Monday, March 22, 2010

TM-KB-TM dalam 22 jam.

Salam n' hye all~

Penat masih terasa. Tak pernah lagi memandu sejauh dan selama yang aku baru lalui ni. Tanjong Malim ke Kota Bharu. Pergi balik dalam satu hari. Phew! Mari berkongsi pengalaman tu. :)

Beberapa minggu sebelumnya...

Aku mendapat khabar bahawa En. Nizamuddin Alias, penasihat PPMas dan juga mentor aku akan melangsungkan perkahwinan. Pasangannya menuntut di UPSI ini juga rupanya. :) Dalam hati memang terasa nak pergi majlis perkahwinan beliau. Tapi En. Nizam minta utamakan Sukan PPMas yang akan berlangsung pada tarikh yang sama.

Sukan PPMas, tugasan yang banyak dan modal membuatkan aku berkira-kira untuk ke KB. Sampai satu hari, sebelum mesyuarat persatuan Faizal @ Kacak beritahu bahawa En. Nizamuddin kelihatan macam hendakkan wakil dari Program Pengajian Malaysia ke majlis perkahwinannya. Katanya walaupun tak dinyatakan secara terus tapi berkali2 disebut seara kiasan. Hahaha. Sesuatu perlu dirancang rupanya.

Dipendekkan cerita, Kacak berjaya dapatkan sebuah kereta sewa (Iswara Aeroback) dan kami bertolak dari Tg. Malim kira-kira pukul 10.30 pagi. Pada awalnya perjalanan yang dirancang ialah menggunakan laluan Simpang Pulai-Gua Musang namun Kacak mencadangkan untuk menggunakan laluan Tapah-Cameron Highlands-Gua Musang. Elok juga. Aku tak pernah jejakkan kaki ke Cameron Highlands. :p

Laluan yang bengkang-bengkok dan agak sempit sungguh melenguhkan tangan yang mengawal stereng. Ada yang sudah pening-pening (Alhamdulillah tiada yang muntah). Kami sampai di Tanah Rata dalam masa sejam dari Tapah. Tiba di Tanah Rata, kami berhenti sebentar untuk menghirup udara Cameron dan membeli sedikit kudapan. Pelancong agak ramai memandangkan cuti sekolah. Masalah yang aku nampak di Cameron ni ialah kekurangan tempat meletak kereta. Kesesakan berlaku terutamanya di Brinchang. Sekitar satu jam juga kami terkandas. memang agak membuang masa rasanya. Tengah2 bosan layan kesesakan lalu lintas, tiba2 hidung ni bau sesuatu mcm getah terbakar. ??? Phew. Kegembiraan sampai kat Cameron bertukar jadi kegusaran. Dup Dap Dup Dap. Berhenti sebentar tepi jalan. Tengok enjin ok. Cuma ada bau getah sikit dekat sekitar tali sawat. Perjalanan dah jauh. Aku kata kat kawan-kawan. Perlu diteruskan perjalanan itu. TAWAKAL!








Perjalanan dari Gua Musang ke Machang agak lancar. Cuma sekali ujian datang. Sedang kereta laju menuruni bukit, tiba2 lori di depan brek mengejut. Ada lori rosak. Phew. Jalan sempit. Kawasan menuruni bukit. Nasib baik sempat brek. Risau jugak kenderaan di belakang. Tak pasal2 jadi sandwich.





Kesesakan seterusnya di Ketereh. Lampu Isyarat dia memang lain sikit. Lampu hijau memang menyala lama. Untuk laluan yang banyak kereta, memang akan berbaris panjang.di Kota Bharu pun macam tu. Sabar aje jawabnya.

Gerai makan di kiri dan kanan jalan buat perut yang sedia kosong berbunyi2 minta diisi. Apakan daya. Dah lewat sangat. nak mengejar masa sampai ke rumah En. Nizam. Satu lagi yang menarik, di kiri dan kanan jalan ada dijual 'TUAK'. Tuak??? Rupa-rupanya tuak ni sebenarnya air nira. Boleh diminum. Ada cerita lucu pasal air tuak ni. En. Nizamu kata, ada satu tahun tu (lupa) waktu peperiksaan (lupa lagi PMR/SPM) kertas Pendidikan Islam. Soalan dia apakah hukum minum tuak? Pelajar Kelantan kebanyakannya jawab 'harus' dan masing2 dapat salah. :p

Sampai di Kota Bharu sekitar jam 6.59 petang. Seperti biasa, ada kesesakan di lampu isyarat. Banyak berubah bandar Kota Bharu. Kali terakhir aku sampai 14 tahun yang lepas. Nampak semakin rancak membangun. Dan yang paling menarik, nama2 Melayu yang banyak terpampang di papan tanda kedai. Hebat! Kami tiba di rumah En. Nizam sekitar jam 7.15. Pengantin lelaki masih lengkap dengan persalinannya. Mungkin sebab menanti kami; anak2 muridnya yang datang dari jauh. Mata terus memandang makanan yang terhidang. Hahahaha. Tapi bebudak ni nak bergambar pulak dulu... Ok. Bergambar dulu.
Seterusnya makan!!! Yang tinggal gulai daging, ayam merah, acar nenas, sambal dengan ikan bilis goreng. Ayam percik awal2 lagi habis (kempunan). Memang sedap sungguh makanan tu menuruni esofagus. laju aje rasanya. Hahaha. Kata encik Nizam, lauk-lauknya ditempah dari katering. Tapi, sebab lain-dari yang lain, aku rasa sedap sungguh makan masa tu. "lapar sangat tu. mana tak sedap" kata En. Nizam lagi. Hahahaha. Mungkin. Tapi 2 kali tambah memang buat aku tak boleh bangun lepas tu. hahaha.





Lepas makan, kami minta pandangan en. Nizam laluan mana lebih baik untuk pulang ke Tg. Malim memandangkan malam sudah tiba. Tapi awal2 lagi saya katakan tidak akan melalui jalan sewaktu kami datang sebelumnya. Menakutkan pada malam hari. Tak banyak kenderaan dan ada jalan rosak. Bahaya! En. Nizam mencadangkan 2 laluan. Melalui Lebuhraya Timur Barat atau Melalui Gua Musang - Merapoh - Karak. OOoops. Aku sidikit alah dengar nama 'Merapoh'. Ye la. Kawasan tu memang terkenal dengan kes-kes kemalangan maut. Dalam hati ni rasa laluan terbaik malam tu ialah L'raya Timur-Barat. En. Nizam bawa keluar peta, "KB-Pasir Mas-Tanah Merah-Jeli. lepas tu ikut saja arah Grik." Sambil tu En. Nizam lukiskan peta mudah untuk kami.

Sekitar 9.45 kami minta diri untuk pulang. Setelah menikmati teh o panas. Perjalanan pulang yang pasti juga mencabar. Aku dapat rasakan. Sebab aku yang memandu! huhuhu.
Mencari jalan ke Pasir Mas, kemudiannya ke Tanah Merah tidaklah sukar. Alhamdulillah. Tak pernah sesat kami pada hari tersebut. Sampai di Tanah Merah, berhenti sebentar di masjid untuk membersihkan diri. Kemudian Jamak Takhir di situ.

Memasuki Lebuh Raya Timur Barat, hanya bas dan lori yang kelihatan malam itu. Sedikit kereta sahaja nampaknya. Kiri kanan hutan rimba. Jalan cantik. Laluan mendaki ada lorong memotong. Selekoh tidak setajam sewaktu menuju Cameron Highlands. Hampir sejam memandu, kami tiba di R&R Titiwangsa. Hentian rehat di atas bukit. Sejuk! Hahaha. Nyaman dan menyegarkan! Kedai makan dah dah tutup. Ambil kesempatan untuk rehatkan badan sahaja. Aku kata kat kawan2 yang aku mahu tidur sejam. Semua setuju. Cukup sejam, perjalanan diteruskan menuju Grik. Sebaik melepasi Tasik Banding, lori panjang di hadapan kami berhenti mengejut. Nasib baik sempat aku memotong. Rupa-rupanya ada sekawan gajah di tepi jalan. Aku yang pertama kali berhadapan situasi ni teruskan perjalanan. Gajah-gajah sedang berehat. Biarkan mereka. :) Memang rezeki dapat tengok gajah di depan mata. Bukan di zoo, tapi di jalan raya!



Perjalanan dari Grik ke Kuala Kangsar memang jauh. Mengikut papan tanda, sekitar 180 Kilometer rasanya. Ada ketikanya aku rasa sangat mengantuk. Ada yang dah tidur di belakang. Nasib baik ada Khalil yang tolong picit2 badan aku. Terasa darah lancar selepas badan dipicit. Tapi tak lama. Dalam hati ni tak sabar nak tukar pemandu sampai di Kuala Kangsar nanti.

Akhirnya! Tol Kuala Kangsar. Kacak ambil alih pemanduan. Aku berani bagi Kacak memandu di Lebuh Raya sahaja. Dia bukan memandu kereta setiap masa. Alah di jalan bengkang bengkok. K. Kangsar-Tg. Malim ambil masa sekitar 3 jam. 2 kali berhenti. Di Sg. Perak untuk membuang apa yang patut, kemudiannya di Tapah untuk sarapan (Lapar kembali menyerang).

Kami tiba di Tg Malim sekitar 8.15 pagi. Perjalanan jauh yang beri banyak pengalaman baru. Alhamdulillah, semuanya selamat. Dapat juga hadiri hari besar pensyarah kami. Bertuah sungguh En. Nizam. Penantian agak lama menemukannya dengan 'Nur Kasih' impiannya. ;p hehe. Bertuah sebab dapat isteri cantik, lemah lembut tutur katanya, sopan... pendek kata memang wanita idaman lelaki. ;p

Semoga En Nizamuddin dan isteri, Pn. Khairul Bariyah berbahagia ke hujung usia. Amin...

Thursday, March 18, 2010

Keletihan itu berbaloi. Thank you Allah :)



Salam n' hye all~

Yess. Tajuk di atas dah boleh buat semua tahu apa isi tulisan aku kali ni. Hari ni ada 3 benda penting yang perlu aku selesaikan. Pagi ni sepatutnya kelas bermula pukul 8.00, tapi aku hanya TERbangun pukul 8.30. HAHAHA. Yeppp. Kantoi subuh beb. Pengakuan ikhlas. Nak buat mcm mana, tido pukul 4.00++, set alarm pukul 6.45. Tak sedar. Semuanya sebab nak prepare utk pembentangan subjek Rekabentuk Instruksional. Tak dapat lupa Paie yang bermalam kat rumah aku kata nak bangun awal. sama2 terbengkalai ;p. Papepun, alhamdulillah. Pembentangan berjaya!!! Tak ada komen negatif. Semuanya baik2 sahaja. Yes, setiap kami memang ada banyak komitmen. Aku dgn persatuan itu dan ini. Emi dgn program2 universiti dia. Paie dgn silat. Faisal dgn Kelab Basikal. Setiap org banyak kerja. Tapi selesai juga satu masalah.

Semalam dah janji dgn Fiza, sorg ahli kumpulan tugasan Bahasa Mandarin untuk jumpa lao shi. Nak tunjukkan conversation yang bakal dipersembahkan minggu depan untuk dinilai. Janji pukul 12 tengah hari. Sampai2 depan bilik lao shi ada satu grup dah masuk. Kena tunggu la nampaknya. pertemuan dengan lao shi berlangsung dalam 20 minit. Selesai satu lagi masalah.

Dalam penat ke hulu, ke hilir, aku jawab panggilan dan buat panggilan kepada Faizal aka Kacak untuk satu tugas penting Sabtu ni. Apa tugas penting tu, simpan dulu la. Insya Allah akan ditulis kemudian hari.

Selesai urusan di Kampus, masa tinggal +-50 minit sebelum kelas seterusnya pukul 2 petang. Aku dgn Zaidee terus buat keputusan makan sandwich sardin aje. Sardin dah ada. Tinggal beli roti. Selesai.

Sampai rumah, terus siapkan makan tengah hari. Phew. Memang sedap. Sebab lapar dan sebab lama tak layan sandwich sardin. Sepul yang sindir2 kami dah berubah jd org Barat pun tanpa segan silu tumpang sekaki. hahaha.

Petang tu kelas Dr. Rahimah aku peruntukkan untuk siapkan apa yang patut untuk pembentangan kelas Kak Lin. Kelas Dr. hanya diperuntukkan untuk pembentangan. Jadi, Tak mengapalah aku tak tumpu perhatian.

Sampai masa, Kelas Kak Lin pun mula. Kumpulan aku yang ketiga bentang. Dalam Bahasa Inggeris. Aku rasa, kami kumpulan yang pertama bentang dalam BI. Sahut cabaran dia. Alhamdulillah, dapat buat pembentangan yang baik. Dapat jawab 3 soalan daripada audien juga. :) OOOoopsss. Dapat pujian juga! :) "congratulations. I like your group's slides. Simple. Thats what i want." Senyum lagi. :)

:) Hari yang memenatkan. sangat! Tapi, Alhamdulillah. Allah telah buatkan aku penat hari ni. Namun, di sebalik kepenatan itu Dia sertakan sekali kepuasan. Alhamdulillah. Terima kasih atas nikmat ini :D

Esok tak pasti lagi. Lusa juga. Yang penting, ada tugas mencabar menanti pada hujung minggu ni. Moga dipermudahkan oleh-Mu Ya Allah~ Amin...

Thursday, March 11, 2010

Program Simfoni Kasih & Kebudayaan AT58


Salam n' hye all!

:) Kepenatan semalam masih terasa. Sengal2 di tengkuk. Lenguh2 di kaki. Tapi, kepuasan dalam hati masih segar. Masih kembang rasanya. Alhamdulillah, program pertama yang menghimpunkan ahli2 Persatuan Pengajian Malaysia berakhir dgn jayanya.

Untuk pengetahuan semua, program ni dirancang seminggu sebelumnya. Yup! seminggu! seminggu untuk program yang melibatkan Dekan, Timbalan Dekan, Ketua Jabatan, pensyarah2... phew~ can make it??? Utk pengetahuan semua, tarikh program ni asalnya dirancang untuk majlis anugerah dekan. Tapi, program anugerah dekan hanya dibenarkan setahun sekali dan terpaksa dibatalkan. Jadi memandangkan persatuan banyak menangguh program2, maka difikirkan perlu untuk dibuat satu program. Maka bermulalah perancangan untuk program Simfoni Kasih ni.

Jawatankuasa program dipilih. Uruskan tempat, makanan, persembahan, logistik, publisiti, pendaftaran, pendek kata semuanya! Semua bagi komitmen! Dipendekkan cerita, sampailah masa malam program berlangsung. VIP mula sampai. Dekan, Dr Ibrahim Hashim VIP yang mula2 sampai. So, terbukti di sini Dekan FSSK memang supportive dan komited.

Pembukaan majlis seperti biasa, lagu Negaraku dan lagu Ibu Kandung Suluh Budiman, kemudiannya persembahan sajak perpaduan yang melibatkan kaum Melayu, Cina, India, Bumiputra Sabah dan Sarawak. Sajak yang membuatkan semua berfikir tentang realiti sebenar perpaduan. Kalau individu tu mampu berfikir... :)

Ucapan Pengarah Program, saudara Ghazali dan kemudiannya ucapan Dekan. Gimik persembahan menyusul dgn persembahan silat oleh Jan dan kawannya. paluan gong 3 kali menandakan rasmi sudah program malam itu.

Persembahan pertama- tarian Taming Sari. Ijam, Mat Nor dan geng-geng tarian UPSI mempersembahkan tarian yg unik. nampak mcm ada elemen jawa. walaupun nampak kurang sharp, tp Ijam mmg terbaik malam tu. memang pakar tarian dia ni. :)

Persembahan kedua- Tarian Kipas. Kisah di sebalik persembahan ni, diorg dapat kabar buruk sehari sebelum persembahan. Baju yang nak dipinjam tak ada. Phew. Ada yang hujan gak la. :p Sian adik2 manis tu. Tapi, status MAHAsiswa tak halang diorg drp meneruskan persembahan. "problem is temporary". Masalah tu dapat diatasi. Tabik kat diorg sebab sanggup kuarkan duit sendiri beli kebaya. Bukan murah tu. :) Persembahan yg cun oleh gadis2 yang cun~ congratz!

Persembahan ketiga- Tarian Banghra. tarian kaum Sikh. Tarian ni paling menggamatkan auditorium. Sangat2 menghiburkan. Aku paling suka tgk mamat yg chubby2 tu. Semangat dia menari. Semangat + komitmen sungguh. Walaupun terjatuh, dia wat mcm takde benda yang jadi. Thumbs up utk dia! Thumbs up untuk Hero, Heroin dan yg lain2 gak. Tak kering gusi kawan2 tgk diorg.

Persembahan Keempat- Tarian Mangunatip. tarian etnik Bumiputra Sarawak. Tapi aku tatau suku kaum apa. Gemasty kawan aku kata muzik dia muzik Bidayuh. Gimik tarian buluh. Hebat diorg lompat2 celah buluh yang dilaga2kan. Phew. skali tersepit, huhuhu. Tarian ni penuh dengan aksi. Lepas main buluh (siap tutup2 mata lagi) diorg panjat buluh, aksi pusing2 atas buluh yang diletak kat perut. Ada yg kecut perut tengok. Great job dari diorg.

Persembahan Kelima- Kumpulan nasyid jemputan; Menhaj. Wan Rabbani leader kumpulan ni. Memang suara mcm Arwah Ustaz Asri pun. Influence Rabbani di situ. 2 lagu dipersembahkan. Tak kurang hebat kumpulan ni malam tadi.

Persembahan keenam- tarian RhaRha. Tarian kaum India. Aksi yang tak boleh lupa, sorg rakan kita tergelincir masa letak kaki kat speaker. Alamak~ satu dewan gamat. Tak menjadi aksi Rajinikandh aka Padayappa. Tapi, semua pun terhibur gak. Semua bajet dalam filem Tamil n Hindi. ;p

Persembahan terakhir- Dikir Barat. Tak perlu diperkenalkan lagi kumpulan dikir ni. Semua dah kenal. Kalau bertanding dalam UPSI, memang johan aje. Kat luar pun diorg yang wakil UPSI. :) Timbalan Dekan pun khusyuk je menonton persembahan diorg. Cun!

Aku tak dapat nak hayati sangat tiap persembahan. Trima kasih banyak buat Faizal (exco akademik) yang tolong rakam setiap persembahan. Aku tak dpt duduk sebab nak pantau mcm2. Seriesly, banyak masalah di sebalik program ni. Masalah utama... Masa! :) Haha. Tapi, dengan gabungan Jawatankuasa yang mantap, selesai semua masalah.

Masalah yg paling hebat malam tu. Pengangkutan. Memang awal2 lagi dah dimaklumkan kepada HEP. Minta bas paling akhir jam 12 tgh malam. Tapi khabarnya pakcik driver tu kerek gila. Tak bole consider. Yup, dealing with dumb + idiot tak guna nak marah2. Dia mintak kami bayar dia personally then only dia antar. so, jalan penyelesaian terakhir, semua pakat panggil kwn-kwn yang ada kereta dan hantar ke kolej. Paling ramai Kolej Zaaba dan Kolej Aminuddin Baki. En. Nizamuddin sendiri hantar 2 trip. Thank En. Nizam! Semua selesai tak lama kemudian. Thanks to Raziq aka YDP MPP sebab turun padang dengar masalah rakyat juga.

Secara ringkasnya, majlis mantap. Persembahan menghiburkan, tak ada komen tak baik dari para VIP. Senyum aje dgr khabar gembira drp Zali. FYI, Dekan sepatutnya ada acara pukul 10.30. Tapi sampai majlis selesai beliau tetap stay. :) we'll, u all faham kan!

Akhir kata, Thanks kepada yang membuatkan majlis ni berjalan ikut perancangan. Thanks buat yang sokong dengan datang memeriahkan majlis. Thanks utk para pengkritik yang hanya tahu cari bahan untuk tembak persatuan, tapi tak pernah cuba bagi buah fikiran. Anda hanya menambahkan semangat kami. Thanks to all!

Alhamdulillah~

Friday, March 5, 2010

Bersyukurlah...


Kita merungut dileter ibu. Dileter bapa.

Sedarlah, Sekurang-kurangnya kita masih beribu. Berbapa. Ramai lagi yang sudah yatim mahupun piatu...

Bersyukurlah...

Kita stress pensyarah memberikan tugasan teramat banyak sehingga memeningkan kepala...

Sedarlah, itu tandanya kita seorang Mahasiswa. Mahasiswa perlu diasah mindanya. Ramai lagi yang tak mampu menjejak menara gading...

Bersyukurlah...

Kita masam mencuka duit belanja seringkali tak cukup. "baru dua bulan belajar, pinjaman dah habis." Ke manalah arah perbelanjaan tu ya?

Sedarlah, hatta sejuta ringgit sekalipun diberikan, kalau sifat tak pernah cukup dengan apa yang ada, takkan pernah cukuplah jadinya. Ramai lagi yang kurang mampu, malah tinggal di surau dalam tempoh pengajian.

Bersyukurlah...

Kita cemburu melihat rakan berpasang-pasangan. Gembira bak dunia mereka yang punya.

Sedarlah, kita dilindungi-Nya daripada mendekatkan diri kepada maksiat. Apatah lagi zina! Ramai sudah hilang kehormatan akibat perhubungan yang tak mampu dikawal.

Bersyukurlah...

Kita mengeluh kerana sudah penat belajar, tapi keputusan yang diperolehi tak memberangsangkan...

Sedarlah, setiap apa yang berlaku adalah ketentuan-nya. Kita sudah berusaha apa yang termampu. Tiap manusia ada rezeki masing-masing. Sabarlah! Ramai lagi yang mengeluh tanpa berusaha.

Bersyukurlah...

Bersyukurlah tatkala melihat sesuatu yang menggembirakan. Sabarlah dileter ibubapa. Tekunlah menyiapkan tugasan. Uruskanlah kewangan sebaiknya. Tahanlah nafsu yang bergelora. Tersukanlah berusaha walau keputusan masih sekadar sederhana.

Alhamdulillah...

Syukur pada-Mu Ya Allah...

Kerana-Mu, aku masih bernafas. Meneruskan kehidupan. Menambah amalan. Menjauhi larangan. Dalam dunia akhir zaman, sambil menanti tibanya kematian.

Sekadar perkongsian...

Monday, March 1, 2010

Ahad = Kursus

Salam n' Hye all~

Hari Ahad. Selepas penat berjalan semalam, ditambah dengan futsal sebelah malamnya dan tido yang agak lewat pagi2 aku kena bangun untuk hadiri kursus pengurusan majlis dan etiket sosial di Kolej Ungku Omar.

SMS dari Linda bagitau tentatif program bermula pukul 7.30 bagi pendaftaran. Ceramah pulak mula pukul 8.00. Aku bangun pagi jam 7.20 pagi tadi. Set alarm pukul 6.45 tapi tak berjaya bangun. penat sgt kot. phew. Subuh gajah ujung mggu ni ;p. Siap2 suma, jam 8.00 baru bertolak dari rumah ke KUO.

Sampai2 aje kat KUO, majlis dah nak bermula. Baru duduk, Penceramah pun sampai. Datin Padlon Abd Rahman. Bekas penuntut IPSI. Dia buat KPLI masa tu. Ijazah pertama Mass Comm UiTM. Pernah bekerja dgn TV3, mengacarakan Anugerah Juara Lagu, dan pengacara majlis untuk banyak majlis penting.

Orangnya kelihatan mudah mesra, suka buat lawak, dan bijak berinteraksi dengan audien. Memang pagi tadi agak ngantuk. Tetiba dia panggil aku ke pentas test baca teks. Phew. terus segar aku. hahaha.

Ringkasnya, kursus tadi lebih kepada pengacaraan majlis sesuai dengan kepakaran penceramah. Papepun, banyak tips yang aku dapat untuk menjadi pengacara atau ketika berucap. Tak sangka juga ketakutan paling tinggi orang Amerika ialah bercakap di hadapan orang ramai (41%)- sumber Book of Lists.

Kursus selesai jam 12.00 tengah hari. Sampai rumah je, lunch dan terus tido. Phew, nikmatnya tido masa tu. ;p

Ahah, Manchester United menang Piala Carling~ 2-1 ke atas Aston Villa. Jaringan penyamaan oleh Owen lepas pembukaan oleh Milner (penalti). Rooney jadi wira MU malam ni lepas menanduk masuk bola hantaran Valencia. Ikotkan banyak peluang MU, tp dah menang tu kira bagos la. Alhamdulillah~

Glory! Glory! man Uniteddd~ ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...