Tuesday, September 15, 2009

Iftar @ Briyani Gam Prima



Salam n' Hye all~

Utk pertama kalinnya dalam bulan Ramadhan 1430H ni, aku berbuka puasa kat luar. Sesuatu yang tak dirancang dari awal. baru semalam aku dapat tau ada plan kawan2 nak berbuka sesama sebelum balik kampung.

Yang mengepalai perancangan (Leen Wonderpet) pulak tak de kepastian tentang tempat nak berbuka tu. so, memasing ON nak berbuka sama2 cuma tatau tempatnya. huhuhu. Yang dia bagi tau, set2 dia yg ON: Ain, Som, Jatt, n' Sue. Yg kami lelaki ni pulak aku, Sepul dengan Syah.

Siang td masa kelas kemahiran berfikir aku dgn syah plan la pasal tempat. Kata Leen nak lepak Kunyit Cafe. Tp syah lak kata servis lembab. Makan tak sedap. Aku tak pnah try, so tatau. then aku came out with Briyani Gam Prima. Dah lama teringin mau try. Bunting dia dok merata2 tp aku tatau lokasi restoran ni. Tht day masa lepak kat kue teow Amir, Mat (Kelana) bgtau lokasi dia deret Billion. so, lepas klas je aku, sepul n syah terus ke sana.

Kami book utk seploh orang. padahal yang cnfirm 8 org aje. takpe la. bole cari Insya Allah.

Last minute, Jatt kenot make it. elisa ganti. Sue pun menghadirkan diri. Talhin (housemate aku) pun join.



Overall, briyani gam dia best. thumbs up. kenyang la. berbaloi RM7 sepinggan. suma pun nampak puas makan. hahahaa. Sue pun. katanya tak sentuh nasi. sebab kawan2 blasah!!! Ala sue, cakap je la berselera tgk nasi tuh... kakaka.

Wokey, tu la cerita berbuka ari ni.

*salam* :)

Monday, September 14, 2009

Sudahkah Anda Menunaikan Solat???

Salam n' hye all~

Sungguh terkesan di hati saat menonton klip dari you tube ni.

Semoga kita semua ambil iktibar bersama-sama.

:)

Gambar Kena Publish~


Salam n' Hye all~

Berkongsi lagi...

-call in-
(E-Jan plg br)--->as what i keep in my fonebook.

E-Jan: Assalamualaikum bro.

Aku: Waalaikumussalam. Pe cer??? Ha! smalan ko wat pe? aku call ko tak berangkat.

E-Jan: Aku on the fone la. kul 12 lebih aku call ko lak tak angkat.

Aku: Aku balik pagi tadi. tak jadi balik smalam.

E-Jan: Gambar ko masuk The Star.

Aku: Apa??? (mintak kepastian. dalam kepala bayangkan aksi aku yg macam mana kat gambar tu. kakakaka)

E-Jan: Gambar tembikai kat tempat ko meniaga la!

Aku: Ohhhh! Baru kuar? ari ni?

E-Jan: Yuppp. paper ari ni.

Aku: Ko simpan paper tu bro. Aku balik nnt aku cari ko. ok slamat!!!

E-Jan: OK!

Aku: Assalamualaikum

E-Jan: Waalaikumussalam.

tu la perbualan aku dgn E-Jan kejap tadi. Gambar yang aku hantar hampir sebulan dah baru dipublish dalam ruangan thumbnail The Star.

Ingatkan tak de rezeki nak kena publish. hehehe. Tapi tak dapat RM50 winner punya gambar. Papehal pun, gambar tu dah kena publish jugak akhirnya.

So, kepada sesapa yang nak rasa air terbaekk kat PD, meh la singgah kat Bazar Ramadhan Cahaya Suria. dekat Taman Desa Permai, near Lukut. PORT DICKSON.

Kepada yang ngidam air kelapa muda, pls come before 6.00 pm. lepas kul 6 SOLD OUT. hehehe. Satisfaction Guaranteed. bole tanya org2 sekitar sini. hehehe. Promote skettt. Nak cari senang aje. tgk la tembikai yang menyerupai mcm2 watak kat depan balang air tu. ;p

okay~ tinggal 4 hari je lagi kalau mau singgah. Last day Jumaat Insya Allah.

Mood Balik Kampung: Moga Selamat Sentiasa Hendaknya



Salam n' Hye~

Confirm ramai antara kita yang tak sabar-sabar balik ke kampung halaman masing-masing utk berjari raya bersama dengan keluarga tecinta. Aku baru je balik dari PD. sampai kat Tg. Malim ni lebih kurang 7.40 pagi tadi. Terus bersiap-siap untuk ke kelas Kak Lin.

Disebabkan aku selalu guna Lebuh Raya PLUS, maka untuk hari ni punya post, aku nak berkongsi pengalaman aku memandu di samping mengingatkan kawan-kawan sekalian supaya berhati-hati di jalan raya. Semoga Hari Raya yang sepatutnya disambut ceria tidak bertukar menjadi derita buat kita semua. Insya Allah...

Buat para pemandu kereta, pastikan anda semua tak mengantuk. dah berkali-kali diingatkan. aku sendiri pernah jugak alami keadaan hampir terbabas sebab ngantuk. ye la, memandu sorang-sorang. bulan puasa pulak tu. memang mencabar. jangan rasa malas untuk berhenti sebentar. rehat dulu.

Jaga jarak anda dan awasi bahaya sekitar. Bahaya boleh jadi macam-macam perkara. tapi, setakat ni aku agak gerun dekat kenderaan-kenderaan berat. mentang-mentang saiz super duper besar dari kita yang bawak kereta ni, slalu nak tunjuk hebat. nak tunjuk hero. so, utk mengelakkan sebarang perkara yang tak diingini, baik kita amik langkah menjauhkan sebarang risiko. biasanya pemandu kenderaan saiz besar ni yang aku nampak berhemah dari syarikat yang ternama aje. macam pemandu tanker shell, petronas, esso etc. Diorg memang ada etika memandu. kalau pemandu-pemandu lori hantu ataupun lori syarikat ehtah apa-apa ni, berwaspadalah kita.




Buat kawan-kawan yang naik bas, harap-harap pemandu bas tu memandu dengan berhemah. banyak kali juga aku jumpa bas yang dipandu melebihi 130 km/j. laju tu. sampai ada yang guna lorong paling kanan. sedangkan bas hanya dibenarkan guna lorong tengah pun utk memotong aje. Hmm... mintak dijauhkan la suma yang tak elok tu. Kalau pemandu tu kurang ajar, pakat la ramai2 sound dia. memang ramai gak pemandu kurang ajar. especially pemandu company yang entah apa-apa.



Kepada yang guna pengangkutan udara, make sure tak terlepas penerbangan. teringat kat kawan-kawan borneo masa lalu kat area KLIA-Sepang. kapal terbang naik dan turun. :) Insya Allah, pengangkutan udara pun tak ada masalah buat kawan-kawan semua. Syarikat penerbangan kat Malaysia ni memang sangat menitik beratkan aspek keselamatan.


Tak lupa juga yang naik keretapi, naik motosikal dan apa jua kenderaan. Selamat kita semua ke kampung halaman masing-masing, selamat juga kita kembali ke UPSI. :)

Tuesday, September 8, 2009

Seminar Integerasi Nasional 8/9/2009


Salam n' Hye all~

Must share with u all sumthing interesting happened today.

"Seminar Integrasi Nasional"

Pe bendanya ni ekk???

Pada hari ni, (8/9/2009) pada pukul 9.00pagi - 5.00ptg telah diadakan satu seminar berkenaan integrasi nasional bersempena gagasan 1 Malaysia yang baru diperkenalkan oleh PM kita. Bertempat di Auditorium UPSI, program ilmu ini adalah anjuran Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dan di laksanakan oleh Kelab Erat dengan kerjasama Persatuan Pengajian Malaysia (MASS).

Pertamanya, kita kongsikan dulu atur cara majlis tadi:

9.00 pagi : pendaftaran

9.30 pagi : Ucaptama 1 -perpaduan integrasi nasional oleh Prof Jayum Anak Jawan(UPM)

10.30 pagi : Ucaptama 2 -Senario perpaduan di M'sia slps 52 tahun merdeka oleh Prof Dr. Mansoor Noor (UKM)

11.30 pagi : Forum -Integrasi Nasional menjamin kesejahteraan M'sia
Panel 1 -Prof Datuk Dr Zainal Kling (UPSI)
Panel 2 -Prof Emeritus Dato' Dr. Mohd Yusof Hasan (UPSI)
Panel 3 -Prof Dr. Kanthasamy A/L Nallusamy (UPSI)

1.00 t/hari: Rehat + Solat

2.15 ptg : Perlembagaan dalam konteks perpaduan negara - Prof Dr. Abdul Aziz Bari (UIA)
: Integrasi Nasional: Persepsi Mahasiswa 1 Malaysia oleh Cik Siti Hajar

5.15 ptg : Bersurai


Aku kongsi antara perkara menarik yang berlaku tadi.

-Pendaftaran agak sibuk dan kelam kabut. ramai sungguh student woo!!! Again, mungkin sebab dijanjikan sijil. antara perkara paling aku nyampah. Tak semua, tp berdasarkan pertanyaan2 diorg bout sijil. huh!

-Audi atas belah kanan rupanya tak ditempah utk program ni. ada kelas nak wat ujian. Sayang sekali, ada student yang bengang trus balik. Yang menempah tatau ke student Pengajian Malaysia ni ramai???

-Ramai yang mundar mandir kat luar audi masa seminar berlangsung. buruk gak la pemandangan.

-Prof UPM memang 'rawks'. hehehe. ramai agak terkejut dgn penampilannya.

-Forum yang kureng... sebabnya, tak pernah aku tgk org wat forum bercakap kat rostrum. Pastu aku pelik dgn pendapat sorg ahli forum yang menyatakan sokongan terbukanya kat UMNO. Siap sebut pembangkang... 3 anak Ibrahim... aku menjangkakan ilmu ataupun sesuatu yang seimbang. tapi, nampaknya mcm kempen PRK Bagan Pinang aje. Kah Kah Kah. BOSAN! tetttttt

-Slot lepas rehat paling best! Prof Dr Abd Aziz Bari yg ditunggu2. Aku suka cara dia menjawab soalan. Faktanya tepat. Kena batang idung sesapa memang la terasa. tp, FAKTA! salute kat org undang2 yang berkata-kata berlandaskan fakta. sempat aku bagi 2 soalan td. happy for that! ;)


-Slot terakhir mendengar bicara S/U agung MPP Uni. Malaysia Terengganu. Cik Siti Hajar Azlan. Tak dinafikan. another bosan punya talk. ye la, student kan... cuma aku rasa kalau dia sembang tanpa slide lagi ngam kot. slide dia mcm present dalam kelas la. tak lupa promote mak dia yang cekgu sejarah. kursus samudra dia. bla bla bla. hahahaha. anyway, gud effort~ ;)

Selain tu, ada gak masalah yg timbul dalam menjayakan program ni. tak payah la aku sembang kat sini. yang penting, aku dapat ilmu berguna. sangat berguna. bertambah pengetahuan sikit ari ni. :)

Perkataan yang melekat di kepala:

-Budak Tadika
-Kupon
-Awek Baru Sepul
-Keluar Dari Dewan
-Retorik
-Kambing Hitam
-Kembar Kamal

:)

p/s: One Malaysia: Retorik??? hahahaahahahahahahaha

Sunday, September 6, 2009

EMOSI LAGI


Bicara lagi tentang emosi
Masyarakat yang makin hilang sensitiviti
Seakan tak punya hati
Rasa bangga dengan provokasi
Disulam dengan rasa benci
Dendam kesumat tanpa henti

Mungkinkah nanti
Luka lama berdarah kembali
Sesuatu yang tak siapa ingini
Mohon jangan ia terjadi
Atas bumi bertuah ini
Ku pohon Pada Mu Ilahi

Ku terdengar nun di sana
Ada insan sedang ketawa
Melihat percakaran antara manusia
Sungguh bernafsu sekali bunyinya
Tanda percaturan sudah mengena
Permainan licik sedang bermula

Sedihnya aku rasa
Melihat manusia diadu domba
Ramai yang gagal mengawal minda
Mudah ditipu insan durjana
Konon mengaku pembela bangsa
Walhal sebenarnya pencetus angkara

Terdengar laungan gempita

Kalimat penuh semangat

Namun tiada sengat

"ONE Malaysia!!!"
"ONE Malaysia!!!"
"ONE Malaysia!!!"

*malu*pilu*duka*hina*sedih*pedih*

Friday, September 4, 2009

ADUN Bagan Pinang Meninggal. Al- Fatihah~

Salam n Hye all.

Sesungguhnya kematian menjemput tanpa dijangka dan disangka. Adun Bagan Pinang, Azman Mohd Noor (55) meninggal dunia sekitar jam 2.30 petang di Hospital Pakar Seremban. Dipercayai Allahyarham meninggal dunia kerana jangkitan dalam darah.

Semoga Roh Allahyarham dicucuri rahmat. amin~

Pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang akan dibuat dalam tempoh 60 hari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...