How can I say "going to miss you" since I'm missing you. So much.
Showing posts with label monolog. Show all posts
Showing posts with label monolog. Show all posts
Sunday, February 10, 2013
Friday, October 5, 2012
Doodle!
Salam n' hi all~
Jiran sebelah meja aku ialah Cikgu Joe. Cikgu Seni. Seronok sembang2 pasal seni dengan dia. Satu hari tu dia bagi satu tugasan untuk aku siapkan. Dibuatnya titik2 warna merah kat atas kertas. Pastu kat titik pertama ditulisnya "rec". Simbol 'record' untuk video cam. Aku disuruh penuhkan semua titik supaya jadi satu hasil seni yang lengkap. Hahaha. Shiok juga. Maka inilah hasilnya... :D
Jiran sebelah meja aku ialah Cikgu Joe. Cikgu Seni. Seronok sembang2 pasal seni dengan dia. Satu hari tu dia bagi satu tugasan untuk aku siapkan. Dibuatnya titik2 warna merah kat atas kertas. Pastu kat titik pertama ditulisnya "rec". Simbol 'record' untuk video cam. Aku disuruh penuhkan semua titik supaya jadi satu hasil seni yang lengkap. Hahaha. Shiok juga. Maka inilah hasilnya... :D
Thursday, July 12, 2012
Tuesday, September 20, 2011
AcHOooOoOo!!!
Tuesday, April 12, 2011
Soya punya cerita
Assalamualaikum n' hye all~
Petang tadi masa aku menjelajah ke blog-blog pilihan, maka terjumpa lah aku satu cerita yang boleh dikira mengejutkan dan menggemparkan. Peniaga soya di tepi jalan dikatakan meludah ke dalam bungkusan minuman yang dijualnya. Entri tu aku baca kat sini.
Sekali tengok, memang menggelikan. Tapi, sambil2 aku tengok, terfikir juga aku. Rakaman tu berkualiti rendah. Jauh dari si penjual. Yang merakam pulak suaranya macam 'Joyah' kepoh. Macam ada pengalaman tak best dengan si penjual. Bila aku tgk Youtube, mcm2 komen diorg bagi. Ilmu hitam lah, takut nak beli air tepi jalan lah... Macam-macamlah. Kiranya si penjual dah dihukum tanpa peluang membela diri. Senang cerita, ramai yang komen tanpa tahu perkara sebenar. Fitnah bukan?
Aku bukan nak bela si penjual. Memang kelihatan cara dia tu mencurigakan. Tapi, selagi kita tak berada jelas di depan penjual tu melihat sendiri air liurnya masuk ke dalam bungkusan tu, kira fitnah dah tu. Apa lagi kita sebarkan berita mcm ni. Logik akal, dia dok tepi jalan. Kereta lalu lalang. Takde pun dia tengok kiri-kanan kalau-kalau dia diperhatikan. Kalau wat benda salah mesti takut-takut kan? Tapi ni mcm cool je.
Entah la. Tak pasal-pasal penjual air balang kat tempat lain pun kena tempiasnya. Kesian... Harap-harap ada berita yang paparkan kisah sebenar dan dari kedua belah pihak. Rakam, sebar dan sembunyi bukan tindakan bijak kan? :)
Thursday, April 7, 2011
Oh gadis "Customer Service"~

Assalamualaikum n' hye all~
Hari ni aku melalui satu pengalaman menelefon pegawai khidmat pelanggan (customer service/CS). Nak tanya sikit pasal akaun.
Aku kongsi sikit cerita ni. Haha
*Dail nombor*
*Arahan tekan nombor itu nombor ini sampai berjaya cakap dengan CS"
"XXXX Bank, boleh saya bantu?"
"Saya Zulfadli Amzar, nak tahu bla bla"
"Baiklah. Sebelum tu saya perlu buat pengesahan encik."
"Silakan"
*Maka dia pun tanya la macam-macam soalan pengesahan.*
Lepas aje pengesahan, dia pun tanya lagi apa yang aku mahu untuk kepastian. Lepas tu dia letak aku dalam mod menunggu sementara dia nak dapatkan maklumat. Lama juga. Kali ni paling lama sepanjang aku call customer service centre.
Lepas selesai semua maklumat dia beri, aku tanya:
"Staf baru ya?"
Dia gelak-gelak dan mengaku.
Aku tanya siapa nama dia.
"Alin". Jawab pun mcm takut-takut.
Oh ya. gambar tiada kena-mengena dengan Alin. ;p
Tuesday, April 5, 2011
Simbol Freemason di Taman Arca UPSI???
Assalamualaikum n' hye all~
Balik dari Dialog Peradaban Melayu, kami melintasi Taman Arca UPSI. Syah tiba-tiba tunjuk kat satu arca yang sunggun menarik. Simbol mata satu (klik sini). Wahhh!!! FREEMASON tuuu. Kah!Kah!Kah!.
Agak-agak, ada ke 33rd Degree Mason kat UPSI ni? :D Seriesly kontroversi~
*Jangan biarkan hidup anda, diselubungi misteriiiiiiii~ Kahkahkah
Thursday, August 12, 2010
Teori Mistridiri
Sedar.Sangka.Duga.Jangka.
Datang.Tiba.Muncul.Hadir.
Kembang.Segar.Suka.Tawa.
Pening.Debar.Panas.Pitam.
Yakin.Tenang.Sabar.Pasti.
Adakah...???
Datang.Tiba.Muncul.Hadir.
Kembang.Segar.Suka.Tawa.
Pening.Debar.Panas.Pitam.
Yakin.Tenang.Sabar.Pasti.
Adakah...???
Subscribe to:
Posts (Atom)