Wednesday, April 28, 2010

Al-Fatihah buat Aminulrasyid Amzah... Kematianmu Menuntut Pembelaan!


Assalamualaikum & hye semua!

Aku masih terasa dengan berita kematian seorang remaja berusia 15 tahun di Shah Alam akibat ditembak di kepala oleh anggota polis. Ya, arwah bukan seorang yang aku kenali, tetapi apa yang berlaku telah membuatkan aku sekali bertanya, bertambah tidak selamatkah Malaysia ini? Aku ada adik lelaki. Dia sudah ada kereta sendiri. Tak mustahil kejadian sama berlaku walaupun dia sudah ada lesen memandu. Tak mustahil...

Berbalik kepada kes kematian arwah Arwah Aminulrasyid Amzah, 15, media melaporkan bahawa dia ditembak akibat disyaki terlibat dalam kes samun. Ada parang ditemui dalam ruang barang di belakang kereta. Sehari selepas laporan media, ibu dan ahli keluarga arwah membuat kenyataan media supaya dibersihkan nama arwah daripada laopran-laporan tidak berasas tersebut. Hati ibu mana yang tidak sedih melihat laporan sebegitu ke atas anak yang dikandungnya serta dibesarkan selama 15 tahun. Sedih!

Ada kata-kata nakal menyindir. "Baik sangat ke anak makcik? Keluar sampai pukul 2 pagi." Ya betul, tindakan arwah keluar rumah tanpa pengetahuan ibunya dan memandu tanpa lesen merupakan satu kesalahan, tetapi pada aku itu sifat lelaki. Nakal. Arwah seorang atlet di sekolahnya. Main bola. Aku yakin, arwah keluar rumah untuk menonton perlawanan BPL. Chelsea lawan Stoke City. Perlawanan mula jam 12. Habis dekat2 jam 2 pagi. Shah Alam. Kedai mamak mana yang tak meriah dengan pengunjung yang nak menonton perlawanan bola sepak terutamanya Liga Perdana Inggeris. Arwah anak yatim. Kehilangan ayah pada usia agak muda. Keadaan ini pasti bagi tekanan dalam jiwa remajanya. Memberontak! Kita pun ada zaman remaja masing-masing. Tak perlulah semudah itu nak memberikan kutukan dan penghinaan terhadap peribadinya. Zaman sekarang bukan macam zaman dulu lagi. Dulu tak ada kedai mamak yang sediakan skrin besar. Dulu tak ada kereta. Dulu malam-malam gelap gelita. Siapa berani keluar rumah???

Khabarnya arwah melarikan diri daripada kereta peronda. Aku yakin arwah gelabah. Siapa tak gelabah kalau terserempak dengan polis dalam keadaan tak bawa dokumen pengenalan diri. Lesen pun tak ada! Akhirnya kereta yang dipandu arwah ditembak di tayar lalu terbabas. Khabarnya juga, arwah masih mahu cuba lari dengan mengundurkan keretanya. Atas rasa cemas dengan cubaan itu, polis melepaskan tembakan lagi sehingga memecahkan cermin belakang kereta lalu mengenai belakang tengkuk arwah. Ya Allah, azab sekali kematian arwah ketika itu aku bayangkan...

Tiada satu pun keadaan yang aku rasa membuatkan polis perlu menembak arwah. Dia tidak bersenjata! Kalaupun dikatakan perbuatan arwah cuba mengundurkan keretanya, buat apa polis bodoh-bodoh tunggu di belakang? Kereta itu sudah terbabas dan sudah bocor tayarnya! Aku membayangkan anggota-anggota polis tersebut membayangkan penghargaan yang akan diperolehi atas sebab kejayaan mengejar penjenayah besar. Kejayaan mendapat liputan luas keesokan hari dan nama mereka terpampang di dada akhbar. Tapi akhirnya, yang kelihatan... Jasad seorang remaja kecil yang tidak berdosa! Aku mengharapkan Manusia2 kejam itu mengalami penyesalan sepanjang hayat. Mungkin mereka punya anak lelaki. Dan aku harap, setiap kali mereka melihat wajah anak mereka, mereka akan terbayang wajah arwah yang semudah itu ditamatkan riwayatnya.

Ada parang dalam kereta! Pelik bukan? Anggota-anggota polis tersebut tahu mereka diancam sehinggakan melepaskan tembakan. Buka belakang kereta, ada parang! Hebat! PDRM sudah punya kelebihan melengkapkan anggotanya dengan kemahiran pandangan menembusi sesuatu. Hebat!!!

Banyak hati dan perasaan yang takkan boleh melupakan peristiwa ini dengan mudah. Ahli keluarga arwah, rakan-rakan sekolah, guru-guru, jiran-jiran, malah kita sendiri sebagai rakyat Malaysia. Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku??? "sudah takdir dia mati macam tu" sekali lagi ayat2 nakal keluar. Ya Allah, tunjukkanlah kebenaran. yang salah patut dihukum! Takkan nak menjaga satu pihak, satu pihak lagi dinafikan keadilannya? Ini bukan kerja individu. Ini kerja satu pasukan. Anggota yang menembak bukan menembak atas tiket individu. Dia menembak dengan memakai lambang. Pakaian seragam! Membawa nama PDRM! Jangan jatuhkan kualiti anggota keselamatan kita dengan kejadian-kejadian seperti ini.

Ya, aku mahukan Malaysia yang selamat! Bebas dari ancaman. Bebas dari ketidak adilan. Bebas dari kejahatan. Bebas dari konspirasi. Bolehkah???

Huh!

Wednesday, April 21, 2010

Syarahan Diskusi Buku: Tamadun Alam Melayu


Assalamualaikum & Hye~

Pada 14 April lepas bersamaan hari Rabu, satu syarahan diskusi buku yang bertajuk "Tamadun Alam Melayu" telah berlangsung di Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI. Rezeki aku mendapat tahu tentang program yang sangat berguna. Aku dapat tahu mengenai program tersebut melalui status facebook Prof. Emeritus Abdullah Hassan.



Program berlangsung sekitar jam 2.30 petang. Aku dan Zaidee sampai sekitar jam 2.00 petang dan menanti di luar bilik serbaguna aras 4 perpustakaan. Boleh dikatakan kami antara yang terawal sampai. Prof Abdullah yang sampai paling awal sempat bertanya "Pelajar mana?" "Pengajian Malaysia." Aku jawab. "Tak ramai nampaknya. Tak apa, memang tak nak ramai pun." Mendalam kata2 Prof tu. Sama2 fikirkan...

Aku yang duduk kat bahagian tengah dijemput Prof Ke barisan hadapan. Nak wat mcm mana kan? Dijemput tu! hahaha



Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan aluan dari Prof Abdullah sendiri. Kemudian pengacara majlis memperkenalkan serba sedikit penulis buku tersebut. "Mohd Arof Ishak". Orang Jelebu (org nogori den ni ha!). Penulis lepasan University of Reading (Politik) dan memulakan karier sebagai PTD di Jabatan Perdana Menteri (1975).



Buku pertama beliau "The Malay Civilization" terbit pada 2007. Buku "Tamadun Alam Melayu" merupakan versi Bahasa Melayu yang paling menyeluruh dengan tambahan dapatan2 terkini.

Antara fakta-fakta menarik yang aku dapat hari tu:

-Tamadun Melayu juga lebih dikenali sebagai Tamadun maritim

-Orang Melayu meliputi Asia Tenggara, Timur (hingga kepulauan Taiwan dan Turki



-Arab tak termasuk dalam Melayu (Orang arab sendiri tak minat kaji sejarah Melayu)

-Demokrasi yang diagung2kan oleh Barat sebenarnya telah bermula awal di alam Melayu. Buktinya, kewujudan Rumah Sidang. Rumah Sidang tidak berdinding dan menjadi tempat mencapai kata sepakat dengan bermuafakat. Yang bangganya, rumah sidsng tu bentuknya macam rumah Minangkabau. Dengan bumbung bergonjong. Memang masyarakat minang amalkan demokrasi kan??? :)



-Jong Melayu lebih besar dari galleon Portugis. Ada sumber mengatakan org Portugis mendakwa jong Melayu sangat Tebal. Kira2 empat lapis tebalnya!




-Perahu terbang yang meluncur laju juga menjadi kebanggaan pelaut Melayu.



-Buah sukun dan sayur keladi menjadi makanan kegemaran pelaut Melayu.

-Kajian saintifik yang dilakukan mendapati bentuk gigi orang Melayu lebih tua daripada orang di utara Asia (China/Jepun)
Sundadonty- bentuk gigi Melayu
Sinodonty- bentuk gigi utara Asia

-Fakta yang mengatakan Melayu berasal dari Yunan tidak benar sama sekali!

-Kajian genetik mendapati kepelbagaian (diversity) lebih kuat di Asia Tenggara.

-"We have philosophy, but we didn't have philosopher"

Buku ni berharga RM90.00. Berkulit tebal. Versi kulit nipis berharga RM70.00 tapi habis dijual. Nak dapatkannya berhubunglah dengan Persatuan Sejarah Malaysia. :)
Sangat berbaloi!

Thursday, April 8, 2010

Aku benci perkauman!!!


Salam n' hye all~

Sebenarnya aku nak tulis post ni sebaik aku habis Amazing Race Varsity tempoh hari. Ingin berkongsi secebis pengalaman. Satu petikan daripada keseluruhan pengembaraan aku pada hari tersebut.

Terlebih dahulu, ingin aku jelaskan di sini bahawa aku sangat-sangat menentang perkauman. Aku benci perkauman. Aku menyampah melihat seseorang cuba menunjukkan rasa bangga terhadap kaumnya. Tak kisahlah kaum apa seseorang itu.

Aku tak nafikan, ada antara org-org sekitar aku yang mempunyai semangat tidak suka akan kaum / bangsa lain. Tak payah la sebut bangsa apa. Dan aku pasti akan marah dalam hati mendengar sesiapapun mengutuk apa pun bangsa. Apa yang kita dapat? Kita ni manusia. Asal dari adam. mati ke tanah juga. sama semuanya. Tapi, kenapa nak membeza-bezakan antara satu sama lain?

Tapi, hati aku betul-betul terguris pada hari Sabtu lepas semasa melaksanakan tugasan untuk Amazing Race itu. Satu tugasan yang diminta: Cari 3 org awam berlainan bangsa untuk sama2 baca Rukun Negara. Aku pelik. Masa aku approach satu bangsa ni, langsung tak dipandangnya aku. muka straight + kelat + poyo + masam. Tangan diangkat menunjukkan isyarat tak mahu. Bangsa aku sendiri ok. tak ada yang menolak. Senang aje. Seriesly, boleh dikatakan semua orang yang aku tegur dalam kalangan bangsa yang itu sama reaksi mereka. Aku geram! Sebab aku yang tak pernah nak sombong atau membeza-bezakan bangsa diperlakukan sedemikian! Adakah mereka skeptikal terhadap bangsa aku? Tapi jangan la pukul rata. At least, kalau tak nak tolong aku pun apa salahnya senyum. "Maaf, saya sangat sibuk!" Aku akan paham kalau begitu. Ini tidak. Macam aku ni penyamun yang nak menyamun. Atau... Setan yang cuba menggoda. Perlu dijauhi!

Aku sangat kecewa. Apa yang berlaku??? ini Malaysia! Melayu. Cina. India. Semuanya layak menikmati semua yang ada di negara bertuah ini. Kejadian tempoh hari takkan mengubah pemikiran aku. Tanggapan aku kepada mana2 bangsa. Aku takkan pukul rata. Aku yakin, tak semua org mcm tu.

Cuma, aku harap... Semua org sedar bahawa kita sedang berada dalam sebuah bilik yang dipasang dengan bom jangka. Ia bakal meletup! Tapi, kita ada alat untuk mematikan bom itu. Terpulang kepada kita sama ada mahu membiarkan bom itu meletup atau mematikannya.

Sedih. Risau. Hmmm...

Masalah itu sifatnya sementara~



Salam n' hye all!

Masalah. Mana ada manusia hidup tanpa masalah. Masalah ni adalah salah satu warna warni kehidupan. Tak ada masalah, manusia takkan belajar sesuatu. Kalau mengalami sattu masalah, mungkin seseorang tu boleh kawal lagi masalah yang satu tu. Tapi, kalau sekali datang 3 atau 4 masalah??? memang akan bawa tekanan dan stress kepada tuan punya badan.

Jadi, untuk post terbaru aku ni aku nak berkongsi masalah-masalah yang datang kepada aku dalam beberapa hari ni. Tak dinafikan, masalah yang buat kepala aku kusut berserabut jugalah memikirkannya.

Masalah pertama, berkenaan baju korporat Persatuan Pengajian Malaysia yang masih belum sampai. Aku yang bertanggungjawab dalam projek baju korporat ni. Jadi, sebarang pertanyaan akan datang kat aku. Tempahan baju dibuat sebelum cuti Tahun Baru Cina. Pembekal kata yang baju-baju akan siap dalam sebulan. Well, ok la mcm tu. Tapi, ada beberapa masalah teknikal berlaku. Logo pada baju tu guna teknik sulaman dalam kain. Satu teknik baru yang teknologinya tak ada di Malaysia lagi. Logo2 tu ditempah dari China. Berlaku sedikit masalah dalam penetapan warna untuk hasil akhir yang betul-betul mantap. Jadi, tak hairanlah logo-logo tu lambat sampai. Pembekal bagitahu yang baju2 dah siap. Cuma menunggu ketibaan logo2 yang akan terus dijahit pada baju selepas tu.

"Abang Zul, kawan2 tanya bila boleh dapat baju?" "Zul, bila baju akan siap?" ni antara soalan yang sampai kat aku. Ketua Jabatan pun! "Bila nak dapat baju ni Fadli?" huhu. Series. Memang tak larat aku nak menjawab. Aku tetap jawab dengan jujur apa yang pembekal bagitahu. Aku tak risau sebab pembekal bukan cikai2 punya syarikat. Ada kilang sendiri. Cuma sebab diasak oleh soalan2 tu buat aku terpaksa juga push pembekal walaupun diorg tak boleh buat apa pun sebab logo tak sampai. :p


Akhirnya, siang tadi baju2 tersebut pun sampai. Alhamdulillah. Puas hati aku tengok logo UPSI dan logo PPMas yang cun. Aku dah agak, ada yang akan tak puas hati sebab ajk punya baju ada sulaman nama. Tapi, nak buat mcm mana, tu la kelebihan ajk. Kami ada beban yang lebih, jadi yangkeLEBIHan tu pun kami dapat la. Sebenarnya, pembekal bagi sulaman percuma sebanyak 30 helai. Jadi, dapat kat pensyarah dan ajk2 la :)

Esok baju2 akan diedarkan....

Masalah lain... Latihan Industri!
Aku pelik betul dengan sistem nak buat LI kat UPSI ni. Kat politeknik dulu senang aje. Pelajar cari sendiri tempat nak dibuat LI tu. Kat sini, kena senaraikan tempat2 yang nak dipohon, kemudian tunggu unit LI hantar surat. Masalahnya, dah sebulan++ tarikh akhir pemberian alamat organisasi tersebut, baru minggu lepas unit LI hantar surat. #@!!*%$#**%!!! phew. Dan satu lagi, diorg bukan hantar kat semua alamat yang aku senaraikan. Hantar satu aje. Ya! SATU sahaja. Series aku risau sungguh. Aku mengharapkan LI di Shah Alam. Kalau tak dapat dan aku dihantar kemana2, memang tambah masalah kemudian nnt.

Jadi, pagi tadi aku call SUK Shah Alam. Tanya status permohonan. Katanya sedang meneliti Jabatan Mana yang boleh diorg letak aku. Aku siap merayu. Mintak aku diletak kat mana2. Siap cakap pengalaman kerja aku lepas. Ye la, Unit LI mana bagi resume pelajar. mana la organisasi nak kenal seseorang pelajar tu bole pakai ke tak. Phew. Semak! Aku harap, peratusan untuk aku LI di Shah Alam positif~

Masalah lagi: Tumpuan untuk peperiksaan akhir seperti semakin terganggu. Tak pasti la. Sebab ada lagi aktiviti yang aku sertai akhir2 ni. Tapi, terasa jugak la. penurunan kualiti tumpuan tu. Tapi, lepas jumpa seorang yang bijak pandai petang tadi, motivasi aku naik mendadak! :) Terima kasih sangat2 kat dia. Sekarang ni, rasa semangat tu datang balik.

Moralnya di sini, dalam kita memikirkan masalah yang berlegar2 dalam kepala, stress akan melanda diri. Namun, teknik kawalan dan penyelesaian masalah yang betul akan membantu kita mengurangkan stress yang boleh bawa keburukan pada diri. Yakinlah, Allah itu maha kuasa. Mintalah pertolongan dari-Nya. Insya Allah, sedar tak sedar masalah kita akan selesai juga. Tapi, perlu disertai dengan usaha untuk mengatasi setiap masalah tersebut! :)

Monday, April 5, 2010

Lamb's Kitchen~


Salam n' Hye all~

Isnin adalah hari tanpa kuliah untuk aku semester ni. Biasanya, kalau tak ada apa2 program aku akan balik ke rumah keluarga di PD. Tp, disebabkan hujung minggu lepas aku menyertai Amazing Race Varsity di UM, maka tak dapat le balik PD.

Malam semalam aku dan Zaidee shopping barang keperluan dapur untuk seminggu ni. Rancangnya malam td untuk makan tengahari hari ni nak masak sup tulang. Semua keperluan dah dibeli. Tinggal nak beli tulang, carrot, kentang, daun bawang dan daun sup.

Pagi tadi kami ke pekan Tg. Malim. Hajat di hati nak beli tulang dan daging. Tapi, sampai2 aje, tak nampak pun kelibat daging. kambing ada la. Terpaksa tukar plan. "kita buat sup ayam aje la." Beli la ayam kat sorg pak haji ni. Yang penting, part dada! hehehe. Part lain tak bole masuk la kecuali dada atau kepak. Tanya le pak haji tu tak ada daging ke ari ni. Dia pun kata ari ni tak ada nampaknya daging sembelih. Esok rasanya ada. Nak wat mcm mana. Tak rezeki makan daging.

Sampai2 aje di rumah, maka bermulalah aktiviti di Lamb's Kitchen. Matlamat untuk makan tengahari: Sup ayam dan sambal bilis :)

Potong-potong bawang, halia, daun sup & daung bawang semua... campak2, tumis2, tuang2 dan... Siap! memang menyelerakan~ Teringat aku kat Mama kat PD. Saling tak tumpah supnya mcm yg Mama masak. :) (kinda miss my Mama lorrr~)

Nasi pun dah masak, jom makan!!!

Burrppppp~ Alhamdulillah :D kenyang.

Rezeki Allah untuk aku tengahari ni. Malam nnt tak tau lagi. Well, berkongsi resepi masakan aku tadi.

SUP AYAM Lamb's Kitchen (3-4 orang)

Bahan-bahan:
1/4 ayam (aku suka dada! ;p)
1 paket sup tulang adabi (ada bunjut + rempah2 mcm kayu manis,cengkih dll)
2 batang carrot (hiris)
2 biji kentang (potong 4)
minyak masak
garam
serbuk lada putih
daun sup dan daun bawang sesedap rasa
bawang goreng

Bahan tumis (ditumbuk/kisar):
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
0.5 cm buah pala

Cara memasak:
Panaskan minyak dalam periuk.
Tumis bahan-bahan yang ditumbuk/kisar bersama2 rempah yang ada dalam paket sup tulang. (tak termasuk bunjutnya)
Setelah naik bau dan agak garing, masukkan ayam dan air kira2 10 cawan.
masukkan garam dan serbuk lada secukup rasa.
tutup periuk. Masak dengan api sederhana kecil.
masak lebih kurang 45 minit.
Akhir sekali masukkan kentang dan carrot
Siap!!! :)

cara hidangan:
Masukkan daun sup & daun bawang yang telah dihiris ke dalam mangkuk.
Tuang sup.
Tabur bawang goreng.

Sup ayam sudah boleh dinikmati!!!
(sedap digandingkan dengan sambal kicap atau sambal bilis. Yang penting ada sambal!)
Kalau aku la, makan tak bersambal mmg tak lengkap. :)

Ok, selamat mencuba~ ;)

Sunday, April 4, 2010

The Amazing Race Varsity @ UM


Salam n' hye all~

Ahad. Pagi ni badan sakit2 kesan perjuangan di KL semalam. Hahaha. Memang kenangan yang tak dapat dilupakan.

Semalam team aku (Fresh Koffin) mewakili UPSI utk Amazing Race Varsity di UM. Kami sampai di UM hari Jumaat malam (jalan yang boleh tahan jem).

Event start pagi Sabtu lepas senamrobik dan sarapan sandwich. First task, buat sampan guna kotak, bawa sampan ke seberang tanpa berjalan atas lantai kolam. Sepul berjaya berenang dan bawa perahu kami tanpa tenggelam.

Kemudian berlari ke stesen LRT Universiti. Zaidee berada di hadapan dan aku jerit "CM!!!". Semua dah selamat sampai kat stesen lrt dan masing2 tunggu LRT. Dalam LRT aku tanya balik. "ko beli tiket pergi CM kan?" "Aku beli KL Sentral". "Warghhhhhhhhh" Kami terpaksa turun kat KL Sentral dan berlari ke arah Central Market. Phew. Agak jauh dan penat.

Sampai di CM, dah agak ramai yang sampai. Task: Warnakan bendera M'sia. Yang tak bestnya, petugas kat situ poyo + tak mesra sungguh. Dia suruh aku ambik alatan sendiri, aku ambik. Then masa aku nak tarik lukisan bendera, dia jerit. "sini!" "sini!" ambik kat tangan dia. Cittt, tadi suruh aku ambik. Bengong punya Ah Soh!

Lepas tu kami diarah ke Masjid Jamek. Ada yang guna putra LRT, padahal dekat blkg CM tu aje. Kat Masjid Jamek ni la spoil. Kena penalti sejam. Task dia mengingat 20 tempat2 bersejarah di M'sia dalam 10 saat. Then tulis balik dalam susunan yang betul. Satu pun tak betul. Satu salah penalti 3 minit. Hahahaha.

Next: Stesen Hang Tuah. Depan Penjara Pudu. Task: Cari 3 orang berlainan bangsa, sama2 lafaz Rukun Negara depan petugas. Tak ambil masa yang lama untuk cari orang. Tapi semua Melayu yang aku dapat. Cuma luck kami. Sorg tu muka cina. Hahaha. Sampai2 untuk berikrar, mamat yang pakai baju Melayu + tanjak (konon2 Hang Tuah) tu buat muka bengis n kata "awak tak menepati syarat!" aku balas "Memang nak berlainan bangsa. Sorg Melayu, sorang cina dan sorg Bumiputera Sabah!" (hahahaha. Aku bagi alasan baekkk) Dia tak bole kata apa dah. DONE!

Next: Bukit Bintang depan Maybank. Lari jugak. Tak mau buang masa tggu monorel. Task: Jual sekeping "Power Bar" dengan harga RM10. Phew. Terus aku approach sorg tourist (white people la). "Excuse me sir, could u pls help us to complete our task by buying this power bar for 10 ringgit?" sambil buat muka merayu2. hahaha. Dia senyum. Kuarkan duit (siap jatuh2 duit dia. Dia bayar RM10! Yay! tu kenangan paling best sebab org pertama diapproach berjaya selesaikan misi! Petugas kat situ senyum aje. hahahaaha. :)

Nest: Ke Medan Tunku. Task: Ajak orang makan dengan RM10 tadi. Berjaya ajak sorg lelaki yang tgh dating dgn awek dia kot. Dak Uitm. hahaha. Dia kata dia baru aje makan td. Tp, dia mau bantu juga. Thanks bro!!! Makan la dia sekeping roti canai... Hahaha.

Next: KLCC. Naik Monorel, berhenti kat Bukit Nanas. Lari ikut Jalan Ampang. Sampai di Petrosains, selesaikan task. masa ni kami dalam top 5. Team no 3, 4 dan 5 sama2 bersaing. Kat dalam petosains tu la. aktiviti satu2 kumpulan aje bole buat. kna tggu. Damn!

Selesai kat KLCC, berlari ke stesen LRT untuk ke UM balik.

Yes, memang pancit. Sampai UM, ke tasik. Ni lagi masalah. Alatan flying fox tak cukup. Ada yang cut queue jugak. Well, tak dpt nak kata apa la. Aku dan Syah buat flying fox, Zaidee dan Saiful berkayak.

Next: Ke depan Dewan Tunku Canselor. Task: Makan roti perancis 2 batang. Sebotol air sahaja diberi. Phew. Mula2 makan tu rasa kejang rahang aku. Then aku tuang air kat dlm roti tu. Bagi lembut. Phew. Tgh penat2 kena makan. Sepul pun tgh injured. huhu

Next: Anjung Asuhan Jepun (betul ke tu?) Task: Kira getah dalam telur yang dikacau dlm botol. 78 getah! Betul! Tu last task.

Berlari2 anak ke arah garisan penamat. Sampai2, serahkan bukti tugasan dan resit untuk tebus balik duit yang diguna bayar tambang LRT. Tanya "kami no. berapa?"
"no. 6" warghhhhhhhhh~

kami sampai lewat +- 10 minit daripada team yang dapat no. 5. hadiah sampai tempat kelima sahaja. huhu. Tak rezeki. Tapi pengalaman berharga!

Lepas tu kami ke One Utama hiburkan diri dgn menonton movie... :)

Seronok!

Thursday, April 1, 2010

Mahu jadi guru? Ini bukan kerja main-main!!!


Salam n' hye all~

Geram ada, marah ada, risau ada, kelakar pun ada.

Cerita adik aku yang sedang menuntut di tingkatan enam atas menimbulkan perasaan-perasaan di atas tu. Ceritanya begini (ringkaskan sahaja).

Ada seorang guru praktikum dari UPSI mengajar subjek Pengajian Am. Perempuan. Umur 28 tahun. Asal mana, tak perlulah dinyatakan. Hari pertama masuk kelas, tak diperkenalkan diri. Terus diajak pelajar semak soalan ujian bulanan. Ditegur pelajar barulah si guru memperkenalkan diri. Kemudian, si guru mengajar dengan kaedah merujuk buku rujukan. Dinyatakan kata kunci atau isi penting kemudian disuruhnya pelajar membaca sendiri isi-isi yang lainnya. Pelajar mula rasa tak selesa. Seorang pelajar bertanya sesuatu yang tak difahaminya. Tetapi si guru hanya menjawab kepada pelajar itu sahaja. Pelajar lain ibarat tidak wujud. Pelajar-pelajar lain pun mula membuat bising. Mungkin tanda protes sebab guru kelihatan gagal membuatkan mereka faham akan isi pelajaran. Guru yang geram lantas meminta pelajar ulang semula apa yang diajar. pelajar yang tahu si guru membaca bulat-bulat ayat buku rujukan mengulang kembali apa yang guru baca. Guru tak mampu kata apa-apa. Tulisan si guru kata adik aku tajam-tajan dan kurus-kurus. Susah pelajar nak baca. Bila dilihat pelajar seakan keliru, guru berkata "buat-buat faham dahlah". Wah! semudah itu? Subjek Pengajian Am diperuntukkan 2 masa. Satu masa meliputi 40 minit. Terdengar sahaja loceng yang menandakan waktu pertama habis, guru mula lihat jam. Bukan sekali, tetapi berulang kali. pelajar yang melihat menggeleng-geleng kepala. Guru gelisah lambat sungguh waktu P&P nak habis. Cukup.

Adakah cukup tempoh kurang setahun dalam menghasilkan seorang guru yang benar2 mampu menjadi seorang pendidik? TIDAK! Ini diakui oleh beberapa orang pensyarah pemantau. Aku tahu, banyak forum atau ruang diskusi jadi medan perang antara MAHAsiswa ISMP dan MAHAsiswa DPLI. Tak payah nak menunding jari antara satu sama lain. Apa yang perlu difikirkan sekarang, adakah pemohon yang ingin menjadi guru benar2 mahu mendidik anak bangsa? Atau sekadar membayangkan imbuhan, pulangan, kestabilan atau keselesaan hidup bergelar penjawat awam?

Sahabat-sahabat bakal guru sekalian, tanggungjawab yang akan kita galas sangat besar. Kerja memandaikan manusia bukan kerja mudah. Sejauh mana kita akan mampu mengawal situasi itu nanti? Tidak tahu apa yang ingin dikatakan lagi. Cuma sering aku terfikir... Betapa teraniaya anak bangsa kemudia hari menerima didikan kurang baik. Dari seorang guru yang tidak berusaha untuk menjadi guru yang lebih baik.

Phew~

Hujan Rahmat

Salam n' hye all~

Sejuk!

Lama rasanya tak menggigil kesejukan.

Terasa nikmatnya hujan lebat menyimbah bumi Allah ni.

Hujan Rahmat!

Pasti ada yang berkata... "alamak, hujan pulak. Susah nak buat kerja mcm ni."

Hmmm... Bila panas terik melanda bumi, mengharap hujan turun. Bila hujan turun dengan lebat, mengeluh pula.

Apapun, aku rasa sangat segar. Sebelum ni mandi malam pun terasa suam air yang keluar dari paip. Alhamdulillah. Sejuk dan segar terasa air dari paip sebentar tadi.

Apapun, inilah kuasa Allah. Dia yang menentukan bumi ini panas atau sejuk. Apa yang pasti, kita sudah banyak melakukan kerosakan di bumi Allah ni. Sangat banyak... Sedarlah. Hari itu menjelang tiba...

Phew~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...