Tuesday, May 19, 2009

First Day @ SMK Tinggi Port Dickson


18/5/2009!!! First day ROS aka Rancangan Orientasi Sekolah. For 2 weeks aku akan mengkaji bout STPD. Skolah tempat aku belajar masa form 1 sampai form 3 (1997-1999). Isnin minggu lepas aku dtg melawat STPD berjumpa dengan Puan Pengetua atas inisiatif nak kenal2 dgn skolah. Well, bosan gak la sebab pengetua tu treat aku mcm budak2. Memang la aku ni student. Tp, kebiasaan sembang dengan org2 profesional buat aku rasa mcm hampeh aje bila dia sembang dgn aku mcm aku ni dak skola aje. Biasa lor... dia nak tunjuk dia tu hebat. Kalau tak hebat, bukan la pengetua namanya. Hehehe

Sorang kawan dari utara pulak sms. Ngadu yang cikgu pembimbing dia menyindir2. Kata yang bebudak uni ni kenot diharap compare to bebudak maktab (now IPG). Biasa lor... org lama mana senang tgk muka baru. Dah la tu. Kuar2 terus DG41. Hahahaha.

Akhirnya, saat yang ditunggu2 sampai jugak~ Aku sampai kat sekolah around 7.25 pagi. Jalan agak banyak kereta. So agak lambat sket pejalanan yang sejauh +-5km tu. Sampai2 aje, trus pegi pejabat pentadbiran sekolah. 3 studnt pompuan UPSI dah sampai awal2 lagi. Sorang tu dak kaunseling, 2 lagi dak Perdagangan. Pagi tu kami kena brief sket oleh Puan Pengetua. Pastu kami dibawa ke bilik guru. Ada tempat kosong yang ditinggalkan guru praktikum sebelum ni.



Hari ni the whole day adalah sambutan hari guru peringkat sekolah. Lepas letak barang, kami berkumpul kat depan kantin. Semua guru berbaris panjang sebelum berjalan sama2 ke tempat perhimpunan. Ramai yang memandang. “cikgu baru ke?” “praktikal ke?” antara soalan2 fevret pagi tadi. Ada yang terkejut juga tgk anak murid diorg skrg on the way jadi cikgu juga. Hahaha. Paluan kompang oleh para pelajar menyambut kami menuju ke tempat perhimpunan. As well as para pengawas yang bagi sekuntum mawar utk suma cikgu. Hehehe. For the first day doing ROS, aku dah dapat bunga mawar! What a great fist day kan??? ;)

Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Rafidzi, Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu N9, kemudian ucapan Ketua Pelajar, ucapan YDP PIBG, Ucapan Pengetua, Ikrar Hari Guru, Nyanyian Lagu Hari Guru (Lagu Fevret ;p) dan penyampaian hadiah2 utk para cikgu. Sepuluh tahun lepas, aku berada dalam kalangan pelajar2 yang kat atas padang. Tapi, hari ni aku berada dalam kalangan guru kat atas astaka. Hehehe. Sambil dengar ucapan, pengawas agih-agihkan souvenir hari guru. Dapat lagi!!! Yay~



Acara seterusnya, minum pagi yang ditaja oleh pihak sekolah. Hahaha. 1st day sarapan free! Ada mihun, nasi himpit, n ayam rendang. Yum yum!
->Lpas makan, sukaneka guru n pelajar. Aku tak bawak baju sukan. So, amik gambar aje la. Cikgu2 suruh ambik baju. Malas mau kuar. Layan diorg bergumbira aje la. Dulu masa jd studnt dah rasa dah main boling kelapa, tarik tali, pancing botol... hahaha



Pas sukaneka, acara pentas kat dewan. Ada persembahan tarian (pergh. Marvelous la diorg!), sajak, sketsa, persembahan kompang (kompang formasi) dgn live band. Inisiatif bebudak atau skolah sewa peralatan aka gitar, drum n sound system.

Pas persembahan, jamuan makan tengahari. Menu: Nasi Briyani! Yum yum! lagi~

What a wonderful n great day i had today! Tak seperti kawan2 yang kena sindir, aku n kawan2 disambut dgn senang hati oleh guru2 kat STPD. Very friendly! Terasa aku dah jadi cikgu hari ni even tho baru je selangkah kat alam pendidikan ni. Insya Allah... Paling terharu, bila selisih dgn pelajar. “Selamat Hari Guru Cikgu!”, “Assalamualaikum Cikgu!”, “Morning Sir!” antara ucapan pelajar kat aku pagi tadi.

Kat rumah, adik aku cakap kawan2 dia dok tanya yang abang dia ni cikgu ke. Tak kuasa nak jawab kata dia. Hahaha. Cikgu2 pulak tanya aku, “awak ni abang Irsyad ek? Satu saiz la”. Hahahaaha.

Its just the first day. Tomolo akan ada cerita lain. Papepun, aku rasa happy jejak skolah yang dah 10 tahun aku tak jejak. :)

p/s: post ni aku tulis 18/5. 19/5 baru sempat siarkan. hehehe. ;p

4 comments:

Anonymous said...

saya ingin meminta kebenaran tuan untuk copy gambar2 stpd tuan untuk pamer kat wikipedia. harap tuan dapat bekerjasama.

http://en.wikipedia.org/wiki/Port_Dickson_High_School

zulfadli amzar said...

silakan. tiada masalah

Anonymous said...

cikgu , teratak ilmu stpd diorang buat mase 2005 ke 2007 ke 2009 ? hee xp

Anonymous said...

saya berasa sungguh bermakna ketika berada di stpd pada tahun 2011 dan 2012.tetapi saya banyak sia siakan peluang yang saya ada.berkejar-kejar dengan en.singgara.haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...