Tak kesah, tak penting, tak perlu ambil tahu, tak nak, tak tahu... bermacam-macam 'TAK'. 'TAK' apa yang setiap dari kita nak kata kalau ditanya berkenaan Pilihan Raya Kampus UPSI '10??? Sendiri yang tahu.
Sebelum memilih, elok buat sedikit pertimbangan. Buka mata, buka minda, anjakkan paradigma.
1. siapa calon yang kita rasakan mampu jadi teraju Majlis PerWAKILan PELAJAR???
Istilah itu nampaknya tinggal istilah. Badan yang sepatutnya menjadi suara lantang MAHASISWA nampaknya semakin sejuk. Adakah benar2 menjadi wakil pelajar? Atau wakil jabatan hal ehwal PELAJAR???
2. berapa peratus MPP akan membawa suara rakan2 MAHASISWA??? 10%???? 30%??? 77%???
Yang pastinya, kalau MPP itu bebas daripada anasir luar selain MAHASISWA, ia pasti akan memperjuangkan hak MAHASISWA 100%. tiada rasa "ditelan mati emak, diluah mati bapak". jadi, pilihlah calon yang tak dipengaruhi oleh sebarang kuasa melainkan MAHASISWA.
3. calon boleh buat kerja
"kami pilih yang buat kerja aje" ayat ini sungguh signifikan pada masa sekarang. Tapi ingat!!! buat kerja dan menjadi pemimpin adalah 2 keadaan yang berbeza! seorang yang cekap bekerja tak semestinya mampu memimpin, tapi semestinya seorang PENGIKUT yang sungguh baik. Situasi ini sungguh bahaya kerana seorang PENGIKUT sepatutnya bukan calon yang layak mengisi tampuk kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar. Kita mencari pemimpin! bukan seorang PEKERJA!!!
4. Pembangkang oh pembangkang....
Mengapa perlu ada istilah pembangkang sedangkan label itu ditujukan kepada pihak yang cuba menegakkan hak MAHASISWA. Kehadiran istilah ini dilihat cuba menyamakan PRK dengan PRU. Tolong jangan samakannya kerana ia adalah 2 situasi berbeza. Kalau kita berfikir diluar sempadan, kumpulan pro-universiti itulah sepatutnya menjadi PEMBANGKANG kerana sering tidak sehaluan dengan MAHASISWA! Ingat, kita bukan mencari STAF JABATAN HAL EHWAL PELAJAR, kita mencari WAKIL PELAJAR!!!
5. Duit pelajar... ke mana???
Kita mengharapkan yuran MPP yang disumbangkan oleh setiap daripada kita dapat kembali kepada kita dalam bentuk yang bermanfaat. tetapi, berdasarkan pengalaman lalu pelajar sekadar menerima imbuhan yang tak seberapa. 'pendrive' gula2 MPP buat MAHASISWA, memang bermanfaat tapi pendrive rosak apa fungsinya???
6. Pemimpin yang angkuh???
Duduk di atas singgahsana, menjadi wakil MAHASISWA... adakah dalam kelas yang berbeza??? Wahai sahabat, kamu dipilih sebagai wakil kami. Kamu dipilih menjadi kuli kami. bekerja untuk kami. Tapi kenapa setelah dapat jawatan itu kamu besar kepala? Harapnya calon yang bakal mengisi tempat itu nanti tidak BESAR kepala. Sekadar berkongsi pengalaman bermesyuarat dengan mantan YDP. Katanya mereka tak perlu risau 'posting' kerana kenal menteri itu menteri ini. Kita yang biasa2 ni ppatut risau. PERGHHH angkuhnya!!!
7. Mampu menjadi pendesak
Ahli MPP yang berjuang atas semangat MAHASISWA tidak akan berhenti berjuang walaupun cuba dihentikan perjuangannya oleh orang2 di atas. Walaupun matlamat tidak tercapai, sekurang-kurangnya ada keputusan menang-menang dicapai. Itulah bagusnya mempunyai peluang mendesak. Tapi, bagi yang dipengaruhi kuasa selain MAHASISWA, baru nak desak dah kena cantas. Tak berani. Nanti kena ungkit jasa org2 yang meletakkannya sehingga sampai ke seinggahsana.
Politik. politik. politik. takkan habis. Tapi sayang. bakal pendidik kebanyakannya masih belum mampu berfikir di luar kotak. "duduk diam-diam. ikut arahan. jangan melawan!" inilah budaya yang dipupuk pada masa sekarang dan ternyata ianya berjaya! Kesannya... Ketakutan untuk menyuarakan pendapat akan menghasilkan insan yang lemah!
Adakah anda tahu siapa yang anda patut pilih sekarang??? Laksanakan tanggungjawab ini. MAHASISWA untuk MAHASISWA.
No comments:
Post a Comment