Friday, June 19, 2009

HINEX 2009- In Memories... Part 3

Kisah HINEX ’09 diteruskan lagi...

11/06/09. Khamis. Pagi tu kami dikejutkan dengan pekikan suara dari arah tapak perasmian. Suara memanggil semua kontinjen berkumpul. Phew! Pehal pulak HINEX ada istiadat pagi??? Keras aje suara yang memanggil. Ramai lagi yang stay kat dalam khemah. Aku pun grab uniform pengakap n tergesa2 bersiap. Pokdi pun dgn cepat bersiap. Kumpulan kami krew bertugas kata suara hampeh tu. Siap kira 10...9...8.. sampai 1. Mcm kanak2 sungguh dia layan kami. Pastu sindir kami sebab kami kan bakal guru. Cheh. Lantak dia la. Pagi tu dia mintak sorg antara kami jd tukang tarik bendera, baca doa, n persetiaan. Isk! Istiadat pagi ada persetiaan ke? Setahu aku sorg bendera n sorg baca doa. Huh. Pe punya format daa. Aku kna ketuai baca persetiaan. Dgn suara yang dah hampir habis... huhu. Pastu dia bole buat satu lawak yang kami takkan lupa. Memang bahan habis. Dia suruh kami tepuk pengakap. “ok semua tepuk pengakap. Satu.. Dua.. Mula!!!” hahaha. Kata2 dia trus jadi bahan sampai la sekarang. Kakaka.

Kumpulan kami patutnya gerak ke Offshore Training & Scuba. Aku malas mau pergi. Tak berselera. So, stay kat campsite. Bersihkan tapak. N buat keje pe yang patut. Main card!!! Hahaha. Diorg yang pergi offshore training sungguh kesian. Balik kena jalan kaki. Hahaha. Muka letih jek.

Lepas tengah hari, kumpulan 3 patut pergi tempat memancing. Memancing tengah panas. Gila ke apa? So, lpas makan tengah hari, aku lepak kat atas pelantar peninjau atas pokok. Tengah lepak2 aku perasan sorg petugas datang. Petugas yang sama yang panggil kami utk tiap2 aktiviti. Tak sangka aku pengurusan HINEX kali ni ada ajk tukang panggil utk aktiviti. Sedangkan jambori pun tak mcm ni. Sapa nak pegi pegi la. Kalo takmo sudah. Dia tanya. Mana peserta aktiviti memancing??? Aku nampak Amar tgh jalan kat bawah aku tanya amar. “mana peserta aktiviti bro???” Amar kata kejap. Muka minah tu nampak tambah serabut. Aku pun cakap kat dia yang kami malas nak memancing. Kami nak wat masakan tradisional aje. Dia dgn muka masam mencuka dan moncong balas “suka ati korang lah” hahaha. Aku trus jerit “weihhh. Skali ikan kerapu marah la... hahaha” suma kawan2 gelak. Melekat nama ikan kerapu kat dia. Hahahaha Kejam aku. ;p

Sampai masa buat aktiviti masakan tradisional, kawan2 bersiap ke tempat aktiviti tu. Tak lama kemudian sorg kawan mintak Pokdi ke sana. Sebab sorg jurulatih kat sana mintak ketua dtg. Aku dpt rasa somthing tak best. Aku pun ikut Pokdi. Sampai kat sana, sorg makcik badan gempal2 baju ijau dah buat muka ketat. Dia tanya kat Pokdi wheter nak buat ke tak aktiviti tu. Sebab kami tak pegi memancing. Pokdi pun menjawab. Tak suma nak buat. Lagipun bukan wajib. So, banyak mana yang datang, banyak tu la yang nak buat. Makcik gempal tu jawab lagi. Dia kata dia pun ada privacy time. Sebab kami dia punya program abis teganggu. Siap kata masa tu masa cuti dia. Huhu. Memang haram makcik tu. Sah-sah tunjukkan mentaliti kelas 3 dia. Tak tau la apa pekerjaan dia. Tp sikap dia memang memalukan. Huhuhu. Aku harap makcik tu dapat berubah. Muka dia yang selebet tu memang tak dapat ubah dah. Tu kurniaan Allah. Tp perangai dia tu. Memalukan!!! Aku gerak ke khemah awal sket sebab nak antar satar n keropok lekor yang kami buat sama2. Tapi aku tak pegi khemah aktiviti dah. So, bila kawan2 balik diorg bagitau makcik tadi takmo cop buku aktiviti aku. Lantak la. Tak mati pun aku tak dapat cop. Hahahaha.

Petang tu kami bertungkus lumus buat gejet tempat duduk n gejet tempat BBQ. Kami akan buat BBQ nite malam tu. Masak2, panggang BBQ. Menu dia... mihun goreng, ayam, coleslaw, jagung bakar n air strawberi. Petang tu aku n pokdi menjemput wakil setiap kontinjen. 2 org wakil setiap kontinjen. Seawal 8.00 p.m. aktiviti membakar dah mula. Jemputan datang seawal 10.00 p.m. masing2 bertungkus lumus. Ketua Chef, Sue memang sibuk sungguh. Yang paling unik mlm tu nama menu kami: Bihun Kaseh Sayang, Bihun Cinta Bandar Tasik Selatan, Ayam Panggang Cinta Berahi, Jagung Bakar Sehati Sejiwa, Coleslaw Pandang Pertama, n Air Strawbery Jiwa Terusik. Hahahaa. Memang mcm katering abis. Siap ramai tanya kami. Amik katering kat mana. Kakaka. Padahal dapur kecik tu jek yang siapkan suma juadah. Memang hebat!!! ;) sambil jamu selera, ada yang nyanyi... petik gitar.





Sampai la satu masa, geng petugas datang.(eh... tak jemput pun! ;p) mula2 si Jazimin dengan kecik. Pastu si Naim tanya... “mana yang lain?” dia jawab “diorang memang tengah cari makanan tu” kakakaa. Jangan ditanya encik Naim oiii... hahaha. Sekali berbondong2 petugas kerek sampai. Skali tu aku pun tatau yang ramai2 tu petugas. Mcm biasa la, aku kat depan pintu gerbang akan welcome guests. “welcome to Oscar Rovers!!!” “selamat datang n selamat menjamu selera!!!”. Pastu aku tanya kat sorang gadis ni. “dari mana ye?” cantik je aku tanya. Skali dia jawab “kami petugas!” sambil tunjuk muka angkuh. Weiii. Piiirah! Stakat petugas balaci toksah blagak la. Huhuhu. Sedih btol aku tgk. Baru jd petugas dah blagak. Korang tunggu la nanti. Ada camp yang korang join. Sure korang akan terima kutukan. Tunggu la korang!!! Hahaaha.

Yang penting, semua orang enjoy malam tu!!!

12/06/09, Jumaat. Pagi tu paling best!!! Suara jurulatih kejutkan kami kedengaran. Pelik! Malam td katanya takkan ada istiadat pagi dah. Tapi makhluk tu jerit panggil
berkumpul lagi. Semua pakat stay kat khemah. Macam2 dia jerit. Mcm marah pun ada. Tp, lagi dia jerit lagi kami melawan. Hahaha. “cikgu-cikgu!!! Mana cikgu2 ni???” aku pun jerit balik. “kat Khemah la bodo!!!” kah kah kah. Dia jerit. Semua berkumpul dalam 10 saat. Kalu tak tolak 10 markah!!! 10..9...8...1... “tolak 10 markah!!!” Kami pun jerit “yayyyyyyyy. Ilang 10 markah!!!!”kah kah kah. Dia igt kami ni kanak2 ke. Takot dgn ugutan mcm tu. Bengong la diorg. Hahaha. Sampai abis isitiadat, kontinjen USM je yang ada kat sana. Hahaha. Chicken punya USM. Org suma unite stay kat campsite, dia bole skema dok sana. Kakakaka. Tp kenot blame diorg gak. Suma yg datang tu dak baru. Freshies lagi. Takpe. Nanti ajar diorg jd notty! Hahaha.

Kumpulan kami kena pegi lawatan pagi tu. Destinasi: Kuala Terengganu. Phew! Kemaman-Kuala Terengganu amik masa 3 jam wooo! Abis masa atas jalan aje. Pastu nak masuk Taman Tamadun Islam kena bayar sendiri RM10. Diorg igt kita yang pegi camp ni bawak duit banyak ka? Huhuhu. So, aku boikot lawatan. Dok khemah lagi baik. Dak pompuan aje yang pegi. Tu pun brapa kerat aje. Heheehe.

Yang stay dok bincang pasal mlm pengakap malam tu.tak jadi buat joget mak lodeh. Tak sharp lagi. Wat malu aje. So, kami cadangkan buat tarian jepun yang kami oerform masa Kempori Quber. Cun!!! Hehehe. Semua yang ada kat campsite kena join! Kami buat
sket jalan cerita. Pasal Pahlawan Nameck yang nak takluk bumi. Pastu kalah dgn Pendekar Jawa. So, Wira2 Hitam Nameck turun ke bumi nak idopkan dia balik guna tarian jepun. Kakakaa.

Malam pengakap memang best! Menyelamatkan camp HINEX. Terubat sket ati yang sakit sebab aktiviti yang hampeh! Kami geng Oscar Rovers lepak dgn KLIUC bikin Havoc. Hehe. Antara persembahan malam tu: Poli SAS- Dabus, Poli Shah Alam-Aci2 buka pintu, KLIUC- Sketsa Mat Rempet (lucah sket. Kakakaa), n UDM-nyanyian ala Yuna dgn tarian ala Cheerleaders. Lupa pulak. Seblom tu, UTM, UMT,MSU (sori if ada lagi) buat pembukaan unggun api. Gempak jugak la. Hehe.

Oscar Rovers perform paling last. Agak spoil sebab tech prob. Kami guna thumbdrive. So, lambat loading. Tapi Alhamdulillah. Crowd support! Hehehe. Tak kena ejek pun. Hahaha. Yang paling best, masa kami buat chicken dance. Ramai2 join n ikot masuk dalam dewan. Huhuhu. Best!!!!!!!

Abis Malam Pengakap, Abang Joe n Abang Dee blanje makan2. Makan2 lagi woo!!! Ada sotong goreng, mi kari n ayam goreng! Yum.yum. n kami nyanyi n main games sampai pagi!!! Huhuhu. Yang penting, KLIUC la lepak paling lama dgn kami. Hehehee.
Bersambung lagi~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...