Saturday, July 4, 2015

Hoi

Salam & hi!

Nak bagitahu yang aku masih bernafas.

Blog ni aje yang bersawang. Setengah tahun tak update.

Nantilah, hahahaha

Salam Ramadhan 1436H

:)

Monday, January 12, 2015

Cari Kuih Muih Buat Minum Petang di Miri


Assalamualaikum & hai semua! :)

Hari ni aku nak promote gerai kuih muih student tingkatan 6 aku tahun lepas.

Bagus ada semangat nak berniaga. Daripada tak buat apa sementara nak sambung kemana-mana. Berniaga sendiri pun lagi bagus daripada makan gaji. Semoga murah rezeki dan maju perniagaannya.

So, kepada warga Miri yang nak cari kuih muih (aku bagi kredit kat karipap yang sedap! Popia goreng free pun sedap haha!) boleh singgah kat sebelah pasar mini Boulevard baru dekat2 dengan lampu trafik RPR batu 6 tu. Kawasan perniagaan baru tu.

Sokonglah belia & beliawanis niaga. :D

Wednesday, January 7, 2015

Jadikan Coklat Sebagai Hadiah @ Hantaran Coklat Doorgift


Assalamualaikum & hai semua!

Baru nak menyempat tulis review pasal coklat sedap home made yang boleh dibuat sebagai hadiah ataupun hantaran.

Disember lepas aku terfikir nak cari coklat sebagai hadiah. Sebab Ferrero Rocher terlalu mainstream, aku pun gunakanlah lebai Google dan Facebook untuk cari siapa2 yang ambil tempahan coklat sebagai hadiah.

Satu page menarik perhatian aku. Hantaran Coklat Doorgift! Terus watsap owner dia (series aku tak pernah tanya nama. Panggil akak saje hehe). Maka beliau pun tunjuklah design2 yang ada serta harganya. Seriesly sangat berpatutan!

Okay, tadi aku lawat semula page tu, nampak nama akak tu ialah Halimatun. Hehe. Akak Halimatun ni duduk kat Bukit Beruntung, Rawang. Secara kebetulan, hadiah yang aku nak tempah ni nak dibawa ke utara. So, kami decide untuk jumpa di tol Bukit Beruntung.

Okay, dipendekkan cerita, hasil yang aku terima sangat2 memuaskan. Dah dilapik dengan plastik letup2 tu untuk lindungi kotak coklat, diberi pulak kotak kertas sebagai perlindungan tambahan. Tak cukup dengan itu, dapat pulak free gift 3 ketul coklat. Haaa! ni penting sebab aku nak review, maka aku kena rasa lah! Series sedap okay! Korang boleh pilih nak letak kismis, kacang atau tanpa apa2 isi. Aku pilih kismis. Gandingan mantap sebab coklat kan meransang minda. Kismis pun sama, so double the power!



Maka aku recommend korang semua untuk tempah coklat ni kat akak Halimatun. Silalah hubungi beliau di talian 012-3842516.

Perkhidmatan gubahan hadiah, cenderamata, hamper atau hantaran di Port Dickson


Assalamualaikum & Hi semua!

Aku nak share tempat yang boleh korang pergi kalau nak dapatkan servis gubahan hadiah/hantaran/cenderamata kat PD.

Lokasi dia di tengah2 bandar Port Dickson. Berhadapan dengan Pasaraya Billion ada barisan gerai MPPD. Dekat situlah tempatnya.

Owner dia aku panggil Makcik Yati. Kawan Mama aku. Berminat? Boleh hubungi beliau di talian 017-6982892

Makcik Yati menyiapkan tempahan buah dalam bakul

Servis yang bagus dengan harga berpatutan! Kedai beliau juga jual produk kraftangan dan cenderamata. :)

contoh gubahan beliau 

Derma Darah di Miri


Assalamualaikum & hi semua!

Entri pertama tahun 2015. Sudah hampir seminggu berada di Miri sejak kembali dari cuti akhir tahun. Apapun, kita masih bersedih atas bencana banjir yang melanda Pantai Timur penghujung 2014 yang lalu. Semoga para mangsa kuat dalam menghadapi detik2 sukar ini.

Cuti dipanjangkan seminggu. Taklah terisi mana sangatpun (bonus belum masuk, kehkeh), sekadar cuci mata di Bintang Mall dan Permaisuri Mall sahaja.

Cuma malam semalam terfikir untuk menderma darah. Kali terakhir bulan 5 tahun lepas. Kesibukan kat sekolah memang buat lupa nak buat banyak perkara!

Pagi tadi aku Google website Hospital Miri. Telefon sana tanya pasal derma darah. Staff tu kata datang sebelum 12.15 tengah hari  dan tutup pada 4.15 petang.

Sampai hospital sekitar 11.30 pagi. Parking dekat tempat parking biasa sebelah kiri tu. Masuk ikut pintu depan tengok pelan hospital. Mudah saja. Cari tabung darah, pasti dekat2 kat situlah. Malas nak bertanya, hehe.

Satu yang menarik sebenarnya, penderma darah boleh terus pandu ke arah kanan hospital. Ada tempat letak kereta yang dah dikhaskan untuk para penderma. Alihkan saja kon-kon yang ditulis untuk penderma tu.

Ruang derma darah juga sangat selesa, staff yang ramah2 belaka. Hari ni laju saja darah aku keluar. Mungkin sebab rasa selesa tu lah.

Selesai derma, diorg bagi sekotak air  dan satu kupon makan yang boleh dituntut kat kafeteria hospital. Hehehe. Bagusnya, sebab kalau di Hospital Seremban, diorang bagi roti + milo saja.

Apapun, aku nak ajak korang kat Miri ni derma darah, sebab bukan semua orang boleh derma darah. Sementara badan sehat takda penyakit, sumbanglah darah tu untuk orang yang memerlukan. Tak payah tunggu ada program derma darah kat shopping mall. Ramai org, beratur panjang lagi. Baik ke hospital kalau ada waktu terluang.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Tabung Darah Hospital Miri: 085-416657

Aku sertakan beberapa gambar menarik yang sempat aku snap tadi:

Tempat letak kereta khas untuk penderma

Waktu operasi. Sabtu, Ahad dan cuti umum tak buka okay!

Kerusi yang sangat selesa

Show off sikit haha

Sekejap aje dah kembung 

Kita bagi darah, diorg bagi kupon. Stiker juga macam biasa! ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...