Tuesday, August 12, 2008
Mahasiswa???
Pertama kali menjejakkan kaki ke Universiti Pendidikan Sultan Idris, terasa bangga juga dalam hati ini. Inilah tempat lahirnya beberapa negarawan terkenal. Rumah Zaaba sendiri bukti bahawa UPSI ini bukan calang-calang tempat. Namun, setelah beberapa ketika menjadi mahasiswa UPSI yang acap kali dilaungkan sebagai 'Bitara' itu, rasanya tidaklah se-gah mana. Bukan niat ingin menidakkan apatah lagi menghina, kerana inilah Menara Gading yang bakal mencorakkan masa depanku. Mahasiswa. Layakkah gelaran itu ditujukan buat sang manusia yang angkuh. Yang menjadikan tenaga dan kekuatan fizikal sebagai penyelesai masalah? atau sang manusia yang tidak boleh ditegur secara terbuka. Mahupun sang manusia lain yang masih bersikap keanak-anakan seperti di bangku sekolah. Huh...
Bilakah manusia-manusia ini boleh berubah ya? Insya Allah... Namun, aku masih mengharapkan UPSI ini mampu membuatkan orang-orang di luar sana kagum tiap kali nama itu disebut...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment