Sunday, July 22, 2012

Ada apa dengan Miri?

Salam n' hye all!

Hampir 2 bulan aku berada di bumi Miri. Tapi tak sempat kongsi dengan korang apa yang ada kat Miri ni. :D hehe. Entahla, berat je nak memulakan sesi menulis. Tapi fikir2 balik, kalau biar je kenangan tu berlalu, nanti lama2 hilanglah ia. Jadi, aku kongsi sikitlah apa yang aku sempat lalui di Miri ni. :)

Apa istimewanya Miri? Miri merupakan tempat bermulanya industri petroleum di negara kita. Kalau sekarang kita lihat petroleum disedut dari dasar lautan, 100 tahun dulu ia disedut di daratan. Telaga minyak pertama kat sini diberi nama 'Grand Old Lady'. Letaknya di atas Bukit Kanada. Ikut buku sejarah pula, Miri merupakan tempat pertama Jepun menyusup masuk ke Borneo.

Okay. tak payah cerita panjang. Aku kongsi beberapa gambar menarik sepanjang 2 bulan ni. Oh ya, selamat berpuasa buat muslimin dan muslimat di mana jua anda berada! ;)


                                             SMK Lutong. Tempat menabur bakti :D


Rumah sewa di Miri :)


Pasar malam Saberkas

Pantai Lutong. Belakang sekolah kami :)

Lapangan Terbang Miri

Pemandangan dari atas Jambatan Piasau

Sukan sekolah di Stadium Miri

Taman Bulatan: Salah satu lokasi beriadah.

Lapangan terbang lama belakang sekolah

Grand Old Lady @ Canada Hill

Melihat matahari terbenam dari puncak Bukit Kanada

Mee Kolok sigek! :D

Makan malam @ Dynasty Hotel

Taman Tasik Senadin. Dekat rumah

Zee Avi homecoming concert 

Sekolahku indah!

Okay, sampai jumpa lagi! Miri rocksss!!!



Thursday, July 12, 2012

Friday, June 1, 2012

Posting

Assalamualaikum. Hi~ :)

Posting. Dah seminggu sejak tarikh lapor diri sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah kat Hotel Pearl International Jalan Kelang Lama. Malam ni rasa nak menulis. Yes, lama tak share sesuatu kat sini. Sampai ada sorg student kat STPD tegur, "lama tak update blog cikgu". hahahahaaha ;p

Okay. Musim posting dah semakin sejuk. Masa tgj panas tempoh hari mcm2 cerita. Ada yang hapy. Ada yang sedih menangis kaw2. Ada yang terkedu. Mcm2 perasaan bila tahu kemana akan dihantar cikgu2 baru ni. Cerita pengalaman aku, patut aku dpt surat tawaran hari Jumaat, sama mcm kawan2 lain yg dpt posting ke seberang Laut China Selatan. Tunggu punya tunggu, tak ada surat hari Jumaat. On internet, memasing share dpt posting ke Sarawak. Well, mula2 rasa aku tak tersenarai sebab tak dpt surat lagi. Dalam hati sikit jeles la sebab ramai geng2 yg akan ke Sarawak. Pendekkan cerita, hari Ahad baru boleh check kat internet kita dpt posting mana.

"Bismillahirrahmanirrahim...."

*klik*

SARAWAK yayyyyyy~~~ hahahaaha. Okay, mama terus nangis masa tu sebab aku ajak dia tgk PC. Maka kenalah dipujuk mama tersayang :D

Hari lapor diri, gerak dari rumah sekitar 6.30 pagi. Sampai kat hotel sekitar 8.05. Park kat basement, Nak naik ramai sungguh beratur dpn lif. Bukak2 je pintu lif, penuh saje. Maka naik tangga lah jawabnye. Kena naik tingkat 7. Phew. Beg aku yang aku tak tahu beratnya masa tu aku angkat berdua dgn papa. Sangat penat. Tu je yg mampu aku kata pasal hari lapor diri. Lif penuh. Bersesak2 nak tgk kumpulan flight. Nak makan. Nak dapatkan kunci bilik. Nak bawa balik beg dari tempat simpanan sementara ke dalam bilik hotel... Phew.



Selesai letak barang, sarapan, dan dapatkan surat tawaran, semua kena duduk dalam dewan + dengar taklimat. Ada 3 taklimat semuanya. Taklimat berhenti rehat untuk makan tengahari. Rehat sekitar 6.30 petang dan sambung balik jam 8 malam.




Saat yang mendebarkan masa tahu kat skolah mana kami akan ditempatkan. Petugas tu pulak suruh jangan buka sampul selagi semua tak dpt sampul masing2. :D haha, tapi masing2 tak boleh tahan. Bukak gak sampul "Urusan Seri Paduka Baginda" tu. Aku dapat SMK Lutong, Miri. Tertanya2 jugak mana lah tercampaknya aku ni. Tengok balik buku panduan yang diorg bagi masa pendaftaran, kata sekolah aku tu sekitar 40 minit dari bandaraya Miri. Alhamdulillah... :) Suasana masa tu berbagai2. Ada yang hapy, ada yang muram, sedih.... Apapaun, Allah dah plan baik setiap satunya untuk kita. terima seadanya dan jalankan amanah yang diberi. ;)


Malam tu, masing2 ambil kesempatan rehat2 minda, lepak2 sama2 sebab esoknya masing2 akan berpisah menuju destinasi masing2.



Aku termasuk dalam kumpulan penerbangan M2. M untuk miri. Penerbangan aku jam 10.05, tapi jam 6 pagi dah kena berkumpul di lobi hotel. Tidur malam tu pun sekadar rehat kejap aje. Pukul 5 dah bangun + siap2. Pukul 6 dah kumpul kat bawah dan bas bertolak jam 6.30.



Daftar masuk jam 9.30. Beg aku yang besar tu rupanya 28 kg! HAHAHA. Memang ada sikit risau kena bayar banyak sebab had berat dibenarkan 2 kg aje. Tapi  alhamdulillah, rezeki aku tak kena caj lebihan berat tu. Mungkin sebab dalam kumpulan kot. :D

Penerbangan lambat sekitar 15 minit sebab banyak flight yang beratur nak terbang. ;p Peluang naik MAS memang best lah sebab dapat makan dalam flight. yum yum~ hahaha. Pagi tu kami disajikan sarapan berat. Pilihan sama ada nasi lemak + sambal udang atau roti + kari ayam. Memang sedap! Cuma portion dia tak padan dengan perut aku muahahaha ;p.




Rupanya flight kami berhenti 30 minit kat Kuching. So, dapatlah peluang tengok bandaraya Kuching dari udara! :D




Penerbangan kami sampai kat Miri sekitar 1.45 tengahari. Dari atas boleh nampak pelantar minyak. Menarik!




Okay! maka bermulalah cabaran di tempat baru, kehidupan sebagai perantau. ;) Aku akan kongsi lagi dalam entri yang lain :)



Friday, April 27, 2012

Jumaat, 5 Jamadil Akhir 1433H, 27 April 2012


Assalamualaikum. Hi!

Alhamdulillah. Hari ni hari paling manis sekali sebab keputusan temuduga DG41 keluar pukul 5 petang tadi dan aku berjaya dalam temuduga tu. :D

Secara rasmi dah boleh panggil aku CIKGU ZULFADLI AMZAR! ;)

Oh ya, pagi tadi sejarah sungguh aku kena lead bacaan Yaasin kat skolah. Tak sangka, di sebalik sejarah pagi tadi, petangnya ada cerita best.

Sangat teruja. Momen terharu + gembira sedang mengelilingi aku. sembang lagi nanti! ;)

Tuesday, April 17, 2012

ABC...


Assalamualaikum! Hi all~~~ ;)

Lama sungguh rasanya tak share kat sini. Last post pengalaman aku sepanjang jadi guru ganti kat SMK Kg. Baru Si Rusa. Skrg aku dah masuk bulan keempat mengajar di SMK Tinggi Port Dickson. Sekolah aku masa form 1-3, sekolah aku buat Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) dan sekolah sama aku praktikum tahun lepas. :D :D :D Share sikit kat korang sekembalinya aku kat STPD, ramai gak yang terkejut. Yang paling best sorg cikgu tu siap tanya aku apa rahsia aku sampai boleh dapat skolah dekat kat rumah? Ada kenal org dalam yang hebat2 ke? Hahahahaha. ;p Aku senyum + jawab, rezeki cikgu... Alhamdulillah. haha. mcm2 la. :)

Okay, banyak dah pengalaman aku dapat sejak 16 Januari mulakan tugas sebagai Guru Interim kat STPD. Guru Interim? apekah??? Entah. Anggap saja ia satu istilah untuk tunjukkan kami ni guru sementara/kontrak, tapi taraf lebih sikit daripada guru ganti/guru sandaran sebab kami ada ijazah pendidikan. okay~ ;p

Antara pengalaman yang aku ingat:

-jadi guru penasihat pengakap (macam biasa la ;p), kelab muzik & kugiran, dan sukan sofbol :D
-kena ajak gaduh dengan budak form 2. hahahaha. kelakar.
-smack down budak form 2 kelas yang sama sebab dgn bangganya tunjuk kuat bergaduh depan aku
-train budak2 sofbol utk kejohanan peringkat negeri. tak pernah kenal sukan ni. :D

Okay, aku nak share pengalaman aku hari ni. 2 waktu terakhir aku akan ke perpustakaan. jaga budak2 form 1 yang tak ambil bahasa Tamil. Aktiviti diorg ialah membaca buku + rekodkan dalam buku nilam masing2. biasala, yang nakal tu sah2 akan mendapat dgn aku. Yang peliknya, sorg student ni, dahla tak padan dgn kecik kerjanya nak ganggu kawan2 aje. Aku pun pelik. Tgk buku Nilam dia tak bertulis. Rupanya tak tau tulis. Aku suruh tulis ABC. Dia berkeras tak mahu tulis. Dia kata dia boleh cakap je. Tulis tak boleh. Phew. Aku tanya apa dia buat 6 tahun kat skolah rendah? ABC tu standard tadika! kawan2 dia semua angguk kepala. Siap bakar line kata tak tau kenapa dia bole dpt markah tinggi ujian. (dah ujian objektif, tembak2 kena kot???)

Aku kata la kat dia, awak ni serupa kakak tua la mcm ni. Tau cakap, tak paham apa yg awak cakap. kan? Dia angguk. bagus mengaku. Aku cakap, selagi tak dapat tulis ABC sampai Z, tak kira pukul berapa dia kena stay. Berkerut muka. Tapi nampak la usaha dia. Bila sampai masa dia give up, aku tambah lagi hukuman. Tiap kali salah, aku jentik tangan dia (jentik mcm main nombor kat skolah dulu). hehehe. tau takut kena jentik, baru nampak dia manfaatkan otak + akal yang dia ada. Akhirnya complete la ABC sampai Z huruf besar dan kecil. aku tanya rawak pun dia boleh jawab walaupun kena jentik banyak gak mulanya. :) Alhamdulillah. Sayangnya, huruf dah kenal, eja pulak tak tau. Phew, minggu depan ada lagi Insya Allah.....

*sampai pukul 3.30 lebih kurang kami stay back tadi. Akhirnya mengalir gak air mata dia. aku harap dia akan ingat yang penting sangat utk dia tahu membaca. menulis. mengira. Harapnya begitulah.... :)

Tuesday, December 13, 2011

Terengganu kuasa dua :D (Part II)

Salam & hi all!

Post kali ni aku nak share pasal kali kedua aku ke Terengganu selepas tak sampai sebulan. :D Misi ke Kuala Terengganu untuk kali kedua ni sebab menyertai kontigen Negeri Sembilan sempena Jambori Malaysia ke-12 & Terengganu International Scout Jamboree 2011. Keterujaan aku join jambori ni sebab Cikgu Amir Fuad (PK 1 SMK Kg. Baru Si Rusa) tu rupa-rupanya Timbalan Pesuruhjaya Pengakap NS dan dia ajak aku join kontigen NS. Pada masa yang sama dapat pantau sorg pelajar SMKKBSR yang turut serta dala jambori tu. Ok make it short. I know u guys wanna look at the actions right? hahaha. wokay. Aku sembang satu-satu...

Perjalanan ke KT bermula di Sek. Men. Teknik PD. Dekat sangat dengan rumah, so no rush. Tapi dah dekat sampai gate sekolah tu tetiba ada org call, suro cepat. Risau sangat... awal lagi pun masa tu. Bas gerak keluar dari SMT PD menuju STAR Paroi. Sampai kat stadium, bas-bas lain dah sampai. Beberapa cikgu sibuk menetapkan pelajar dengan bas yang sepatutnya. Bas gerak keluar dalam 9 pagi lebih kurang. Berhenti makan tengahari kat Muadzam. Sampai Kem Telaga Batin sekitar jam 6 petang. Ada dah peserta sampai sehari awal sebab nak uruskan buluh + kayu + kawasan tapak kem kontigen NS. Kami kira yang awal sampai untuk trip hari Sabtu. Tapi sebenarnya masalah besar sedang menanti. Kem sangatlah kecil untuk menampung 500++ peserta dari NS (penyertaan teramai dalam sejarah kontigen NS).


suasana di STAR Paroi pagi tu


keadaan kem kontigen NS sewaktu kami baru tiba

Akhirnya, khemah yang didirikan tersangatlah rapat sampai bercantum antara satu khemah dgn khemah yang lain. :D :D :D. layannnn. okay, kita move kepada cerita Jambori. Malam tu jugak aku kena panggil wakili meeting Sub kem. Kontigen NS, Melaka & Pahang berkongsi sub kem yang sama. Aktiviti peserta dijalankan mengikut kod warna dan pelepasan ke tempat2 aktiviti adalah melalui sub kem, bukannya negeri. Tapi, idea ni ditukar mungkin sebab tak praktikal. Memangpon. :D :D :D
Aku kena jaga kumpulan Putih. hari pertama aktiviti sebelah pagi aku kena bawa diorg ke Aktiviti kraftangan, petangnya ke aktiviti air. Hari kedua aktiviti kami ke aktiviti lasak. Hari ketiga kami menyertai kembara bandar dan hari terakhir aktiviti kami ke sektor sukan rakyat.


flying fox yang sentiasa laku.



Aktiviti air pada petang hari. seronok budak2 ni berkayak. :D


River crossing. Confirm basah. :D


Next day, aktiviti lasak. Tapi sepatutnya dipanggil aktiviti lasak + mandi hujan + basah2. :D :D :D sekalung penghargaan buat baju hujan jenama 'Rain King' warna kuning yang sentiasa bersilau. Keselamatan tu! hahaha.


diorg ni menunggu giliran untuk paintball. masa ni hujan rintik2 aje...


lepas rintik2 jadi lebat2! :D :D :D. sebagai pemimpin, carilah tempat berteduh supaya selesa melihat pelajar2 ni semua bertungkus lumus menyelesaikan aktiviti ;p

Next day, lawatan!!! hahaha. Lawatan ke bandaraya Kuala Terengganu dibahagi kepada 3 kumpulan. kumpulan pertama melawat Taman tamadun Islam, kumpulan kedua melawat Muzium Negeri di Losong dan kumpulan ketiga pusing2 bandaraya KT. Apa yang menarik, perjalanan dari tapak berkumpul ke destinasi lawatan diiringi Pasukan Polis Trafik bermotosikal. Hehehehe. First time nih~ :D


Polis dah sampai. Yayyy! :D


Bergambar di luar Taman Tamadun Islam


Pintu masuk.


Terserempak dengan kumpulan pengakap Kemboja. :)

Lawatan yang aku sertai tu memang ada kisah menarik di sebaliknya. Ada sorg peserta jambori terlah terbuang air besar dalam bas masa dalam perjalanan dari tempat berkumpul. Adoi! Pemandu bas cuba untuk bersihkan, tetapi apakan daya, kotoran degil tak dapat dihilangkan. Bas itu terpaksa diganti. Macam-macam hal...

Hari terakhir aktiviti, kumpulan aku ke sektor sukan rakyat. Macam biasa, bermain dalam langit mendung + hujan turun dan berhenti tiba2. :D


suasana di sektor sukan rakyat

Aktiviti dah habis, boleh la pusing2 sekitar kawasan jambori.... :D


Jangan main-main! itu tangan Baden Powell! :D


Bersama geng pengakap Hilir Perak


Pemimpin-pemimpin pengakap Indonesia


Pengakap Negeri Sembilan berkumpul untuk pulang. Macam Bersih 3.0 dah ni. HAHAHA


Peserta yang paling bersemangat! Dia ni pelajar istimewa tau. Tapi sangat independent! :D


Ok, Jumpa lagi camping akan datang! :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...