Salam n' Hye all~
Tu la tajuk satu berita dalam akhbar Utusan Malaysia yang aku baca pagi ni. Sorang student UPSI meninggal dunia, manakala 3 lagi cedera apabila kereta Myvi yang dinaiki terjunam ke dalam gaung sedalam 20 meter di KM 99 lebuh raya timur barat dekat Jeli. Mangsa, Norazlina Mohd Noor meninggal dunia di tempat kejadian sebab kecedaraan parah kat kepala. Dua yang cedera adalah adik mangsa manakala seorang lagi adalah rakan mereka.
Dipercayai kereta dipandu oleh adik mangsa dalam keadaan mengantuk. Mereka dalam perjalanan ke rumah di Kampung Jelawat, Bachok.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. semoga rohnya dicucuri rahmat.
Buat kawan-kawan yang memandu jauh sempena cuti Hari Kebangsaan, pandulah dengan cermat. Berhenti sebentar kalau rasa mengantuk. Semoga selamat semuanya. Insya Allah...
Salam~
No comments:
Post a Comment