Thursday, February 5, 2009

Perak oh Perak

Salam!

Satu lagi kejutan di Perak. Bumi yang aku pijak sekarang ini. Kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat telah ditumbangkan apabila 3 orang ADUN bertindak keluar daripada PR dan mengisytiharkan mereka Bebas. Bebas yang menyokong BN, jadi BN telah memperoleh sokongan daripada 3 adun Bebas yang membolehkannya membentuk kerajaan baru. Dengan Sultan Perak tidak memperkenankan supaya pembubaran DUN maka perubahan terus pada struktur pemerintahan kerajaan negeri bakal berlaku dalam masa terdekat.

Kita abaikan hal bubar, hal lompat, dan hal perubahan kuasa. Apa kata kita lihat apa yang berlaku ini dari sudut demokrasi. Rakyat secara mutlak telah memberi mandat kepada PR untuk mentadbir negeri Perak. Namun dengan mudahnya wakil-wakil rakyat yang dipilih berindak lompat/keluar parti sekaligus berpihak kepada pihak lawan.

Keadaan ini seterusnya menimbulkan suasana yang tidak stabil bagi satu-satu pemerintahan. Terdapat kemungkinan berlakunya tunjuk perasaan besar-besaran oleh penyokong PR yang marah kerana berlakunya perubahan ini. Harapnya, keamanan tetap terjamin. Insya Allah.

Apapun, berbagai-bagai muslihat wujud disebalik permainan politik Perak sekarang. hanya mereka yang terlibat dan Allah sahaja yang mengetahui. Apapun yang berlaku, rakyat tentunya lebih matang dalam menilainya. Aku hanya mahukan pemerintahan yang adil. Pemerintahan yang terus mengekalkan keamanan negara Malaysia tercinta ini. Pemerintahan yang teguh melindungi nilai2 timur yang semakin pincang. Pemerintahan yang bebas rasuah. Bolehkah ia direalisasikan?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...