My second day at PD High Skool~
Sampai skola around 7.25 a.m.
Tandatangan buku kehadiran guru...
Mulakan hari kedua!!! ;)
Hari ni aku kena jadi guru ganti. 2 kelas: RA1 & 2A2. RA1!!! remove class. student yang fail BM masa UPSR. Perghhh.
Waktu ke-2 (8.20 a.m.) aku kena pg class peralihan tu. Disambut dengan suasana riuh rendah studnt, kelas yang mcm tongkang pecah as well as muka pelajar yang blur mcm harem. Tp, diorg still bangun n ucap selamat. "Selamat Pagi Cikgu!!!". hehehe. aku mintak suma kurangkan suara kalau nak sembang. n make sure tak berjalan2. duduk. Sambil2 tu, aku observe la perangai budak2 peralihan ni. hehehe. yang belagak taiko. yang belagak jadi Padayappa... huhuhu. kecik2 dah poyo. dalam hati aku... diorg ni mcm tak dapat diselamatkan aje... huhuhu.
Rehat!!!
Makan dengan Ustazah Azlidah. sembang2 pasal senario pendidikan negara. "cikgu sekarang berdiri sorg2" kata dia. Pelajar skrg susah nak control. Bukan bawak mak bapak aje. sampai panggil politician. huhuhu. tu yg masalah disiplin pelajar makin menjadi2. hm...
11.20 a.m.
Masuk kelas 2A2. Cikgu Khamis yang ajar subjek Sivik takdak. Aku disambut oleh studnt yang belegar2 kat koridor. yang pompuan menggedik. yng lelaki bergomol2. mungkin nak tunjuk kat aku yg diorg otai. nasib aku ni buat ROS. rasa mcm nak debik aje. hahaha. kelas tu nampak mcm separuh student takde. aku panggil class rep. Katanya diorg ponteng. Dia mintak aku isi nama2 bebudak tu dalam buku pemantauan kelas. hahaha. siap la diorg. makan rotan cikgu Mathia la. Cikgu disiplin paling femes. since aku skola dulu. hahaha. Aku suruh suma duduk. nak sembang kecikkan volume. kelas ni kira better than Remove class. Sambil tu aku sembang dgn satu2nya prefect kat kelas tu. Indian+C'nese boy. semangat dia tanya aku. "cikgu baru datang semalam kan?" "Umur cikgu berapa?" "cikgu ada adik kan kat sini?" huhuhu. layan aje soalan2 dia. sembang2 pasal bebudak sekolh... masalah disiplin. korek2 la. coz, student lebih tahu. sambil2 borak, terpandang sorang c'nese gal yang nampak mcm liar sket. tengkuk ada tanda merah. huhuhu. advance bebudak sekarang.
Pas handle relief class, aku sambung cari maklumat skolah. Sejarah, Takwim, senarai guru... Alhamdulillah. bahagian 1 laporan almost siap! hehehe. kerjasama!
Sok... kelas mana la aku kena ganti... ;p hehehe
2 comments:
hahaha!
cikgu, tengkuk tande merah tu nape eh cikgu?cikgu ley xplain x? ^__^
ganbatte neeh wat ros!
tengkuk merah mungkin sebab kena geget dgn drakula. ;p
Post a Comment