Friday, October 30, 2009

Malam Anugerah Kecemerlangan Jabatan Pengajian Malaysia & Jabatan Sejarah


Salam n' Hye all~

Terasa lagi kepenatan terlibat dalam penganjuran Malam Anugerah Kecemerlangan Jabatan Pengajian Malaysia & Jabatan Sejarah.

Agenda utama ialah untuk menyampaikan sijil anugerah dekan kepada semua Mahasiswa Pengajian Malaysia dan Sejarah untuk semester 2 2007/2008.

Adat menganjurkan apa-apa majlis pun. pasti akan ada kesilapan. walau sedikit. Tapi, Alhamdulillah. kecacatan tu nampaknya sangat minimum! dapat ditutup mana yang patut. :)

Walaupun ramai juga yang tak datang (melihat kepada lompang-lompang terutama kat bahagian tempat duduk Pengajian Malaysia), tapi yang sanggup datang untuk diraikan kelihatan gembira! usaha selama ni berbaloi.

walaupun aku takde rezeki sem lepas, tapi tumpang gembira utk kawan2. :)

Banyak yang dapat aku belajar dari majlis tadi. Insya Allah, ilmu yang sungguh bermanfaat.

Enjoy few pics from me~~~













Friday, October 23, 2009

Tengah hari Jumaat yang panas~~~

Salam n' Hye all~~~

Tak pasal2 hari Jumaat yang mulia ni aku ngamuk. Mungkin mood tak bagos. bagi kesan kat apa yang aku buat.

Pagi Jumaat ni agak sibuk. Mula2 meeting pasal hari anugerah kecemerlangan PERMAS & PPMas. Jumpa bendahari untuk tgk barang2 yang ditempah melalui koperasi UPSI. Kemudian jumpa pensyarah kejap.

Siap semua agenda jumpa org tu org ni, seterusnya ke Shell Tg. Malim utk isi minyak. dulu aku pergi Petronas. Tp sejak Petronas tak supply Ron 97, kena pg shell.

Sampai2 Shell, tak bole guna kad. "Abang guna Visa. Master Card aje boleh bang." Spoil!!! Ok la. aku isi RM 10 je la. Sampai shah alam isi balik nnt. duit dlm poket dah siap2 bajet utk journey balik PD.

Agak ramai org kat stesen minyak td. mamat bangladesh yang attend kereta aku ke pam sebelah. aku malas mau tggu dia cabut nozzle, aku cabut sendiri. then.. "@##$**&&!!!"
PERGHHH. Awal2 lg aku dah sound aku mau ijau. Dia pergi isi kuning. WARGHHHHHH. Kat situ gak aku melepaskan kemarahan. pakcik2 kat situ perati aje. Tp nak wat mcm mana. aku sanggup drive jauh ke shell semata2 nak isi ron 97. skali jd mcm ni. Mamat Bangladesh tu pulak wat muka bodo. lagi aku hangin. huh!

Aku masuk dalam kaunter. Mangsa seterusnya petugas kedai. huhu. sian adik pompuan tu. Aku suruh dia mintak bos diorg basuh sikit mamat tuh. berkali2 dia mintak maaf.
Balik dlm keadaan yg marah... SPoil~

Now semakin sejuk.... Alhamdulillah~

Tuesday, October 20, 2009

Satu lagi iklan yang menjengkelkan

Salam n' Hye all~

Bulan lepas aku ada post berkenaan iklan raya Ribena yang tak menitik beratkan adab sopan terutama bagi kanak-kanak. Lihat di sini.

Yang terbaru, iklan daripada Air Asia. Syarikat penerbangan tambang murah yang kini semakin memperluaskan operasinya ke serata benua. Iklan tersebut memaparkan gelagat seorang anak kecil yang melancong bersama neneknya. Namun, Air Asia kelihatannya memfokus pada peramugari-peramugari seksi beruniform merah bagi menarik lebih ramai penumpang untuk terbang bersamanya. Kalau kalian perasan, tidak ada seorangpun peramugara air asia ditonjolkan dalam iklan tersebut. Satu bentuk eksploitasi ke atas wanita??? fikirkan ya!

Nampaknya, pihak yang berwajib seakan sudah lebih toleran sekarang. Ini baru dinamakan liberalisasi. Up to date! tak mengikut peredaran zaman, maka jadilah insan2 kolot. huh. banyak lagi cara untuk mempromosikan barangan atau perkhidmatan supaya mendapat perhatian masyarakat.

Jangan racuni pemikiran anak2 kecil dengan fokus seks yang sungguh berkesan! huh!

Menjenguk Japanese Fiesta 2009



Salam n' Hye all~

Tengah hari tadi sempat aku singgah ke Japanese Fiesta 2009 yang sedang berlangsung sehingga Khamis ini di Auditorium UPSI. Ada berbagai-bagai pameran antaranya origami, patung-patung tradisional jepun, adat minum teh, permainan kendama dan sebagainya. Maklumat lanjut boleh dilihat di sini.

Sekadar berkongsi beberapa gambar semasa kunjungan ke audi tadi.

;)

























Monday, October 19, 2009

Ketinggian Bahasa Mencerminkan Ketinggian Peribadi

Salam n' Hye all~

Lama. Rasa lama sangat2 tak berkongsi sesuatu kat sini. Tugasan. Aktiviti itu ini. Mesyuarat. Phew~ Hari ni dapat juga berkongsi sesuatu. Insya Allah. Tulisan kali ini berkenaan dengan ketinggian bahasa. Kita sudah biasa menggunakan bahasa pasar. Bahasa yang biasa2. yeppp. lebih mudah. Lebih mesra. Cuma, dalam kita berbahasa pasar, kadangkala kita secara sedar atau tidak mungkin mengguris perasaan orang lain ataupun membuatkan orang lain kurang senang.

Kisahnya berlaku semalam. Masa aku tengah meniaga, singgah satu kereta Toyota Wish. Memang aku kenal owner dia. Tokey ayam kat pasar. Dia ni muda lagi dari aku. Dah kawin. Dah beranak. Now mewarisi perniagaan ayam arwah ayah dia. So, rezeki murah. Alhamdulillah.

"Dik... Pau apa ada???"

PERGH!!! ADIK??? huhuhu

Terus aku teringat kata2 Prof. Abdullah Hassan. "Gunakan Bahasa Melayu tinggi. Saya sendiri pernah di-adik-adikkan oleh seorang jurujual."

Aku layan jugak pelanggan ni. Dalam hati aku terdetik. Mungkin kita kaya harta. Tapi tak tentu lagi kaya budi bahasa."

Tak lama dulu aku kena adik-adikkan oleh bininya. Semalam laki dia yang meng-adik-adikkan aku. Hahaha. Hm...

Jadi, pesanan aku buat kawan-kawan. Biar kita tunjuk rasa hormat kat seseorang tu walaupun nampak dia lagi rendah taraf dari kita. Tak semestinya kita kaya, kita pandang rendah kat org lain. hm...

Walaupun kita sukar menggunakan Bahasa Melayu tinggi, tak salah budi bahasa itu ditinggikan.

;)

Monday, October 5, 2009

Pertarungan bermula!!!


Salam n' Hye all~

Sempat aku meninjau sekitar kawasan DUN Bagan Pinang. Sambil bawak Syah jalan2 sekitar PD. ni la antara gambar2 menarik untuk tatapan kawan2~ ;)





Kat pulau pun diorang pacak! sangat menarik! hahaha


Yang ni pun menarik! Tanda2 awal ke??? ;p hahaha


Sapa pun yang menang, diharapkan menabur jasa pada rakyat. Ingat!!! Jangan khianati sokongan manusia2 di bawah ini yang meletakkan anda di kerusi empuk di atas sana!!!

p/s: aku bukan dalam kawasan DUN Bagan Pinang. Aku DUN PD. Tak terlibat. hehehe

Hujung minggu yang padat~

Salam n' hye~

Hujung minggu yang baru berlalu dipenuhi dengan aktiviti beraya. Bermula pada hari Sabtu, aku mengambil peluang berhujung minggu di Tg Malim utk beraya di sekitar KL. Sasaran: Rumah Nik (kawan masa kat Poly). Rumah Pak Ngah Mail (Kat Sentul) dan yang terakhir rumah abang Hisham (kat Bukit Antarabangsa). Sampai rumah Nik sekitar jam 12.30 tengah hari. Call dia sebelum gerak seperti yg dijanjikan. tapi dia tak angkat. sampai2 umah Nik, yakin ada org kat umah. (tak bangon lagi ke dia???) ;p then setelah berkali2 call, dia angkat jugak!!!. hahaha. dia tak bangon lagi yay!!! cisss. Papepun, kami dijemput masuk. dihidangkan popiah goreng dan karipap yang sedap sebagai appetizers. series best! Mak Nik masak mihun goreng yang best jugak. ;p borak22222 then mintak diri.

Sasaran seterusnya, rumah Pak Ngah Mail ayah sedara abang Hisham. Masa dok kat Sentul dulu selalu singgah umah dia. Lama tak jejak rumah dia. sejak tak dok KL dah. Sejak dia pergi Haji tahun 2007. lama kan? :p Alhamdulillah. Pak Ngah dan Mak Ngah ada kat umah. sebelum tu jalan2 kejap kat area Jalan Raja Alang-Chow Kit. beli sikit buah tangan. :) Lama gak sembang kat rumah Pak Ngah. puas gak kena bahan. hahaha

Sasaran akhir. Rumah Abang Hisham kat Bukit Antarabangsa. Banyak latest update n info masa sembang. off record. hahaaha. sembang dengan lawyer la katakan. ;p tengah rancak sembang sambil makan mihun (hari mihun & popiah sedunia kata syah ;p) Nik call. ingatkan untuk singgah ke rumah dia. dia buat Choc moist seperti yg dijanjikan. hahaha. yum yum. Skali abang Hisham bole lupa dia ada class kat UUM KL. 1st class punya lecture pulak tuh. kakaka

Sampai kat rumah Nik dalam pukul 8.30 malam. sembang2 sambil makan choc moist. hahaha. tatau malu raya 2 kali dalam hari yg sama.

Sungguh penat!!! Kenyang!!! Seronok juga!!! sebab dapat jumpa kawan2 yang lama tak jumpa~

AHAD~

Pagi tu aku bersiap2 nak ke PD. Hometown!!! Akak sedara aku dari Jakarta datang bercuti kat sini. Dia akan singgah PD. Makan tengah hari kat umah. Sebab bukan senang mau jumpa dia, mesti balik. Phew~ another journey!!!

Gerak dari Tg Malim pukul 9.00 dengan Syah (thanks syah. teman aku). Sampai PD lebih kurang 11.10. Mama tengah sibuk memasak. Special menu ari tu: Ayam kampung masak cili hijau, gulai kaki lembu, dendeng (daging goreng yg dihiris nipis), sayur campur, keropok jangek (kulit lembu), udang goreng bercili (saiz XL punya!!!). Suma ni special menu yang bole didapati kat Rest. Nasi Padang. Minang specialties. hehehe.

Syah makan bertambah2. Mcm tu jugak dengan tetamu2. Mama memang hebat memasak!!! ;) Sory. tak dapat amik gambar. segan lorrr depan tetamu2. kakaka.

Tak sia2 balik. dapat jumpa my kakak sedara. dapat makan. dapat duit raya gak from her! hehehe. lepas minyak. tol. siap lebih lagi. yum yum~

balik rumah lebih kurang jam 6.30. sampai Tg Malim lebih kurang jam 8.30 malam.

Perjalanan yang memenatkan. tetapi sangat puas!!! ;)

Sunday, October 4, 2009

Kenangan di Selatan~



Salam n' Hye all~

Lama sungguh rasanya blog ni tak dikemaskini. hahaha.

Kali ni, nak berkongsi pengalaman di Johor Bahru. Pertama kali ke JB... :)

Rasa bertuah dapat menyertai Persidangan bahasa Melayu Bahasa Dunia di PERSADA JB. Delegasi UPSI seramai 3 buah bas.

Bertolak dari UPSI pada 27/9- ahad. kira2 jam 12 tengah hari. sampai di JB dalam pukul 8.00. Check-in kat Puteri Pacific. bersebelahan dengan PERSADA JB.


Hari pertama persidangan (28/9). Perasmian oleh MB Johor, Dato' Hj Abdul Ghani Othman. Tokoh2 yang berucap selepas itu antaranya: Dato' Hj. Termuzi Hj Abdul Aziz (DBP)& Prof Emeritus Dato' Dr Nik Safiah Karim.



Pembentangan kertas kerja diteruskan selepas makan tengah hari.

Hari kedua persidangan dipenuhi dengan pembentangan kertas kerja daripada org2 yang hebat. Ada org Russia (Dr. Victor), dari China (Prof. Wu Zongyu aka Wahid), dari Jepun (Dr. Kyoko) dan dari Indonesia (Dr Hasanuddin).

Malamnya acara yang ditunggu2. Makan malam di kediaman rasmi MB Johor- Saujana.


Makan tak habis2. macam2 gerai yang ada. semuanya menghidangkan sajian istimewa Johor. Mi rebus, mi bandung, laksa johor, kuzi kambing, dan yang pertama kali aku jumpa- harisa. ayam dicampur madu dan katanya sajian istana. huhuhu. lemang, rendang, ketupat, tosai, sup daging, ikan bakar pun ada. perghhhhhh~ yum yum!



Hari ketiga persidangan pun sama. cuma sebelah petangnya selepas jam 5, aktiviti bebas. semua ambil kesempatan jalan2 sekitar JB. Aku sempat jalan2 sekitar City Square sebelah petang, makan malam kat Senibong (makan di atas air laut) dan bersiar-siar sekitar Danga Bay sambil layan live band.



Hari terakhir- penutup. sebelum tu ada forum. Yang menghangatkan suasana ialah Dato' Dr Hassan Ahmad. Pejuang anti PPSMI. Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI. Malam sebelum tu sempat aku bersembang kat lobi dengan beliau. memang hebat orangnya.



kami bertolak sekitar 3 petang. sampai UPSI sekitar 10 malam.

memang bertuah dapat pergi dan turut serta dalam persidangan ni. kenangan manis!!! ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...