Saturday, November 7, 2009

No wonder... another typical public servant~ huh

Salam n' Hye all~

Kelmarin aku dapat buzz daripada seorang kawan.

"Bro, nama ko naik senarai pelajar KUO yang disaman. Check kat portal. hehehe"

Erkkkkk~ Saman???

*check myupsi portal*

Yeppp. Nama aku tersenarai. Apa kesalahannya, tak tahu. Huh! agak terjejas kredibiliti di situ.

So, pagi semalam (Jumaat) aku ke pejabat Kolej Ungku Omar untuk mendapatkan gambaran jelas apa sebab nama aku naik.

"Assalamualaikum encik. Saya nak tanya, nama saya naik kat portal pasal saman. Padahal saya tak pernah pun kena saman. kenapa ye???" Saya la ni dah setahun dok luar.

"Betul ni tak kena saman??? Ok. Kita check." Jawab petugas pejabat kolej.

Staff kat pejabat kolej tu cari salinan surat saman. Tunjuk kat aku.

"Ni tulisan awak??? Tandatangan awak???"

*erkkk. pelik*

Memang tandatangan aku. Tulisan aku. Tapi, bila masa aku kena saman???

"Kesalahan tak daftar barang elektrik. 5/5/2008"

Perghhh. Tak pernah lak aku kantoi sportcheck ke. Tapi memang tulisan aku kat surat saman tu.

"Ahah! saya memang pernah kena saman. Hilang buah rantai kunci no. rumah." Tapi saya dah bayar! Hilang masa last day sebelum cuti sem."

"Kat sistem tulis kesalahan tak daftar alat elektrik."

Aku call housemate aku. Mintak kepastian. Bila masa kami kantoi pasal barang elektrik. Takde pun!!! "Wei!!! 5/5/2008 dah cuti dolll!!!" kata kawan aku. Ahah la! memang masa tu dah cuti sem.

"Saman ni tak kira. Cuti sem ke, bila2 pun bole kena." DAMN! Jawapan nak lepas diri.

Aku pertikaikan kat kotak kesalahan takde satu pun yang kena 'tick'. Dia kata sebab ada 3 copy. tak jelas sampai last copy. DAMN!

Tak lama kemudian, datang sorg staff pompuan. Dia cakap kat staff pompuan tu kata aku nak lawan kata aku dah bayar saman. memang aku nak lawan! Bukan salah aku!

"Ni bukan kesalahan yang ada kat senarai ni. Sebab tu tak kena tanda. Ada tulisan kat bawah ni. boleh jadi pasal kunci hilang..." GOOD! You are much more intelligent than that id*ot guy! dalam hati aku kata. So, pepandai diorg tulis dalam sistem yang aku kena saman pasal tak daftar barang elektrik. RM20 beb!!!

"Awak dah bayar ke???"

"Dah! RM10. Hari tu jugak sebelum balik kampung"

"Ok. Nanti kita check dalam system" Dia kata kat staff lelaki tadi.

"Tapi kak... Leceh la. nak kena check satu2." Perghhh. Dia bole kata mcm tu???

"Kita check..." Staff pompuan tu kata.

"Pakai no. ni lagi kan???"

"Yup"

"Nanti kami call"

Phew. Baru aku teringat. Masa aku nak pulang kunci bilik kolej kediaman hujung sem 1 yang lepas, Rantai kunci dia hilang. Aku tanya la kat pejabat kolej. Saman berapa. RM10 kata petugas kat situ. So, Aku pun terus bayar. Tapi kena tulis kat surat saman. Dia mintak aku tulis sendiri. Utk rekod katanya. So, Dia pun bagi resit. Nasib baik la resit tu aku dah buang. Kalau ada lagi la, memang aku nak bagi malu kat mamat yang attend aku tadi. Perghh. Memang tak profesional langsung! Mcm mana dapat kerja pun tatau la. Come on la. Aku ni bukan jenis nak mengelat bayar saman. Siap kata kalau aku tak bayar akan dipotong yuran sem depan. Huh. Potong la. Bukan hak korang. Memang aku tak halalkan dunia akhirat. Thanks to staff pompuan tu yang aku tak tau nama dia. At least dia bagi aku sejuk.

Moral of the story, ni la satu contoh penjawat awam tipikal yang sentiasa kena komen dek pengguna2. Aku bakal mengisi jawatan yang sama satu hari nanti. Insya Allah. Cuma aku sangat2 berharap aku tak menjadi seperti makhluk itu. Aku dah bekerja dalam bidang khidmat pelanggan hampir 2 tahun lamanya. Panas macam mana pun seorang pelanggan itu, kalau dilayan dengan baik pasti cair juga akhirnya. Tapi, pelanggan yang panas, dilayan macam haram... SILAP la! Kalau la kat company swasta habis mamat tu kena dah... huhu.

BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH!

1 comment:

CheguFadh said...

aku pnh kena..tp mmg wat taik btul KAB tu..aku dtg tanye die cmne kalau aku tak pulang kunci b4 blk cuti sam,aku snggup datang awal tu sbb nk pulang kunci..

aku xckp aku lmbt pulang,aku just ckp aku tak pulang lagi je..aku mntk die list denda tu nak check satu2 & nak tanye harga bape..die tak bagi,buat bodoh je kesini sana...die g belakang & die terus tanda aku lambat 56 hari pulang kunci kat buku rekod..

so die terus tanda kat c2 n cakap kena rm56..mntk kunci terus..palat gile..suh aku tanda tgn..tp list tuk kertas saman xbagi aku tgk g..aku dh tanda tgn kat buku,then die bg aku kertas saman tu..ade mcm2 kesalahn n harga denda..

kau tau tak,kalau hilang kena RM30!!!palat beb!!aku mntk discount die xnk bg..mntk kawtim sbb aku snggup blk awl sminggu tu..smntk kurang rm6 pn xnk bg..

trus aku F*%K la admin KAB..aku yg tubuh psukan nsyd sane dulu,so dh wat palat mls aku nk ade kaitan lg..huhu

Gile!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...