Thursday, March 26, 2009

Adakah mentaliti kita akan berubah???


"Zulfadli Amzar!" kamu beri komen untuk presentation ni.

seorang rakan sekuliah membentangkan tajuk yang diberikan kepadanya. selesai membentang, aku diminta memberikan komen.

"Assalamualaikum. kepada saudari yang membentang, lontaran suara bagus. cuma kebergantungan terhadap teks yang perlu dibaiki. Itu saja. terima kasih."

"Ok la tu Li... Nak yang mcm mana lagi...." sorang kawan tiba-tiba bersuara masa aku nak duduk.

"Rilax Li... Ok dah tu..." sorang lagi nyampuk juga.

Dalam hati aku rasa sedih sangat. ni la realiti bangsa aku. pantang ditegur. padahal, teguran tu untuk membina. untuk jadi kesedaran dalam diri. untuk penambah baikan masa akan datang.

"Em... Suara jelas, gaya mantap, dan berkeyakinan. PERFECTO!!!" mungkin ini komen yang diorang mahu aku beri. huh~

Mungkin mereka hanya pandai membicarakan tentang mentaliti kelas tiga sedangkan prasarana kelas satu. namun mereka lupa bahawa mereka adalah dalam kalangan golongan tersebut.

Sedih? Geram? Marah? masing-masing dah besar. title mahasiswa dalam diri. relevankah title itu??? tanya diri sendiri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...