Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Saturday, January 19, 2013

Very Sweet of You Mama!

Assalamualaikum  & hi all~

Terima sms dari Mama tercinta.

"Hari ni dah mengaji ke belum?"

Balas kat mama

"Dah. 4 muka"

Mama reply

"Tahniah"

Haha. That's the very sweet of you Mama!

Miss you! A lot.

*oh, siang tadi mama bagitau Papa demam sket. Semoga Papa cepat sembuh. Amin... :)

;)

Friday, January 18, 2013

Jumaat




Assalamualaikum & hi~

It's another Friday!!! Alhamdulillah, masih diberikan kesempatan oleh Allah untuk terus menjalani kehidupan di dunia ini.

Tidaklah mahu menulis panjang, cuma dua potong ayat dari Surah At-Talaq (ayat 2,3):

"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."

Well, tahu kan ayat ini? Semoga rezeki Allah yang yang bertebaran seluas alam sampai pada kita. Aminnnnn. :)

Selamat beramal di hari Jumaat, penghulu segala hari~ ;)

Sunday, January 13, 2013

If a Child

Assalamualaikum & hi!

Puisi ini ditulis oleh Dorothy Law Nolte. Tak sengaja jumpa masa mengembara cari pengetahuan kat alam maya. Baca dan hayatilah bait-bait kata puisi ini. Pasti berguna kemudian hari ;)


“If a child lives with criticism, he learns to condemn . . .
If a child lives with hostility, he learns to fight . . .
If a child lives with fear, he learns to be apprehensive . . .
If a child lives with pity, he learns to feel sorry for himself . . .
If a child lives with ridicule, he learns to be shy . . .
If a child lives with jealousy, he learns to feel envy . . .
If a child lives with shame, he learns to feel guilty ...

BUT

If a child lives with tolerance, he learns to be patient . . .
If a child lives with encouragement, he learns to be confident . . .
If a child lives with praise, he learns to be appreciative . . .
If a child lives with acceptance, he learns to love . .
If children live with approval, they learn to like themselves..
If a child lives with honesty, he learns what truth is . . .
If a child lives with fairness, he learns justice . . .
If children live with recognition, they learn to have a goal.
If children live with sharing, they learn to be generous.
If a child lives with security, he learns to have faith in himself and those about him
If a child lives with friendliness, he learns the world is a nice place in which to live . ..”


Rasanya kalau diterjemah jadi begini:

"Jika anak membesar dengan kritikan, dia belajar memaki
Jika anak membesar dengan permusuhan, dia belajar berkelahi
Jika anak membesar dengan ketakutan, dia belajar menjadi gementar
Jika anak membesar dengan kasihan, dia belajar menyesali diri
Jika anak membesar dengan cemuhan, dia belajar menjadi rendah diri
Jika anak membesar dengan dengki, dia belajar iri hati
Jika anak membesar dengan memalukan, dia belajar rasa bersalah

Tetapi

Jika anak membesar dengan toleransi, dia belajar bersabar
Jika anak membesar dengan dorongan, mereka belajar yakin diri
Jika anak membesar dengan pujian, dia belajar menghargai
Jika anak membesar dengan penerimaan, dia belajar menyayangi
Jika anak membesar dengan sokongan, dia belajar menyenangi diri sendiri
Jika anak membesar dengan kejujuran, dia belajar apa itu kebenaran
Jika anak membesar dengan seimbang, dia belajar keadilan
Jika anak membesar dengan pengiktirafan, dia belajar menetapkan matlamat
Jika anak membesar dengan berkongsi, dia belajar menjadi pemurah
Jika anak membesar dengan keselamatan, dia hidup dengan kepercayaan
Jika anak membesar dengan keramahan, dia belajar bahawa indahnya hidup di dunia"











Friday, January 11, 2013

11 Januari datang lagi!

Assalamualaikum & hi semua!

11 Januari bakal labuhkan tirai tak lama lagi. Bertambahlah setahun lagi umur aku ikut kalendar Masihi :)

Hari yang menarik. Pelajar2 aku nyanyikan lagu "hapy Birthday" sebelum aku keluar kelas tadi. Ramai yang wish. Cikgu Aaron belanja sarapan. Hmmm. Hari yang indah! Dapat call dari mama juga.

Hadiah hari lahir hari ni ialah kesihatan yang baik, urusan hidup yang sentiasa dipermudahkan-Nya serta ingatan sanak saudara + teman2.

Langkah diteruskan.

;)

Saturday, December 29, 2012

Assalamualaikum n hi all!

Saat jari menari-nari di atas papan kekunci laptop putih ni, aku dah pun kembali berada di bumi Borneo. Sedih. Seriesly, cuti panjang yang dah berlalu sangat2 terkesan sampai bila tanggungjawab memanggil aku untuk kembali ke Miri, rasa sangat-sangat sedih. Phew. Ok, kurangkan rasa sedih tu dengan berkongsi satu bahagian cuti tempoh hari. :)

Rancangan yang diputuskan saat2 akhir. Hajat yang sekian lama dipendam nak melawat sanak saudara kat Jakarta. Jakarta! Ibu kota Indonesia yang terkenal dengan 'macet'nya. Macam mana lah rasanya jejak kaki kat ibu kota yang dihuni lebih 10 juta manusia tu kan?

Ok, ringkaskan cerita. Kami berempat ke Jakarta. Aku, Mama, Papa dan adik bongsu. Aku berangkat lebih awal sebab nak dapatkan tiket yang berbaloi dengan kemampuan :D Alhamdulillah, semuanya selamat sampai di CGK, Jakarta 16 Disember menaiki 737-800 MAS.

Ada 4 orang anak sedara Papa kat Jakarta. Tu matlamat utama kami, nak jumpa + kenal2 sanak sedara supaya nanti tak lupa dan putus terus. Kiranya jalan-jalan yang pertama kali ni ibarat membuka jalan sambil kenal2 selok belok nak jalan2 kat Jakarta. Lokasi2 tempat tinggal kakak-kakak sedara aku tu: Bekasi, Cibubur, Depok & Jakarta Selatan. Seriesly, pertama kali dengar memang tak ada idea langsung. Tanya kat Pakcik Google, boleh la sikit gambaran tu dalam kepala. :)

Hari pertama dan kedua, lepaskan penat + rehat2 kat Bekasi. Hari ketiga dah berada di Cibubur. Cibubur ni boleh tahan meriah juga. Rasanya, mana2 kawasan pinggir bandar kat Jakarta ni meriah. jalan jauh tak terasa sangat sebab kiri kanan ada pemandangan org berniaga. Lokasi kedua ni dah dekat dengan Taman Mini Indonesia Indah (TMII). Menikmati budaya seluruh Indonesia dalam satu kawasan. Kiranya macam Mini Malaysia kat Melaka la.

Lepas melawat Taman Mini, rancangannya nak ke Ancol, Jakarta tapi macet yang sangat teruk buat kami batalkan rancangan tu. Makan tengahari kat restoran Martabak Kubang. Signature dia martabak yang besar + sedap dengan kuah yang istimewa. Kalau kita makan martabak dengan kari, diorg hidang martabak dengan kuah mcm sup, tapi rasa yang tak boleh nak terangkan kat sini. Kena rasa sendiri. :D

Boleh kata tiap petang hujan kat Jakarta. Sampai ada berita kata Jakarta dilanda banjir kilat. Pokok tumbang, kenderaan tenggelam. Phew, tertangguh lagi hajat nak masuk bandaraya. Hari seterusnya, anak sedara Mama pula bawa kami jalan2. Diorg berniaga pakaian kat Jakarta. Hajat Mama nak jumpa kakak sedara yang dah hampir 30 tahun tak bertemu. Alhamdulillah, walaupun perjalanan yang sepatutnya sejam jadi 3 jam sebab macet, kami sampai juga kat rumah kakak sedara Mama dalam daerah Tangerang. Berdekatan dengan lapangan terbang CGK. Malam tu dapatlah masuk Jakarta walaupun setakat lalu sebelah Ancol dgn Pelabuhan Tanjung Priok.

Keesokan hari pula, kami dibawa ke Puncak, Bogor. Kawasan percutian tanah tinggi dengan kebun teh seluas mata memandang. Cuti sekolah baru bermula kat sana, boleh tahan juga sesak jalan menuju Puncak. Kat pertengahan jalan, kami berhenti kejap untuk solat. Sambil tu layan teh panas sambil makan roti. Seriesly, aku rasa tu la minum petang yang paling shiok aku pernah rasa. Oh ya, sedang minum2 tu ada sorang penjual kuih datang dengan satu kuih yang aku tak pernah jumpa. Nama kuih tu kuih kasmir. Bentuk mcm dorayaki. Series sedap sampai lupa nak snap bentuk dia. Korang boleh tanya Pakcik Google. :D~ Kat atas puncak, kami makan kat Restoran Rindu Alam. Makan sambil menikmati pemandangan menghijau + udara sejuk. Shiok! :D

Hujung2 percutian dihabiskan sekitar Cibubur. Aku ajak anak sedara jalan2 kat mall berdekatan. Sambil2 jalan2 tu jumpa la kedai barang outdoor yang offer barangan dengan harga gila murah. Hahaha. Borong! Dapat juga tengok kem jambori pengakap (kat sana panggil Pramuka) terbesar kat Jakarta. Mana tau satu hari nanti dapat berjambori kat sana kan? haha.

Okay, pertama kali ke Jakarta, mcm2 ada. Tapi paling best dapat cuba makanan2 baru yang tak ada kat sini. Nasi uduk, pisang goreng pasir, bika, mie ayam pangsit, es teler, ketoprak, somay... tu yang aku ingat. :D~

Akhir kata, perkara2 menarik seringkasnya:


  • Jalan kat sana jem gila. Tapi semua pemandu ada tolak ansur walaupun masing2 menyelit2. Kalau kat sini sah2 kena tunjuk penumbuk, jeling tajam, jari tengah, maki2. Tapi kat sana, even menyelit/tukar lorong ikut suka, semua akan fokus pada pemanduan. Tak ada jelingan tajam.
  • Mcm2 cara org cari rezeki. Jual minuman dan makanan ringan kat tengah jalan terutama kat simpang lampu isyarat antaranya. Ianya salah di sisi undang2 sana. Yang berjalan dari rumah ke rumah dengan speaker + radio, menyanyi depan pagar pun ada. Sampailah diberi wang, dia akan terus nyanyi. Suara? Not bad! :D
  • Paling banyak jumpa perkataan 'WARTEG'. Rupanya singkatan kepada warung tegal. Kedai makan standard warung. 
  • Hati-hati naik angkot (pengangkutan awam dalam bandar serupa van mini). Ramai jadi mangsa penyeluk saku/pencopet kat dalam kenderaan ni.
  • Penjaga lalulintas tak bertauliah akan menjaga simpang jalan. Tahan kenderaan untuk mudahkan keluar masuk kenderaan lain. Hargai bantuan diorg dengan tip serendah Rp500 (15 sen). Sangat membantu! 
  • Lastly, aku terjumpa sorang Anna Althafunnisa. ;D hmmmmm....

737-800! Sayap yang cun~

Jumpa teksi waja! :D

Rumah gadang kat Taman Mini

Bali! :D

Nasi goreng + es teler :D~

Martabak kubang

Restorannya

Perjalanan ke Puncak, Bogor

Singgah ngeteh

Pemandangan dari Restoran Rindu Alam

Anak sedara yang comel! :D

Ladang teh seluas mata memandang

Pisang goreng pasir

Kedai outdoor @ Cibubur

Mie ayam + teh botol

















Sunday, July 22, 2012

Ada apa dengan Miri?

Salam n' hye all!

Hampir 2 bulan aku berada di bumi Miri. Tapi tak sempat kongsi dengan korang apa yang ada kat Miri ni. :D hehe. Entahla, berat je nak memulakan sesi menulis. Tapi fikir2 balik, kalau biar je kenangan tu berlalu, nanti lama2 hilanglah ia. Jadi, aku kongsi sikitlah apa yang aku sempat lalui di Miri ni. :)

Apa istimewanya Miri? Miri merupakan tempat bermulanya industri petroleum di negara kita. Kalau sekarang kita lihat petroleum disedut dari dasar lautan, 100 tahun dulu ia disedut di daratan. Telaga minyak pertama kat sini diberi nama 'Grand Old Lady'. Letaknya di atas Bukit Kanada. Ikut buku sejarah pula, Miri merupakan tempat pertama Jepun menyusup masuk ke Borneo.

Okay. tak payah cerita panjang. Aku kongsi beberapa gambar menarik sepanjang 2 bulan ni. Oh ya, selamat berpuasa buat muslimin dan muslimat di mana jua anda berada! ;)


                                             SMK Lutong. Tempat menabur bakti :D


Rumah sewa di Miri :)


Pasar malam Saberkas

Pantai Lutong. Belakang sekolah kami :)

Lapangan Terbang Miri

Pemandangan dari atas Jambatan Piasau

Sukan sekolah di Stadium Miri

Taman Bulatan: Salah satu lokasi beriadah.

Lapangan terbang lama belakang sekolah

Grand Old Lady @ Canada Hill

Melihat matahari terbenam dari puncak Bukit Kanada

Mee Kolok sigek! :D

Makan malam @ Dynasty Hotel

Taman Tasik Senadin. Dekat rumah

Zee Avi homecoming concert 

Sekolahku indah!

Okay, sampai jumpa lagi! Miri rocksss!!!



Friday, June 1, 2012

Posting

Assalamualaikum. Hi~ :)

Posting. Dah seminggu sejak tarikh lapor diri sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah kat Hotel Pearl International Jalan Kelang Lama. Malam ni rasa nak menulis. Yes, lama tak share sesuatu kat sini. Sampai ada sorg student kat STPD tegur, "lama tak update blog cikgu". hahahahaaha ;p

Okay. Musim posting dah semakin sejuk. Masa tgj panas tempoh hari mcm2 cerita. Ada yang hapy. Ada yang sedih menangis kaw2. Ada yang terkedu. Mcm2 perasaan bila tahu kemana akan dihantar cikgu2 baru ni. Cerita pengalaman aku, patut aku dpt surat tawaran hari Jumaat, sama mcm kawan2 lain yg dpt posting ke seberang Laut China Selatan. Tunggu punya tunggu, tak ada surat hari Jumaat. On internet, memasing share dpt posting ke Sarawak. Well, mula2 rasa aku tak tersenarai sebab tak dpt surat lagi. Dalam hati sikit jeles la sebab ramai geng2 yg akan ke Sarawak. Pendekkan cerita, hari Ahad baru boleh check kat internet kita dpt posting mana.

"Bismillahirrahmanirrahim...."

*klik*

SARAWAK yayyyyyy~~~ hahahaaha. Okay, mama terus nangis masa tu sebab aku ajak dia tgk PC. Maka kenalah dipujuk mama tersayang :D

Hari lapor diri, gerak dari rumah sekitar 6.30 pagi. Sampai kat hotel sekitar 8.05. Park kat basement, Nak naik ramai sungguh beratur dpn lif. Bukak2 je pintu lif, penuh saje. Maka naik tangga lah jawabnye. Kena naik tingkat 7. Phew. Beg aku yang aku tak tahu beratnya masa tu aku angkat berdua dgn papa. Sangat penat. Tu je yg mampu aku kata pasal hari lapor diri. Lif penuh. Bersesak2 nak tgk kumpulan flight. Nak makan. Nak dapatkan kunci bilik. Nak bawa balik beg dari tempat simpanan sementara ke dalam bilik hotel... Phew.



Selesai letak barang, sarapan, dan dapatkan surat tawaran, semua kena duduk dalam dewan + dengar taklimat. Ada 3 taklimat semuanya. Taklimat berhenti rehat untuk makan tengahari. Rehat sekitar 6.30 petang dan sambung balik jam 8 malam.




Saat yang mendebarkan masa tahu kat skolah mana kami akan ditempatkan. Petugas tu pulak suruh jangan buka sampul selagi semua tak dpt sampul masing2. :D haha, tapi masing2 tak boleh tahan. Bukak gak sampul "Urusan Seri Paduka Baginda" tu. Aku dapat SMK Lutong, Miri. Tertanya2 jugak mana lah tercampaknya aku ni. Tengok balik buku panduan yang diorg bagi masa pendaftaran, kata sekolah aku tu sekitar 40 minit dari bandaraya Miri. Alhamdulillah... :) Suasana masa tu berbagai2. Ada yang hapy, ada yang muram, sedih.... Apapaun, Allah dah plan baik setiap satunya untuk kita. terima seadanya dan jalankan amanah yang diberi. ;)


Malam tu, masing2 ambil kesempatan rehat2 minda, lepak2 sama2 sebab esoknya masing2 akan berpisah menuju destinasi masing2.



Aku termasuk dalam kumpulan penerbangan M2. M untuk miri. Penerbangan aku jam 10.05, tapi jam 6 pagi dah kena berkumpul di lobi hotel. Tidur malam tu pun sekadar rehat kejap aje. Pukul 5 dah bangun + siap2. Pukul 6 dah kumpul kat bawah dan bas bertolak jam 6.30.



Daftar masuk jam 9.30. Beg aku yang besar tu rupanya 28 kg! HAHAHA. Memang ada sikit risau kena bayar banyak sebab had berat dibenarkan 2 kg aje. Tapi  alhamdulillah, rezeki aku tak kena caj lebihan berat tu. Mungkin sebab dalam kumpulan kot. :D

Penerbangan lambat sekitar 15 minit sebab banyak flight yang beratur nak terbang. ;p Peluang naik MAS memang best lah sebab dapat makan dalam flight. yum yum~ hahaha. Pagi tu kami disajikan sarapan berat. Pilihan sama ada nasi lemak + sambal udang atau roti + kari ayam. Memang sedap! Cuma portion dia tak padan dengan perut aku muahahaha ;p.




Rupanya flight kami berhenti 30 minit kat Kuching. So, dapatlah peluang tengok bandaraya Kuching dari udara! :D




Penerbangan kami sampai kat Miri sekitar 1.45 tengahari. Dari atas boleh nampak pelantar minyak. Menarik!




Okay! maka bermulalah cabaran di tempat baru, kehidupan sebagai perantau. ;) Aku akan kongsi lagi dalam entri yang lain :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...