PRK UPSI. Pertama kali aku berhadapan dgn suasana pilihanraya dlm kampus. Masa kat PSA (Polytech SSAAS S. Alam) dulu pun, aku join JPP as bendahari dgn lantikan HEP. huhuhu. so, supposed to be something interesting pasal PRK ni...
Awalnya, aku expect PRK ni mcm sejuk je... yela, lepas raya. so mcm takdak pape pun. Tanya Kamil, Pokdi dan dak2 pengakap lain yang seangkatan dan sehaluan dgn aku. diorg cakap, tggu je...
Minggu penamaan calon dan kempen, poster2 dah naik dah. 'Calon Umum' dan 'Calon Fakulti'. apa tu ek? so, aku yg masih hijau kat UPSI ni pun tanya la kat kekawan seniors. mostly daripada dak2 pengakap.
Calon Umum adalah calon yang akan isi jawatan-jawatan MT manakala calon fakulti pula akan pegang Exco-Exco.
tapi... aku tak kenal sorangpun calon-calon ni. except few calon mcm Ain atau Rashid yang dikenali ramai sebab masa MSK lagi dah jumpa.
So, rapat umum yang dibuat kat KHAR akan aku jadikan tempat nak kenal sapa calon yang patut aku undi esoknya.
Malam tu hari hujan. Rapat Umum dibuat kat sekitar Cafe KHAR. supporters dah memenuhi kawasan sekitar. menarik juga! aku nampak calon-calon dah bekumpul kat depan. lelaki dan perempuan. supporters pulak, yg lelakinya terbahagi kpd 2. aku yakin satu pro-aspirasi dan satu lagi pro-mahasiswa. ooopss. lupa nak cerita. PRK kali ni mengharamkan istilah Pro-aspirasi atau Pro-Mahasiswa. Kerajaan atau Pembangkang. Alasan... semua calon umum adalah bertanding atas tiket peribadi. Tapi tu atas kertas aje. bawah kertas, kalau nak knal calon-calon aspirasi, diorg bawa tag line yang ada perkataan KUALITI while calon-calon Pro Mahasiswa pulak bawa tag line KEBAJIKAN. ok. pendekkan cerita. tak payah la sembang pasal semua manifesto yg diorg bawak. Cuma nak cerita suasana malam tu. supporters Aspirasi nampaknya mcm kena histeria. tepekik telolong. budaya samseng pun ada gak. nampak yg ramai adalah daripada bebudak sains sukan. aku nampak sorang dak pengakap sem 1.
"ko sokong siapa?"
"sokong brader tu" (refer kat Rashid. sorang calon umum)
"asal sokong dia?"
"kitorang sains sukan pakat sokong dia. leader kitorang dah arahkan. kitorang ni unite bang."
"aku senyum aje. cetek sungguh pemikiran bebudak ni."
well, malam tu agak riuh. terutama masa bebudak KEBAJIKAN yang berucap. sampai satu masa aku menjerit suruh suma diam. memandang gak org kat aku. tunggu je sapa mau sound aku. yg penting, aku tak kenal calon sapa2 pun. so... nak kenal maka kena dgr ucapan diorg la. kalau dah mcm kera terkinja2 mcm mana aku nak dgr kan???
lepas semua calon berucap... aku pun mula beransur... tetiba dgr mcm suasana panas aje. remy ex YDP lalu tetiba mcm org tgh marah+gila becakap tentang satu surat yg dihantar ke Harakah atas nama dia. dia menafikan. sambil tu dia becerita tentang apa yg MPP lepas dah buat. huhuhu. da bole faham la. taktik last2 minute dia ni...
so, semua org pun diarah balik.... TNC kata keadaan makin panas and arahkan petugas suraikan keadaan.
21/10/2008 (HARI MENGUNDI)
aku buang undi dalam pukul 11 lebih rasanya. undi kat KUO aje. awal2 dah siap tulis nama calon2 yang patut aku undi. hehehe. awal2 lagi aku dah kempen. kira kempen last2 minute. via YM, SMS n mulut ke mulut jugak.
pagi tu seblom kuar undi, aku sempat suruh Salleh (hsemate aku) salin nama2 yg patut diundi. hehehe.
sekitar jam 12.30
SMS masuk.
"bodoh kau Zul. rupanye x boleh bwa krts. aku da kena marah td.bengong.
ahahaha. tegelak sorang aku masa tgh ambil nasi kat kedai Abe Joe. Apasal la bengong si Salleh ni... bawak kertas terang2 masa undi. hehehe.
hari tu hujan aje... Kamil ajak tgk keputusan. katanya lpas maghrib. aku pun abis kelas kul 7.00. tp sebab hujan lebat, mcm tak dapat. last2 aku dapat keputusan dalam 8.30. Kamil bagitau. Kebajikan menang 3 kerusi umum. Alhamdulillah... 5 lagi menang kerusi Fakulti.
"Peningla HEP lepas ni" hehehe. Yang penting, golongan yang akan bawa suara kawan2 seperjuangan kat UPSI ni dah bertambah kat MPP. so, harap2 diorg Fight secara habis2an terhadap sesuatu isu. kalau nak harap golongan2 yang dipilih oleh HEP, alamat tak kemana la diorg nak perjuangkan hak kawan2 ni...
so, finally the vote has spoken. Takyah la nak bising2. mana yang kuat ampu sana ampu sini... can go back home la ye... try lagi next time. tu pun if u're still relevant...
buat yang menang, Alhamdulillah! tak sia2 aku kempen utk korang. walaupun korang tak kenal aku. tapi kita berada pada laluan yang sama... UNITE n' FIGHT!!!
No comments:
Post a Comment