Saturday, November 22, 2014

Penghujung 2014


Assalamualaikum &  hi semua!

Rasa banyak sangat benda yang aku tak share kat blog ni sepanjang 2014. Kesibukan di tempat kerja memang buat aku hampir lupa kat blog ni. Aku hanya mampu kongsi warna-warni hidup kat fb saja. Cuti sekolah yang dah bermula membolehkan aku ambil sikit masa tampal barang sedikit kenangan sepanjang tahun 2014.

Kawan-kawan sekerja kebanyakannya dah kembali ke kampung halaman masing-masing. Kami yang mengawas SPM ni sedang tabah mengharungi hujung2 SPM dalam keadaan kepala dan minda dah berada di kampung.

Apapun, tak lama dah, 5 hari lagi terbanglah aku ke KLIA2. Kembali bersama keluarga tercinta, dan pastinya cuti kali ni akan bertambah lagi kenangan dalam hidup. Berada jauh dari kampung halaman semestinya membuatkan cuti panjang itu satu nikmat hidup!

Beberapa kenangan sepanjang penggal kedua tahun ini.

Pasukan Kawad Kaki Pengakap Sempena Minggu Ko-k


Eksplorasi Gua Niah Pengakap Kelana SMK Lutong

 Berjaya Menamatkan Eksplorasi 


Pengakap yang Cool! #selfie

Johan keseluruhan Kem Badan Beruniform SMKL 2014

Jamuan Pengawas Sesi 2013/2014

Jamuan Pengawas

Pengawas Sekolah Sesi 2013/2014

Makan-makan Raya Haji 2014

Graduasi Tingkatan 6 2014

Sambutan Maal Hijrah bersama Imam Muda Faris

Anak-anak Asrama 2014

Makan Malam Tahunan 2014

Semoga blog ni tak mati. hahaha :D



Sunday, July 13, 2014

LIMA BELAS!

Assalamualaikum & hi semua~

Hari ini 15 Ramadhan 1435H. Pejam celik pejam celik dah masuk separuh masa kedua. Semoga digandakan pahala amal kebaikan dan habiskan Ramadhan kali ini dengan jayanya, insya Allah. Banyak juga perkara menarik sepanjang Ramadhan tahun ini. nantilah, pada lain kesempatan ya!

Take care guys! ;)

Monday, January 20, 2014

Hadiah!

Salam n' hye semua! :)

Banyak benda aku tak sempat kongsi sejak cuti sekolah akhir tahun lepas termasuklah kembara utara aku. Benda dah lepas. Sejuk dah. Tahun 2014. Cabaran yang sangat besar. Tanggungjawab yang boleh tahan berat diletak kat bahu aku. Semoga dapat jalani kehidupan di rantau dengan tenang dan dipermudahkan urusan oleh Allah.

Oh ya, hari ni macam biasa. Hujan sepanjang hari. Sejuk. Tapi manisnya hari ni, balik dari kelas waktu keempat tadi, dah ada satu kotak cantik atas meja. Pelajar tingkatan 4 Sains 3 yang aku ajar tahun lepas bagi.

naisss kan? ;)

Terima kasih Misha + Atiqah. :)

Nanti kongsi lagi. tatata.

Salam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...