Friday, March 20, 2009

Novel Hut @ Ipoh Parade


Salam!

nak berkongsi pengalaman di Ipoh.

Ipoh. satu destinasi yang sangat jarang-jarang aku jejak. nama aje blajar dkt negeri Perak tapi ibu negeri Perak ni pun lama aku tak jejak. last 2002 rasanya.

Satu hari tu, aku dapat peluang untuk berjalan-jalan ke ipoh. perjalanan yang ambil masa 1 jam setengah dari tanjung malim ni. matlamatnya- Novel Hut di Ipoh Parade.

Sampai di Ipoh Parade kelihatan suasana agak lengang. hari bekerja lagipun. tapi, takkan sangat lengang macam tak bersemangat. rasanya, kalau bukan sebab Novel Hut, tak jejak aku ke Ipoh Parade ni. Baik jalan kat Kinta City. ada Jusco yang lagi besar. hehehe

Pengalaman pertama aku di sebuah kedai buku. tapi, kedai buku ni berbeza. sebab kedai ni kedai buku terpakai. dengan harga di bawah RM5, kita boleh membeli macam-macam buku yang menarik. ada novel, majalah, dan buku-buku ilmiah tak lupa juga buku agama.

memang menarik tajuk-tajuk buku yang ada kat Novel Hut ni. kalau diikutkan, banyak lagi yang aku minat nak beli. ye la, harga pun bawah RM10. kalau ke Kinokuniya ataupun MPH, memang tak mampu. hanya mampu belek2 dan tengok2 aje. hehehe. mcm satu masa dulu tu. pengalaman aku di Kinokuniya @ KLCC. terserempak dengan Raja Nazrin yang tengah pilih buku. kat tangan dia ada bakul yang penuh dengan buku-buku. phew... kalau la aku mampu macam dia. ;p

Hari tu, aku dapat 5 buah buku menarik. semua pasal sains sosial. ;) aku harap aku dapat meningkatkan pengetahuan dan pembacaan dalam bidang yang aku sedang aku hadapi sekarang ni.

Jadi, buat semua aku harap kalau singgah ke Ipoh, cuba-cuba lah luangkan masa ke Novel Hut. memang tak rugi.

Hari tu, perjalanan di Ipoh tak berapa menarik sebab hujan. tak dapat aku menikmati pemandangan Bandaraya Ipoh yang kiri kanannya masih banyak rumah-rumah ala kolonial. Tapi, ada satu lagi yang memuaskan hati! makan malam di tepi dataran sungguh memuaskan. walaupun hanya di gerai tapi... THUMBS UP! nasi goreng ayam yang sedap. nilai pada keenakan. nilai pada wang. hehehe. promote sikit. sorang kawan pulak pesan nasi goreng udang. udangnya, besar!!!! hehehe. RM5 saje ok...

teringin nak ke Ipoh lagi. rasa tak puas berjalan dalam masa yang singkat. 4.30 petang sampai 9.00 malam lebih kurang.

;) c ya... Ipoh!

6 comments:

haniekunie said...

bukak setiap hari ke?

anisizatyA.J said...

yup bukak tiap hari hanie. btw kepada anak minang, saya pinjam gambar novelhut dr blog awk ye. sbb tak sempat nak snap sendiri tadi. hope its not a problem :)

:: S.h.U.H.a.d.A :: said...

novel hut the best :)

mior said...

feveret spot nih!!!..byk buku2 rare bley dbeli ngan harga murah..but still brkualiti..

Wayne said...

buka pukul berapa tutup jam berapa?

zulfadli amzar said...

maaf. tak tahu pula waktu perniagaan kedai ni. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...