiba, dan tersentuh masa itu ialah ketika ada manusia yang pemurah membawa makanan dalam bekas-bekas polisterina ke masjid. Belum lagi sampai ke masjid, manusia-manusia gelandangan itu terus menyerbu ke arah yang membawa makanan tersebut. Rakus sekali mereka berebut. Seperti tidak makan berhari-hari. Setiap mereka pasti membawa beg plastik atau beg tangan. Dapat satu mereka simpan. Kemudian, datang lagi orang lain yang mahu bersedekah. Juga makanan dalam polisterin. Sekali lagi suasana berebut kelihatan di luar masjid. Melayu. Cina. India. Sama-sama ingin mendapatkan makanan itu. hari Jumaat mungkin hari yang mereka tunggu-tunggu.



Aku terkedu sebentar. Ada lagi orang-orang seperti itu di bumi bertuah ini. Apalah nasib mereka-mereka itu kan? Mungkin mengharap belas orang ramai di kota raya penuh warna warni dan suka duka.

Selesai solat, kembali ke Maju Junction. Makan tengahari dengan pantas. Perut lapar, tapi sebab jantung berdebar memikirkan peperiksaan, kurang nikmat makan masa itu. sampai-sampai di pusat peperiksaan, tengok senarai nama di dinding dan menanti dipanggil masuk ke dewan peperiksaan.

Dup.Dap.Dup.Dap. 2 jam yang agak menakutkan. (errr... membekukan juga. tertanya-tanya macam mana la amoi-amoi yang berseluar atau berskirt pendek boleh tahan sejuk yang teramat sgt. ;p) Sampai masanya untuk tekan butang 'Tamat'. 3....2....1............,
LULUS!!! Alhamdulillah. Berkat solat Jumaat di Masjid India ;p



Kembali ke Tanjung Malim dengan hati suka.

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya!!!


Salam n' hye all~

Hari ini hari raya. Pejam celik pejam celik, dah abes tempoh berpuasa dalam bulan Ramadhan. Imbas balik kenangan zaman dulu-dulu. Masa kanak-kanak, masa remaja... Hari Raya memang saat yang ditunggu-tunggu. Papa aku kata, kalau dulu aku tak dapat baju Kiko, tak pun Kiki Lala ataupun Ladybird memang tak sah. Zaman itu, jenama-jenama ni memang kira grand lah. Pengaruh iklan beb.

Main mercun dan bunga api memang aktiviti wajib masa dulu. Sekarang aku dah tak ada nafsu utk itu sebab dah bosan dah. Hahaha. Ye lah, dulu nak main yang jenis apa? Semua aku dah rasa.

Makan-makan hari raya pulak, memang aku kurang sikit kat biskut2 atau kuih muih ni. Hidangan atas mena makan tu la yang aku nantikan. Hahahaha.

Situasi sekarang agak berbeza. Kegembiraan raya taklah macam zaman kanak-kanak dulu. Kemeriahan itu terasa, tapi dalam konteks lebih dewasa. Nak gembira sangat pun, banyak benda dalam kepala. Kuliah, projek, aktiviti-akiviti di universiti...

Mungkin kemeriahan yang lebih menarik akan terasa bila dah berumahtangga pulak nanti ;p. hahahaha. Sabar....

Apapun, cuti ada seminggu lagi. Mama akan masak macam2. Perut ini sudah mengidam masakan hebat mama. Yum yum~

Lagi satu, hari ni buat aku senyum dengan lebar~ Tak sangka ramai juga yang ingat kat aku... Terima kasih untuk semua ucapan itu. Borak2 pun best. Tak cukup via fone, sambung kat laptop. ;p THANKS! hahahahaha. rasa tak puas bersembang. Gelak2 ;p

Okay guys, Selamat Hari Raya sekali lagi~ ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...