Tuesday, September 1, 2009
Harga Baru Petrol... Janji Tinggal Janji~
Salam n' Hye~
Jam menunjukkan pukul 12.07 tengah malam. Selasa, 1/9/2009. Beberapa jam lepas stesen-stesen minyak jadi tumpuan kereta yang nak isi minyak dengan harga asal (RM1.80/liter) kerana selepas tengah malam petrol RON 97 (hijau) akan naik harganya kepada RM2.05 seliter. Kerajaan memperkenalkan RON 95 (kuning) dengan harga asal RON 97 sebelum ni iaitu RM1.80 seliter.
Sebelum ulas pasal kenaikan harga petrol ni, kita sembang pasal RON. Apa itu RON??? RON adalah singkatan kepada ‘Research Octane Number’, iaitu kadar untuk menyukat ketahanan terhadap ‘ketukan’ (knocking) sesuatu minyak petrol di dalam enjin. Petrol RON95 pula adalah merujuk kepada campuran 95 peratus iso-oktana dan lima peratus heptana.
Petrol RON 95 mcm RON 97 jugak. Tanpa Plumbum. cuma beza kandungan heptana yang lebih kecil kat petrol RON 97. Sekarang ni, kat forum-forum tgh sibuk bincangkan isu RON ni. Jenis mana yang patut digunakan. Ada yang kata petrol baru RON 95 tak sesuai bawak dalam bandar. Ada yang kata kurang power. kurang pick up. entah la. Cuma, kajian yang dijalankan tunjukkan ada beberapa model kenderaan tak sesuai pakai RON 95.
Berbalik kepada isu kenaikan petrol RON 97, mungkin ada yang ingat dan ada yang lupa atau, mungkin ada yang tak ambil peduli. Sebelum ni, kerajaan menjanjikan petrol yang lebih murah. Dicadangkan petrol RON 95 murah 5 sen iaitu RM1.75 dan RON 97 akan jadi RM2. Tapi pengumuman kenaikan tadi menunjukkan RON 95 tidaklah lebih murah dan RON 97 naik 5 sen. Menteri berkenaan turut mengulas bahawa 5 sen tu tak la besar jumlahnya. HUH!
Pada sudut pandangan aku, kerajaan sedar bahawa ramai pengguna akan mengekalkan penggunaan RON 97 kerana masih was-was akan RON 95. Pada masa inilah kerajaan akan mengambil kesempatan untuk mengaut untung daripada pengguna-pengguna yang mahu mengekalkan penggunaan RON 97. (kalau nak dibandingkan harga tertinggi sebelum ni (RM2.70) setakat RM2.05 tu apa sangatlah...) mungkin tu yang diorg kat ATAS tu fikir. Tapi kita semua kena ingat, 5 sen tu kalau diambil kira bilangan berjuta, dah berapa pulak nilainya???
Well, kat sini aku rasa slogan "RAKYAT DIDAHULUKAN" tak diaplikasikan. Memang kerajaan masih menanggung subsidi. Tapi, kena ingat juga. Insurans kereta naik. Road Tax kena bayar. Tol lagi!
Post aku kali ni bukan nak menghentam kerajaan. Cuma, sebagai pengguna kenderaan yang sentiasa mengisi petrol dan guna lebuh raya bertol, aku dapat rasakan keadaan yang tak adil ni.
P/s: Kos Sara hidup terus meningkat. Usia terus meningkat. Harga barang meningkat. KUALITI PEMERINTAHAN??? korang jawab sendiri lah.
*FIGHT*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment