Thursday, June 18, 2009

HINEX 2009- In Memories... Part 2


Sambung lagi stories pasal HINEX ’09...

8/6/09. Tarikh bertolak dari UPSI menuju Kemaman. Dalam SMS mintak berkumpul depan Auditorium pukul 7.30. Pagi tu Aku n’ Pokdi paling awal sampai coz antar barang2. So, aku kna tunggu barang2 yang dihantar sementara beberapa ‘trip’ barang lagi menyusul. Lepak depan audi sorg2. Awal pagi. Huh~ bosan lor! Tak lama kmudian, datang la few more kawan2 Oscar Rovers yang lain... sempat gak breakfast kat booth tepi perhentian bas tu. Layan nasi lemak n’ teh o kurang manis. ;)

Bas sampai around 9 pagi. Load barang naik n bermulalah perjalanan ke Kemaman!!! Pojan tukang baca doa.

Kami dapat driver yang tak bole blah. Kerek sungguh pakcik botak tu. Seblom gerak, Kamil tanya dia, “pakcik, nanti kita ikot jalan mana?”. Skali dia jawab... “jalan mana ko nak?”. Haram sungguh si botak tu. Tak frendly langsung. Nasib 2nd driver baik.

Kami ikot Batang Kali, Genting Sempah n’ Lebuh Raya Pantai Timur. Si botak bawak bas macam haram. Ske ati dia jek. Potong kreta pun berdesup aje. Mentang2 bawak Scania. Ada yang nak muntah gak masa naik genting. Huhuhu.

Rehat sebentar kat R&R Temerloh. Disebabkan tak pasti lagi bila akan makan nanti, baik makan dulu. So, semua makan tengah hari kat situ. Temerloh: Bandar Ikan Patin. Tapi aku tak la minat ikan patin. Tak rasa regret pon tak makan ikan patin. ;p

Sambung journey. Sepanjang jalan ada aje bahan utk buat ketawa. Cerita lawak, bahan
orang. Ada 2 orang yang slalu kna bahan atas bas. Tak mau sebut la. Yang penting, kalo sebut nama 2 manusia ni, mesti kertawa berdekah-dekah. Aku rasa tuan punya nama mesti tersedak aje. Dah nama kena sebut. Kakaka.

Kami sampai kat TATiUC around 2.00 p.m. kontinjen paling awal sampai. Awal2 sampai pun dah mula terasa. Ada camp ke tak ni??? Mcm takde benda aje. Nampak pintu gerbang aje yang dah naik. Petugas??? Mana petugas??? Dekat 10 minit gak la. Baru nampak batang idung tukang sambut kami. So, kami pun mula gerak ke khemah petugas. Letak barang sementara dengar taklimat ringkas.

Sorang mamat pakai spek n’ sorang lagi mamat yang agak kecik. Yang pakai spek tu aku dgr nama dia Jazimin. Yang kecik tu aku lupa nama dia. So, kita panggil... Jazimin n kecik aje la. Senang. Dia pun brief la kami. Bla. Bla. Bla. “buat masa ni, setiap kontinjen ambik 5 batang buluh aje ye... bla.bla.bla” Sambil dia brief... aku pandang Pokjat sambil mata gerak kat 2 mamat tu... “Ritual” kata aku dalam nada perlahan. Dah, semua kawan gelak dgr perkataan ritual. Hehehe. Dah jumpa target ritual paling awal nampaknya! Kakaka. Awal2 lagi dah kena bahan mamat tu. ;p mengong! 5 batang buluh aje? Nak wat gejet keranda isi diorg bole la. Kakaka. Silap la kami mau ikot cakap korang.

Kami dapat tapak camp yang strategik! Luas pun luas. Dekat dgn tandas. So, ok la. “Kerja! Kerja! Kerja!” hehe. Masing2 bertungkus lumus naikkan khemah, naikkan flysheet n kemas-kemas apa yang patut. Aku, Pokjat, Along n few frens pergi amik buluh. Bole tahan punya jauh diorang park buluh. Kami pilih buluh yang panjang n lurus. Yang sesuai utk pintu gerbang dulu! “beb... 5 batang aje diorg bagi? Cheh. Kita tambah 2 dulu. Nanti ambik lagi. Kakaka”

Maka acara buat gejet pun bermula! Aku suggest pintu gerbang buat dkt pokok besar. Then pokok bercabang 3 tu buat pelantar kecik atas dia jadi menara peninjau. Semua agree n Akim jd engineer dia. Sambil tu, yang lain naikkan khemah, buat gejet dapur, gejet pameran, n’ ampaian. Hari pertama kami sampai, air tak masuk lagi. So, kami kena guna tandas kat kafeteria. Lampu pun takdak. Huhuhu. Diorg tak provide lampu wooo! Nasib kami bawak extension gulung 100m. Seblom tu aku tanya gak kat urusetia. Nak mintak soket sambung plug. Diorg bagi asal tak ganggu laluan. Ok. Settle. Mintak soket aje sebab wayar dah ada. Kalo mintak wayar mesti diorg tak bagi. Hampeh.

Malam tu kami makan lambat. Tunggu gas dari Abang Joe (Kelana F Kemaman). Lambat sungguh gas sampai. Better late than never kan? Hehehe. Abang Joe bagi pinjam lampu panjang juga. Malam tu bebudak ni pasang projektor. Layan movie Saus Kacang. Cheh. Tak pernah dibuat org. Pg camping tgk movie pakai skrin beso. Huhuhu. Tgk la pe jadi nanti. Malam tu aku penat btol! Sembang2 atas flysheet, aku tak bole tahan lagi mata aku ni. Trus masuk khemah. Tido... ZZzZzzZZzZZZzZzZz

Pagi Selasa, 9/6/09. Sambung buat kerja! Siapkan pintu gerbang, and also persekitaran camp. Dah nampak few more kontinjen sampai. Jiran kami UTM belah kiri, KLIUC kat depan n kat kanan MSU. Ari kedua, few buluh lagi kami ambik. Hahaha. (gelak jahat). Petang tu aku sempat la ronda-ronda tgk campsite kontinjen lain. UTM punya pintu gerbang bentuk kapal dgn kuda kepang kat atas dia, KLIUC buat menara, Poli SAS Tg. Malim buat pondok-pondok, Poli Shah Alam pun pundok-pondok ala-ala hari raya. UPM ada pintu pusing, MSU pulak ada stesen bas (kakaka. Gelak sampai sakit perot weihh..) macam2 bentuk!







Malam kedua, kenot allow diorg tgk movie dah! Ape benda pg camp tgk movie. Huh! Aku pun ajak few org kuat mulakan games! Hehehe. Malam tu start main game “Massa Billy”. Buat satu bulatan besar. Bersila. Sapa kantoi step kalah n kuar. Guys n gals! Hehehe. Lama main. Kuyup gak aku dibuatnya. Sampai la last 4 person: aku, rosdi, sz dgn sorg lagi dak lelaki. Huhu. Pastu sorg2 dak lelaki kantoi sampai la aku n sz je tinggal. So kira seri lor. Hahahaaha.

Pagi Rabu, 10/6/07. Pagi khamis bermula la aktiviti HINEX. Tiap kontinjen dah dibahagi kpd beberapa kumpulan. Kami Oscar Rovers diletak dalam kumpulan 3. Pagi tu kami kena pergi ke Pantai Teluk Kalong. Aktiviti kami kat sana menyelamat, CPR n latihan asas berenang. Syok jugak la main air. Cuma yang kenot do was jurulatih yg in charge kami masa mula2 sampai. Si Cina yang poyo tu. Layan kami mcm kanak2. Banyak woo cerita pasal dia. Tunggu!!! Actualy kat pantai ada 2 base. Aku buat base 1 aje. Sebab bila settle base 1 aku trus pg toilet. Bilas badan dgn air bersih. Keringkan badan. Then kata diorg ada lagi satu base. Hahahaa. Malas aku nak wat dah. So, lepak2 tepi pantai. Tgk gelagat kawan2. Around 12.00 p.m. suma settle n bas pun sampai...

Sampai kat khemah, Bersihkan diri... then nampak ada aktiviti derma darah. Sembang dgn Rosdi... tanya dia, nak derma ke tak. FYI, aku tak pnah derma darah. Tht day masa kat UPSI ada aktiviti derma darah kat Perpustakaan tp Mama aku tak bagi lor. Aku call Mama. Then mama kata yang aku ni darah pun tak cukup... jgn nak ngade2. Huhuhu. Tapi, kali ni aku gamble aje. Trus daftar IC num kat sorg petugas tu. Pastu check jenis darah n whether can derma or not. Darah O!!! Hehe. Darah dermawan. Ya lor. Darah O bole bagi kat suma jenis darah lain. Tapi bole terima darah O aje. Huhuhu. So, evrything ok! Kepekatan darah pun ok. Sebab td ada sorg gal tu kenot derma sebab darah tak pekat. Somthing bout haemoglobin kot. Ada yang kurang kat darah dia. Huhuhu. Niat dah ada. Tp kenot derma. So, aku lulus check pertama. Seterusnya check tekanan darah. Doc tanya mcm2. Ada amik ubat ke tak, Bla. Bla. Bla. Nak derma darah minimum 45kg. Tido kena cukop. Kalo tak cukop tekanan darah tinggi sket. Aku rasa aku tido tak la cukop sgt. Cuma letih main air tadi. Tp, Doc check ok aje. Layan...

Suma dah ok, aku kena ambil paket simpan darah tu (apa nama dia aku tatau) n beratur tunggu turn. Mula-mula nurse tu cari urat. Urat aku kecik katanya. Dia kata, kalo tak banyak darah kat tangan kanan, nanti dia tukar tgn kiri. Huhuhu. Nak kna cocok lg. Then dia cocok lengan aku. Pastu dia masukkan jarum yang agak kasar tu. Pastu aku kna genggam kayu. Pam.pam.pam. maka darah aku pun bergerak deras keluar mengisi paket darah yg tergantung. Hehehe. Tak rasa pe pun. Mcm kena gigit jek masa mula2 cocok. Yay!!! Berjaya mengeluarkan darah!!! Hehehe. “urat kecik tapi bole kuar gak! Sayang darah O ni...” nurse tu cakap. Hehehe. Settle derma darah, aku pun ajak few geng Oscar Rovers derma skali. Usaha murni!!!

Lpas je derma darah aku trus call Mama. Mama terkejut n agak marah. Hahaha. Tp nak wat mcm mana kan, aku dah derma. Aku ckp yg ok aje. Tak rasa yg lain pun... hehehe. Mesti mama risau sgt! ;p

Petang tu, aktiviti kemahiran. Buat litar elektronik. Dak skola punya aktiviti. Huh! Tp layan aje la. Aku dgn Rosdi buat litar LED. Menyala la sebiji LED. Hehehe. Pastu kami ke base Radio Amatur. Mcm hampeh. Kumpulan aku diarahkan pergi kat bangunan baru dalam kampus. Bejalan jauh gak la. Panas terik... darah dah kurang... huhuhu. Sampai kat bangunan tu, terkejut! Jumpa Man King. Hahaahaha. Seblom ni nama dia disebut2. Skali jumpa manusia tu kat aktiviti Radio Amatur. Kakaka. Tp kami wat bodo aje. Nak blah pun tak salam dia. Lantak la. Tak guna wat baik dgn dia. Hahahaaha.

Balik ke campsite. Get ready sebab malam tu malam perasmian. Mula2 tu khabarnya
Datuk MB nak rasmikan. Tp, last2 wakil aje yg datang. Masa perasmian tu aku da mula goyang. Tak bole dok dalam suasana ramai. Kesan derma darah kot. So, aku angkat kaki, balik camp. Lepak-lepak, pastu ada petunjukan bunga api. Khabarnya modal RM5000. Tapi bodo la bunga api 5k punya modal. Aku rasa mau puluh ribu tu. Huhu. Buang duit betul! Modal tu kalau buat extreme games lagi baik. Wall climbing, paintball, flying fox! Huh! Bodo punya management!

Malam tu dak-dak ni layan movie lagi. Cerita pocong. Tgh khusyuk tgk pocong, dtg gerombolan scouts dgn gendang n percussion. “selamat pagi cikgu!!!” kakaka. Diorg datang camp kami. Ajak nyanyi. So, bagos! Tak payah layan movie dah. Hahaha. Kami pun folow grup beramai2 td pg khemah lain. (macam bertakbir ramai2 malam raya kat kampung dari rumah ke rumah) ;p

Balik dari nyanyian khemah ke khemah, kami mintak tutup movie, n sambung main games!!! Hahaha. Ada yang tarik muka (gals) sebab tutup movie. Huh! Nyampah btol. Malam tu main game haiwan. Attack kawan guna bunyi haiwan. Hahaha. Ada harimau, kucing, siamang, killer bee, n banyak lg. Aku guna sotong. Bunyi “squid.. squid..” hahaha.

Lpas main game haiwan... Game yang ditunggu-tunggu!!! Polar Bear!!! Hahahaha. Best game ni. Penuh dgn politik!!! ;) kawan2 kat KLIUC layan kitorang main dari camp diorg. Tergelak2 diorg. Kakaka. Ok. Nanti sambung lagi!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...