Thursday, October 24, 2013

Nasi Padang @ Miri. City Curry House

Assalamualaikum n' hi all~

Baru balik dari bandar. Teringin nak makan nasi Padang. Makanan fevret sampai bila-bila. Anak Minang kan? Kalau dah Minang tu, selera kat masakan Padang/Minang lah! Alhamdulillah lah, kat Miri ni ada satu restoran yang memang sediakan juadah ala Minangkabau walaupun tokey-nya bukanlah orang Minang. Hehe. Manakah? 

City Curry House! Kat mana?

Bagi landmark lah. Paling mudah cari Mega Hotel. Sampai kat simpang tiga Mega Hotel tu (kat depan ada Maybank) belok kiri. Sebelah kanan korang (sebaris dengan Maybank tu) adalah deretan kedai. Restoran City Curry House ni berdekatan dengan Singer dan Restoran Surabaya. 

Sini lah tempat favret aku kalau nak lepas selera kat masakan Padang. Baru je lepas menjalani proses ubahsuai dan kini tampil dengan wajah baru. Ruang makan berhawa dingin, perabot serba baru, suasana lebih selesa dan segar tapi masih mengekalkan harga lama. Ya, selesa bertambah, harga sama! :D
Tokey-nya kata, tak tahan panas sebelum ni. Jadi alang-alang, ubahsuai mood baru, dia selesa, pelanggan pun selesa nak lepak kat restorannya. 

Apa juadah yang ada?

Macam biasa, kalau dah namanya masakan Padang, mesti ada gulai. Gulai perut, gulai daging cincang, gulai kambing, gulai ayam, rendang ala-minang, ayam balado, gulai nangka, dan sambal ijo. Ada lagi. Malas mau taip. Korang tengok sendiri lah! Selain tu, kalau nak layan makanan tempatan mcm mi kolok atau bakso juga ada. 

Untuk kawan2 semenanjung yang nak datang Miri dan mahu rasa makanan selera negeri, sini lah tempatnya. Ye lah, masakan Sarawak biasanya tak pedas. Jadi tak mesra tekak orang Negeri macam aku ni. Hehehe. Tapi, sekali sekala mesti pekena Mi Kolok okay! :D

Restoran ni buka setiap hari. Tengahari sampai malam. Enjoy makan-makan aaa!

Pandangan hadapan

City Curry House

Ruang makan di kaki lima. Untuk yang merokok

Pintu masuk

Suasana di dalam

Tokey berbaju biru

Lauk pauk

Lauk pauk lagi

Macam-macam ada


Okay, sampai bertemu lagi dalam perkongsian lain! ;)
#salam



Thursday, October 3, 2013

Ada tamu bertandang ke Miri

Assalamualaikum & hi all!

Bersawang lagi!

Alasan tipikal aku sebab lama tak beri kabar berita kat sini. Sibuk dengan kerjaya!

Ya, sepanjang sambutan Jubli Emas 50 tahun di tempat kami, memang tak menang tangan melayan bermacam-macam acara dan aktiviti. tolak tepi tugas-tugas yang sememangnya diberi. Penasihat pengawas, Pemimpin Pengakap, Penasihat bola lisut... Tambah lagi dengan Jurulatih sepanjang kem badan beruniform. Uruskan bahan pameran untuk pameran sempena bulan ko-kurikulum. Seterusnya majlis anugerah apresiasi ko-kurikulum. Urus Makan Malam Jubli Emas di Mega Hotel.  Disambung dengan Anugerah Sri Citra. Lusa pulak kena ke sekolah pagi sampai petang. Kursus kepimpinan pengawas sekolah. :D Phew~

Walaupun sangatlah busy dan tambah tak lama lagi peperiksaan STPM nak sampai dah, Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah.

Okay, kembali kepada tajuk di atas. Semalam sorang sahabat lama di UPSI datang Miri. Sosok yang dibenci, dikagumi, digilai, dihormati dan diminati oleh masyarakat di luar sana. Adam Adli. Haha. Teringat aku kisah kat sekolah aku yang dulu. Ada satu abang ni nak tampar dia kalau dapat peluang jumpa dia. Tu belum lagi yang pasang impian nak ludah kat dia. HAHA.

Sempat sembang dgn dia + Isham Tukar Tiub / Jemapoh Ke Manchestee dalam sejam mcm tu. Kelihatannya dia sudah nampak laluan, jalan dan arah tujuannya. Semoga sukses sahabat. Siapa Adam Adli dengan aku? Panjang kisahnya. Ajaklah aku minum teh. Boleh aku sembang panjang lebar dan buat pencerahan siapa sebenarnya budak nakal yang korang kata pengkhianat ni. ;)

Jumpa lagi next entri!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...