Friday, March 5, 2010

Bersyukurlah...


Kita merungut dileter ibu. Dileter bapa.

Sedarlah, Sekurang-kurangnya kita masih beribu. Berbapa. Ramai lagi yang sudah yatim mahupun piatu...

Bersyukurlah...

Kita stress pensyarah memberikan tugasan teramat banyak sehingga memeningkan kepala...

Sedarlah, itu tandanya kita seorang Mahasiswa. Mahasiswa perlu diasah mindanya. Ramai lagi yang tak mampu menjejak menara gading...

Bersyukurlah...

Kita masam mencuka duit belanja seringkali tak cukup. "baru dua bulan belajar, pinjaman dah habis." Ke manalah arah perbelanjaan tu ya?

Sedarlah, hatta sejuta ringgit sekalipun diberikan, kalau sifat tak pernah cukup dengan apa yang ada, takkan pernah cukuplah jadinya. Ramai lagi yang kurang mampu, malah tinggal di surau dalam tempoh pengajian.

Bersyukurlah...

Kita cemburu melihat rakan berpasang-pasangan. Gembira bak dunia mereka yang punya.

Sedarlah, kita dilindungi-Nya daripada mendekatkan diri kepada maksiat. Apatah lagi zina! Ramai sudah hilang kehormatan akibat perhubungan yang tak mampu dikawal.

Bersyukurlah...

Kita mengeluh kerana sudah penat belajar, tapi keputusan yang diperolehi tak memberangsangkan...

Sedarlah, setiap apa yang berlaku adalah ketentuan-nya. Kita sudah berusaha apa yang termampu. Tiap manusia ada rezeki masing-masing. Sabarlah! Ramai lagi yang mengeluh tanpa berusaha.

Bersyukurlah...

Bersyukurlah tatkala melihat sesuatu yang menggembirakan. Sabarlah dileter ibubapa. Tekunlah menyiapkan tugasan. Uruskanlah kewangan sebaiknya. Tahanlah nafsu yang bergelora. Tersukanlah berusaha walau keputusan masih sekadar sederhana.

Alhamdulillah...

Syukur pada-Mu Ya Allah...

Kerana-Mu, aku masih bernafas. Meneruskan kehidupan. Menambah amalan. Menjauhi larangan. Dalam dunia akhir zaman, sambil menanti tibanya kematian.

Sekadar perkongsian...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...