Sunday, May 10, 2009
Kempen Anti Bekas Polisterina!!!
Salam n’ Hye!!!
Sharing is caring. So, today i’d like to share smthing with ya’ll. Share sesuatu yang biasa kita amalkan setiap hari, tetapi pada masa yang sama ianya boleh menjadi pembunuh senyap!
Bekas polisterina! Tipu la kalo sesapa antara kita tak pernah guna benda ni. Tiap kali tapau makanan, sure org kedai makan akan guna benda ni. Percaya atau tidak, bekas polisterina bukan sahaja membahayakan alam sekitar tetapi juga manusia!
Ketua Pusat Penyelidik Alam Sekitar UiTM, Prof. Ku Halim Ku Hamid berkata, walaupun beluma ada kajian mendalam mengenai tahap bahaya bahan stirena yang berasal dari phemynl, namun bahan ini memang boleh beri masalah pada sistem kesihatan. Organ yang terima kesan secara langsung: sistem pencernaan, darah serta hati.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris berkata bekas polisterina yang mengandungi sedikit sisa stirena boleh menyerap masuk ke dalam makanan. Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC) mengkelaskan stirena sebagai bahan karsinogen Kumpulan 2B iaitu ejen penyebab kanser. Malah, kesan buruk bahan ini turut menyebabkan Mutagen yang mampu mengubah genetik dan merosakkan sistem pembiakan. No Way!!!
Negara-negara maju seperti Britain dan US dah lama tak gunakan bekas polisterina. Negara kita bila lagi??? Penghidap kanser semakin hari semakin bertambah. Puncanya... benda yang masuk dalam badan kita!
Bekas Polisterina dah pun diharamkan kat USM. Kempen Tapau-Mania dijalankan dengan menggalakkan para pelajar guna bekas sendiri atau guna bekas mesra alam yang memerlukan kos lebih tinggi sikit. Kat UIA pulak, penggunaan bekas mesra alam (biopak) secara meluas dengan tambahan 20 sen ataupun kalau nak save 20 sen, bawak bekas sendiri.
Aku dah takut kat bekas polisterina. Huhuhu. Pasni, cari makanan yang tapau pakai kertas. Worst case scenario, mintak alas plastik kat dalam bekas tu. Huhuhu.
Okay kawan-kawan, utamakan kesihatan. Sementara masih muda ni, sama2lah kita jaga pemakanan dan apa jugak yang masuk dalam badan kita.
Take care~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment