Monday, April 4, 2011

Medan Selera Tanjung Malim

Assalamualaikum n' hye all~

Entri kali ini pasal makan~ :D haha, Siapa yang kenal aku pasti tahu yang aku ni suka makan. Akulah pemburu makanan yang sedap! Ok. Mari aku berkongsi satu tempat makan di Tanjung Malim ni. Sebenarnya, TM (Tg. Malim) ni tak la banyak sangat tempat makan yang sedap. Tapi, boleh la untuk membuatkan perut aku ni senyum dan kenyang.

Aku nak kongsi pasal Medan Selera Tanjung Malim. Biasanya aku ke sini untuk menikmati sarapan dan makan tengah hari. Ada beberapa kedai yang menepati cita rasa aku. Ada juga kedai yang menepati cita rasa, tapi aku dah 'ban' sebab kurang beradab dengan aku. tak payah la aku beritahu siapa. Haha.

Untuk entri ni aku nak 'promote' kedai makan 'Bob & Nabil'. Oh, itu bukan nama kedai ni sebenarnya tapi sebab yang jaga kedai ni Bob dan sorang yang muka mcm Nabil, maka aku namakan Kedai Makan Bob & Nabil.



Pendekkan cerita, kedai ni punya 'speciality' ialah nasi goreng yang pelbagai jenis. Nasi goreng kampung dia terbaik. Nasi goreng ayam terbaik. Nasi goreng biasa pun terbaik! Kiranya untuk menikmati masakan Melayu (lari dari masakan Thai yang dah berlambak-lambak) datanglah ke sini! :)

Makanan aku tengah hari tadi ialah nasi goreng kampung dengan telur mata. Minum teh 'o' ais. 'Damage' = RM5.50. Ok kan? Layanan pun ok walaupun kadang-kadang agak lambat. Tapi keramahan Bob dan Nabil buat kita punya bosan terubat sikit. Hahaha.



Ok, masa aku snap-snap, Nabil ke Masjid berdekatan. Solat la tu. jadi, kalau korang nak kenal nabil datanglah ke gerai nombor 26 Medan Selera Tg. Malim yang bertentangan dengan balai polis. Kedai ni tak ada nama. :)




Selamat cari makan ya! ;)

Okay: Klik sini untuk coklat yang sedap!!! :D

2 comments:

. said...

nasi ayam dia cepat dan sedap.

zulfadli amzar said...

Ya, betul! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...