Sunday, September 20, 2009
Hunting for Baju Raya @ Jln Masjid India~
Salam n' Hye all!!!
Selamat Hari Raya semua!!!
Rehat kejap lepas buat preparation Raya. So, sempat aku buat post untuk cerita hari ni.
Hari ni aku ke KL seawal pukul 8.30 pagi. Tujuan utama: cari baju raya!!! hahaha.
Actually tak terfikir mau cari baju raya (baju melayu). Tapi, disebabkan ada duit lebih berkat bisnes yang menggalakkan, maka aku pun plan dgn adik aku utk ke KL. Tak pernah lagi shopping kat Jln Masjid India. So harap2nya ada pengalaman baru kat situ.
Perjalanan ke KL sgt lancar! hehehe. Laluan ke KL lengang. tak seperti laluan ke Selatan. sesak teruk. Sampai kat area nilai, ada satu lori terbabas. Arah KL. Yang kelakarnya, laluan ke Selatan sesak teruk sampai ke bangi. Mcm biasa. Orang Malaysia memang suka tgk kemalangan sampai buat jalan jam!!! hahaaha.
Sampai area Kg. Baru around 9.30. Straight ke Pasar Chow Kit (Pasar Raja Bot). Mau cari bebola daging utk bakso. Utk pengetahuan semua, bebola daging ni dipanggil 'pentol'. phew. pasar yang sesak dan penuh dgn pelbagai ragam manusia. huhuhu. dapat jugak apa yang nak dicari.
Destinasi seterusnya: Jalan Masjid India~
Sampai situ pun around 10 pagi. kira awal lagi. Ramai jugak yang tak mula jualan lagi. Singgah kat Wisma Yakin. Banyak gak butik2 baju melayu, butang, songkok, kopiah dan jubah. rambang mata dibuatnya. Harga bole tahan. ratus2. hahahaa.
Adik aku berjaya membeli sehelai jubah. katanya tahun ni mau beli jubah. Aku pulak berjaya beli satu baju melayu teluk belanga. 1st baju teluk belanga yang aku beli. tu pun lepas pusing2 entah berapa kali. tak terkira. hahaha.
so, apa yang dihajat dah berjaya didapatkan. gerak balik PD~
Jalan ke Selatan sesak. aku ambil EXIT Nilai Utara. lalu Salah Tinggi-Sepang. Larikan diri dari kesesakan. Sampai PD around 1.30 pm. Kira satu perjalanan yang rushing juga. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment