Wednesday, January 7, 2015

Jadikan Coklat Sebagai Hadiah @ Hantaran Coklat Doorgift


Assalamualaikum & hai semua!

Baru nak menyempat tulis review pasal coklat sedap home made yang boleh dibuat sebagai hadiah ataupun hantaran.

Disember lepas aku terfikir nak cari coklat sebagai hadiah. Sebab Ferrero Rocher terlalu mainstream, aku pun gunakanlah lebai Google dan Facebook untuk cari siapa2 yang ambil tempahan coklat sebagai hadiah.

Satu page menarik perhatian aku. Hantaran Coklat Doorgift! Terus watsap owner dia (series aku tak pernah tanya nama. Panggil akak saje hehe). Maka beliau pun tunjuklah design2 yang ada serta harganya. Seriesly sangat berpatutan!

Okay, tadi aku lawat semula page tu, nampak nama akak tu ialah Halimatun. Hehe. Akak Halimatun ni duduk kat Bukit Beruntung, Rawang. Secara kebetulan, hadiah yang aku nak tempah ni nak dibawa ke utara. So, kami decide untuk jumpa di tol Bukit Beruntung.

Okay, dipendekkan cerita, hasil yang aku terima sangat2 memuaskan. Dah dilapik dengan plastik letup2 tu untuk lindungi kotak coklat, diberi pulak kotak kertas sebagai perlindungan tambahan. Tak cukup dengan itu, dapat pulak free gift 3 ketul coklat. Haaa! ni penting sebab aku nak review, maka aku kena rasa lah! Series sedap okay! Korang boleh pilih nak letak kismis, kacang atau tanpa apa2 isi. Aku pilih kismis. Gandingan mantap sebab coklat kan meransang minda. Kismis pun sama, so double the power!



Maka aku recommend korang semua untuk tempah coklat ni kat akak Halimatun. Silalah hubungi beliau di talian 012-3842516.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...