Thursday, November 21, 2013

Sarapan harga berpatutan

Salam & hi all

Pagi ni dan pagi2 sejak kembali ke PD aku akan bersarapan di Warung Bambu yang letaknya tak jauh dari rumah. Jalan kaki 3 minit saja. Apa bestnya warung ni?

Pertama sekali harga dia! Mula2 sampai tempohari tak perasan sebab boss yg bayar. Tapi esoknya bila terperasan senarai harga minuman buat aku teruja seketika. Kat Miri Teh o panas rm1.50. Kat sini Teh o ais rm1.00 okay! Panas rm0.80. Walao!

Makan dua orang damage rm8.50. Kalau kat Miri damage aku sorg tu! Kahkah. Moga rezeki tokeynya aka Kak Ida melimpah ruah.

Untuk yang nak ke sini, lokasi warung adalah lebih kurang 100 meter selepas simpang masuk dari jalan besar munuju Kolej Vokasional PD. Belah kiri. Nampak rimbunan buluh kuning, tu lah dia! Malam2 pun meriah. Ada char Kuetiow, nasi lemak dan masakan goreng panas. Burger abang Lan pun ada.

Okay, satu lagi port makan yang naisss utk dikongsi. Bon appetit! :D~

Nasi goreng + ayam goreng + teh o kurang manis

Senarai harga minuman. Berpatutan!

Sunday, November 17, 2013

Balik semenanjung...

Salam & hye all

Nak share pengalaman balik semenanjung kelmarin. Okay, entri lepas aku ada sembang pasal nak bawa buah hutan Sarawak balik PD kan? Sampai kat rumah sewa dari E-Mart, aku dah bole bau haruman buah terap + embang tu keluar walaupun dah dibungkus kemas siap 2
layer plastik dengan tape seluruh kotak. Risau dah mula rasa, tapi ikutlah kan. Ada rezeki sampailah buah kat semenanjung.

Sampai waktu check in luggage, petugas tu tanya apa kat dlm kotak. Aku bgatau la dgn jujur. Trus dia kata tak boleh. Sebab bau.
Boleh bau kat luar. Aku dgn muka rileks lagi bersahaja kata lah yg aku ni bawak pesan org mengidam. Trus dia berubah muka tunjuk simpati. Hahaha.

Dia kata takut nanti nama aku kna announce barang kena tinggal. Lupus. Aku kata la. Nak buat mcm mana, org mngidam. Usaha la mcm mana pun. :D

Dia pun bagi cadangan suruh aku wrap lagi. RM8 upah wrap. Mmg tak keluar bau dah. Dia cium2 lg. Haha. Sambil saya tak jamin ye encik. Ikotlahhh. Ada rezeki adalah. :D

Okay. Alhamdulillah. Takda announcement. Kapal terbang berlepas dalam 6.20. Transit Kuching dalam 7.15. Sambung penerbangan ke KL setengah jam kemudian. Malam tu makanan shiok! Nasi tomato + ayam merah + kek lapis sarawak. Sedap! Sampai KLIA sekitar 9.45 malam.

Ketibaan kali ni lain daripada yang lain. Rupanya jemaah haji pun baru sampai. Kat
balai ketibaan sanak sedara memenuhi ruang yang dah dipalang siap2. Semua mata tertumpu kat kita yang keluar dari ruang tuntut bagasi. Macam sambutan wira negara! Hahaha.

Okay, yang printing barang seludup berjaya sampai Rumah! Kahkahkah. ;)

Selamat bercuti sekolah~~~


Sebelum berlepas

Miri dari udara

Nasi tomato


Sambutan wira negara :D

Barang seludup :D







Friday, November 15, 2013

Terubok Masin Miri, Sarawak

Salam & hi all~

Baru siap kemas + packing barang nak nak balik kampung. Semenanjung here we go!!! Yeahha~

Ok, aku nak share pengalaman beli ikan terubuk masin untuk dibawa pulang nanti.

Pagi tadi, aku dan kawan ke E-Mart Miri untuk ambil terubuk masin yang ditempah hari selasa lepas. Bawa balik sepuluh ekor sebab ada yang kirim.

Buat yang nak tahu mcm mana bentuk E-Mart:

Ok, ni lah E-Mart. Gambar ni aku ambik kat encik Google.

Macam-macam ada kat E-Mart ni. Sayur, ikan, ayam, pakaian, makanan. Datang sendiri baru tau aaa!

Okay, ringkaskan cerita, aku teringin nak bawa balik buah-buah hutan kat Sarawak ni yang rasanya tak ada di semenanjung. Buah embang dan buah terap tengah musim sekarang. Tahun lepas mama tercinta teringin nak rasa buah-buahan hutan Sarawak. Aku je malas nak bawak takut tak lepas. Hahaha. Kali ni, aku usahakan la bawak balik. The best part ialah aunty tu dengan murah hati offer bungkus buah-buah tu dalam kotak. balut cantik-cantik. Bubuh tape banyak2 lagi tu! Wahhhha. Padahal bukan beli kat dia pun. Aku bagi 5 bintang kat customer service diorg! Dah lah tolong bungkus cantik-cantik, dapat free sekor terubuk lagi! Hohoho. Sebab tu aku cakap kat dia aku akan promote kedai dia kat blog aku. Hahaha. 

So, kepada sesiapa yang datang Miri, silalah singgah kat E-Mart untuk bawa balik terubuk masin. Kata aunty ni, untuk cuti sekolah ni saja dia order 13 tan bekalan terubuk masin dari Kuching untuk penuhi permintaan orang ramai sekitar Miri-Brunei. Very good business right?

Nanti kalau korang nak beli, silalah tawar menawar. Diorang akan bagi best price punya! Tak pun korang petik kata tahu kedai ni daripada Cikgu. Dia promote kat internet. Boleh jamin dapat diskaun punya! Hahahaha,

Okay, aku nak siap2 balik. Kampung halaman dah melambai-lambai tu.

Jumpa lagi di lain kesempatan okay~ 

Tatata!


Aunty + Uncle tokey terubuk masin :D

Boleh contact untuk sebarang kemusykilan.

Tuesday, November 5, 2013

Salam Maal Hijrah 1435: Sarapan pagi di Bekenu!

Assalamualaikum & hi all~

1 Muharam kembali menjelma. 1435H membuka tirainya. Semoga terus matang meniti liku-liku dunia sambil memperkemas diri sebagai khalifah di muka bumi milik-Nya, insya Allah.

Okay, takmo sembang panjang-panjang. Entri kali ni masih pasal makan-makan. Hari ni hari cuti, jadi bila cuti, lupakan sebentar perang di sekolah. Bebaskan minda sambil usap-usap perut yang minta dibelai manja. Kahkahkah!

Tengah malam tu kawan aku sms kata siap2 esok pagi jam 6.30 kita ke Bekenu. "OK". Masejnya aku balas ringkas.

Bekenu. Bagi yang tak tahu di manakah lokasi Bekenu ni, silalah tanya kepada pakcik Google. Sekelip mata jawapannya dia bagi kepada anda.

Apa yang best? Seronok pagi-pagi melawat Tamu Bekenu. Macam-macam ada. Sayur kampung, ikan, tak ketinggalan makanan untuk sarapan seperti kuih-muih yang pelbagai jenis. Macam biasa, aku akan beli pisang goreng dan burger Malaysia yang sedap. Banyak pilihan, pandai2 la pilih.

Dah singgah tamu, misi seterusnya ialah cari port sarapan. Duduk dan makan!

Kali ini kami menuju satu restoran tak jauh dari Tamu. di hujung deretan kedai. Nama restorannya: Restoran Yone & Katering. Apa yang istimewa???

Inilah sasarannya!

Tanya kat tukang ambil pesanan, apa yang istimewa kat sini, katanya mi jawa, mi kolok, nasi lemak dan goreng-goreng. Tapi goreng-goreng belum ada. Baiklah, kami pesan nasi lemak dan mihun jawa sebab perut ni kurang mesra mi kuning. 

Pesanan pun sampai:

Mihun jawa. Tapi rasanya lebih kepada mihun kari. Tapi memang sedap!

Nasi lemak. Pun sedap! Tak menghampakan.

Burrrp Burrp. Alhamdulillah. Seronok perut aku hari ni. Rezeki dapat makan sedap. :D Thumbs up untuk sarapan yang sedap dan berbaloi-baloi memandu sekitar 40 minit dari Miri. 

Kongsi beberapa gambar lagi:





Kesimpulannya, belum dapat menikmati masakan mama tercinta, layan makanan sedap kat sekitar Miri ni dulu lah. Tak lama dah cuti... 

Apapun, bagi yang ada niat menuju Bekenu, jangan lepaskan peluang berkunjung ke Restoran ni. Tak menghampakan! ;)



Thursday, October 24, 2013

Nasi Padang @ Miri. City Curry House

Assalamualaikum n' hi all~

Baru balik dari bandar. Teringin nak makan nasi Padang. Makanan fevret sampai bila-bila. Anak Minang kan? Kalau dah Minang tu, selera kat masakan Padang/Minang lah! Alhamdulillah lah, kat Miri ni ada satu restoran yang memang sediakan juadah ala Minangkabau walaupun tokey-nya bukanlah orang Minang. Hehe. Manakah? 

City Curry House! Kat mana?

Bagi landmark lah. Paling mudah cari Mega Hotel. Sampai kat simpang tiga Mega Hotel tu (kat depan ada Maybank) belok kiri. Sebelah kanan korang (sebaris dengan Maybank tu) adalah deretan kedai. Restoran City Curry House ni berdekatan dengan Singer dan Restoran Surabaya. 

Sini lah tempat favret aku kalau nak lepas selera kat masakan Padang. Baru je lepas menjalani proses ubahsuai dan kini tampil dengan wajah baru. Ruang makan berhawa dingin, perabot serba baru, suasana lebih selesa dan segar tapi masih mengekalkan harga lama. Ya, selesa bertambah, harga sama! :D
Tokey-nya kata, tak tahan panas sebelum ni. Jadi alang-alang, ubahsuai mood baru, dia selesa, pelanggan pun selesa nak lepak kat restorannya. 

Apa juadah yang ada?

Macam biasa, kalau dah namanya masakan Padang, mesti ada gulai. Gulai perut, gulai daging cincang, gulai kambing, gulai ayam, rendang ala-minang, ayam balado, gulai nangka, dan sambal ijo. Ada lagi. Malas mau taip. Korang tengok sendiri lah! Selain tu, kalau nak layan makanan tempatan mcm mi kolok atau bakso juga ada. 

Untuk kawan2 semenanjung yang nak datang Miri dan mahu rasa makanan selera negeri, sini lah tempatnya. Ye lah, masakan Sarawak biasanya tak pedas. Jadi tak mesra tekak orang Negeri macam aku ni. Hehehe. Tapi, sekali sekala mesti pekena Mi Kolok okay! :D

Restoran ni buka setiap hari. Tengahari sampai malam. Enjoy makan-makan aaa!

Pandangan hadapan

City Curry House

Ruang makan di kaki lima. Untuk yang merokok

Pintu masuk

Suasana di dalam

Tokey berbaju biru

Lauk pauk

Lauk pauk lagi

Macam-macam ada


Okay, sampai bertemu lagi dalam perkongsian lain! ;)
#salam



Thursday, October 3, 2013

Ada tamu bertandang ke Miri

Assalamualaikum & hi all!

Bersawang lagi!

Alasan tipikal aku sebab lama tak beri kabar berita kat sini. Sibuk dengan kerjaya!

Ya, sepanjang sambutan Jubli Emas 50 tahun di tempat kami, memang tak menang tangan melayan bermacam-macam acara dan aktiviti. tolak tepi tugas-tugas yang sememangnya diberi. Penasihat pengawas, Pemimpin Pengakap, Penasihat bola lisut... Tambah lagi dengan Jurulatih sepanjang kem badan beruniform. Uruskan bahan pameran untuk pameran sempena bulan ko-kurikulum. Seterusnya majlis anugerah apresiasi ko-kurikulum. Urus Makan Malam Jubli Emas di Mega Hotel.  Disambung dengan Anugerah Sri Citra. Lusa pulak kena ke sekolah pagi sampai petang. Kursus kepimpinan pengawas sekolah. :D Phew~

Walaupun sangatlah busy dan tambah tak lama lagi peperiksaan STPM nak sampai dah, Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah.

Okay, kembali kepada tajuk di atas. Semalam sorang sahabat lama di UPSI datang Miri. Sosok yang dibenci, dikagumi, digilai, dihormati dan diminati oleh masyarakat di luar sana. Adam Adli. Haha. Teringat aku kisah kat sekolah aku yang dulu. Ada satu abang ni nak tampar dia kalau dapat peluang jumpa dia. Tu belum lagi yang pasang impian nak ludah kat dia. HAHA.

Sempat sembang dgn dia + Isham Tukar Tiub / Jemapoh Ke Manchestee dalam sejam mcm tu. Kelihatannya dia sudah nampak laluan, jalan dan arah tujuannya. Semoga sukses sahabat. Siapa Adam Adli dengan aku? Panjang kisahnya. Ajaklah aku minum teh. Boleh aku sembang panjang lebar dan buat pencerahan siapa sebenarnya budak nakal yang korang kata pengkhianat ni. ;)

Jumpa lagi next entri!


Friday, August 2, 2013

Ramadhan 1434H





Assalamualaikum & hi all~

Ramadhan 1434H/2013 hampir melabuhkan tirainya. Esok dah nak balik ke PD. Seriesly tak sabar nak balik. Ramadhan tahun ni sangatlah mencabar dengan setiap sabtu kena datang sekolah. Rehat haya pada Ahad. Apapun, di sebalik kepayahan tu, aku yakin Ramadhan kali ni besar hikmahnya. :) Dapat rasa satu demi satu.

Salah satu yang manis sepanjang Ramadhan di rantau kali ni ialah kesempatan jadi imam solat terawih di surau sekolah. Takda sapa nak harap, aku dan kawan tunaikan tanggungjawab kat sana.

Ambil mood balik dulu. Barang pun tak kemas lagi. Tatata!!!




Monday, July 1, 2013

Sehari di Brunei!

Assalamualaikum & hi all~~~

Trip jalan-jalan ke Brunei ni berlangsung pada 16 Februari lepas. Maksudnya dah dekat 5 bulan berlalu. Tapi kekangan masa ditambah dengan kesibukan menahan jari jemari aku untuk kongsi pengalaman aku dan kawan-kawan melawat negara sebelah kami, Brunei Darussalam.

Here we go!

Cuti-cuti Brunei Darussalam termasuk dalam kalendar jalan-jalan sepanjang cuti Tahun Baru Cina yang lalu. Alang-alang dah duduk Miri, 30 minit ke sempadan. 2 jam ke Bandar Seri Begawan, maka rugilah tak cari masa untuk ke sana. Balik kampung boleh sembang pung pang dengan kawan-kawan + family. KAHKAHKAH.

Trip bermula seawal 8 pagi ++. Sarapan kat pekan Lutong. Isi perut dulu. Baru senang hati driver bawa kereta. Oh ya, Percutian sehari ni aku hanya tukar RM200 yang bersamaan dengan 80 Dolar Brunei. HAHA! Trasa sungguh kecil matawang kita berbanding Dolar Brunei. Tak apa, tak cukup mintak belas ihsan gadis-gadis manis yang 3 orang tu. HAHA!

Mood masuk Brunei akan bermula seawal melepas Jambatan ASEAN yang merentasi Sungai Baram.

Ni lah jambatannya

Ada 2 tol yang akan perlu dilepasi. Pertama kena bayar RM10 dan yang kedua 3 Dolar. Sampai kat Kompleks Imigresen, silalah cop pasport. Kalau ada Dokumen Perjalanan Terhad kena pass skali dengan pasport. Pagi tu abang Imigresen yang uruskan kami muka ketat aje. Mahal sungguh senyum dia. :D

Ambil kanan okay!

Selesaikan part Malaysia dulu

Suasana di kawasan Imigresen Brunei lebih kurang sama aje. Layanan okay, tak ada sebarang masalah. Berhenti sebentar. Isi borang permohonan masuk sementara kenderaan. Cop pasport. Done!

Imigresen Brunei

Mcm ni la feel jalan raya seawal memasuki Brunei

Mesej buat para pemandu

Ni tiket tol 3 Dolar

Memasuki Bandar Seri Begawan, kita akan dapati bangunan tidak dibina tinggi. Tak ada pencakar langit sebab peraturan menetapkan bangunan tak boleh dibina tinggi daripada Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah. Kalau buka radio atau tengok tulisan pada iklan atau bangunan, kita akan nampak penggunaan perkataan ''Awda". Awda bermaksud Awang dan Dayang. 

Pusat perniagaan

Bangunan di tepi lebuh raya

Kami mulakan sesi jalan-jalan di sekitar waterfront. Tempat orang ambil bot ke Kampong Ayer. Nak naik bot ni kena usyar line dulu. Silap-silap dapat yang harga mahal daripada sepatutnya. Pengalaman aku, bot area kanan jeti tu mahal daripada belah kiri. Malas nak cari paling murah sebab org kata pun sekitar 10 Dolar seorang, kami pun setuju untuk naik bot yang akan bawa kami menjelajah sekitar Kg. Ayer + Jong Batu Nakhoda Manis + Tengok Golden Monkey. Brader yang jadi tukang cerita atas bot tu bagi banyak info. Pasal istana. Pasal kerabat Brunei. Pasal Monyet yang berharga sejuta dolar seekor. Pasal buaya. Macam-macam lah! Haha


Waterfront

Bot bermacam saiz dan jenis

Jong Batu Nakhoda Manis. Tanggang versi Brunei.

Istana dalam pembinaan ni ada kisahnya tersendiri. Hehehe

Ni lah rupa Golden Monkey

Siapa berani curi, alamat mendapat habuan dari istanalah jawabnya

Istana Nurul Iman. 1788 bilik! Hoho

Sekolah di Kg. Ayer

Sekolah lagi

Cukuplah atas bot. Ke darat semula!

Difahamkan ada 30,000 penduduk di Kampong Ayer menjadikannya perkampungan atas air terbesar di dunia!


Sampai di darat semula. Menjengah tamu Brunei

Pusing-pusing keliling bandar, sempatlah cari cenderamata untuk dibawa pulang. Tak payah jalan jauh-jauh. Depan waterfront tu aje. Macam-macam ada! Sambung jalan-jalan ke Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin pula sambil menyelesaikan kewajipan Solat Fardhu Zohor. 


Tersergam indah dengan emas menyaluti kubah!

Satu lagi sudut menarik


Perjalanan disambung ke Royal Regalia. Ibarat muzium yang menyimpan koleksi persembahan pembesar seluruh dunia kepada Sultan.

Royal Regalia

Suasana di dalam

Satu yang menarik, kami terserempak dengan rombongan kebudayaan negeri Pahang yang diketuali Tuan Roslan Madun (Lemak Manis + Menghilir di Sungai Pahang). Sempat jugalah bergambar. Kisah di sebalik bertembungnya kami dengan rombongan ni, ada seorang lelaki tionghua yang gayanya seperti jurukamera minta nak ambil gambar kami. Mula-mula aku ingat dia ni buat bisnes. Snap gambar pastu jual. Tapi katanya untuk surat kabar. Apa lagi. Bolehhhhhh (motif apa nak ambil gambar kami kan?) Rupanya dia ingat kami ni ahli rombongan Pahang tu. HAHAHAHA. 

Penat dah jalan-jalan sekitar bandar, perut pun minta diisi. Sebelum ke Brunei, sempat juga aku layan blog2 orang yang dah ke sini. Kelihatannya ada satu restoran yang fames. Aminag Arif namanya. Lokasi: Kiulap. Tak susah pun cari. Yang penting, sebelum travel kena study  dulu Google Map! :D

Dari luar nampak mcm Restoran Nasi Arab je 

Sedap!!!

Kenyang perut suka hati! Sambung jalan-jalan ke Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah sambil selesaikan Solat Asar. 

Ini lah masjidnya. Emas lagi!

Selesai solat, kami ke Pasar Malam Gadong. Pasar Malam yang kemas dan tersusun. Sayang sekali perut dah kenyang. Tak ada apa yang menarik minat untuk dibeli.

Pasar Malam Gadong

Ikan bakar

Habis pusing Pasar Malam, kami ke Mall Gadong pula. Nak juga tengok macam mana suasana beli belah di Brunei. Tak lah besar, tapi ok lah untuk jalan-jalan cuci mata sambil selesaikan Maghrib. 


Mekdi berhadapan Mall

Mall Gadong

Hari pun dah malam. Masa untuk siap2 pulang. Trip yang menarik dan berinformasi. Ambil peluang ni untuk uca terima kasih kepada sorang kawan di Brunei (Dani) yang bagi aku dan kawan-kawan goodie bags berisi cenderamata Brunei. Menanti anda untuk dtg Miri pulak! :D

Tatata Brunei~~~

Ni lah gambar kami yang masuk paper. HAHA!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...