Monday, October 4, 2010

Kera hutan disusukan, diri sendiri rasa tertekan~ huh!

Salam n' hye all~

Ya. Aku orang kaya. Aku banyak harta.

Ya. Muka aku suka. Ceria. Gembira.

Mana kamu tahu? Suka sungguh aku?

Dalam hati mati kutu. Runsing tak menentu.

Rasa lapar makan. Poket kosong cari jalan.

Kawan-kawan? Nak makan? Tak makan boleh naik baran.

Tak mampu beli, masak. Tak ada bahan semak.

*mengelamun*

Oh! aku hampir terlupa. Aku punya cita-cita.

Aku mahu jadi usahawan. kelak boleh jadi seorang dermawan.

Rezeki melimpah ruah. Aku sangat pemurah.

Orang susah aku bantu. Jangan risau jangan ragu.

Allah itu maha tahu. Tak semua orang mampu.

*tersentak*

Alhamdulillah rezeki Allah.

Walau sempit tidaklah perit.

Cukup makan bolehkah simpan?

Tapi sayang, rasa syukur itu seakan tak panjang.

Berkatkah? ikhlaskah?

Aku lapar, semua pun lapar.

Aku usaha, tak semua mencuba.

Aku kenyang, hati tak senang.

Memang ini tidak akan lama. Takkan selamanya.

Kalau tak tahan boleh jadi gila.

Tahan. Tahan. Tolong tahan ya....

Ya, aku umpama dalam kandang zoo.

Memberi makan haiwan yang tiada akal fikiran.

memberi dan memberi dan terus memberi.

Sambil dalam hati bertanya, bilakah saatnya giliran aku menerima...


Phew~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...