Saturday, December 29, 2012

Assalamualaikum n hi all!

Saat jari menari-nari di atas papan kekunci laptop putih ni, aku dah pun kembali berada di bumi Borneo. Sedih. Seriesly, cuti panjang yang dah berlalu sangat2 terkesan sampai bila tanggungjawab memanggil aku untuk kembali ke Miri, rasa sangat-sangat sedih. Phew. Ok, kurangkan rasa sedih tu dengan berkongsi satu bahagian cuti tempoh hari. :)

Rancangan yang diputuskan saat2 akhir. Hajat yang sekian lama dipendam nak melawat sanak saudara kat Jakarta. Jakarta! Ibu kota Indonesia yang terkenal dengan 'macet'nya. Macam mana lah rasanya jejak kaki kat ibu kota yang dihuni lebih 10 juta manusia tu kan?

Ok, ringkaskan cerita. Kami berempat ke Jakarta. Aku, Mama, Papa dan adik bongsu. Aku berangkat lebih awal sebab nak dapatkan tiket yang berbaloi dengan kemampuan :D Alhamdulillah, semuanya selamat sampai di CGK, Jakarta 16 Disember menaiki 737-800 MAS.

Ada 4 orang anak sedara Papa kat Jakarta. Tu matlamat utama kami, nak jumpa + kenal2 sanak sedara supaya nanti tak lupa dan putus terus. Kiranya jalan-jalan yang pertama kali ni ibarat membuka jalan sambil kenal2 selok belok nak jalan2 kat Jakarta. Lokasi2 tempat tinggal kakak-kakak sedara aku tu: Bekasi, Cibubur, Depok & Jakarta Selatan. Seriesly, pertama kali dengar memang tak ada idea langsung. Tanya kat Pakcik Google, boleh la sikit gambaran tu dalam kepala. :)

Hari pertama dan kedua, lepaskan penat + rehat2 kat Bekasi. Hari ketiga dah berada di Cibubur. Cibubur ni boleh tahan meriah juga. Rasanya, mana2 kawasan pinggir bandar kat Jakarta ni meriah. jalan jauh tak terasa sangat sebab kiri kanan ada pemandangan org berniaga. Lokasi kedua ni dah dekat dengan Taman Mini Indonesia Indah (TMII). Menikmati budaya seluruh Indonesia dalam satu kawasan. Kiranya macam Mini Malaysia kat Melaka la.

Lepas melawat Taman Mini, rancangannya nak ke Ancol, Jakarta tapi macet yang sangat teruk buat kami batalkan rancangan tu. Makan tengahari kat restoran Martabak Kubang. Signature dia martabak yang besar + sedap dengan kuah yang istimewa. Kalau kita makan martabak dengan kari, diorg hidang martabak dengan kuah mcm sup, tapi rasa yang tak boleh nak terangkan kat sini. Kena rasa sendiri. :D

Boleh kata tiap petang hujan kat Jakarta. Sampai ada berita kata Jakarta dilanda banjir kilat. Pokok tumbang, kenderaan tenggelam. Phew, tertangguh lagi hajat nak masuk bandaraya. Hari seterusnya, anak sedara Mama pula bawa kami jalan2. Diorg berniaga pakaian kat Jakarta. Hajat Mama nak jumpa kakak sedara yang dah hampir 30 tahun tak bertemu. Alhamdulillah, walaupun perjalanan yang sepatutnya sejam jadi 3 jam sebab macet, kami sampai juga kat rumah kakak sedara Mama dalam daerah Tangerang. Berdekatan dengan lapangan terbang CGK. Malam tu dapatlah masuk Jakarta walaupun setakat lalu sebelah Ancol dgn Pelabuhan Tanjung Priok.

Keesokan hari pula, kami dibawa ke Puncak, Bogor. Kawasan percutian tanah tinggi dengan kebun teh seluas mata memandang. Cuti sekolah baru bermula kat sana, boleh tahan juga sesak jalan menuju Puncak. Kat pertengahan jalan, kami berhenti kejap untuk solat. Sambil tu layan teh panas sambil makan roti. Seriesly, aku rasa tu la minum petang yang paling shiok aku pernah rasa. Oh ya, sedang minum2 tu ada sorang penjual kuih datang dengan satu kuih yang aku tak pernah jumpa. Nama kuih tu kuih kasmir. Bentuk mcm dorayaki. Series sedap sampai lupa nak snap bentuk dia. Korang boleh tanya Pakcik Google. :D~ Kat atas puncak, kami makan kat Restoran Rindu Alam. Makan sambil menikmati pemandangan menghijau + udara sejuk. Shiok! :D

Hujung2 percutian dihabiskan sekitar Cibubur. Aku ajak anak sedara jalan2 kat mall berdekatan. Sambil2 jalan2 tu jumpa la kedai barang outdoor yang offer barangan dengan harga gila murah. Hahaha. Borong! Dapat juga tengok kem jambori pengakap (kat sana panggil Pramuka) terbesar kat Jakarta. Mana tau satu hari nanti dapat berjambori kat sana kan? haha.

Okay, pertama kali ke Jakarta, mcm2 ada. Tapi paling best dapat cuba makanan2 baru yang tak ada kat sini. Nasi uduk, pisang goreng pasir, bika, mie ayam pangsit, es teler, ketoprak, somay... tu yang aku ingat. :D~

Akhir kata, perkara2 menarik seringkasnya:


  • Jalan kat sana jem gila. Tapi semua pemandu ada tolak ansur walaupun masing2 menyelit2. Kalau kat sini sah2 kena tunjuk penumbuk, jeling tajam, jari tengah, maki2. Tapi kat sana, even menyelit/tukar lorong ikut suka, semua akan fokus pada pemanduan. Tak ada jelingan tajam.
  • Mcm2 cara org cari rezeki. Jual minuman dan makanan ringan kat tengah jalan terutama kat simpang lampu isyarat antaranya. Ianya salah di sisi undang2 sana. Yang berjalan dari rumah ke rumah dengan speaker + radio, menyanyi depan pagar pun ada. Sampailah diberi wang, dia akan terus nyanyi. Suara? Not bad! :D
  • Paling banyak jumpa perkataan 'WARTEG'. Rupanya singkatan kepada warung tegal. Kedai makan standard warung. 
  • Hati-hati naik angkot (pengangkutan awam dalam bandar serupa van mini). Ramai jadi mangsa penyeluk saku/pencopet kat dalam kenderaan ni.
  • Penjaga lalulintas tak bertauliah akan menjaga simpang jalan. Tahan kenderaan untuk mudahkan keluar masuk kenderaan lain. Hargai bantuan diorg dengan tip serendah Rp500 (15 sen). Sangat membantu! 
  • Lastly, aku terjumpa sorang Anna Althafunnisa. ;D hmmmmm....

737-800! Sayap yang cun~

Jumpa teksi waja! :D

Rumah gadang kat Taman Mini

Bali! :D

Nasi goreng + es teler :D~

Martabak kubang

Restorannya

Perjalanan ke Puncak, Bogor

Singgah ngeteh

Pemandangan dari Restoran Rindu Alam

Anak sedara yang comel! :D

Ladang teh seluas mata memandang

Pisang goreng pasir

Kedai outdoor @ Cibubur

Mie ayam + teh botol

















Tuesday, December 4, 2012

Tiket Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2012

Salam n' hye all~

Ahad depan (9/12/2012) akan berlangsung '1st leg' separuh akhir Piala AFF Suzuki. Malaysia bertemu Thailand dan Filipina bertemu Singapura. Harimau Malaya akan menentang Gajah Perang Siam di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tiket2 akan dijual pada hari Jumaat dan Sabtu di Stadium. Maklumat seperti di bawah:



Semoga skuad Harimau Malaya terus mempamerkan persembahan mantap bagi memperolehi bekalan selesa sebelum bertandang ke Bangkok nanti. :)

Selamanya Harimau Malaya! :D

*gambar dari https://www.facebook.com/n9futbol

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...