Thursday, March 26, 2009

Rasuah? Politik Wang? Suapan? Sogokan?


Salam semua! nak kongsi sedikit pasal Forum Perdana- 'Itukah Aku' yang berlangsung minggu lepas kat padang UPSI. Panel terdiri drp Dato' Hj. Zakaria Hj Jaffar (Pesuruhjaya SPRM, Putrajaya), Ustaz Harith Fadzilah Hj Abdul Halim (Ketua Pen. Pengarah Bhg. Dakwah Jab. Agama Islam Perak) dan Ustaz Fathul Bari Mat Jahya (YDP Pertubuhan Kebajikan Al-Qalam Negeri Perlis). Moderator pada mlm tu Ustaz Anhar bin Opir.

Banyak juga input pasal rasuah malam tu. Rasuah dari sudut perundangan M'sia, rasuah di sisi agama serta kebarangkalian rasuah mendekati para guru kelak. Cuma, aku tertanya-tanya. Kita mengajak generasi zaman ini membenci rasuah. Mengeji rasuah. Anti rasuah. Namun, rasuah itu sendiri kelihatannya tidak sejijik yang kita cuba gambarkan kepada mereka.

Politik wang, sogokan, suapan, dan bermacam istilah baru yang maksudnya tetap satu:
RASUAH! istilah-istilah baru ini cukup lembut bunyinya. tidak terasa bahawa istilah tersebut merupakan satu perbuatan keji yang boleh menjadikan umat manusia berperang, berbunuhan, serta mewujudkan jurang yang besar antara golongan kaya dan miskin.

Mampukah kita bersama-sama berganding bahu memerangi gejala yang menjijikkan ini? sedangkan kita sedar, ada yang bijak berkata-kata seperti seorang wira yang ingin memerangi kejahatan namun hanya manis di mulut. tapi pd masa yg sama turut bersekongkol dengan para manusia jijik ini.

Ingat ye kawan2 suma. satu hari nanti kita pasti berhadapan dengan senario ni. kekuatan dalam diri, keteguhan iman dan kesedaran akan kesan pada masa akan datang yang mampu menjauhkan diri kita. Insya Allah...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...