Tuesday, August 18, 2009

PEACE~


Salam n hye~

I received few comments regarding my previous posts bout HINEX. pls refer here

Pls be inforemed that those posts were my own expressions for what i had experienced during HINEX '09 @ TATiUC.

I understand that some of us cant accept few words of mine. But seriosly, sometimes truth is hard to hear.

I also understand that It's not TATiUC or their staff tht shud be blamed. In fact, just few of people ruin tht 'suppose-to-be' great event.

I'm taking this opportunity to apology TATiUC n their good-staff tht tried their best to organize this event. Kudos to ya'll.

For those who ruin this event, u know who u are. pls change! Scouts wont have its bright future if this kind of behavior still being practice evrywhere.

Again, pls dont afraid of the truth. n its not tht hard to admit our mistakes.
we r human being. Mistakes are normal. but once you did... u better wont do the same for the second time~

Till we meet again, PEACE!!!

Monday, August 17, 2009

Finally, i got this!


Salam n hye all~

Semangat aku nak dapatkan novel ni. oops. sebelum tu aku nak bagitau. aku bukan kaki baca novel. it doesnt mean tht i never read novels. cuma aku hanya baca dengan recommend kawan2. :) hahaha. Yup. lepas attend wacana tht day, aku trus plan nak cari novel ni.

"Tunggu Teduh Dulu" oleh Faisal Tehrani. RM29.00. aku berjaya dapat last copy kat MPH One Utama. Phew. tapi, ada satu lagi actually. cuma display copy. so, dah dibelek2. ;p

Belum lagi aku berkesempatan baca. Sure will!. nak share ayat trademark novel ni.

"kerja Tuhan siapa tahu?"

Kepada kawan2, novel ni ada kat library. :)

Wacana Buku - Tunggu Teduh Dulu



Salam n' Hye all~

Jumaat lepas telah diadakan satu wacana buku kat perpustakaan. Kali ni FSSK organize wacana ni utk kali ke-2. Novel karya Faisal Tehrani iaitu Tunggu Teduh Dulu menjadi pilihan untuk diwacanakan pada kali ini.

Awal2 lagi aku dah tau program ni melalui moderatornya iaitu En. Nizamuddin Alias. Sorang kawan aku diberi satu tugasan untuk mengulas sedikit pengalaman membaca novel ni. Beberapa org students dipilih oleh En. Nizam. bertuah diorg. dapat novel free!

Sehari sebelum Wacana Buku berlangsung, aku dapat sms mengingatkan program ni. so, sempat gak pass around sms. Hopefuly ramai support.

Jumaat.

Lepas solat Jumaat, hujan turun lebat sungguh. memang aku ada kereta, tapi lebat mcm ni tak memungkinkan nak kuar. papehal, settlekan agenda utama untuk hantar Assignmt Dasar2 Negara. Dengan selamba aku masuk ikut pintu utama. dah ujan. nak wat mcm mana. so, lepas gak masuk. :)

Aku sampai dalam 3.40 petang. masa tu Pewacana 1 sedang mewacanakan novel ni. Tak la lambat sangat. Sebelum terlupa, Pewacana petang tu: En. Yazid Saleh (Jab. Geografi) dan En. Muhammad Rozaimi Ramle (tutor FSSK). Kedua-duanya sanggup datang even dalam cuti belajar. Thanks~

Ringkasnya, ni kali pertama aku hadiri program mcm ni. memang tak ramai yang datang. mungkin sebab ada kelas n ari ujan sebelum tu. Papepun, aku harap kawan2 akan datang utk next wacana (Insya Allah). tak rugi.

Aku tak mau ulas pasal novel ni. Nak tau, bole tgk ulasan2 kat few blogs. :) Setelah dgr ulasan pasal novel ni, memang shud get one!

Konvo~

Salam n' hye!!!

hujung minggu yang kurang best. sebab ada masalah dgn modem internet. but... now she's back!!! hahaha

Lemme story some interesting stories tht happened last week.

Kita mulakan dgn konvo dulu la.

Nothing much nak cover pasal konvo sebab aku pun tak la slalu turun. banyak masa diisi dengan Dota. hahaha.

Mcm ramai yg da tau, kontroversi paling best bout konvo: protes utk konsert Jac n Faizal Tahir. Aku sempat mintak ulasan beberapa ahli akademik. Nyata sekali diorg tak setuju. "Tak salah nak buat konsert. tapi kat sini bukan tempatnya." Rata2 kata begitu. So, mungkin akan datang boleh diperbaiki lagi. Hopefully.

Sempena cover pasal konvo, aku sempat snap satu gambar. memang aku saja snap gambar ni. Masa Faizal Tahir datang. Aku tertarik dgn MC perempuan tu. hehe. tertarik dgn penampilan dia. perghhh. tak sangka dia tak alert dgn penampilan dia. comel dah bertudung. tp... sluar dia tgk. huhuhu.


Papepun, kontroversi2 yang berlaku memang menarik. baru la terasa hidup jadi mahasiswa. :)

Other than that... bosan la konvo. gerai jualan yg tipikal. bagi aku takde yg menarik pandangan mata. layan je la. Uptown danau kota or Downtown cheras lg best. hahaha. ;p

Monday, August 10, 2009

Mimpi

Malam tadi aku bermimpi
muncul seorang gadis. mungkinkah ku kenali?
Senyuman yang manis, wajah berseri-seri
Namun hati tertanya-tanya, siapakah yang empunya diri?
Ketaatannya pada yang Esa sungguh memikat hati
Menjaga auratnya tak seperti kebanyakan manusia zaman ini.
Sopan santun... lemah lembut... tinggi budi pekerti
Tutur katanya yang penuh isi
membuatkan aku berfikir sendiri
Tak ku sangka hebatnya dia memasak
Aku dijamu hidangan yang enak
Sukar sekali untuk menolak
Lengkap. Pedas. manis. masin dan lemak.
Namun, masa sungguh cemburu
amat singkat ia berlalu
mungkinkah lagi dapat bertemu?
sesuatu yang belum tentu.

Thursday, August 6, 2009

suratku dipublish~


salam n hye~

hehe. rasa bangga pulak surat aku utk ruang forum Utusan Malaysia kena publish. selama ni aku antar, kali ni baru ada rezeki disiarkan. mungkin kali ni selari dengan kehendak kerajaan kot. ;)

papehal, ok la kan, skali skala bagi pendapat. :)

Monday, August 3, 2009

8th death case...

Salam n' hye all!

Virus yang dah mengganas kat Malaysia. kali ni korang nak panggil virus apa korang panggil la. virus babi? virus H1N1? Virus HINI? whatever... yang pasti, 8th death case today. seorang guru berusia 51 tahun dari Selangor. Hm...

Masih dalam cuti mengejut akibat virus ni, tak tau nak kata apa dah. nak story pasal suasana kat kampus atau kolej semasa kelam kabut student UPSI disahkan positif, ramai dah yg update pasal benda tu. blog2 student UPSI cnfirm tulis dah.

Mari kita sembang pasal virus yang melanda sekarang ni...

Lately ni, dah nampak sangat dunia kita bukanlah tempat yang aman. Perang sana-sini. kebakaran hutan. jerebu. Tsunami. gempa bumi. taufan. banjir. nah sekarang- Virus!

Rasa-rasanya lah, ape yek punca virus ni dihantar menyerang muka bumi ni?
saje2? suka2? konspirasi? balasan Allah?

Suma dah besar. suma boleh fikir cara matang. mesti ada sebab kita diuji sebegini hebat. teruk sangat dah kerosakan yang kita semua dah buat kat muka bumi ni. secara langsung... mahupun tak langsung.

Memang wajar kita suma dapat balasan mcm ni.

hopefuly semua sedar. tak semua akan sedar. tak semua akan berubah. yang bernafsu buas akan terus membuat onar. itu sudah pasti.

Hari ni virus yang baru dikenalpasti menyerang bumi.

esok? lusa? tulat? tahun depan?

THINK!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...