Friday, December 25, 2009

Alhamdulillah~ Thank you Allah!

Alhamdulillah.

Syukur pada-Mu ya Allah...

Salam n' Hye all!

Result utk semester 1 sesi 2009/2010 dah pun keluar. Alhamdulillah. Peningkatan berbanding semester lepas. Harapnya akan konsisten untuk semester baru yang akan bermula nanti dan seterusnya. Insya Allah... Amin...

:)

Monday, November 30, 2009

Rehat otak~

Salam n' hye all!

Lama tak berkongsi sesuatu kat sini. Malas? Sibuk? Penat? Semua kemungkinan tu ada kebarangkaliannya yang tersendiri. :)

Malas. Agak malas aku rasa lepas musim peperiksaan ni. Otak penat. Rasa penuh. Walaupun sebenarnya penggunaan otak tu tak seberapa pun. (ikut kajian saintifik la ;p).

Penat. Memang penat. Musim peperiksaan penat memasukkan ilmu dalam kepala. Musim cuti pulak penat dengan kerja2 kat rumah. Meniaga. Prepapare itu ini. Penat! Tapi puas bila dapat ganjarannya. :)

Sibuk. Sibuk meniaga. teetttt. haha. sibuk main DotA. Sibuk keluar dengan kawan2. Sibuk membina otot. huhuhu.

Harap2, dapat juga aku kembali berkongsi sesuatu yang menarik dengan kawan2 kat sini.

Beberapa perkara menarik sejak cuti bermula:

- Meraikan kejayaan Pasukan Bola Sepak Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia.
- Main gym. angkat berat2 sampai tangan rasa ketat kaw2. perghhh
- Jumpa pelanggan2 esp. pelanggan tetap. :)
- Menjenguk rumah no.8 :)
- makan banyak2!!!!!

hahaha. Pasti ada lagi perkara menarik yang menanti kan? :) Insya Allah~

Saturday, November 7, 2009

No wonder... another typical public servant~ huh

Salam n' Hye all~

Kelmarin aku dapat buzz daripada seorang kawan.

"Bro, nama ko naik senarai pelajar KUO yang disaman. Check kat portal. hehehe"

Erkkkkk~ Saman???

*check myupsi portal*

Yeppp. Nama aku tersenarai. Apa kesalahannya, tak tahu. Huh! agak terjejas kredibiliti di situ.

So, pagi semalam (Jumaat) aku ke pejabat Kolej Ungku Omar untuk mendapatkan gambaran jelas apa sebab nama aku naik.

"Assalamualaikum encik. Saya nak tanya, nama saya naik kat portal pasal saman. Padahal saya tak pernah pun kena saman. kenapa ye???" Saya la ni dah setahun dok luar.

"Betul ni tak kena saman??? Ok. Kita check." Jawab petugas pejabat kolej.

Staff kat pejabat kolej tu cari salinan surat saman. Tunjuk kat aku.

"Ni tulisan awak??? Tandatangan awak???"

*erkkk. pelik*

Memang tandatangan aku. Tulisan aku. Tapi, bila masa aku kena saman???

"Kesalahan tak daftar barang elektrik. 5/5/2008"

Perghhh. Tak pernah lak aku kantoi sportcheck ke. Tapi memang tulisan aku kat surat saman tu.

"Ahah! saya memang pernah kena saman. Hilang buah rantai kunci no. rumah." Tapi saya dah bayar! Hilang masa last day sebelum cuti sem."

"Kat sistem tulis kesalahan tak daftar alat elektrik."

Aku call housemate aku. Mintak kepastian. Bila masa kami kantoi pasal barang elektrik. Takde pun!!! "Wei!!! 5/5/2008 dah cuti dolll!!!" kata kawan aku. Ahah la! memang masa tu dah cuti sem.

"Saman ni tak kira. Cuti sem ke, bila2 pun bole kena." DAMN! Jawapan nak lepas diri.

Aku pertikaikan kat kotak kesalahan takde satu pun yang kena 'tick'. Dia kata sebab ada 3 copy. tak jelas sampai last copy. DAMN!

Tak lama kemudian, datang sorg staff pompuan. Dia cakap kat staff pompuan tu kata aku nak lawan kata aku dah bayar saman. memang aku nak lawan! Bukan salah aku!

"Ni bukan kesalahan yang ada kat senarai ni. Sebab tu tak kena tanda. Ada tulisan kat bawah ni. boleh jadi pasal kunci hilang..." GOOD! You are much more intelligent than that id*ot guy! dalam hati aku kata. So, pepandai diorg tulis dalam sistem yang aku kena saman pasal tak daftar barang elektrik. RM20 beb!!!

"Awak dah bayar ke???"

"Dah! RM10. Hari tu jugak sebelum balik kampung"

"Ok. Nanti kita check dalam system" Dia kata kat staff lelaki tadi.

"Tapi kak... Leceh la. nak kena check satu2." Perghhh. Dia bole kata mcm tu???

"Kita check..." Staff pompuan tu kata.

"Pakai no. ni lagi kan???"

"Yup"

"Nanti kami call"

Phew. Baru aku teringat. Masa aku nak pulang kunci bilik kolej kediaman hujung sem 1 yang lepas, Rantai kunci dia hilang. Aku tanya la kat pejabat kolej. Saman berapa. RM10 kata petugas kat situ. So, Aku pun terus bayar. Tapi kena tulis kat surat saman. Dia mintak aku tulis sendiri. Utk rekod katanya. So, Dia pun bagi resit. Nasib baik la resit tu aku dah buang. Kalau ada lagi la, memang aku nak bagi malu kat mamat yang attend aku tadi. Perghh. Memang tak profesional langsung! Mcm mana dapat kerja pun tatau la. Come on la. Aku ni bukan jenis nak mengelat bayar saman. Siap kata kalau aku tak bayar akan dipotong yuran sem depan. Huh. Potong la. Bukan hak korang. Memang aku tak halalkan dunia akhirat. Thanks to staff pompuan tu yang aku tak tau nama dia. At least dia bagi aku sejuk.

Moral of the story, ni la satu contoh penjawat awam tipikal yang sentiasa kena komen dek pengguna2. Aku bakal mengisi jawatan yang sama satu hari nanti. Insya Allah. Cuma aku sangat2 berharap aku tak menjadi seperti makhluk itu. Aku dah bekerja dalam bidang khidmat pelanggan hampir 2 tahun lamanya. Panas macam mana pun seorang pelanggan itu, kalau dilayan dengan baik pasti cair juga akhirnya. Tapi, pelanggan yang panas, dilayan macam haram... SILAP la! Kalau la kat company swasta habis mamat tu kena dah... huhu.

BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH!

Tuesday, November 3, 2009

1st day... Alhamdulillah


Salam n' Hye All~

Alhamdulillah. Hari pertama peperiksaan akhir semester 1 sesi 2009/2010. Dua kertas dalam satu hari untuk hari yang pertama ni.

Optimis!!! Harap yang terbaik untuk dua kertas yang pertama ni.

Esok kertas ketiga. Semoga dipermudahkan lagi oleh-Nya. Insya Allah... Amin~

;)

Selamat buat rakan-rakan seperjuangan sekalian!

Friday, October 30, 2009

Malam Anugerah Kecemerlangan Jabatan Pengajian Malaysia & Jabatan Sejarah


Salam n' Hye all~

Terasa lagi kepenatan terlibat dalam penganjuran Malam Anugerah Kecemerlangan Jabatan Pengajian Malaysia & Jabatan Sejarah.

Agenda utama ialah untuk menyampaikan sijil anugerah dekan kepada semua Mahasiswa Pengajian Malaysia dan Sejarah untuk semester 2 2007/2008.

Adat menganjurkan apa-apa majlis pun. pasti akan ada kesilapan. walau sedikit. Tapi, Alhamdulillah. kecacatan tu nampaknya sangat minimum! dapat ditutup mana yang patut. :)

Walaupun ramai juga yang tak datang (melihat kepada lompang-lompang terutama kat bahagian tempat duduk Pengajian Malaysia), tapi yang sanggup datang untuk diraikan kelihatan gembira! usaha selama ni berbaloi.

walaupun aku takde rezeki sem lepas, tapi tumpang gembira utk kawan2. :)

Banyak yang dapat aku belajar dari majlis tadi. Insya Allah, ilmu yang sungguh bermanfaat.

Enjoy few pics from me~~~













Friday, October 23, 2009

Tengah hari Jumaat yang panas~~~

Salam n' Hye all~~~

Tak pasal2 hari Jumaat yang mulia ni aku ngamuk. Mungkin mood tak bagos. bagi kesan kat apa yang aku buat.

Pagi Jumaat ni agak sibuk. Mula2 meeting pasal hari anugerah kecemerlangan PERMAS & PPMas. Jumpa bendahari untuk tgk barang2 yang ditempah melalui koperasi UPSI. Kemudian jumpa pensyarah kejap.

Siap semua agenda jumpa org tu org ni, seterusnya ke Shell Tg. Malim utk isi minyak. dulu aku pergi Petronas. Tp sejak Petronas tak supply Ron 97, kena pg shell.

Sampai2 Shell, tak bole guna kad. "Abang guna Visa. Master Card aje boleh bang." Spoil!!! Ok la. aku isi RM 10 je la. Sampai shah alam isi balik nnt. duit dlm poket dah siap2 bajet utk journey balik PD.

Agak ramai org kat stesen minyak td. mamat bangladesh yang attend kereta aku ke pam sebelah. aku malas mau tggu dia cabut nozzle, aku cabut sendiri. then.. "@##$**&&!!!"
PERGHHH. Awal2 lg aku dah sound aku mau ijau. Dia pergi isi kuning. WARGHHHHHH. Kat situ gak aku melepaskan kemarahan. pakcik2 kat situ perati aje. Tp nak wat mcm mana. aku sanggup drive jauh ke shell semata2 nak isi ron 97. skali jd mcm ni. Mamat Bangladesh tu pulak wat muka bodo. lagi aku hangin. huh!

Aku masuk dalam kaunter. Mangsa seterusnya petugas kedai. huhu. sian adik pompuan tu. Aku suruh dia mintak bos diorg basuh sikit mamat tuh. berkali2 dia mintak maaf.
Balik dlm keadaan yg marah... SPoil~

Now semakin sejuk.... Alhamdulillah~

Tuesday, October 20, 2009

Satu lagi iklan yang menjengkelkan

Salam n' Hye all~

Bulan lepas aku ada post berkenaan iklan raya Ribena yang tak menitik beratkan adab sopan terutama bagi kanak-kanak. Lihat di sini.

Yang terbaru, iklan daripada Air Asia. Syarikat penerbangan tambang murah yang kini semakin memperluaskan operasinya ke serata benua. Iklan tersebut memaparkan gelagat seorang anak kecil yang melancong bersama neneknya. Namun, Air Asia kelihatannya memfokus pada peramugari-peramugari seksi beruniform merah bagi menarik lebih ramai penumpang untuk terbang bersamanya. Kalau kalian perasan, tidak ada seorangpun peramugara air asia ditonjolkan dalam iklan tersebut. Satu bentuk eksploitasi ke atas wanita??? fikirkan ya!

Nampaknya, pihak yang berwajib seakan sudah lebih toleran sekarang. Ini baru dinamakan liberalisasi. Up to date! tak mengikut peredaran zaman, maka jadilah insan2 kolot. huh. banyak lagi cara untuk mempromosikan barangan atau perkhidmatan supaya mendapat perhatian masyarakat.

Jangan racuni pemikiran anak2 kecil dengan fokus seks yang sungguh berkesan! huh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...