Monday, July 1, 2013

Sehari di Brunei!

Assalamualaikum & hi all~~~

Trip jalan-jalan ke Brunei ni berlangsung pada 16 Februari lepas. Maksudnya dah dekat 5 bulan berlalu. Tapi kekangan masa ditambah dengan kesibukan menahan jari jemari aku untuk kongsi pengalaman aku dan kawan-kawan melawat negara sebelah kami, Brunei Darussalam.

Here we go!

Cuti-cuti Brunei Darussalam termasuk dalam kalendar jalan-jalan sepanjang cuti Tahun Baru Cina yang lalu. Alang-alang dah duduk Miri, 30 minit ke sempadan. 2 jam ke Bandar Seri Begawan, maka rugilah tak cari masa untuk ke sana. Balik kampung boleh sembang pung pang dengan kawan-kawan + family. KAHKAHKAH.

Trip bermula seawal 8 pagi ++. Sarapan kat pekan Lutong. Isi perut dulu. Baru senang hati driver bawa kereta. Oh ya, Percutian sehari ni aku hanya tukar RM200 yang bersamaan dengan 80 Dolar Brunei. HAHA! Trasa sungguh kecil matawang kita berbanding Dolar Brunei. Tak apa, tak cukup mintak belas ihsan gadis-gadis manis yang 3 orang tu. HAHA!

Mood masuk Brunei akan bermula seawal melepas Jambatan ASEAN yang merentasi Sungai Baram.

Ni lah jambatannya

Ada 2 tol yang akan perlu dilepasi. Pertama kena bayar RM10 dan yang kedua 3 Dolar. Sampai kat Kompleks Imigresen, silalah cop pasport. Kalau ada Dokumen Perjalanan Terhad kena pass skali dengan pasport. Pagi tu abang Imigresen yang uruskan kami muka ketat aje. Mahal sungguh senyum dia. :D

Ambil kanan okay!

Selesaikan part Malaysia dulu

Suasana di kawasan Imigresen Brunei lebih kurang sama aje. Layanan okay, tak ada sebarang masalah. Berhenti sebentar. Isi borang permohonan masuk sementara kenderaan. Cop pasport. Done!

Imigresen Brunei

Mcm ni la feel jalan raya seawal memasuki Brunei

Mesej buat para pemandu

Ni tiket tol 3 Dolar

Memasuki Bandar Seri Begawan, kita akan dapati bangunan tidak dibina tinggi. Tak ada pencakar langit sebab peraturan menetapkan bangunan tak boleh dibina tinggi daripada Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah. Kalau buka radio atau tengok tulisan pada iklan atau bangunan, kita akan nampak penggunaan perkataan ''Awda". Awda bermaksud Awang dan Dayang. 

Pusat perniagaan

Bangunan di tepi lebuh raya

Kami mulakan sesi jalan-jalan di sekitar waterfront. Tempat orang ambil bot ke Kampong Ayer. Nak naik bot ni kena usyar line dulu. Silap-silap dapat yang harga mahal daripada sepatutnya. Pengalaman aku, bot area kanan jeti tu mahal daripada belah kiri. Malas nak cari paling murah sebab org kata pun sekitar 10 Dolar seorang, kami pun setuju untuk naik bot yang akan bawa kami menjelajah sekitar Kg. Ayer + Jong Batu Nakhoda Manis + Tengok Golden Monkey. Brader yang jadi tukang cerita atas bot tu bagi banyak info. Pasal istana. Pasal kerabat Brunei. Pasal Monyet yang berharga sejuta dolar seekor. Pasal buaya. Macam-macam lah! Haha


Waterfront

Bot bermacam saiz dan jenis

Jong Batu Nakhoda Manis. Tanggang versi Brunei.

Istana dalam pembinaan ni ada kisahnya tersendiri. Hehehe

Ni lah rupa Golden Monkey

Siapa berani curi, alamat mendapat habuan dari istanalah jawabnya

Istana Nurul Iman. 1788 bilik! Hoho

Sekolah di Kg. Ayer

Sekolah lagi

Cukuplah atas bot. Ke darat semula!

Difahamkan ada 30,000 penduduk di Kampong Ayer menjadikannya perkampungan atas air terbesar di dunia!


Sampai di darat semula. Menjengah tamu Brunei

Pusing-pusing keliling bandar, sempatlah cari cenderamata untuk dibawa pulang. Tak payah jalan jauh-jauh. Depan waterfront tu aje. Macam-macam ada! Sambung jalan-jalan ke Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin pula sambil menyelesaikan kewajipan Solat Fardhu Zohor. 


Tersergam indah dengan emas menyaluti kubah!

Satu lagi sudut menarik


Perjalanan disambung ke Royal Regalia. Ibarat muzium yang menyimpan koleksi persembahan pembesar seluruh dunia kepada Sultan.

Royal Regalia

Suasana di dalam

Satu yang menarik, kami terserempak dengan rombongan kebudayaan negeri Pahang yang diketuali Tuan Roslan Madun (Lemak Manis + Menghilir di Sungai Pahang). Sempat jugalah bergambar. Kisah di sebalik bertembungnya kami dengan rombongan ni, ada seorang lelaki tionghua yang gayanya seperti jurukamera minta nak ambil gambar kami. Mula-mula aku ingat dia ni buat bisnes. Snap gambar pastu jual. Tapi katanya untuk surat kabar. Apa lagi. Bolehhhhhh (motif apa nak ambil gambar kami kan?) Rupanya dia ingat kami ni ahli rombongan Pahang tu. HAHAHAHA. 

Penat dah jalan-jalan sekitar bandar, perut pun minta diisi. Sebelum ke Brunei, sempat juga aku layan blog2 orang yang dah ke sini. Kelihatannya ada satu restoran yang fames. Aminag Arif namanya. Lokasi: Kiulap. Tak susah pun cari. Yang penting, sebelum travel kena study  dulu Google Map! :D

Dari luar nampak mcm Restoran Nasi Arab je 

Sedap!!!

Kenyang perut suka hati! Sambung jalan-jalan ke Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah sambil selesaikan Solat Asar. 

Ini lah masjidnya. Emas lagi!

Selesai solat, kami ke Pasar Malam Gadong. Pasar Malam yang kemas dan tersusun. Sayang sekali perut dah kenyang. Tak ada apa yang menarik minat untuk dibeli.

Pasar Malam Gadong

Ikan bakar

Habis pusing Pasar Malam, kami ke Mall Gadong pula. Nak juga tengok macam mana suasana beli belah di Brunei. Tak lah besar, tapi ok lah untuk jalan-jalan cuci mata sambil selesaikan Maghrib. 


Mekdi berhadapan Mall

Mall Gadong

Hari pun dah malam. Masa untuk siap2 pulang. Trip yang menarik dan berinformasi. Ambil peluang ni untuk uca terima kasih kepada sorang kawan di Brunei (Dani) yang bagi aku dan kawan-kawan goodie bags berisi cenderamata Brunei. Menanti anda untuk dtg Miri pulak! :D

Tatata Brunei~~~

Ni lah gambar kami yang masuk paper. HAHA!


Sukan Sekolah ke-47



Assalamualaikum & hi all~

Berbulan tak kongsi apa2, malam ni aku nak share pasal sukan sekolah kami yang baru aje selesai.

Sukan sekolah. Sama aje mana-mana pun kan. Tapi lainnya sukan sekolah kat Miri ni, boleh kata semua sekolah akan buat di Stadium Miri. Jadi lebih gilang gemilang lah. Tapi, apa yang lebih menarik untuk aku kongsi dalam post kali ni ialah perkara yang tak dijangka yang dilepas kat bahu aku secara tiba-tiba.

Walaupun senarai nama ketua untuk setiap jawatankuasa dah naik sebelum cuti lagi, tiba-tiba balik dari percutian yang indah aku diberitahu supaya galas tanggungjawab ketua peralatan. Manusia yang patut pegang jawatan tu beri alasan yang sangat kukuh untuk buat ketua ditukar kepada orang lain. Dan orang lain itu adalah aku. Dapat tahu lagi seminggu ++ acara nak berlangsung. Memang terbakar lah. Tapi apakan daya, kita ni dalam kumpulan hijau. Terimalah dengan hati terbuka penuh positif...

Alhamdulillah, semua benda berjalan lancar walaupun setiap org mintak dipuaskan hati masing-masing. Ada jugaklah yang kurang shiok berlaku, tapi biarlah aku dengan anak-anak buah aku kelas 6 Atas PP + pelajar asrama 5-6 orang aje yang telan sendiri. Pengalaman semua tu.

Sukan sekolah juga bagi aku pengalaman puasa dalam keadaan kekurangan air yang amat sangat. Dapatlah aku merasai payahnya orang kerja berat berpuasa. Memang tersangat mencabar! Berbuka pulak dalam keadaan bergelap di sebuah restoran di bandaraya Miri. Seluruh Sarawak bergelap lebih kurang 6 jam.

Satu lagi yang best, pasukan kawad perbarisan Pengakap dapat nombor 4! berlatih sekitar 5 kali aje, tapi semangat pelajar tingkatan 1 & 2 yang paling ramai sertai perbarisan memang kuat. Selesai pengumuman pemenang, ada lah sekitar 5 orang menangis teresak-esak. Nampak diorg harap sangat untuk menang. Takpa, cuba lagi nanti. Tahun lepas paling corot. Tahun ni dapat nombor 4. Tak ke bagus sangat dah tu??? :D

Hari terakhir tu, semua kerja kemas peralatan berjalan lancar. Kalau tahun lepas dikhabarkan jam 9 malam baru selesai simpan barang, kali ni azan maghrib je dah selesai. Yang penting, tak ada sesiapa yang pengsan, meroyan atau sawan. Benda yang ditakuti sangat oleh manusia yang patut pikul amanah ni pada awalnya. Haha!

Enjoy gambar2 menarik!


Bergambar di belakang stor peralatan

Geng peralatan in da house!

Gambar kenangan dengan Pengakap sebelum Perbarisan

Perasmian: Lagu Negaraku

Pancaragam sekolah yang segak bergaya!

Pengawas Sekolah yang tak kurang segaknya

Anak serigala! :D

Usaha lagi tahun depan!

Budak2 form 1 yang comel2! :D

Diorang ni form 5, tapi tengoklah apa yang diorg main! :D

Penutup

Ganjaran hari sukan. Yeahha!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...