Monday, February 23, 2009

Basic Camp @ Sg. Samak




Salam semua!!!

Sekadar berkongsi pengalaman menjadi urusetia/fasilitator semasa Basic Camp KLKM UPSI bertempat di Sg. Samak pada 20-22 Feb lepas.

Aku sampai lewat sedikit daripada masa yang ditetapkan. Lewat banyak rasanya. tapi dah diberitahu akan kelewatan tersebut. ada hal yang lebih penting di fakulti. aku sampai di tapak perkhemahan lebih kurang pukul 6 petang. semua peserta sibuk siapkan tapak perkhemahan dan slot pertama hanya akan bermula pukul 9 malam. tolong buat pagar dan gajet sikit2.





malam pertama memang best! kembara si buta nama slot dia. semua peserta kena tutup mata dengan skaf. aku diarahkan jadi pengacau. hehehe. bertanduk sket aku malam tu. diorang kena lalau celah pokok, meredah lumpur, lopak dan sungai. sambil kami para pengacau ni merenjis dan menyimbah air. semua nampaknya redha aje. memang bagus semua peserta. mental kuat dan tahan atas semua cabaran.


keesokan paginya, senaman pagi yang diketuai oleh saudara Along. siren dibunyi seawal 6.30 pagi. yang penting malam tu aku tidur dalam kesejukan kat surau. chalet yang disediakan hanya sebuah. tu pun muat2 untuk jurulatih jemputan. takpe la. layan aje. hehehe.

pukul 8.30 aku balik rumah sewa. siap2 nak pergi Ko-k 2 (Muzik Moden). praktis lagu hati emas (M. Nasir) untuk persembahan akhir nanti. sejam gak la.

balik rumah. makan tengahari dan tertidur... hahaha. letih sangat! aku bangun pukul 1.30. hehe. petang tu ada kembara hutan. cepat2 aku siap n drive ke sg. samak balik.

kembara hutan bermula agak lambat. 3 lebih baru start. aku ditugaskan jaga check point 'survival'. kamil, naim dgn mat join check point ni. tugasan: hidupkan api dgn 3 mancis sahaja dan panggang buah kelapa sawit. semua ahli kumpulan kena makan. hahaha. kitorang saje kenakan kumpulan terakhir. 3 mancis dibasahkan (tak payah tanya dengan apa ;p) pastu tak boleh guna daun kering. hanya ranting atau kayu. memang nak bagi tak boleh hidup api. dah la tu, hujan pulak turun boleh tahan jugak lebatnya. isk.isk. last-last ketiga2 kumpulan terakhir ni tak berjaya hidupkan api. DENDA!!! satu kumpulan diarahkan naik atas bukit. satu lagi kat kiri dan satu lagi kanan. satu kumpulan kena buat bunyi helikopter. satu lagi bunyi kuda dan kumpulan ketiga bunyi m-16. PERANGGGGG!!!!! hahaha. best tengok diorg berperang ;p
Yang paling best sekali petang tu, ada satu kumpulan sesat sampai Kolej Ungku Omar. Mat pergi cari diorang dan jumpa masa diorg dalam perjalanan ke check point kami. diorang mengaku silap baca peta. pastu kami sepakat denda diorg buat lawak sampai kami ketawa. seriesly, muka ketua kumpulan tu memang lawak abis. tapi aku bagai nak mati tahan gelak. sampai last2 aku start motor. cakap "korang gagal. malam ni buat pesembahan sebagai denda". hahaha. pastu, terus sorg pompuan dlm kumpulan tu menangis. isk... menangis!!! hahaha.

Malam tu acara yang paling ditunggu. Malam Pengakap. yang bestnya, setiap kali kumpulan2 tu buat persembahan, fasilitator akan masuk dan take part. menambahkan lagi huru-hara dan lawak jenaka. memang best! sampai la last game, penyakit berjangkit!!! hehe. semua peserta pompuan lari!!! isk.isk. sungguh takot diorang dengan aksi fasi yang dijangkiti penyakit. memang huru-hara.

Malam tu aku tido lambat. pukul 5.30 sebab tolong siapkan projek perintis menara tinjau.

pagi terakhir pulak, bangun-bangun nasi lemak masakan sue da tersedia. yummy!!! hahaha. last aktiviti pagi tu plaster cast. bancuh plaster of paris dgn air, pastu cari tapak kaki haiwan atau cipta tapak kaki haiwan diorang sendiri. tuang dan biar kering. sementara tunggu kering, semua bersihkan tapak camp dan turunkan khemah.

istiadat menurunkan bendera lbih kurang pukul 2 lebih. dan bersurai...

tu la serba sedikit... best!!! ;)

Thursday, February 5, 2009

PPSMI... bilakah noktahnya???


Salam!

PPSMI. Antara isu hangat di Malaysia sekarang. Sebagai seorang yang bakal menjadi pendidik +- 3 tahun lagi, aku terpanggil untuk mengulas berkenaan isu ini. Pengajaran & Pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris. Banyak pro dan banyak pula kontranya. Sekadar memberi pandangan dari sudut minda Zulfadli Amzar.

Kita melihat akhbar-akhbar arus perdana menyiarkan surat-surat pembaca bahawa mereka menyokong sepenuhnya PPSMI. Antaranya mengatakan bahawa anak-anak di luar bandar tiada masalah belajar sains & matematik dalam bahasa Inggeris. Adakah itu seratus-peratus boleh dipercayai? Sedangkan maklumat yang diterima daripada rakan-rakan yang sedang mengajar bukan sahaja di luar bandar, malah di bandar mengatakan alangkah sukarnya mengajar dalam Bahasa Inggeris.

Aku cuba fokus isu ini dalam lingkungan pelajar Melayu. Orang Melayu diakui lebih cenderung kepada bidang yang melibatkan kemahiran. Bertukang, mengendali dan baikpulih mesin, elektrik dan elektronik, automotif dan lain-lain lagi. Kajian mendapati orang Melayu mirip kepada orang Jepun. Termasuklah kesukaran kebanyakan daripada kalangan Melayu menguasai bahasa Inggeris. Cuma, orang Jepun tidak dapat dinafikan lebih rajin daripada orang Melayu. Apa yang aku cuba sampaikan di sini, memang orang Melayu cenderung kepada bidang kemahiran dan dengan kelebihan yang ada dalam diri mereka ini, mereka bakal menikmati masa depan yang cerah pada masa depan. Namun, kelebihan ini terhalang oleh PPSMI. Pengajaran dalam bahasa Inggeris mengekang usaha kebanyakan mereka untuk menguasai ilmu-ilmu ini. Ibaratnya, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Kita tidak nafikan bahawa anak-anak golongan pertengahan ke atas semakin menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Malah ramai sekali antara mereka yang cemerlang. Namun lebih ramai lagi anak-anak luar bandar dan pinggir bandar yang amat sukar belajar dalam bahasa Inggeris. Sedangkan belajar bahasa Inggeris sesuatu yang sukar, apatah lagi belajar sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Aku bukan ingin menghalang kemajuan dalam sistem pendidikan. Cuma, apa yang aku dapat lihat situasi sekarang bakal melemahkan murid-murid. Ada antara mereka yang cerdik dan berIQ tinggi. Tetapi disebabkan ketakutan terhadap bahasa Inggeris, tahap keyakinan mereka menurun seterusnya menghalang mereka untuk terus cemerlang.

Hm... entahlah. harap2 ada titik noktah untuk isu ni. Aku bukan menafikan keperluan menguasai bahasa Inggeris, malah aku sendiri sukakan bahasa dunia ini. Cuma, memikirkannya dari sudut keseluruhan.

Sekadar tambahan maklumat... Sekitar tahun 60-an, pemansuhan tulisan jawi di sekolah-sekolah menjadikan anak-anak generasi selepas itu buta jawi. Hasilnya... KITA!

Renung-renungkan............ ;)

Perak oh Perak

Salam!

Satu lagi kejutan di Perak. Bumi yang aku pijak sekarang ini. Kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat telah ditumbangkan apabila 3 orang ADUN bertindak keluar daripada PR dan mengisytiharkan mereka Bebas. Bebas yang menyokong BN, jadi BN telah memperoleh sokongan daripada 3 adun Bebas yang membolehkannya membentuk kerajaan baru. Dengan Sultan Perak tidak memperkenankan supaya pembubaran DUN maka perubahan terus pada struktur pemerintahan kerajaan negeri bakal berlaku dalam masa terdekat.

Kita abaikan hal bubar, hal lompat, dan hal perubahan kuasa. Apa kata kita lihat apa yang berlaku ini dari sudut demokrasi. Rakyat secara mutlak telah memberi mandat kepada PR untuk mentadbir negeri Perak. Namun dengan mudahnya wakil-wakil rakyat yang dipilih berindak lompat/keluar parti sekaligus berpihak kepada pihak lawan.

Keadaan ini seterusnya menimbulkan suasana yang tidak stabil bagi satu-satu pemerintahan. Terdapat kemungkinan berlakunya tunjuk perasaan besar-besaran oleh penyokong PR yang marah kerana berlakunya perubahan ini. Harapnya, keamanan tetap terjamin. Insya Allah.

Apapun, berbagai-bagai muslihat wujud disebalik permainan politik Perak sekarang. hanya mereka yang terlibat dan Allah sahaja yang mengetahui. Apapun yang berlaku, rakyat tentunya lebih matang dalam menilainya. Aku hanya mahukan pemerintahan yang adil. Pemerintahan yang terus mengekalkan keamanan negara Malaysia tercinta ini. Pemerintahan yang teguh melindungi nilai2 timur yang semakin pincang. Pemerintahan yang bebas rasuah. Bolehkah ia direalisasikan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...