Tuesday, October 9, 2012

Berburu makanan sedap di Miri :D~


Salam n' hye all~

Entri kali ni aku nak share the best makan place buat masa at the moment kat area aku tinggal di Miri ni ---> Lutong. Nama yang sungguh klasik lagi tidak menaikkan nafsu, tapi jangan pandang sebelah mata okay. Lutong ni lah tempat letaknya pejabat operasi Shell & Petronas Sarawak. Okay, lain kali la aku sembang panjang pasal Lutong. Kot2 korang nak mengetahui kenapa la panggil Lutong kan? ;p Sebab kali ni aku nak kongsi satu port makan shiok tahap bima sakti kat sini.

Lokasi: Kampung Pengkalan. Nama warung ni Dar'ngo Pengkalan Lutong (seperti yang tercatat pada senarai harga kat dinding warung). Letaknya di tebing Sungai Lutong, pemandangan yang cukup indah dengan sesekali bot nelayan menyusuri sungai ditambah dengan kenderaan yang menyeberangi Jambatan Lutong. Suasana yang sangat indah untuk minum petang. Ok. Cukup nak bermadah2. Madah2 banyak2 pun perut lapar. :D :D :D

bau kepak ayam panggang menyambut pelanggan

Menu fames lagi popular kat sini = kepak ayam, pedal, buntut/tongkeng + cucuk2 (bebola, jejari ketam dll) yang dibakar. Selain menu panggang tu, warung ni juga fames dengan mi jawa dia. Sila order mi jawa special (pilihan ayam/daging) dan korang akan menikmati sepinggan mi jawa yang bakal buat korang tersandar kekenyangan sambil berkira2 nak senyum puas sebab kenyang sangat. hahahaha. Masakan panas goreng2/sup2 pun ada :)

kepak ayam, pedal & wheatgrass susu

mi jawa special (daging)

nasi goreng daging

Minuman dia pulak, kalau kawan2 aku gila kat ABC dia. Sebab aku jenis yg kurang minum ais + manis2, ari tu ternampak org minum air warna hijau muda. Aku tanya tokey katanya air wheatgrass susu. Series sedap! :D hahahaha. Oh ya, rupanya warung ni tokey dia mak ayah kepada student aku kelas 3B. Sah2 aku sound kat dia ada warung wat senyap aje. Padahal kalau ada masa terluang mmg aku suka sembang makanan kat dlm kelas :D~


Okay, last but not least, tempat ni memang aku rekomen kat korang! hahaha. Untuk kawan2 + family members yang jauh di seberang Laut China Selatan, silalah dtg Miri. Akan aku bawa lepak2 makan2 kat sini. :D

very good business!

p/s: sila datang awal sebab lepas waktu kerja warung ni akan dipenuhi staff Petronas/Shell yang membuatkan makanan cepat abes. Jangan mengamuk sebab kempunan kalau korang datang lepas jam 8 malam. :D :D :D

5 comments:

eye2Girl said...
This comment has been removed by the author.
Time Traveller said...

hurmmm.. kalau tak silap ada nama special untuk kepak ayam bakar di miri.. tahu tak ?

Salam Kenal :D

zulfadli amzar said...

biasanya dipanggil sayap panggang. salam kenal! kaki travel! cool~

kak ina kl said...

salam ziarah cikgu
Akak dah 2 kali pi merasa mee jawa kawin kat sini. Cikgu mengajar kat sek men lutong ker? Anak saya sekolah kat sana.

zulfadli amzar said...

Salam kak! rasanya saya pernah mengajar anak akak. :D
Baik budaknya alhamdulillah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...