Salam n' hye... sedih... huh~ kenapa???
mari kita sama2 hayati dialog ni dulu.
KANAK2 BERBAJU EMAS: sirap lagi... (nada berbisik)
TUAN RUMAH: Kenapa???
KANAK2 BERBAJU EMAS+KANAK2 PEREMPUAN: Tak ada apa2...
MARIA TUNKU SABRI: Selamat Hari Raya!!! Wah, Cantiknya baju!!! Meh masuk masuk masuk...
Duduk dulu ye. Aunty bawakkan air.
KANAK2 BAJU BIRU: Tolonglah... Jangan sirap lagi...
MARIA TUNKU SABRI: Aunty ada minuman untuk adik-adik. Minumlah~
KANAK2 BERTIGA: WAHHHH RIBENA!!!
KANAK2 BERBAJU EMAS: Eee, bestlah Aunty ni!!! Hidang Ribena untuk hari raya!!!
KANAK-KANAK PEREMPUAN: Kelasssss Aunty~ (sambil ketiga-tiganya tunjuk happy)
Sekarang, mari kita nikmati adegan sebenar:
Ni la salah satu lagi bukti budaya kapitalis yang semakin meresap kat dalam diri kita semua. Iklan ni dihasilkan sempena Hari Raya. Tapi, aku yakin. Ramai yang meluat tengok iklan ni. "Sirap lagi"??? Apa salah dengan air sirap??? kalau hanya itu yang tuan rumah mampu. Budaya kunjung mengunjung tu yang patut diHIGHLITEkan! bukan imej tak bersyukur dengan apa yang ada.
Kanak2 dah dididik dengan budaya 'KELASSSSS'. Kalau benda yang biasa2 ni, tak ada kelas... tak grand. memalukan!!! mcm tu???
Harap2 sangat iklan ni ditarik balik. menyampah sungguh aku tiap kali iklan ni keluar.
Sebab nak kaut keuntungan, adab sopan Melayu sanggup diketepikan. Cheh. So, sesapa yang nak perjuangkan Melayu sangat, meh la kecam iklan yang pada aku menghina kesopanan org Melayu. Meh la berhimpun depan Sri Pentas... Usung botol Ribena ramai-ramai...
KAHKAHKAH.
1 comment:
Tu ler tu...AIR SIRAP DAUN PANDAN dulu2 lagi sedap tau...paling memori ialah sirap pandan warna merah...skrg mana nak jumpa sirap tu..
Iklan ni sungguh2 tak sesuai. Sepatutnya Hari Raya dipaparkan dgn adegan umat islam BERSYUKUR dgn apa yg ada bukannya mencemuh air sirap atau kekurangan orang lain.
Post a Comment