Thursday, February 5, 2009
PPSMI... bilakah noktahnya???
Salam!
PPSMI. Antara isu hangat di Malaysia sekarang. Sebagai seorang yang bakal menjadi pendidik +- 3 tahun lagi, aku terpanggil untuk mengulas berkenaan isu ini. Pengajaran & Pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris. Banyak pro dan banyak pula kontranya. Sekadar memberi pandangan dari sudut minda Zulfadli Amzar.
Kita melihat akhbar-akhbar arus perdana menyiarkan surat-surat pembaca bahawa mereka menyokong sepenuhnya PPSMI. Antaranya mengatakan bahawa anak-anak di luar bandar tiada masalah belajar sains & matematik dalam bahasa Inggeris. Adakah itu seratus-peratus boleh dipercayai? Sedangkan maklumat yang diterima daripada rakan-rakan yang sedang mengajar bukan sahaja di luar bandar, malah di bandar mengatakan alangkah sukarnya mengajar dalam Bahasa Inggeris.
Aku cuba fokus isu ini dalam lingkungan pelajar Melayu. Orang Melayu diakui lebih cenderung kepada bidang yang melibatkan kemahiran. Bertukang, mengendali dan baikpulih mesin, elektrik dan elektronik, automotif dan lain-lain lagi. Kajian mendapati orang Melayu mirip kepada orang Jepun. Termasuklah kesukaran kebanyakan daripada kalangan Melayu menguasai bahasa Inggeris. Cuma, orang Jepun tidak dapat dinafikan lebih rajin daripada orang Melayu. Apa yang aku cuba sampaikan di sini, memang orang Melayu cenderung kepada bidang kemahiran dan dengan kelebihan yang ada dalam diri mereka ini, mereka bakal menikmati masa depan yang cerah pada masa depan. Namun, kelebihan ini terhalang oleh PPSMI. Pengajaran dalam bahasa Inggeris mengekang usaha kebanyakan mereka untuk menguasai ilmu-ilmu ini. Ibaratnya, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Kita tidak nafikan bahawa anak-anak golongan pertengahan ke atas semakin menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Malah ramai sekali antara mereka yang cemerlang. Namun lebih ramai lagi anak-anak luar bandar dan pinggir bandar yang amat sukar belajar dalam bahasa Inggeris. Sedangkan belajar bahasa Inggeris sesuatu yang sukar, apatah lagi belajar sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
Aku bukan ingin menghalang kemajuan dalam sistem pendidikan. Cuma, apa yang aku dapat lihat situasi sekarang bakal melemahkan murid-murid. Ada antara mereka yang cerdik dan berIQ tinggi. Tetapi disebabkan ketakutan terhadap bahasa Inggeris, tahap keyakinan mereka menurun seterusnya menghalang mereka untuk terus cemerlang.
Hm... entahlah. harap2 ada titik noktah untuk isu ni. Aku bukan menafikan keperluan menguasai bahasa Inggeris, malah aku sendiri sukakan bahasa dunia ini. Cuma, memikirkannya dari sudut keseluruhan.
Sekadar tambahan maklumat... Sekitar tahun 60-an, pemansuhan tulisan jawi di sekolah-sekolah menjadikan anak-anak generasi selepas itu buta jawi. Hasilnya... KITA!
Renung-renungkan............ ;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment