Wednesday, May 27, 2009

Al- Fatihah~

Assalamualaikum~

Satu berita sedih aku terima smlm waktu YM dgn Iliani. her fren, Nublan Zaki Norhadi kembali ke rahmatullah kira2 jam 1.30 pg hari isnin. Even tho aku tak pnah sembang or kenal arwah, tp sebab tiap2 kali aku bukak Facebook n view page Iliani, sure ada gambar arwah. In fact, before diorg fly ke US last year pun, aku sempat wish gud luck kat arwah yang view profile Friendster aku. "Good luck! semoga jadi duta kecil M'sia yg hebat kat US". N dia reply thanks. Phew~

Aku sempat usyar online news kat US. berita kematian arwah dapat liputan meluas kat sana. Well, Allah sayang dia. Dah tertulis, ajalnya setakat tu...

Tak dpt aku bayangkan perasaan keluarga n rakan2 rapat arwah... coz arwah mau buat surprise. balik mengejut. hm... so sad!!!

Terasa singkat sungguh masa kita kat dunia ni. aku sendiri... tiap2 hari akan tertanya2... "bila ek masanya akan tiba?". Cukup ke amalan aku?

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang2 Soleh dan dicucuri rahmat keatasnya... Amin...

Al-Fatihah~

Tuesday, May 19, 2009

"Assalamualaikum Cikgu"..."Morning Sir"..."Selamat Pagi Cikgu" :)

My second day at PD High Skool~

Sampai skola around 7.25 a.m.

Tandatangan buku kehadiran guru...

Mulakan hari kedua!!! ;)

Hari ni aku kena jadi guru ganti. 2 kelas: RA1 & 2A2. RA1!!! remove class. student yang fail BM masa UPSR. Perghhh.

Waktu ke-2 (8.20 a.m.) aku kena pg class peralihan tu. Disambut dengan suasana riuh rendah studnt, kelas yang mcm tongkang pecah as well as muka pelajar yang blur mcm harem. Tp, diorg still bangun n ucap selamat. "Selamat Pagi Cikgu!!!". hehehe. aku mintak suma kurangkan suara kalau nak sembang. n make sure tak berjalan2. duduk. Sambil2 tu, aku observe la perangai budak2 peralihan ni. hehehe. yang belagak taiko. yang belagak jadi Padayappa... huhuhu. kecik2 dah poyo. dalam hati aku... diorg ni mcm tak dapat diselamatkan aje... huhuhu.

Rehat!!!

Makan dengan Ustazah Azlidah. sembang2 pasal senario pendidikan negara. "cikgu sekarang berdiri sorg2" kata dia. Pelajar skrg susah nak control. Bukan bawak mak bapak aje. sampai panggil politician. huhuhu. tu yg masalah disiplin pelajar makin menjadi2. hm...

11.20 a.m.

Masuk kelas 2A2. Cikgu Khamis yang ajar subjek Sivik takdak. Aku disambut oleh studnt yang belegar2 kat koridor. yang pompuan menggedik. yng lelaki bergomol2. mungkin nak tunjuk kat aku yg diorg otai. nasib aku ni buat ROS. rasa mcm nak debik aje. hahaha. kelas tu nampak mcm separuh student takde. aku panggil class rep. Katanya diorg ponteng. Dia mintak aku isi nama2 bebudak tu dalam buku pemantauan kelas. hahaha. siap la diorg. makan rotan cikgu Mathia la. Cikgu disiplin paling femes. since aku skola dulu. hahaha. Aku suruh suma duduk. nak sembang kecikkan volume. kelas ni kira better than Remove class. Sambil tu aku sembang dgn satu2nya prefect kat kelas tu. Indian+C'nese boy. semangat dia tanya aku. "cikgu baru datang semalam kan?" "Umur cikgu berapa?" "cikgu ada adik kan kat sini?" huhuhu. layan aje soalan2 dia. sembang2 pasal bebudak sekolh... masalah disiplin. korek2 la. coz, student lebih tahu. sambil2 borak, terpandang sorang c'nese gal yang nampak mcm liar sket. tengkuk ada tanda merah. huhuhu. advance bebudak sekarang.

Pas handle relief class, aku sambung cari maklumat skolah. Sejarah, Takwim, senarai guru... Alhamdulillah. bahagian 1 laporan almost siap! hehehe. kerjasama!

Sok... kelas mana la aku kena ganti... ;p hehehe

First Day @ SMK Tinggi Port Dickson


18/5/2009!!! First day ROS aka Rancangan Orientasi Sekolah. For 2 weeks aku akan mengkaji bout STPD. Skolah tempat aku belajar masa form 1 sampai form 3 (1997-1999). Isnin minggu lepas aku dtg melawat STPD berjumpa dengan Puan Pengetua atas inisiatif nak kenal2 dgn skolah. Well, bosan gak la sebab pengetua tu treat aku mcm budak2. Memang la aku ni student. Tp, kebiasaan sembang dengan org2 profesional buat aku rasa mcm hampeh aje bila dia sembang dgn aku mcm aku ni dak skola aje. Biasa lor... dia nak tunjuk dia tu hebat. Kalau tak hebat, bukan la pengetua namanya. Hehehe

Sorang kawan dari utara pulak sms. Ngadu yang cikgu pembimbing dia menyindir2. Kata yang bebudak uni ni kenot diharap compare to bebudak maktab (now IPG). Biasa lor... org lama mana senang tgk muka baru. Dah la tu. Kuar2 terus DG41. Hahahaha.

Akhirnya, saat yang ditunggu2 sampai jugak~ Aku sampai kat sekolah around 7.25 pagi. Jalan agak banyak kereta. So agak lambat sket pejalanan yang sejauh +-5km tu. Sampai2 aje, trus pegi pejabat pentadbiran sekolah. 3 studnt pompuan UPSI dah sampai awal2 lagi. Sorang tu dak kaunseling, 2 lagi dak Perdagangan. Pagi tu kami kena brief sket oleh Puan Pengetua. Pastu kami dibawa ke bilik guru. Ada tempat kosong yang ditinggalkan guru praktikum sebelum ni.



Hari ni the whole day adalah sambutan hari guru peringkat sekolah. Lepas letak barang, kami berkumpul kat depan kantin. Semua guru berbaris panjang sebelum berjalan sama2 ke tempat perhimpunan. Ramai yang memandang. “cikgu baru ke?” “praktikal ke?” antara soalan2 fevret pagi tadi. Ada yang terkejut juga tgk anak murid diorg skrg on the way jadi cikgu juga. Hahaha. Paluan kompang oleh para pelajar menyambut kami menuju ke tempat perhimpunan. As well as para pengawas yang bagi sekuntum mawar utk suma cikgu. Hehehe. For the first day doing ROS, aku dah dapat bunga mawar! What a great fist day kan??? ;)

Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Rafidzi, Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu N9, kemudian ucapan Ketua Pelajar, ucapan YDP PIBG, Ucapan Pengetua, Ikrar Hari Guru, Nyanyian Lagu Hari Guru (Lagu Fevret ;p) dan penyampaian hadiah2 utk para cikgu. Sepuluh tahun lepas, aku berada dalam kalangan pelajar2 yang kat atas padang. Tapi, hari ni aku berada dalam kalangan guru kat atas astaka. Hehehe. Sambil dengar ucapan, pengawas agih-agihkan souvenir hari guru. Dapat lagi!!! Yay~



Acara seterusnya, minum pagi yang ditaja oleh pihak sekolah. Hahaha. 1st day sarapan free! Ada mihun, nasi himpit, n ayam rendang. Yum yum!
->Lpas makan, sukaneka guru n pelajar. Aku tak bawak baju sukan. So, amik gambar aje la. Cikgu2 suruh ambik baju. Malas mau kuar. Layan diorg bergumbira aje la. Dulu masa jd studnt dah rasa dah main boling kelapa, tarik tali, pancing botol... hahaha



Pas sukaneka, acara pentas kat dewan. Ada persembahan tarian (pergh. Marvelous la diorg!), sajak, sketsa, persembahan kompang (kompang formasi) dgn live band. Inisiatif bebudak atau skolah sewa peralatan aka gitar, drum n sound system.

Pas persembahan, jamuan makan tengahari. Menu: Nasi Briyani! Yum yum! lagi~

What a wonderful n great day i had today! Tak seperti kawan2 yang kena sindir, aku n kawan2 disambut dgn senang hati oleh guru2 kat STPD. Very friendly! Terasa aku dah jadi cikgu hari ni even tho baru je selangkah kat alam pendidikan ni. Insya Allah... Paling terharu, bila selisih dgn pelajar. “Selamat Hari Guru Cikgu!”, “Assalamualaikum Cikgu!”, “Morning Sir!” antara ucapan pelajar kat aku pagi tadi.

Kat rumah, adik aku cakap kawan2 dia dok tanya yang abang dia ni cikgu ke. Tak kuasa nak jawab kata dia. Hahaha. Cikgu2 pulak tanya aku, “awak ni abang Irsyad ek? Satu saiz la”. Hahahaaha.

Its just the first day. Tomolo akan ada cerita lain. Papepun, aku rasa happy jejak skolah yang dah 10 tahun aku tak jejak. :)

p/s: post ni aku tulis 18/5. 19/5 baru sempat siarkan. hehehe. ;p

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Mama!!!


Salam n' Hye~

Hari ibu akan melabuhkan tirai kejap lg... +-sejam n' seploh minit lagi.

To all ibu2, mama2, mak2, mum2, mother2, ummi2, mumy2, dan yang semaksud dengannya, wishing ya'll "Selamat Hari Ibu!!!".

Tanpa ibu, siapalah kita aite??? Make our mama proud of us!

:) lots of hugs n' kisses.... to mama!!!!!!!

Kasut Tumit Tinggi Bahaya!!!


Salam n’ Hye!!!

Tajuk ni mungkin akan menakotkan sesetengah kawan2 pompuan! Huhuhu. Kerana gaya, sanggup mengundang bahaya!

Kenapa?

Kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggul ke belakang. Hal ini membuatkan spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki, tetapi keseluruhan badan!

Kesan lain pemakaian kasut tumit tinggi dengan terlalu lama antaranya kencing tak lawas, masalah belakang & tulang pinggul, kesakitan bahagian rahang, leher, kepala, gangguan kitaran haid seterusnya masalah kesuburan. Huhuhu.
Dengan berkasut tumit tinggi selama bertahun-tahun, tendon Achhilles menjadi pendek menjadikan sakit tumit.

Pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, US, Prof. Madya Dr. John Marymont, seseorang yg memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50% manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76% tekanan pada kaki.

Masalah lain akibat pemakaian kasut tumit tinggi ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang runcing dan ketat pd bhg depan. Hal ini menjadikan saraf ditekan dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf seterusnya membawa kepada kesakitan dan pembedahan mungkin perlu utk memulihkannya.

Berdasarkan info ni, harap2 org pompuan tak lagi menyeksa diri korang. Tak pakai kasut tumit tinggi tak semestinya tak cantik... kan???
;)

Kempen Anti Bekas Polisterina!!!


Salam n’ Hye!!!

Sharing is caring. So, today i’d like to share smthing with ya’ll. Share sesuatu yang biasa kita amalkan setiap hari, tetapi pada masa yang sama ianya boleh menjadi pembunuh senyap!

Bekas polisterina! Tipu la kalo sesapa antara kita tak pernah guna benda ni. Tiap kali tapau makanan, sure org kedai makan akan guna benda ni. Percaya atau tidak, bekas polisterina bukan sahaja membahayakan alam sekitar tetapi juga manusia!
Ketua Pusat Penyelidik Alam Sekitar UiTM, Prof. Ku Halim Ku Hamid berkata, walaupun beluma ada kajian mendalam mengenai tahap bahaya bahan stirena yang berasal dari phemynl, namun bahan ini memang boleh beri masalah pada sistem kesihatan. Organ yang terima kesan secara langsung: sistem pencernaan, darah serta hati.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris berkata bekas polisterina yang mengandungi sedikit sisa stirena boleh menyerap masuk ke dalam makanan. Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC) mengkelaskan stirena sebagai bahan karsinogen Kumpulan 2B iaitu ejen penyebab kanser. Malah, kesan buruk bahan ini turut menyebabkan Mutagen yang mampu mengubah genetik dan merosakkan sistem pembiakan. No Way!!!

Negara-negara maju seperti Britain dan US dah lama tak gunakan bekas polisterina. Negara kita bila lagi??? Penghidap kanser semakin hari semakin bertambah. Puncanya... benda yang masuk dalam badan kita!

Bekas Polisterina dah pun diharamkan kat USM. Kempen Tapau-Mania dijalankan dengan menggalakkan para pelajar guna bekas sendiri atau guna bekas mesra alam yang memerlukan kos lebih tinggi sikit. Kat UIA pulak, penggunaan bekas mesra alam (biopak) secara meluas dengan tambahan 20 sen ataupun kalau nak save 20 sen, bawak bekas sendiri.

Aku dah takut kat bekas polisterina. Huhuhu. Pasni, cari makanan yang tapau pakai kertas. Worst case scenario, mintak alas plastik kat dalam bekas tu. Huhuhu.

Okay kawan-kawan, utamakan kesihatan. Sementara masih muda ni, sama2lah kita jaga pemakanan dan apa jugak yang masuk dalam badan kita.

Take care~

Thursday, May 7, 2009

Aku Rasa Panas!!!


Salam n' Hye!!!

2nd day aku kat PD. malam tu, surf the net... then...

What tha.... @!&*##@**

Received an email from a fren.

Biar aku share dulu kandungan email tu... huh!

Subject: (8 year old child stole some bread) In the name of ISLAM they broke his arm by running a car over him!

THERE ARE NO WORDS TO DESCRIBE THIS!!!!!

MAY GOD HAVE MERCY ON US!!!







No religion can ever justify such hideous crimes

Pass it on ......let the world know what's happening in the name of Islam...

Pass this to all, for public awareness.
It must be sent WORLD WIDE!
Even if this message is sent to you more than once, just keep on passing it on!

Aku rasa sangat2 panas!!!

Aku takkan rasa sebegini panas kalau org kutuk bangsa aku... orang kutuk rupa aku... orang kutuk aku... tapi sekarang orang kutuk agama aku!!! patut tak patut aku rasa panas??? huh~

Atas nama agama nak wat punishment sebegitu kejam???
Agama mana yang suruh umat dia jadi ganas?
Agama mana yang tak cintakan keamanan? kedamaian? Agama mana???

Aku dapat hidu sesuatu yg jahat di sebalik sebaran email ni. tgk aje words kat atas gambar tu. Mcm bahasa Israel aje bentuknya. Tak kesah bahasa apa... memang laknatullah sungguh!!!

Bodoh aku kalau aku tak wat sesuatu. Pe punya umat Islam aku ni kalau aku tak pertahankan agama aku. Aku sanggup ilang kawan... yang sekarang ni mcm tak puas hati sebab aku forward balik email dia kat semua org yg dia hantar dengan tambahan msg seperti yg aku tulis kat atas. Islam tak pernah anjurkan keganasan... kekejaman! aku nak suma dapat mesej ni.

Dunia makin canggih. Kita makin maju. Tapi, pls... Jgn biar agama kita diperkotak katik sebegitu rupa. Pepandai la menjawab kat akhirat nanti.

///Salam///

Tuesday, May 5, 2009

TaTaTA Tg. Malim~


Salam n' Gud Morning~

Jap lagi nak berangkat pulang... meninggalkan Tanjung Malim menuju Port Dickson.

Semester 3 yang banyak mengajar. huhuhu. cuti 2 bulan... pasang strategi utk tidak mengulangi kesilapan-kesilapan yg telah terjadi. Carry marks yang tak memberansangkan... ahli kumpulan yang mcm harem... harap2 tak berlaku lagi. Insya Allah... hopefuly markah masa final akan membantu boost up the whole marks. amin...

Kenangan2 sem 3:

-timing belt kereta putus sampai berabis +-RM700. huhuhu
-jd presenter again... utk SDP (wakil KLKM UPSI)
-camp,camp,camp... again! Sg Samak yg semak... huhuhu
-jalan2 kat Ipoh
-main drum untuk Ko-K Muzik Moden. :)
-settlekan penubuhan Persatuan Pengajian Malaysia. Pls approvekan cepat Dato' VC...
-dapat kawan... dapat musuh juga~
-few berita yang mengejutkan! (kenot publish! ;p)
-lots of presentation... berlakon... public speaking... pnat! (tp puas!)

ada lagi kot...

yang menanti tak lama lagi...

-Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) @ Sek. Tinggi Port Dickson
-Camp HINEX kat Kemaman, Terengganu (KLKM camp utk suma IPT di M'sia)
-make munny!!!
-Movies!!!
-Good Food
-stories fr orang jauh!!!

:) hope semuanya selamat cuti ni...
Jumpa lagi next sem!!! sure lebih byk kenangan. Insya Allah~

Salam~

Sunday, May 3, 2009

Ada Apa Dengan Cinta???



Kulari ke hutan kemudian menyanyiku
kulari ke pantai kemudian teriakku
sepi, sepi dan sendiri
aku benci

Aku ingin bingar
aku mau di pasar
bosan aku dengan penat
dan enyah saja kau pekat
seperti berjelaga
jika ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya
biar ramai
biar mengaduh sampai gaduh

Ah...ada malaikat menyulam
jaring laba-laba belang
di tembok keraton putih
kenapa tak goyangkan saja loncengnya
biar terdera

Atau aku harus lari ke hutan
belok ke pantai .........

-salam-

Teringat kat movie AADC buat aku layan kat u-tube. Berbunga-bunga aje tengok movie ni. Persahabatan, percintaan, konflik... semua skali berjaya mengangkat filem ni. tak hairanlah filem ni berjaya mengembalikan kegemilangan perfileman Indonesia selepas dibanjiri karya-karya seram murahan dan erotis.

Layan movie sambil senyum sorang-sorang. hahahaha.

Well, waiting for my 'cinta'... buat apa dia sekarang ni ek? ;p ahahahaha. Doraemon dah mati... kalo tak, sure can ask Doraemon for 'alat ke masa depan' and tgk sapakah insan itu. ;p

Isk. Isk. Isk. :)

Tag... Tag... Tag...

Salam...

Bangon pagi... News of the day n' cup of tea... n suddenly...
Erkkk... tag from Cik Kawaii.

Katanya compulsory. okay... lemme focus on those questions. masa menjawab~

1. Apakah tindakan anda bila terdengar bunyi kilat atau petir ?
Normally otomatik akan sebut... "Auzubillah hi minasy syaitoonirrajim". pastu trus avoid pegang logam/besi

2. Reaksi anda bila orang mengutuk anda ?
Be professional... :p try pangkah dia balik dengan cara yg amat berlapik... tapi tajam! :)

3. Reaksi anda bila terjumpa artis kegemaran anda?
Wow~ inikah rupanya di depan mata??? wat biasa aje. dia pun manusia biasa juga. :)

4. Maxis or celcom ? Which one do you prefer ?
Maxis!!! ramai kawan pakai. now since Youth Club, 12sen/min & 1sen/sms to all Maxis memang save a lottt!. 15sen/min & 5sen/sms to other operators. Great kan???

5. Nyatakan 3 bad habit anda.
-Dota (not that bad la... baek tau Dota ni! ;))
-Maki hamun kat other drivers yang drive mcm harem. @!##*&%!!!
-Memberi kutukan kat insan2 terpilih. :)

6. Apa yang anda akan lakukan jika orang lain sibuk akan hal anda?
Akan menerima kutukan la manusia itu. soalan ni relate dgn soalan 5.

7. Adakah anda mempunyai ramai peminat ?
Tak la... saya ni tak femes. ;p

8. Honestly,what do you like about yourself ?
I'm so special!!! :)

9. What is your height and weight ?
176... last ukur kat pejabat imigresen tahun 2007. 58kg.

10. Apa reaksi anda apabila anda terkentut dengan kuat/busuk di khalayak ramai ?
Wat bodo sudah... kentut is normal what???

RANDOM QUESTIONS ABOUT YOUR RELATIONSHIP???

1. State the date you have declared with your 1st couple.
** September, 8 years ago. -when september ends...- ahahahahahaha. igt baek2 tarikh ni. sapa2 nak publish my biography nnt kena masukkan skali. ;p

2. Adakah anda akan trus berhubung dengan your bf/gf jika anda dah clash ?
Ikot keadaan. stakat ni, masing2 professional. :)

3. Apa yang akan anda lakukan bila anda merindui bf/gf anda ?
Hoping tht she'll come into my dreams. :) erk... no special gf yet la!!!

4. Adakah anda mempercayai bf/gf anda 100% ?
If i hav 1 one day, 99% trust. 1% berjaga-jaga.

5. How was your first date with your couple ?
Berbunga2.

6. Adakah anda rasa bf/gf anda seorang yang pandai memujuk ?
No special gf... lama tak merajuk or dipujuk. hope to rasa again one day~

7. Apa reaksi anda dan apa yang anda lakukan apabila kredit bf/gf anda dhabiskan utk org lain?
Silap besar la...

8. What are you going to do when your besties have a relationship with your ex?
No prob... jodoh diorg kot???

9. Adakah anda akan menelefon bf/gf anda apabila disuruh oleh bf/gf anda?
Kalau dia jauh... lama tak jumpa... smthing important... y not?

10. Apa reaksi anda bila mendapat tahu bf/gf anda masih berhubung dengan ex mereka?
Berhubung??? terlalu general la. hubungan kawan? hubungan sulit? slagi dia masih blum jadi isteri aku yang sah, kenot marah2 maa~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...