Tuesday, October 9, 2012

Berburu makanan sedap di Miri :D~


Salam n' hye all~

Entri kali ni aku nak share the best makan place buat masa at the moment kat area aku tinggal di Miri ni ---> Lutong. Nama yang sungguh klasik lagi tidak menaikkan nafsu, tapi jangan pandang sebelah mata okay. Lutong ni lah tempat letaknya pejabat operasi Shell & Petronas Sarawak. Okay, lain kali la aku sembang panjang pasal Lutong. Kot2 korang nak mengetahui kenapa la panggil Lutong kan? ;p Sebab kali ni aku nak kongsi satu port makan shiok tahap bima sakti kat sini.

Lokasi: Kampung Pengkalan. Nama warung ni Dar'ngo Pengkalan Lutong (seperti yang tercatat pada senarai harga kat dinding warung). Letaknya di tebing Sungai Lutong, pemandangan yang cukup indah dengan sesekali bot nelayan menyusuri sungai ditambah dengan kenderaan yang menyeberangi Jambatan Lutong. Suasana yang sangat indah untuk minum petang. Ok. Cukup nak bermadah2. Madah2 banyak2 pun perut lapar. :D :D :D

bau kepak ayam panggang menyambut pelanggan

Menu fames lagi popular kat sini = kepak ayam, pedal, buntut/tongkeng + cucuk2 (bebola, jejari ketam dll) yang dibakar. Selain menu panggang tu, warung ni juga fames dengan mi jawa dia. Sila order mi jawa special (pilihan ayam/daging) dan korang akan menikmati sepinggan mi jawa yang bakal buat korang tersandar kekenyangan sambil berkira2 nak senyum puas sebab kenyang sangat. hahahaha. Masakan panas goreng2/sup2 pun ada :)

kepak ayam, pedal & wheatgrass susu

mi jawa special (daging)

nasi goreng daging

Minuman dia pulak, kalau kawan2 aku gila kat ABC dia. Sebab aku jenis yg kurang minum ais + manis2, ari tu ternampak org minum air warna hijau muda. Aku tanya tokey katanya air wheatgrass susu. Series sedap! :D hahahaha. Oh ya, rupanya warung ni tokey dia mak ayah kepada student aku kelas 3B. Sah2 aku sound kat dia ada warung wat senyap aje. Padahal kalau ada masa terluang mmg aku suka sembang makanan kat dlm kelas :D~


Okay, last but not least, tempat ni memang aku rekomen kat korang! hahaha. Untuk kawan2 + family members yang jauh di seberang Laut China Selatan, silalah dtg Miri. Akan aku bawa lepak2 makan2 kat sini. :D

very good business!

p/s: sila datang awal sebab lepas waktu kerja warung ni akan dipenuhi staff Petronas/Shell yang membuatkan makanan cepat abes. Jangan mengamuk sebab kempunan kalau korang datang lepas jam 8 malam. :D :D :D

Friday, October 5, 2012

Doodle!

Salam n' hi all~

Jiran sebelah meja aku ialah Cikgu Joe. Cikgu Seni. Seronok sembang2 pasal seni dengan dia. Satu hari tu dia bagi satu tugasan untuk aku siapkan. Dibuatnya titik2 warna merah kat atas kertas. Pastu kat titik pertama ditulisnya "rec". Simbol 'record' untuk video cam. Aku disuruh penuhkan semua titik supaya jadi satu hasil seni yang lengkap. Hahaha. Shiok juga. Maka inilah hasilnya... :D

Wednesday, September 19, 2012

Biar Jari Jemari Menari-nari

Salam & hi~

Again, lama tak menaip. Busy? Banyak kerja? Tugasan itu ini? Tanggungjawab yang bertambah-tambah? Apapun alasan yang mungkin aku bagi, seriesly keinginan untuk segarkan kembali blog ni meluap2. Hanya perlukan langkah pertama. Dan langkah pertama tu aku mulakan kembali malam ni :)

Where to start? Hmmm...

Okay, Aidilfitri 1433H dah pun melabuhkan tirai. Satu entri pasal Ramadhan di rantau pun aku tak tepek kat sini apatah lagi Raya. We make it simple. Aku kongsikan antara paparan menarik sepanjang Ramadhan + Raya yang dah berlalu k! ;)


Juadah buka puasa pertama di perantauan. Ikhlas daripada cikgu2 perempuan batch baru posting :)

Bazar Ramadhan Stadium. Mengingatkan aku pada Bazar Ramadhan Stadium Shah Alam.

Supper lepas terawih

Zakat fitrah pertama. :D

Salah satu program pengisian Ramadhan di sekolah: Majlis Buka Puasa Perdana

Moreh~

Sambutan Bulan Kemerdekaan di sekolah kami

Iftar di Hotel Parkcity

Stall yang paling menarik perhatian aku :D

Iftar @ Pizza Hut. Rezeki! Salah seorang antara gadis2 di atas open table. :D

Semangat pulang beraya sehari sebelum lebaran :)

Kapal terbang kami! :)

Cari bahan masakan yang dipesan mama di Pasar Raja Bot

 Adik ajak shoping pulak!

Sogo. Tiap hari pun mcm ni kot?

Singgah Nilai 3 juga! phew.

Jubah raya beli di Nilai 3. :D

Pagi raya bersama Hadi


Supper malam raya pertama. Mc.D penuh!

Balik2 dari Semenanjung, terus beli tiket balik cuti hujung tahun! :D :D :D Seriesly, dah balik PD, rasa takmo kembali ke Miri. Rindu makanan favret di Semenanjung! huhuhu

Sunday, July 22, 2012

Ada apa dengan Miri?

Salam n' hye all!

Hampir 2 bulan aku berada di bumi Miri. Tapi tak sempat kongsi dengan korang apa yang ada kat Miri ni. :D hehe. Entahla, berat je nak memulakan sesi menulis. Tapi fikir2 balik, kalau biar je kenangan tu berlalu, nanti lama2 hilanglah ia. Jadi, aku kongsi sikitlah apa yang aku sempat lalui di Miri ni. :)

Apa istimewanya Miri? Miri merupakan tempat bermulanya industri petroleum di negara kita. Kalau sekarang kita lihat petroleum disedut dari dasar lautan, 100 tahun dulu ia disedut di daratan. Telaga minyak pertama kat sini diberi nama 'Grand Old Lady'. Letaknya di atas Bukit Kanada. Ikut buku sejarah pula, Miri merupakan tempat pertama Jepun menyusup masuk ke Borneo.

Okay. tak payah cerita panjang. Aku kongsi beberapa gambar menarik sepanjang 2 bulan ni. Oh ya, selamat berpuasa buat muslimin dan muslimat di mana jua anda berada! ;)


                                             SMK Lutong. Tempat menabur bakti :D


Rumah sewa di Miri :)


Pasar malam Saberkas

Pantai Lutong. Belakang sekolah kami :)

Lapangan Terbang Miri

Pemandangan dari atas Jambatan Piasau

Sukan sekolah di Stadium Miri

Taman Bulatan: Salah satu lokasi beriadah.

Lapangan terbang lama belakang sekolah

Grand Old Lady @ Canada Hill

Melihat matahari terbenam dari puncak Bukit Kanada

Mee Kolok sigek! :D

Makan malam @ Dynasty Hotel

Taman Tasik Senadin. Dekat rumah

Zee Avi homecoming concert 

Sekolahku indah!

Okay, sampai jumpa lagi! Miri rocksss!!!



Thursday, July 12, 2012

Friday, June 1, 2012

Posting

Assalamualaikum. Hi~ :)

Posting. Dah seminggu sejak tarikh lapor diri sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah kat Hotel Pearl International Jalan Kelang Lama. Malam ni rasa nak menulis. Yes, lama tak share sesuatu kat sini. Sampai ada sorg student kat STPD tegur, "lama tak update blog cikgu". hahahahaaha ;p

Okay. Musim posting dah semakin sejuk. Masa tgj panas tempoh hari mcm2 cerita. Ada yang hapy. Ada yang sedih menangis kaw2. Ada yang terkedu. Mcm2 perasaan bila tahu kemana akan dihantar cikgu2 baru ni. Cerita pengalaman aku, patut aku dpt surat tawaran hari Jumaat, sama mcm kawan2 lain yg dpt posting ke seberang Laut China Selatan. Tunggu punya tunggu, tak ada surat hari Jumaat. On internet, memasing share dpt posting ke Sarawak. Well, mula2 rasa aku tak tersenarai sebab tak dpt surat lagi. Dalam hati sikit jeles la sebab ramai geng2 yg akan ke Sarawak. Pendekkan cerita, hari Ahad baru boleh check kat internet kita dpt posting mana.

"Bismillahirrahmanirrahim...."

*klik*

SARAWAK yayyyyyy~~~ hahahaaha. Okay, mama terus nangis masa tu sebab aku ajak dia tgk PC. Maka kenalah dipujuk mama tersayang :D

Hari lapor diri, gerak dari rumah sekitar 6.30 pagi. Sampai kat hotel sekitar 8.05. Park kat basement, Nak naik ramai sungguh beratur dpn lif. Bukak2 je pintu lif, penuh saje. Maka naik tangga lah jawabnye. Kena naik tingkat 7. Phew. Beg aku yang aku tak tahu beratnya masa tu aku angkat berdua dgn papa. Sangat penat. Tu je yg mampu aku kata pasal hari lapor diri. Lif penuh. Bersesak2 nak tgk kumpulan flight. Nak makan. Nak dapatkan kunci bilik. Nak bawa balik beg dari tempat simpanan sementara ke dalam bilik hotel... Phew.



Selesai letak barang, sarapan, dan dapatkan surat tawaran, semua kena duduk dalam dewan + dengar taklimat. Ada 3 taklimat semuanya. Taklimat berhenti rehat untuk makan tengahari. Rehat sekitar 6.30 petang dan sambung balik jam 8 malam.




Saat yang mendebarkan masa tahu kat skolah mana kami akan ditempatkan. Petugas tu pulak suruh jangan buka sampul selagi semua tak dpt sampul masing2. :D haha, tapi masing2 tak boleh tahan. Bukak gak sampul "Urusan Seri Paduka Baginda" tu. Aku dapat SMK Lutong, Miri. Tertanya2 jugak mana lah tercampaknya aku ni. Tengok balik buku panduan yang diorg bagi masa pendaftaran, kata sekolah aku tu sekitar 40 minit dari bandaraya Miri. Alhamdulillah... :) Suasana masa tu berbagai2. Ada yang hapy, ada yang muram, sedih.... Apapaun, Allah dah plan baik setiap satunya untuk kita. terima seadanya dan jalankan amanah yang diberi. ;)


Malam tu, masing2 ambil kesempatan rehat2 minda, lepak2 sama2 sebab esoknya masing2 akan berpisah menuju destinasi masing2.



Aku termasuk dalam kumpulan penerbangan M2. M untuk miri. Penerbangan aku jam 10.05, tapi jam 6 pagi dah kena berkumpul di lobi hotel. Tidur malam tu pun sekadar rehat kejap aje. Pukul 5 dah bangun + siap2. Pukul 6 dah kumpul kat bawah dan bas bertolak jam 6.30.



Daftar masuk jam 9.30. Beg aku yang besar tu rupanya 28 kg! HAHAHA. Memang ada sikit risau kena bayar banyak sebab had berat dibenarkan 2 kg aje. Tapi  alhamdulillah, rezeki aku tak kena caj lebihan berat tu. Mungkin sebab dalam kumpulan kot. :D

Penerbangan lambat sekitar 15 minit sebab banyak flight yang beratur nak terbang. ;p Peluang naik MAS memang best lah sebab dapat makan dalam flight. yum yum~ hahaha. Pagi tu kami disajikan sarapan berat. Pilihan sama ada nasi lemak + sambal udang atau roti + kari ayam. Memang sedap! Cuma portion dia tak padan dengan perut aku muahahaha ;p.




Rupanya flight kami berhenti 30 minit kat Kuching. So, dapatlah peluang tengok bandaraya Kuching dari udara! :D




Penerbangan kami sampai kat Miri sekitar 1.45 tengahari. Dari atas boleh nampak pelantar minyak. Menarik!




Okay! maka bermulalah cabaran di tempat baru, kehidupan sebagai perantau. ;) Aku akan kongsi lagi dalam entri yang lain :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...