Lama juga tak menulis. Sibuk. Serius. Sibuk! Hahaha. Mungkin ada yang kata aku ni gila terlibat dengan PRK masa tgh sibuk kaw2 dengan tugasan, tesis dan mcm2 aktiviti masa semester terakhir kat UPSI ni.
Jujurnya, politik 'passion' aku. sangat2 'passionate' kat politik ni. Nak buat mcm mana kan? lain orang lain minatnya. Berbalik kepada PRK UPSI, dah seminggu berakhir. Keputusan pun pasti semua dah tahu melainkan tak mahu ambil tahu langsung.
Aku pasti, ramai yang tahu aku Pro-Mahasiswa. Yang kurang cerdik kata PEMBANGKANG. Tak apa lah, banyak lagi yang perlu dilakukan. Pencerahan perlu sentiasa dilakukan untuk sahabat2 kat sini. Bakal guru...... tapi ramai yang kurang, atau tak cakna lagi.
Bagi aku, tempoh 4 tahun bergelar mahasiswa tak dimanfaatkan sepenuhnya oleh ramai dari kita. Peringkat awal, isi borang permohonan masuk uni, lepas tu mula belajar. 5 K! Kelas, kafe, kolej, katil, & komputer. Itu la rutin harian mahasiswa masa kini.
Tergelak baca ulasan seorang 'orang kuat' parti nasionalis utama negara yang mengatakan mahasiswa sekarang dilihat sebagai agen pembangkang melihat kepada penguasaan Pro-M sepanjang PRK di seluruh negara. Dia juga suruh mahasiswa tumpukan perhatian pada pengajian. Bukan berpolitik. Kahkahkah. Kalau macam tu, politik kampus tu tak patut ada lah ya? Mungkin zaman dia dulu, dia tak manfaatkan suasana politik kampusnya. Kasihan...
Tolonglah.... kenapa perlu samakan Pro-M dengan politik luar? Memperjuangkan hak mahasiswa itu salahkah? Tak selari dengan kerajaan? Bawa budaya jahat? Semuanya dilihat tak baik dari kaca mata pembodek kerajaan ni. Akhirnya, yang takut akan membisu. Yang bimbang tak berani bersuara. Tinggallah pejuang-pejuang yang tak fikir apa tetapi bimbang generasi seterusnya nanti terus menikus dan membisu. Nak tanya juga, nanti yang atas tu dah tak ada, penggantinya nanti dalam kalangan yang penakut lah kan?
Mungkin ramai yang mula sedar. Kita sebagai mahasiswa ada hak kita. Ada hak menyuarakan ketidak puasan hati pada salurannya. Tanpa bimbang jadi sasaran pihak atasan. Ingat, Mahasiswa, staf akademik dan staf sokongan di universiti saling memerlukan. Berulang kali aku tekankan perkara ni. Setiap kita ada fungsi dalam universiti. Tiada pihak boleh pertikaikan hal ini. Jadi, tak perlu takut untuk menyuarakan sesuatu perkara. Bina hubungan yang sepatutnya. Hubungan profesional!
Mungkin ada yang secara sinis berfikir bahawa aku tak sayang diri. Tak fikir masa depan. Sebab akan datang aku akan bergelar kakitangan kerajaan. :) Sebab aku sayangkan masa depan aku lah aku jadi seperti sekarang. Aku tekankan di sini. Aku bukan menentang kerajaan. Pro-Mahasiswa bukan menentang kerajaan. Kerajaan itu sudah cukup cantik. Kedudukannya tinggi. Sebagai payung kepada rakyat. Tempat rakyat berlindung. Tapi ingat, insan2 di dalamnya itu yang mewarnai kerajaan itu. Baik insan di dalamnya, cantik lah perjalanannya. Buruk insan yang ada di dalam kerajaan itu, pincanglah ia. yang BURUK itulah yang aku tentang!!! :)
Penat! PRK buat aku penat. Tapi puas. Ramai yang kelihatan mahu ambil tahu pasal politik kampus. Ramai yang sudah berani menyatakan sesuatu secara terbuka. Alhamdulillah..... Jadilah rakyat Malaysia yang peka dan sensitif! Insya Allah, keadilan milik kita semua~ ;)
Sedikit ulasan mengenai PRK UPSI 2011:
Boleh lawat link ini:
No comments:
Post a Comment