Thursday, October 14, 2010
Melepaskan sang merah pergi~
Bangun pagi. Mandi. Siap-siap. Menuju kereta. Panaskan enjin. Ke medan selera. Sarapan. Telefon berdering. Adam. Minta jemput. Habiskan makanan. Ke KHAR. Tunggu sebentar. Adam masuk. Telefon berdering. Wan. Ke medan selera lagi. Teman kawan makan. Cupin! Kawan sekolah menengah. Teman anaknya bermain. Sembang-sembang. Kawan siap sarapan. Menuju kampus. Terus ke Canselori. Isi borang. Beratur. Periksa tekanan darah. Normal. Timbang berat. 64kg. Doktor tanya macam-macam. Jawab. Doktor beri bekas. Macam-macam isinya. Ke katil. Tunggu. Katil kosong. Baring. Nurse tanya nama. Tanya nombor i/c. Jawab. Pelipat siku digosok-gosok. Cari urat? Sapu2. Cucuk jarum. Erkkk. Tak sakit. Pedih sikit. Darah keluar. Laju. Tangan mengepam span. Darah makin laju. Selesai. Luka ditampal. Rehat. baring. Bangun. Duduk. Minum milo. Makan karipap. Mundar-mandir. Jalan-jalan. Buang masa. Lawat gerai. Jumpa kawan-kawan. Jumpa orang ramai. Hiburkan hati. Senyum. Alhamdulillah...
Indahnya Kenangan~
Berjalan dalam hutan
tak tahu arah tujuan
langkah kaki hanya ke depan
tak sedar memasuki taman
rasa indah mencuit perasaan
lantas terfikir adakah bertuan?
tak mampu digambarkan
keindahan ciptaan Tuhan
Mata melihat tidak keruan
Bagai di syurga indah nian
Tanpa disangka tanpa diduga
Nikmat dikecap sekejap cuma
Taman indah ada empunya
Tidak manis bertandang lama
Tempat bertuan harus dikira
walau hiba meruntun jiwa
bimbang kelak takkan terjumpa
taman indah bak syurga
Kaki digagah melangkah juga
arah tujuan terserah pada-Nya
Monday, October 4, 2010
Kera hutan disusukan, diri sendiri rasa tertekan~ huh!
Salam n' hye all~
Ya. Aku orang kaya. Aku banyak harta.
Ya. Muka aku suka. Ceria. Gembira.
Mana kamu tahu? Suka sungguh aku?
Dalam hati mati kutu. Runsing tak menentu.
Rasa lapar makan. Poket kosong cari jalan.
Kawan-kawan? Nak makan? Tak makan boleh naik baran.
Tak mampu beli, masak. Tak ada bahan semak.
*mengelamun*
Oh! aku hampir terlupa. Aku punya cita-cita.
Aku mahu jadi usahawan. kelak boleh jadi seorang dermawan.
Rezeki melimpah ruah. Aku sangat pemurah.
Orang susah aku bantu. Jangan risau jangan ragu.
Allah itu maha tahu. Tak semua orang mampu.
*tersentak*
Alhamdulillah rezeki Allah.
Walau sempit tidaklah perit.
Cukup makan bolehkah simpan?
Tapi sayang, rasa syukur itu seakan tak panjang.
Berkatkah? ikhlaskah?
Aku lapar, semua pun lapar.
Aku usaha, tak semua mencuba.
Aku kenyang, hati tak senang.
Memang ini tidak akan lama. Takkan selamanya.
Kalau tak tahan boleh jadi gila.
Tahan. Tahan. Tolong tahan ya....
Ya, aku umpama dalam kandang zoo.
Memberi makan haiwan yang tiada akal fikiran.
memberi dan memberi dan terus memberi.
Sambil dalam hati bertanya, bilakah saatnya giliran aku menerima...
Phew~

Subscribe to:
Posts (Atom)