Thursday, June 18, 2009

HINEX 2009- In Memories... Part 1


Salam n’ Hye All~

Dah 5 hari HINEX berlalu, tp aku still tak post something ‘bout HINEX. Takkan takmo share kot???. Hehehe. Sabar. Sabar. Baru lepas recharge. ;)

HINEX. What is that ya? HINEX stands for Higher Institution National Expidition Camp. Secara ringkasnya, HINEX adalah satu perkhemahan khusus buat ahli-ahli Kelana Siswa; satu cabang dalam Pengakap Malaysia. Kelana Siswa adalah pengakap yang sedang menjalani pengajian di Institusi Pengajian Tinggi tidak kira IPTA atau IPTS.

Tahun ini ahli-ahli KLKM (Kumpulan Latihan Kelana Siswa malaysia) berkhemah di TATi UC (Terengganu Advanced Technical Institute University College), Kemaman, Terengganu. Satu tapak perkhemahan bekas hutan telah diwartakan bagi kegunaan KLKM di bahagian kiri selepas pintu masuk.

Maka bermulalah journey aku ke Tanjung Malim dari PD. Sebahagian peserta HINEX ’09 Oscar Rovers (KLKM UPSI guna nama Oscar Rovers) berkumpul depan Auditorium dan gerak sama2 ke TATiUC. Mana yang dok area Terengganu or Kelantan akan gerak sendiri dari rumah.

Aku gerak dari rumah around 4.30 p.m. 7/6/09. Hari tu hari ahad. Ada jemputan kenduri sorg kawan. Mesti pergi! So, agak kelam kabut jugak tht day. Alhamdulillah, tak la lama sgt tunggu bas kat tepi jalan. Tambang bas pg seremban pun aku dah lupa. Lama sgt tak naik bas. Hahaha. Aku sampai Seremban around 5.30. Bas berenti-berenti, so amik masa la sket. Trus ke tempat bas ke KL. Great! Ada satu bas. Tiggal satu seat je lagi. Hahaha. Rezeki. KL!!! Here we go~


Sampai KL around 7.00 p.m. sebab ada jam sket sebelom Nilai td. Ada kemalangan. Biasa la tu. Pemandu2 yang slow down sebab mau tgk free show yang takde benda pun... Nasib baik lagi bila sampai Puduraya. Ada satu bas ke Tg. Malim yang nak gerak. TM-KL. Phew. Beli tiket cepat2 n gogogo Tg. Malim!!! Jumpa 2 org kawan KLKM kat atas bas. Hehe.

Tanjong Malim!!! Sampai around 8.15 p.m. Call Pokdi mintak jemput. Malam tu akan stay umah Pokdi. Sempat kami lepak kat Mapley baru Taman U. Minum2 sementara Pokdi pg beli beras. Pas minum2, beli stok gula n few stuff, then terjumpa Akim, Mat n’ Fatah so, beramai2 ke Restoran yang aku dah lupa namanya kat Tmn Bernam. Lepak2 sambil sembang2. Topik hangat malam tu, si Badul yang terkandas dalam jam. Hahaha. Khabarnya akan tumpang bas ke Ipoh. Mintak jemput kat tepi highway. Kakaka.


Lambat gak tido malam tu. Sembang2 kat umah Pokdi yang sungguh ‘kemas’ macam rumah org berkeluarga. Hahaha. Esoknya kena bangun awal. Ye la, barang2 kna bawak pakai kreta. Set alarm pukul 6.00 a.m.

Sambung nanti...

Wednesday, June 3, 2009

Latest info bout Pn. Kalsum~

Salam n' hye~

Pagi ni aku sms en. Nizamuddin utk dapatkan gambaran sebenar situasi Pn. Kalsum. Mungkin dia agak terkejut. Tanya aku mana aku dapat cerita ni suma. Then aku ckp la, suma student dah sms among each other pasal berita ni.

Tengah hari tu... aku dapat sms lagi.


"She is unwell a bit but now recuperating. I suggest everyone 2 calm down & dont bombard her with smses. she really appreciates those who concern,but to be honest, too much attention can be annoyingas well. i hope u understand what i mean... :-)"

So, aku harap2 Puan bertambah baik. yeah! semua org risau. berita ni umpama kejutan bagi semua orang.

Sama-samalah kita doakan agar Puan cepat sembuh n jumpa kita sem akan datang~ ;)
Amin~

Tuesday, June 2, 2009

Recover soon Puan~

Salam~

3.07 a.m.

Aku tak tido lagi. Blur + risau + tertanya2.

Call n' SMS dari Sue around Maghrib td mcm susah nak dipercayai. Sue dapat SMS mintak halal evrything, n sama2 doakan kesihatan Puan. Yepp. Puan Kalsum Umar. Apa sakit Puan? Masih jadi tanda tanya bagi aku. Tenat ke Puan?

Kenapa mesti berahsia? Ok, kita hormati keputusan utk berahsia. Mungkin ni permintaan Puan. Tapi... Kerahsiaan ni buat semua tertanya2! Semua tau Puan tak brape sehat. Tapi... Sakit apa? huhuhu.

Aku doakan agar Puan cepat sembuh. Jumpa balik July nanti. New batch akan masuk. Another pesembahan kebudayaan menanti kami semua. n' thats yang Puan pasti nantikan. Acara yang byk bagi kredit utk Puan! ;)

Amin...

Monday, June 1, 2009

Luvly Pee Dee~


Salam n’ Hye!!!

Ever been to Pee Dee? Erm... Port Dickson! Hehehe. This place is sooooo special to me. Aku membesar di sini! Jatuh, bangun, suka, sedih, kawan, musuh, suma ada kat sini. Hehehe. So, ari ni aku mau buat post pasal PD! Sempena cuti semester aku yang selama 2++ bulan ni~


Port Dickson! Mana dapat nama tu? Dickson tu adalah nama sorang manusia. Nama penuh aku lupa. Nak kena buka buku sejarah PD dulu. This guy yang buka pelabuhan kat sini dulu.

Sejam++ perjalanan guna kereta dari KL. 40 minit dari KLIA. So, PD memang tumpuan warga kota yang mau lari dari kesibukan dan kesesakan kota raya. Layan hembusan angin sepoi-sepoi bahasa, dengan deruan ombak, dan hilai tawa kanak2 mandi manda. Phew! Kombinasi yang cukup lengkap untuk orang yang jarang2 dapat layan piknik di tepi pantai. Stay lama sikit. Then wait for the sunset! Best woo~ mendamaikan!


Apa yang ada kat PD??? Selain pantai PD (korang bole pilih mau piknik di mana. Pantai Bagan Pinang, Pantai Batu 4, n’ Pantai Telok Kemang are the best spot!) korang bole melawat burung unta kat ostrich farm. Tak pun naik bukit umah api kat Tg. Tuan (wilayah Melaka. Cisss). Lepak makan2 kat benteng. Tp, still yg paling best is Pantai!!! Hehehe. Jeles jek org yang dok kat negeri yg takde pantai or jauh dari pantai. ;p

Sesapa yang suka camping, bole aje bawak khemah. Dengan charge yang minima, bole naikkan khemah + BBQ!!! Yum yum! malam2 dok tepi pantai, untung2 bole nampak shooting star!

PD pun banyak places yang menarik n’ affordable utk penginapan. Banyak apartment, ada motel n’ banglo juga! Takde masalah nak stay kat mana.

Guys, shud visit PD!!!

C ya’ll~

Wednesday, May 27, 2009

Al- Fatihah~

Assalamualaikum~

Satu berita sedih aku terima smlm waktu YM dgn Iliani. her fren, Nublan Zaki Norhadi kembali ke rahmatullah kira2 jam 1.30 pg hari isnin. Even tho aku tak pnah sembang or kenal arwah, tp sebab tiap2 kali aku bukak Facebook n view page Iliani, sure ada gambar arwah. In fact, before diorg fly ke US last year pun, aku sempat wish gud luck kat arwah yang view profile Friendster aku. "Good luck! semoga jadi duta kecil M'sia yg hebat kat US". N dia reply thanks. Phew~

Aku sempat usyar online news kat US. berita kematian arwah dapat liputan meluas kat sana. Well, Allah sayang dia. Dah tertulis, ajalnya setakat tu...

Tak dpt aku bayangkan perasaan keluarga n rakan2 rapat arwah... coz arwah mau buat surprise. balik mengejut. hm... so sad!!!

Terasa singkat sungguh masa kita kat dunia ni. aku sendiri... tiap2 hari akan tertanya2... "bila ek masanya akan tiba?". Cukup ke amalan aku?

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang2 Soleh dan dicucuri rahmat keatasnya... Amin...

Al-Fatihah~

Tuesday, May 19, 2009

"Assalamualaikum Cikgu"..."Morning Sir"..."Selamat Pagi Cikgu" :)

My second day at PD High Skool~

Sampai skola around 7.25 a.m.

Tandatangan buku kehadiran guru...

Mulakan hari kedua!!! ;)

Hari ni aku kena jadi guru ganti. 2 kelas: RA1 & 2A2. RA1!!! remove class. student yang fail BM masa UPSR. Perghhh.

Waktu ke-2 (8.20 a.m.) aku kena pg class peralihan tu. Disambut dengan suasana riuh rendah studnt, kelas yang mcm tongkang pecah as well as muka pelajar yang blur mcm harem. Tp, diorg still bangun n ucap selamat. "Selamat Pagi Cikgu!!!". hehehe. aku mintak suma kurangkan suara kalau nak sembang. n make sure tak berjalan2. duduk. Sambil2 tu, aku observe la perangai budak2 peralihan ni. hehehe. yang belagak taiko. yang belagak jadi Padayappa... huhuhu. kecik2 dah poyo. dalam hati aku... diorg ni mcm tak dapat diselamatkan aje... huhuhu.

Rehat!!!

Makan dengan Ustazah Azlidah. sembang2 pasal senario pendidikan negara. "cikgu sekarang berdiri sorg2" kata dia. Pelajar skrg susah nak control. Bukan bawak mak bapak aje. sampai panggil politician. huhuhu. tu yg masalah disiplin pelajar makin menjadi2. hm...

11.20 a.m.

Masuk kelas 2A2. Cikgu Khamis yang ajar subjek Sivik takdak. Aku disambut oleh studnt yang belegar2 kat koridor. yang pompuan menggedik. yng lelaki bergomol2. mungkin nak tunjuk kat aku yg diorg otai. nasib aku ni buat ROS. rasa mcm nak debik aje. hahaha. kelas tu nampak mcm separuh student takde. aku panggil class rep. Katanya diorg ponteng. Dia mintak aku isi nama2 bebudak tu dalam buku pemantauan kelas. hahaha. siap la diorg. makan rotan cikgu Mathia la. Cikgu disiplin paling femes. since aku skola dulu. hahaha. Aku suruh suma duduk. nak sembang kecikkan volume. kelas ni kira better than Remove class. Sambil tu aku sembang dgn satu2nya prefect kat kelas tu. Indian+C'nese boy. semangat dia tanya aku. "cikgu baru datang semalam kan?" "Umur cikgu berapa?" "cikgu ada adik kan kat sini?" huhuhu. layan aje soalan2 dia. sembang2 pasal bebudak sekolh... masalah disiplin. korek2 la. coz, student lebih tahu. sambil2 borak, terpandang sorang c'nese gal yang nampak mcm liar sket. tengkuk ada tanda merah. huhuhu. advance bebudak sekarang.

Pas handle relief class, aku sambung cari maklumat skolah. Sejarah, Takwim, senarai guru... Alhamdulillah. bahagian 1 laporan almost siap! hehehe. kerjasama!

Sok... kelas mana la aku kena ganti... ;p hehehe

First Day @ SMK Tinggi Port Dickson


18/5/2009!!! First day ROS aka Rancangan Orientasi Sekolah. For 2 weeks aku akan mengkaji bout STPD. Skolah tempat aku belajar masa form 1 sampai form 3 (1997-1999). Isnin minggu lepas aku dtg melawat STPD berjumpa dengan Puan Pengetua atas inisiatif nak kenal2 dgn skolah. Well, bosan gak la sebab pengetua tu treat aku mcm budak2. Memang la aku ni student. Tp, kebiasaan sembang dengan org2 profesional buat aku rasa mcm hampeh aje bila dia sembang dgn aku mcm aku ni dak skola aje. Biasa lor... dia nak tunjuk dia tu hebat. Kalau tak hebat, bukan la pengetua namanya. Hehehe

Sorang kawan dari utara pulak sms. Ngadu yang cikgu pembimbing dia menyindir2. Kata yang bebudak uni ni kenot diharap compare to bebudak maktab (now IPG). Biasa lor... org lama mana senang tgk muka baru. Dah la tu. Kuar2 terus DG41. Hahahaha.

Akhirnya, saat yang ditunggu2 sampai jugak~ Aku sampai kat sekolah around 7.25 pagi. Jalan agak banyak kereta. So agak lambat sket pejalanan yang sejauh +-5km tu. Sampai2 aje, trus pegi pejabat pentadbiran sekolah. 3 studnt pompuan UPSI dah sampai awal2 lagi. Sorang tu dak kaunseling, 2 lagi dak Perdagangan. Pagi tu kami kena brief sket oleh Puan Pengetua. Pastu kami dibawa ke bilik guru. Ada tempat kosong yang ditinggalkan guru praktikum sebelum ni.



Hari ni the whole day adalah sambutan hari guru peringkat sekolah. Lepas letak barang, kami berkumpul kat depan kantin. Semua guru berbaris panjang sebelum berjalan sama2 ke tempat perhimpunan. Ramai yang memandang. “cikgu baru ke?” “praktikal ke?” antara soalan2 fevret pagi tadi. Ada yang terkejut juga tgk anak murid diorg skrg on the way jadi cikgu juga. Hahaha. Paluan kompang oleh para pelajar menyambut kami menuju ke tempat perhimpunan. As well as para pengawas yang bagi sekuntum mawar utk suma cikgu. Hehehe. For the first day doing ROS, aku dah dapat bunga mawar! What a great fist day kan??? ;)

Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Rafidzi, Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu N9, kemudian ucapan Ketua Pelajar, ucapan YDP PIBG, Ucapan Pengetua, Ikrar Hari Guru, Nyanyian Lagu Hari Guru (Lagu Fevret ;p) dan penyampaian hadiah2 utk para cikgu. Sepuluh tahun lepas, aku berada dalam kalangan pelajar2 yang kat atas padang. Tapi, hari ni aku berada dalam kalangan guru kat atas astaka. Hehehe. Sambil dengar ucapan, pengawas agih-agihkan souvenir hari guru. Dapat lagi!!! Yay~



Acara seterusnya, minum pagi yang ditaja oleh pihak sekolah. Hahaha. 1st day sarapan free! Ada mihun, nasi himpit, n ayam rendang. Yum yum!
->Lpas makan, sukaneka guru n pelajar. Aku tak bawak baju sukan. So, amik gambar aje la. Cikgu2 suruh ambik baju. Malas mau kuar. Layan diorg bergumbira aje la. Dulu masa jd studnt dah rasa dah main boling kelapa, tarik tali, pancing botol... hahaha



Pas sukaneka, acara pentas kat dewan. Ada persembahan tarian (pergh. Marvelous la diorg!), sajak, sketsa, persembahan kompang (kompang formasi) dgn live band. Inisiatif bebudak atau skolah sewa peralatan aka gitar, drum n sound system.

Pas persembahan, jamuan makan tengahari. Menu: Nasi Briyani! Yum yum! lagi~

What a wonderful n great day i had today! Tak seperti kawan2 yang kena sindir, aku n kawan2 disambut dgn senang hati oleh guru2 kat STPD. Very friendly! Terasa aku dah jadi cikgu hari ni even tho baru je selangkah kat alam pendidikan ni. Insya Allah... Paling terharu, bila selisih dgn pelajar. “Selamat Hari Guru Cikgu!”, “Assalamualaikum Cikgu!”, “Morning Sir!” antara ucapan pelajar kat aku pagi tadi.

Kat rumah, adik aku cakap kawan2 dia dok tanya yang abang dia ni cikgu ke. Tak kuasa nak jawab kata dia. Hahaha. Cikgu2 pulak tanya aku, “awak ni abang Irsyad ek? Satu saiz la”. Hahahaaha.

Its just the first day. Tomolo akan ada cerita lain. Papepun, aku rasa happy jejak skolah yang dah 10 tahun aku tak jejak. :)

p/s: post ni aku tulis 18/5. 19/5 baru sempat siarkan. hehehe. ;p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...