Thursday, September 24, 2009

Ingat-mengingatkan sesama manusia. Syaitan takkan putus asa menyesatkan anak Adam~

Salam n' Hye all~

Jom luangkan masa sebentar tgk clip2 ni.

Kita sedar syaitan itu wujud. tapi, kadang2 tak sedar syaitan sedang sesatkan kita...























-Jangan biarkan diri kita termakan pujuk rayu syaitan...

Tuesday, September 22, 2009

Iklan Raya Ribena... Menyedihkan!!!

Salam n' hye... sedih... huh~ kenapa???

mari kita sama2 hayati dialog ni dulu.

KANAK2 BERBAJU EMAS: sirap lagi... (nada berbisik)

TUAN RUMAH: Kenapa???

KANAK2 BERBAJU EMAS+KANAK2 PEREMPUAN: Tak ada apa2...

MARIA TUNKU SABRI: Selamat Hari Raya!!! Wah, Cantiknya baju!!! Meh masuk masuk masuk...
Duduk dulu ye. Aunty bawakkan air.

KANAK2 BAJU BIRU: Tolonglah... Jangan sirap lagi...

MARIA TUNKU SABRI: Aunty ada minuman untuk adik-adik. Minumlah~

KANAK2 BERTIGA: WAHHHH RIBENA!!!

KANAK2 BERBAJU EMAS: Eee, bestlah Aunty ni!!! Hidang Ribena untuk hari raya!!!

KANAK-KANAK PEREMPUAN: Kelasssss Aunty~ (sambil ketiga-tiganya tunjuk happy)

Sekarang, mari kita nikmati adegan sebenar:



Ni la salah satu lagi bukti budaya kapitalis yang semakin meresap kat dalam diri kita semua. Iklan ni dihasilkan sempena Hari Raya. Tapi, aku yakin. Ramai yang meluat tengok iklan ni. "Sirap lagi"??? Apa salah dengan air sirap??? kalau hanya itu yang tuan rumah mampu. Budaya kunjung mengunjung tu yang patut diHIGHLITEkan! bukan imej tak bersyukur dengan apa yang ada.

Kanak2 dah dididik dengan budaya 'KELASSSSS'. Kalau benda yang biasa2 ni, tak ada kelas... tak grand. memalukan!!! mcm tu???

Harap2 sangat iklan ni ditarik balik. menyampah sungguh aku tiap kali iklan ni keluar.

Sebab nak kaut keuntungan, adab sopan Melayu sanggup diketepikan. Cheh. So, sesapa yang nak perjuangkan Melayu sangat, meh la kecam iklan yang pada aku menghina kesopanan org Melayu. Meh la berhimpun depan Sri Pentas... Usung botol Ribena ramai-ramai...


KAHKAHKAH.

Sunday, September 20, 2009

Hunting for Baju Raya @ Jln Masjid India~



Salam n' Hye all!!!

Selamat Hari Raya semua!!!

Rehat kejap lepas buat preparation Raya. So, sempat aku buat post untuk cerita hari ni.

Hari ni aku ke KL seawal pukul 8.30 pagi. Tujuan utama: cari baju raya!!! hahaha.

Actually tak terfikir mau cari baju raya (baju melayu). Tapi, disebabkan ada duit lebih berkat bisnes yang menggalakkan, maka aku pun plan dgn adik aku utk ke KL. Tak pernah lagi shopping kat Jln Masjid India. So harap2nya ada pengalaman baru kat situ.

Perjalanan ke KL sgt lancar! hehehe. Laluan ke KL lengang. tak seperti laluan ke Selatan. sesak teruk. Sampai kat area nilai, ada satu lori terbabas. Arah KL. Yang kelakarnya, laluan ke Selatan sesak teruk sampai ke bangi. Mcm biasa. Orang Malaysia memang suka tgk kemalangan sampai buat jalan jam!!! hahaaha.



Sampai area Kg. Baru around 9.30. Straight ke Pasar Chow Kit (Pasar Raja Bot). Mau cari bebola daging utk bakso. Utk pengetahuan semua, bebola daging ni dipanggil 'pentol'. phew. pasar yang sesak dan penuh dgn pelbagai ragam manusia. huhuhu. dapat jugak apa yang nak dicari.


Destinasi seterusnya: Jalan Masjid India~

Sampai situ pun around 10 pagi. kira awal lagi. Ramai jugak yang tak mula jualan lagi. Singgah kat Wisma Yakin. Banyak gak butik2 baju melayu, butang, songkok, kopiah dan jubah. rambang mata dibuatnya. Harga bole tahan. ratus2. hahahaa.

Adik aku berjaya membeli sehelai jubah. katanya tahun ni mau beli jubah. Aku pulak berjaya beli satu baju melayu teluk belanga. 1st baju teluk belanga yang aku beli. tu pun lepas pusing2 entah berapa kali. tak terkira. hahaha.

so, apa yang dihajat dah berjaya didapatkan. gerak balik PD~

Jalan ke Selatan sesak. aku ambil EXIT Nilai Utara. lalu Salah Tinggi-Sepang. Larikan diri dari kesesakan. Sampai PD around 1.30 pm. Kira satu perjalanan yang rushing juga. :)

Saturday, September 19, 2009

my journey home for RAYA~



Salam n' Hye all!!!

Post ni dipublish lambat. Bz sungguh menjelang lebaran tahun ni.

Sekadar berkongsi perjalanan pulang ke PD Khamis (17/9/2009) lepas.

Aku bertolak dari Tg Malim lebih kurang 4.40pm. Settlekan solat Asar dulu. Perjalanan pulang hari tu tak direct to pd. Singgah kat IKEA Mutiara Damansara. Berbuka dengan ex-classmates masa Politech Shah Alam dulu.

Perjalanan lancar, tapi lepas aje Restoran Jejantas Sg. Buloh dah mula perlahan kenderaan-kenderaan atas PLUS Hi-Way tu. Phew. Kat radio, Fly Fm bagitau dari Kota Damansara sampai Subang jam teruk! huhuhu. Kenot buat apa2. layannn. Jam pukul 5.30 lebih kurang masa tu. Nik call. tanya aku kat mana. huhu. "stuck in jam" huhu.

Sepatutnya aku sampai kat IKEA dalam pukul 6 petang. tapi, sebab jam aku sampai kul 6.40. nasib baik la aku kuar EXIT Kota Damansara. so, tak la berada dalam kesesakan utk tempoh yg kaw2.


Sampai je IKEA, jumpa Nik. Dia pass aku punya stiker. No sticker kenot makan. hahahaa. dah ramai yang beratur amik makanan. menu tht day nasi, kuetiow, lasagna, ayam kurma, sotong, kerabu, kuih-muih, puding, air bandung, air tebu n air soya. ais krim as dessert. RM15.90++. berbaloi la.


Nampaknya IKEA jadi best spot jugak utk berbuka puasa. most probably sebab harga dia. Hari tu kami bertiga aje berbuka. sembang2 pasal current stories. hehe. refresh masing2 punya cerita.




Makan-makan, sembang2, aku gerak balik around 10 pm. sampai PD around 12 tgh malam.

Alhamdulillah~

Tuesday, September 15, 2009

Iftar @ Briyani Gam Prima



Salam n' Hye all~

Utk pertama kalinnya dalam bulan Ramadhan 1430H ni, aku berbuka puasa kat luar. Sesuatu yang tak dirancang dari awal. baru semalam aku dapat tau ada plan kawan2 nak berbuka sesama sebelum balik kampung.

Yang mengepalai perancangan (Leen Wonderpet) pulak tak de kepastian tentang tempat nak berbuka tu. so, memasing ON nak berbuka sama2 cuma tatau tempatnya. huhuhu. Yang dia bagi tau, set2 dia yg ON: Ain, Som, Jatt, n' Sue. Yg kami lelaki ni pulak aku, Sepul dengan Syah.

Siang td masa kelas kemahiran berfikir aku dgn syah plan la pasal tempat. Kata Leen nak lepak Kunyit Cafe. Tp syah lak kata servis lembab. Makan tak sedap. Aku tak pnah try, so tatau. then aku came out with Briyani Gam Prima. Dah lama teringin mau try. Bunting dia dok merata2 tp aku tatau lokasi restoran ni. Tht day masa lepak kat kue teow Amir, Mat (Kelana) bgtau lokasi dia deret Billion. so, lepas klas je aku, sepul n syah terus ke sana.

Kami book utk seploh orang. padahal yang cnfirm 8 org aje. takpe la. bole cari Insya Allah.

Last minute, Jatt kenot make it. elisa ganti. Sue pun menghadirkan diri. Talhin (housemate aku) pun join.



Overall, briyani gam dia best. thumbs up. kenyang la. berbaloi RM7 sepinggan. suma pun nampak puas makan. hahahaa. Sue pun. katanya tak sentuh nasi. sebab kawan2 blasah!!! Ala sue, cakap je la berselera tgk nasi tuh... kakaka.

Wokey, tu la cerita berbuka ari ni.

*salam* :)

Monday, September 14, 2009

Sudahkah Anda Menunaikan Solat???

Salam n' hye all~

Sungguh terkesan di hati saat menonton klip dari you tube ni.

Semoga kita semua ambil iktibar bersama-sama.

:)

Gambar Kena Publish~


Salam n' Hye all~

Berkongsi lagi...

-call in-
(E-Jan plg br)--->as what i keep in my fonebook.

E-Jan: Assalamualaikum bro.

Aku: Waalaikumussalam. Pe cer??? Ha! smalan ko wat pe? aku call ko tak berangkat.

E-Jan: Aku on the fone la. kul 12 lebih aku call ko lak tak angkat.

Aku: Aku balik pagi tadi. tak jadi balik smalam.

E-Jan: Gambar ko masuk The Star.

Aku: Apa??? (mintak kepastian. dalam kepala bayangkan aksi aku yg macam mana kat gambar tu. kakakaka)

E-Jan: Gambar tembikai kat tempat ko meniaga la!

Aku: Ohhhh! Baru kuar? ari ni?

E-Jan: Yuppp. paper ari ni.

Aku: Ko simpan paper tu bro. Aku balik nnt aku cari ko. ok slamat!!!

E-Jan: OK!

Aku: Assalamualaikum

E-Jan: Waalaikumussalam.

tu la perbualan aku dgn E-Jan kejap tadi. Gambar yang aku hantar hampir sebulan dah baru dipublish dalam ruangan thumbnail The Star.

Ingatkan tak de rezeki nak kena publish. hehehe. Tapi tak dapat RM50 winner punya gambar. Papehal pun, gambar tu dah kena publish jugak akhirnya.

So, kepada sesapa yang nak rasa air terbaekk kat PD, meh la singgah kat Bazar Ramadhan Cahaya Suria. dekat Taman Desa Permai, near Lukut. PORT DICKSON.

Kepada yang ngidam air kelapa muda, pls come before 6.00 pm. lepas kul 6 SOLD OUT. hehehe. Satisfaction Guaranteed. bole tanya org2 sekitar sini. hehehe. Promote skettt. Nak cari senang aje. tgk la tembikai yang menyerupai mcm2 watak kat depan balang air tu. ;p

okay~ tinggal 4 hari je lagi kalau mau singgah. Last day Jumaat Insya Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...